Cinta Tiada Ganti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cinta Tiada Ganti
GenreMelodrama
Cinta
Berdasarkan daripada
Sana'y Wala Nang Wakas (2003) oleh ABS-CBN
Ditulis olehThe Playwrights
PengarahMohd Feroz Abd Kader
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Jodoh Ku" oleh Khai Bahar
Lagu penutup"Jodoh Ku" oleh Khai Bahar
Negara asal Malaysia
BahasaMelayu
Inggeris
Bilangan episod100
Penerbitan
Penerbit eksekutifZetty Adilla Dato' Ramly
Zetty Alia Dato' Ramly
PenerbitDatin Zaiton Mohd Jiwa
Natasha Razman Hashim
Shahazlin Hamzah
PenyuntingYan, Romy, Amiruddin, Eddey, Azim, Huda, Azu, Saufi, Syila
Lokasi
Tempoh siaran42–43 minit
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn. Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima & Astro Maya HD
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal10 Julai 2018 – 26 November 2018
Kronologi
MengikutiMonalisa
Diikuti olehSelafaz Cinta

Cinta Tiada Ganti merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 arahan Mohd Feroz Abd Kader,[1] yang diadaptasi daripada drama Filipina, Sana'y Wala Nang Wakas terbitan ABS-CBN, dibintangi oleh Jericho Rosales dan Kristine Hermosa. Ia diterajui oleh Nelydia Senrose sebagai Arabella, Aedy Ashraf sebagai Mukhriz dan ramai lagi. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Tiara Astro Prima dari 10 Julai 2018 hingga 26 November 2018, menggantikan Monalisa.[2]

Siri ini ditujukan khas kepada salah seorang pelakon pembantunya, Nor Amisah Abdullah yang meninggal dunia pada 12 Ogos 2018.[3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan percintaan Ara (Nelydia Senrose) dan Mukhriz (Addy Ashraf) yang penuh dengan emosi dan duga, bermusuhan seterusnya mereka jatuh cinta. Namun percintaan mereka terputus apabila satu rahsia terbongkar. Kesilapan masa silam kedua ibu bapa mereka dan kisah silam permusuhan keluarga Ara dan Mukhriz memaksa mereka mengubah haluan hati mereka masing-masing.

Setelah mengetahui kebenaran yang Mukhriz diselubungi dengan kemarahan, yang membuatkan Ara dan keluarganya memutuskan untuk melarikan diri dari dendam keluarga Mukhriz. Perjalanan tragis ini membawa Ara untuk bertemu seorang pelukis yang kaya-raya, Khai (Ben Amir). Dia belajar untuk melupakan segalanya. Dan cinta tanpa syarat Khai membantunya untuk membina kehidupan baru. Ara juga diminati oleh adik Khai,Reza (Nafiz Muaz). Mukhriz, sebaliknya, merasa selesa dengan Arianna (Atikah Suhaime) yang ramah hati, yang lucu dan secara perlahan-lahan memenangi kepercayaan dan kasih sayang Mukhriz.

Apabila percintaan seolah-olah sempurna untuk pencinta terasing, nasib melangkah masuk dan membawa Mukhriz kembali ke kehidupan Ara. Ara kini mesti menghadapi konfliknya yang belum selesai dengan Mukhriz.

Ketika terperangkap di tengah-tengah hutan, mereka ditawan oleh pemberontak dan Mukhriz diseksa oleh pemberontak. Mereka diselamatkan oleh Khai dan mereka melarikan diri dengan bantuan daripada pemberontak yang tidak puas hati. Mukhriz kemudian ditembak di kaki.Reza dan pihak polis tiba untuk menyelamatkan mereka. Ara kemudian ditembak di bahu oleh ketua pemberontak. Penjenayah tersebut berjaya ditumpaskan oleh polis.

Mukhriz dan Ara bertemu jodoh dan mereka kini hidup bahagia. Ariana kini berjaya sebagai penyanyi terkenal, Khai kini menumpukan perhatian sepenuhnya kepada perniagaan keluarganya serta menerima cinta baru (Bahagian 1).

Khai dan Ara bertemu jodoh dan mereka kini hidup bahagia.Ariana kini berjaya sebagai penyanyi terkenal, manakala Mukhriz membawa diri ke luar negara (Bahagian 2).

