Astro Bella

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Astro Bella
Astro Bella.png
Dilancarkan5 Mac 2012[1]
Ditutup1 Oktober 2018
Dimiliki olehAstro
Format gambar16:9 (SDTV)
HDTV
NegaraMalaysia
Kawasan siaran Malaysia
 Brunei
PenggantiB4U
Digantikan olehNaura
Laman sesawangwww.astro.com.my

Astro Bella merupakan sebuah saluran televisyen yang diterbitkan oleh penyedia televisyen satelit Malaysia, Astro.[1] Ia merupakan saluran yang pertama seumpamanya di Malaysia yang memaparkan rancangan-rancangan telenovela. Rancangan-rancangan telenovela tersebut kebanyakkannya didatangkan dari negara Filipina, Mexico dan Itali dan ia disiarkan dalam audio asal dengan sari kata bahasa Malaysia. Saluran televisyen ini menggantikan saluran B4U, iaitu sebuah saluran filem Bollywood pada 5 Mac 2012 dan ia didatangkan dalam pakej Mustika. Kandungan rancangan terpilih juga disiarkan di Astro Mustika HD.[1]

Telenovela terpilih disiarkan dalam HD di Astro Mustika HD. Begitu juga, beberapa drama tempatan yang disiarkan di Astro Mustika HD juga boleh didapati di Astro Bella.

Astro Bella adalah saluran televisyen oleh penyedia satelit Malaysia Astro di saluran 133. Apabila ia mula menyiarkan pada 5 Mac 2012, saluran penyiaran telenovelas, saluran pertama seumpamanya di Malaysia. Saluran disiarkan di nombor saluran yang digunakan sebelum ini B4U, saluran filem Bollywood. Saluran itu dimasukkan ke dalam pakej Mustika rangkaian. Saluran itu mengandungi telenovelas dari Filipina, Mexico, Thailand, Vietnam, Amerika Latin, Brazil, Portugal, Yunani, Poland, Sepanyol, Arab dan Itali. Walaupun sebahagian besar telenovelas disiarkan dalam audio asal mereka dengan subtitle Bahasa Malaysia, sesetengahnya disiarkan dengan dubbing dalam bahasa ibunda.

Pada Oktober 2015, kandungan rancangan yang disiarkan di Astro Bella diperluaskan dengan menyiarkan rancangan-rancangan gaya hidup, manakala fokus penyiaran telenovela luar negara sekarang dirujuk kepada drama luar negara yang memfokuskan kepada penonton Melayu. Saluran ini akan ditamatkan penyiarannya pada 1 Oktober 2018.[2]

Senarai Rancangan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Izzat Ismail (15 Februari 2012). "Astro Bella Gantikan Astro B4U". THR.fm. Dicapai pada 16 Februari 2012.
  2. ^ Astro tamatkan siaran saluran Mustika HD dan Bella The Vocket (30 September 2018). Dicapai pada 1 Oktober 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.