Rum (arak)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rum Caribbean, k.k. 1941

Rum ialah minuman suling yang diperbuat daripada keluaran sampingan tebu, seperti molases dan jus tebu, melalui proses penapaian dan penyulingan. Sulingannya yang merupakan cecair jernih kemudian diperam, biasanya di dalam tong kayu oak. Sedangkan terdapat pengeluar rum di tempat-tempat seperti Australia, India, dan Pulau Reunion, kebanyakan rum dikeluarkan di Caribbean dan persekitarannya, serta di sepanjang Sungai Demerara di Amerika Selatan. Sebilangan jenama rum yang utama termasuk Bacardi, Rum Bambu, Barbancourt, Brugal, Kapten Morgan, Estet Appleton, Kelab Havana, Stroh, Matusalem, Mount Gay, Bundaberg, Myers, Rum Malibu, Rum Gosling, Cruzan, Pusser, Flor de Caña, Don Q, Coruba, Old Monk, Sailor Jerry, dan Ron Zacapa Centenario. Rum "overproof", seperti Wray dan Nephew, mengandungi kandungan alkohol yang lebih tinggi.

Rum dihasilkan dengan berbagai-bagai gaya. Rum ringan biasanya digunakan untuk minuman campuran, manakala rum keemasan dan gelap adalah sesuai untuk memasak serta sebagai koktel. Jenama rum yang premium juga boleh didapati dan diminum secara keras atau dengan ais.

Rum memainkan peranan dalam budaya kebanyakan pulau di Hindia Barat, dan mempunyai kaitan yang terkenal dengan Angkatan Tentera Laut Diraja British dan kegiatan melanun. Rum pernah juga bertindak sebagai media pertukaran yang popular dalam mempromosikan pengabdian, selain daripada mengakibatkan desakan ekonomi Pemberontakan Rum Australia dan Revolusi Amerika. [1]

Asal nama[sunting | sunting sumber]

Asalnya perkataan rum tidak jelas. Satu dakwaan umum adalah bahawa nama ini berasal daripada perkataan rumbullion yang bermakud "kegamatan atau kegemparan besar". [1] Lagi satu dakwaan menuntut bahawa nama ini berasal daripada gelas besar yang digunakan oleh pelaut Belanda yang dikenali sebagai roemer, sejenis gelas minum dalam bahasa Belanda. [2] Dakwaan-dakwaan lain termasuk singkatan untuk saccharum, perkataan bahasa Latin untuk gula, atau arôme, perkataan bahasa Perancis untuk bau harum. [3] Tanpa menghiraukan sumber asalnya, nama ini telah menjadi perkataan umum menjelang Mei 1657 apabila Mahkamah Besar Massachusetts mengharamkan penjualan arak yang amat keras, "baik dikenali dengan nama rum, air kuat, wain, brandi, dll., dll." [3]

Dalam penggunaan kini, nama yang digunakan untuk rum sering berdasarkan tempat asal rum itu. Bagi rum dari tempat-tempat yang bertutur dalam bahasa Sepanyol, perkataan ron digunakan. Ron añejo menandakan rum yang telah lama diperam dan sering digunakan untuk keluaran-keluaran premium. Rhum ialah istilah yang digunakan di tempat-tempat yang bertutur dalam bahasa Perancis, manakala rhum vieux adalah rum Perancis yang diperam dan memenuhi banyak keperluan yang lain.

Sebilangan daripada banyak nama rum yang lain termasuk Darah Nelson, Bunuh Hantu, Air Syaitan, Minuman Lanun, Arak Keras Tentera Laut, dan Air Barbados. [4] Satu versi rum dari Newfoundland dirujuk dengan nama Screech, manakala sebilangan rum gred rendah dari Hindia Barat dipanggil tafia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Asal[sunting | sunting sumber]

Pelopor-pelopor rum telah wujud sejak kepurbaan. Perkembangan minuman bertapai yang dihasilkan daripada jus tebu dipercayai berlaku di India atau China kuno, [1] dan tersebar dari sana. Satu contoh minuman ini yang awal ialah brum. Dihasilkan oleh orang Melayu, brum wujud sejak beribu-ribu tahun lagi. [5] Marco Polo juga mencatat pemerian abad ke-14 tentang "wain gula yang amat baik" yang dihidangkan kepadanya di Iran kini. [1]

Penyulingan rum yang pertama berlaku di ladang-ladang tebu di Caribbean pada abad ke-17. Abdi-abdi ladang merupakan orang pertama untuk menemui bahawa molases, satu keluaran sampingan dalam proses menapis gula, menapai menjadi alkohol. [6] Kemudian, penyulingan keluaran-keluaran sampingan beralkohol ini memekatkan alkohol dan membuang kekotoran untuk menghasilkan rum benar yang pertama. Tradisi mengatakan bahawa rum berasal buat pertama kali di pulau Barbados. Tanpa menghiraukan sumber awalnya, rum Carribean yang awal tidak dikenali untuk mutu yang tinggi. Sebuah dokumen pada tahun 1651 dari Barbados menyatakan, "Minuman utama yang menjadikan fikiran bingung yang dibuat oleh mereka di pulau itu ialah Rumbullion, juga dikenali sebagai Membunuh-Hantu, dan ini diperbuat daripada tebu yang disuling [untuk menghasilkan] suatu arak yang pedas, bagai neraka, dan dahsyat." [6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 Pacult, F. Paul. "Pemetaan Rum Mengikut Kawasan", Wine Enthusiast Magazine, Julai 2002. 
  2. Blue, m.s. 72-73
  3. 3.0 3.1 Blue m.s. 73
  4. Rajiv. M. "Satu minuman Caribbean", The Hindu, 12 Mac 2003. 
  5. Blue m.s. 72
  6. 6.0 6.1 Blue m.s. 70

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Curtis, Wayne (2006). And a Bottle of Rum: A History of the New World in Ten Cocktails. Crown. (temu bual pengarang)
  • Williams, Ian (2005). Rum: A Social and Sociable History of the Real Spirit of 1776. Nation Books.  (petikan)
  • Broom, Dave (2003). Rum. Abbeville Press. 
  • Arkell, Julie (1999). Classic Rum. Prion Books. 
  • Coulombe, Charles A (2004). Rum: The Epic Story of the Drink that Changed Conquered the World. Citadel Press. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: