Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014
XXII Sukan Olimpik Musim Sejuk | |
---|---|
| |
Bandar tuan rumah | Sochi, Rusia |
Cogan kata | Hot. Cool. Yours.[1] (Bahasa Rusia: Жаркие. Зимние. Твои.) |
Penyertaan negara | 88 |
Jumlah atlet | 2,800+ (anggaran) |
Upacara perasmian | 7 Februari |
Upacara penutupan | 23 Februari |
Dirasmikan oleh | Presiden Rusia Vladimir Putin |
Ikrar atlet | Ruslan Zakharov |
Ikrar pengadil | Vyacheslav Vedenin |
Ikrar jurulatih | Anastasia Popkova |
Obor Olimpik | Vladislav Tretiak Irina Rodnina |
Stadium | Stadium Olimpik Sochi |
Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014, secara rasmi dikenali sebagai XXII Olympic Winter Games, ialah acara pelbagai sukan musim sejuk utama yang diadakan dari 7 Februari hingga 23 Februari 2014. Tuan rumah, Sochi, Rusia, telah dipilih pada 4 Julai 2007, semasa sesi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) ke-119 di Kota Guatemala, Guatemala.[2] Ini merupakan kali pertama Rusia menganjur Olimpik Musim Sejuk (Kesatuan Soviet pernah menganjurkan Olimpik Moscow 1980 di Moscow). Majlis pembukaan dilangsungkan pada 7 Februari 2014 di Stadium Olimpik Fisht.
Sejumlah 98 acara dalam 15 disiplin sukan musim sejuk dijadualkan dalam Sukan Olimpik ini. Beberapa pertandingan baharu—12 jika diasingkan mengikut jantina—disertakan dalam edisi kali ini, antaranya biatlon berganti-ganti campuran, lompat ski wanita, luncur ais berbunga berpasukan campuran, luge berpasukan campuran, ski paip separuh, slopestyle ski dan papan luncur salji, dan slalom selari papan luncur salji. Acara-acara Sukan ini diadakan di sekitar dua gugusan lokasi; Taman Olimpik yang dibina di Lembah Imeretinsky Sochi di persisir Laut Hitam, dengan Stadium Olimpik Fisht dan lokasi dalam Sukan terletak dalam jarak berjalan, dan acara salji di bandar peranginan Krasnaya Polyana.
Upacara penutup diadakan pada 23 Februari 2014 antara 20:14 dan 22:25 MSK (UTC+4) di Stadium Olimpik Fisht di Sochi.[3]
Proses pembidaan[sunting | sunting sumber]
Keputusan pembidaan Olimpik Sochi 2014 | |||||
---|---|---|---|---|---|
Bandar | Nama NOC | Pusingan 1 | Pusingan 2 | ||
Sochi | ![]() |
34 | 51 | ||
Pyeongchang | ![]() |
36 | 47 | ||
Salzburg | ![]() |
25 |
Pembiayaan[sunting | sunting sumber]
Setakat akhir 2013, anggaran kos keseluruhan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 ini telah mencapai AS$51 bilion.[4] Ini termasuklah kos projek infrastruktur Sochi (jalan, landasan, stesen kuasa). Jumlah ini ialah empat kali ganda belanjawan asal $12 bilion (berbanding $8 bilion yang dibelanjakan Vancouver bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk), dan menjadikan sukan Sochi sebagai Olimpik termahal dalam sejarah, mengatasi anggaran kos $44 bilion Sukan Olimpik Beijing 2008.[5]
Lokasi[sunting | sunting sumber]
Dengan suhu Februari purata 8.3 °C (42.8 °F) dan iklim subtropika lembap, Sochi ialah bandar terpanas yang pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk.[6]
Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan yang mengambil bahagian[sunting | sunting sumber]
Rekod baru Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 di Sochi apabila 88 negara mengesahkan penyertaan untuk bertanding, mengalahkan rekod sebelumnya hanya 82 kontinjen berkelayakan untuk bertanding di Sukan Olimpik Musim Sejuk di Vancouver, Kanada. Bilangan atlet yang layak bagi setiap negara adalah disenaraikan di bawah. Tujuh negara baru yang belum pernah beraksi di Olimpik Musim Sejuk sebelum ini adalah Dominica, Malta, Paraguay, Timor Leste, Togo, Tonga, dan Zimbabwe yang menghantar atlet mereka pada tahun ini.
