Sana'y Wala Nang Wakas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sana'y Wala Nang Wakas
GenreDrama, romantis, telenovela
PenciptaABS-CBN
PengarahJerome Chavez Pobocan
FM Reyes
Dibintangi oleh
Jericho Rosales
Kristine Hermosa
Diether Ocampo
Angelika dela Cruz
Lagu pembukaan"Sana'y Wala Nang Wakas" oleh Jessa Zaragoza; digubah semula oleh Homer Flores
PenggubahWilly Cruz
Negara asalFilipina
Bilangan episod298
Penerbitan
Tempoh siaran30 minit (asal)
45 minit (dimampatkan)
Syarikat penerbitan
Star Creatives
Penyiaran
Saluran asalABS-CBN
Format gambar480i (SDTV)
Siaran asal19 Mei 2003 (2003-05-19) – 9 Julai 2004 (2004-07-09)

Sana'y Wala Nang Wakas (bahasa Melayu: Ku Yakin Ia Tidak Akan Berakhir) merupakan sebuah siri drama Filipina yang disiarkan di ABS-CBN bermula dari 19 Mei 2003 dan berakhir pada 9 Julai 2004. Ia berkisarkan tentang percintaan Christian dan Ara yang penuh dengan liku yang disebabkan oleh dosa lampau ibu bapa mereka. Ia dibintangi oleh Jericho Rosales, Kristine Hermosa, Diether Ocampo dan Angelika dela Cruz. Di Malaysia, drama ini pernah disiarkan di TV2 dan Astro Prima pada 2004 dan 2005. Ia kemudiannya diulang siar di Astro Bella pada 2013 atas permintaan ramai.

Pelakon dan watak[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

  • Jericho Rosales sebagai Christian Soriano - Menjadi anak yatim di usia muda, dia diberi tanggungjawab mengendalikan syarikat-syarikat keluarganya yang berkuasa tinggi. Dia jatuh cinta kepada Ara, tidak tahu bahawa dia juga mempunyai kisah lampau yang mungkin menghancurkan hubungan mereka.
  • Kristine Hermosa sebagai Arabella Grace Garcia/Grace Gonzales - Anak perempuan Elizabeth yang membesar tanpa mengenali kasih ibunya. Ara jatuh cinta dengan Christian, tidak mengetahui ia akan menghancurkan hidupnya.
  • Diether Ocampo sebagai Leonardo Madrigal III - Leo ialah cucu sulung Don Marcelo, seorang peladang yang kaya-raya. Mempunyai seorang adik lelaki yang bernama Ramon. Mereka datang dari keluarga yang berpecah belah apabila ibu mereka meninggalkan mereka untuk berkahwin dengan seseorang di Amerika. Sejak itu, dua beradik itu berada di bawah jagaan Don Marcelo. Leo juga merupakan seorang peukis yang lebih suka dengan seni dan muzik daripada menguruskan hasienda keluarganya. Dia merupakan seorang cucu penyayang, dan cukup berani untuk berjuang untuk apa yang dia percayai atau untuk wanita yang akhirnya akan jatuh cinta dengannya.
  • Angelika dela Cruz sebagai Mary Ann Santos - Mary Ann ialah seorang yang ceria dan periang. Semua orang di sekelilingnya dipengaruhi oleh kegembiraannya. Terlepas dari masa lalu beliau yang bermasalah. Ibunya adalah seorang GRO, yang berkahwin dengan seorang lelaki yang akan melakukan apa sahaja untuk wang walaupun bermaksud, "menjual" anak tirinya. Setelah melarikan diri dari masa lalu, dia bertekad untuk memenuhi impiannya menjadi artis rakaman. Berani dan pintar, walaupun tidak dapat menamatkan pelajarannya, dia akan melakukan segalanya untuk mencapai matlamatnya dan akan melakukan segala-galanya untuk lelaki yang akhirnya dia akan jatuh cinta.

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

  • Gloria Romero sebagai Doña Valeria Valencia
  • Cherry Pie Picache sebagai Elizabeth/Yvette Valencia
  • Joel Torre sebagai Anton Garcia
  • Marvin Agustin sebagai Newton
  • Kaye Abad sebagai Shane Diwata
  • Desiree Del Valle sebagai Francine Perez
  • Caridad Sanchez sebagai Choleng
  • Luis Alandy sebagai Ramon Madrigal
  • Gary Estrada sebagai Richard Valencia
  • Jane Oineza sebagai Arabella Grace Garcia/Grace Gonzales kecil
  • John Manalo sebagai Christian Soriano kecil

Pelakon undangan[sunting | sunting sumber]

  • Ilonah Jean sebagai Rhodora Soriano
  • Bong Regala sebagai Emilio Soriano
  • Bon Vibar sebagai Nicanor Soriano
  • Nina Ricci Alagao sebagai Bettina
  • Minnie Aguilar sebagai ibu Shane
  • Ward Luarca sebagai Orly
  • Marithez Samson sebagai Lucy
  • Cholo Escaño sebagai Einstein
  • Crispin Pineda sebagai Orly muda
  • Serena Dalrymple sebagai Rain Soriano
  • Julia Clarete sebagai Denise
  • Karlo Enriquez sebagai Nicanor muda
  • Troy Martino sebagai bapa Shane
  • Kimberly Diaz sebagai isteri Einstein
  • Carla Humphries sebagai setiausaha Christian
  • Tin Arnaldo sebagai Valeria muda
  • Boy Abunda sebagai dirinya sendiri
  • Karlina Bayot sebagai Socorro Soriano
  • Kris Aquino sebagai dirinya sendiri
  • Roderick Paulate sebagai Truman
  • Suzette Ranillo sebagai Jake
  • Robby Mananquil sebagai Perry
  • Chinggoy Alonzo sebagai Don Marcelo Madrigal
  • Teresa Garcia
  • Khalila Aguiluz
  • Vangie Labalan
  • Errol Dionisio
  • Efren Reyes Jr.
  • Brandon Gepfer sebagai Mando Leandro

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Sana'y Wala Nang Wakas dianggap sebagai salah satu drama lipur lara terbaik dalam sejarah televisyen Filipina oleh kebanyakan pengkritik dan penonton. Penarafan tertinggi ialah 49.3%, manakala yang paling rendah ialah 38.7%. Penarafan keseluruhannya ialah 40.4%.[1]

Adaptasi Malaysia[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Cinta Tiada Ganti

Sana’y Wala Nang Wakas telah diadaptasikan di Malaysia oleh Global Station Sdn. Bhd. Ia diberi tajuk, Cinta Tiada Ganti dan diterbitkan sebanyak 100 episod ia dibintangi oleh Addy Ashraf, Nelydia Senrose, Ben Amir dan Atikah Suhaime sebagai watak utama. Tayangan perdana bermula 10 Julai 2018 di Astro Prima.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ SWAN's finale making a History Sunstar (5 July 2004). Retrieved on 5 July 2014.
  2. ^ Cubaan cetus fenomena Harian Metro (12 Julai 2018). Diperoleh pada 27 Julai 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]