a Atlet India's asalnya bertanding sebagai Peserta Olimpik Bebas dan berarak di bawah Bendera Olimpik semasa majlis perasmian itu, India telah digantung pada Disember 2012 diatas atas proses pilihan raya Persatuan Olimpik India.[7] Pada 11 Februari, Persatuan Olimpik India telah dibentuk semula dan atlet India dibenarkan untuk bertanding di bawah bendera mereka sendiri dari masa itu dan seterusnya.[8]
Pungutan pingat[sunting | sunting sumber]
* Tuan rumah (Rusia)
Ked. | Negara | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | ![]() |
13 | 11 | 9 | 33 |
2 | ![]() |
11 | 5 | 10 | 26 |
3 | ![]() |
10 | 10 | 5 | 25 |
4 | ![]() |
9 | 7 | 12 | 28 |
5 | ![]() |
8 | 7 | 9 | 24 |
6 | ![]() |
8 | 6 | 5 | 19 |
7 | ![]() |
6 | 3 | 2 | 11 |
8 | ![]() |
5 | 0 | 1 | 6 |
9 | ![]() |
4 | 8 | 5 | 17 |
10 | ![]() |
4 | 4 | 7 | 15 |
11 | ![]() |
4 | 1 | 1 | 6 |
12 | ![]() |
3 | 4 | 2 | 9 |
13 | ![]() |
3 | 3 | 2 | 8 |
14 | ![]() |
2 | 7 | 6 | 15 |
15 | ![]() |
2 | 4 | 2 | 8 |
16 | ![]() |
2 | 2 | 4 | 8 |
17 | ![]() |
1 | 4 | 3 | 8 |
18 | ![]() |
1 | 3 | 1 | 5 |
19 | ![]() |
1 | 1 | 2 | 4 |
20 | ![]() |
1 | 0 | 1 | 2 |
21 | ![]() |
1 | 0 | 0 | 1 |
22 | ![]() |
0 | 2 | 6 | 8 |
23 | ![]() |
0 | 2 | 2 | 4 |
24 | ![]() |
0 | 2 | 1 | 3 |
25 | ![]() |
0 | 1 | 0 | 1 |
26 | ![]() |
0 | 0 | 1 | 1 |
Jumlah (26 Negara) | 99 | 97 | 99 | 295 |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Sochi 2014 Reveals its Slogan". Sochi 2014 Olympic and Paralympic Games Organizing Committee. 25 September 2012. Dicapai pada 29 September 2012.
- ^ «Sochi Dipilih sebagai Tuan Rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk XXII». Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, 4 Julai 2007
- ^ "Sochi 2014 Closing Ceremony Unites Olympic Generations". Sochi 2014. 23 Februari 2014. Dicapai pada 25 Februari 2014.
- ^ Oliphant, Roland (30 Oktober 2013). "Sochi: chaos behind the scenes of world's most expensive Winter Olympics". Daily Telegraph. Dicapai pada 5 Februari 2014.
- ^ Owen Gibson (9 Oktober 2013). "Sochi 2014: the costliest Olympics yet but where has all the money gone?". The Guardian. Dicapai pada 6 Februari 2014.
- ^ Vancouver Olympics: Embarrassed Russia looks to 2014 Sochi Olympics The Christian Science Monitor, 1 Mac 2010
- ^ "Sochi Games: Four Indian skiers to go as independent athletes". Zee news. 31 December 2013. Dicapai pada 31 December 2013.
- ^ "IOC Executive Board lifts suspension of NOC of India". Dicapai pada 11 February 2014.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 |
- Sochi 2014 Templat:Ref-ru Templat:Ref-en Templat:Ref-fr
- Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 di Facebook
- Sochi 2014 (IOC)
- Olimpstroy state corporation
- Galina Masterova Sochi: an Olympic makeover Russia Now, 23 February 2010
- Sochi (Google satellite image, latitude: 43.404, longitude: 39.953)
- Open Directory Project: Sochi 2014 Directory of links for the games.
Didahului oleh Vancouver |
Sukan Olimpik Musim Sejuk Sochi Sukan Olimpik Musim Sejuk XXII (2014) |
Diikuti oleh: Pyeongchang |