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

  • Aedy Ashraf sebagai Mukhriz "Riz" Raimi — Menjadi anak yatim di usia muda, Mukhriz diberi tanggungjawab mengendalikan syarikat-syarikat keluarganya yang berkuasa dan berpengaruh. Dia jatuh cinta kepada Ara, tidak tahu bahawa dia juga mempunyai kisah lampau yang mungkin menghancurkan hubungan mereka.
  • Nelydia Senrose sebagai Arabella "Ara" Abdullah — Anak perempuan Raihana yang membesar tanpa mengenali kasih sayang ibunya. Ara jatuh cinta dengan Mukhriz, tanpa mengetahui ia akan menghancurkan hidupnya.
  • Ben Amir sebagai Khairil "Khai" Hussain — Cucu sulung Dato’ Azizan, seorang hartawan yang kaya-raya. Khai mempunyai seorang adik lelaki yang bernama Reza. Mereka datang dari keluarga yang berpecah belah apabila ibu mereka meninggalkan mereka untuk berkahwin dengan seseorang di Amerika. Selepas ibu bapa mereka berpisah, dua beradik itu berada di bawah jagaan Dato’ Azizan. Khai juga merupakan seorang peukis yang lebih suka dengan seni dan muzik daripada menguruskan perniagaan keluarganya. Dia merupakan seorang cucu penyayang, dan cukup berani untuk berjuang untuk apa yang dia percayai atau untuk wanita yang akhirnya akan jatuh cinta dengannya.
  • Atikah Suhaime sebagai Arianna "Yana" Natasya — Seorang yang ceria dan periang, Arianna bercita-cita ingin menjadi penyanyi rakaman. Dia mempunyai sejarah silam yang menghantui hidupnya, ibunya ialah seorang GRO, yang berkahwin dengan seorang lelaki yang akan melakukan apa sahaja untuk wang walaupun berniat untuk "menjual" anak tirinnya. Merupakan seorang yang cerdik dan berani, walaupun tidak dapat menamatkan persekolahannya, dia akan melakukan segalanya untuk mencapai matlamatnya dan untuk lelaki yang akhirnya dia akan jatuh cinta.

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon kanak-kanak[sunting | sunting sumber]

Pelakon undangan[sunting | sunting sumber]

Catatan

1 menunjukkan telah meninggal dunia

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Sana'y Wala Nang Wakas ialah sebuah telenovela Filipina yang diterbitkan dan disiarkan di ABS-CBN dari 2003 hingga 2004, dibintangi oleh Jericho Rosales dan Kristine Hermosa. Siri ini pertama kali disiarkan di Malaysia pada 2005 menerusi TV2 dan kemudiannya di Astro Prima dan juga pernah diulang siar di Astro Bella pada 2013.[4]

Menurut Pengarah Urusan Global Station Sdn. Bhd., Datin Zaiton Mohd Jiwa, Cinta Tiada Ganti ialah produk kelima terbitan Global Station dan dimampatkan menjadi 100 episod kerana versi asal Filipina mengandungi sebanyak 300 episod. Penggambaran dijalankan di Kuala Lumpur, Lembah Kelang dan Putrajaya. Skrip dan beberapa watak di dalam Sana'y Wala Nang Wakas juga telah disesuaikan untuk Cinta Tiada Ganti. Drama ini menggabungkan barisan pelakon lama dan baharu, Addy Ashraf dan Nelydia Senrose dipilih menjayakan watak utama.[5] Ben Amir dan Atikah Suhaime menyertai barisan pelakon drama ini. Penyanyi Khai Bahar membuat penampilan khas dalam Cinta Tiada Ganti, sekaligus menjadi lakonan pertamanya.[6]

Drama ini ditujukan khas dalam ingatan kepada Nor Amisah Abdullah yang memegang watak Mak Cik Diba kembali ke Rahmatullah pada 12 Ogos 2018 akibat penyakit sesak nafas, iaitu sebulan selepas tayangan perdana drama ini.[7]

Perbezaan dari versi asal Filipina[sunting | sunting sumber]

Sana'y Wala Nang Wakas Cinta Tiada Ganti
Permulaan cerita mempunyai suara latar Permulaan cerita tiada suara latar
Emilio Soriano dan Richard Valencia ialah sepupu Raimi Nazrudin dan Raizal Nazrudin ialah adik-beradik
Ara (kecil) memecahkan cawan Ara (kecil) memecahkan pasu
Richard dan Anton bergaduh ketika hujan Raizal dan Atan bergaduh ketika hari tidak hujan
Christian dan Ara berjumpa dalam bot Mukhriz dan Ara berjumpa di jeti
Anton dipukul dari arah depan Atan dipukul dari arah belakang
Ara berjumpa dengan bapanya di kantin penjara Ara berjumpa dengan bapanya di bilik telefon penjara
Christian (kecil) membaling kereta mainan di luar rumah Mukhriz (kecil) membaling kereta mainan di dalam rumah
Ara selamatkan seorang bayi lelaki dari bas yang meletup Ara selamatkan seorang bayi lelaki dari penjenayah
Rain dikejar oleh sekumpulan kanak-kanak di tepi jalan Rain tidak dikejar oleh sekumpulan kanak-kanak di tepi jalan
Kereta Elizabeth pancit sebelum meninggalkan kawasan perumahan Ara Kereta Raihana tidak pancit sebelum meninggalkan kawasan perumahan Ara
Richard berjumpa dengan Anton di kantin penjara Raizal berjumpa dengan Atan di pejabat penjara
Christian berjumpa dengan Anton di kantin penjara Mukhriz berjumpa dengan Ara dan Atan di bilik telefon penjara
Ara berjumpa dengan Christian di dermaga Ara berjumpa dengan Mukhriz di taman
Richard terlibat dalam kemalangan pesawat Raizal terlibat dalam kemalangan jalan raya
Elizabeth berjumpa dengan Ara di dalam rumah Raihana berjumpa dengan Ara di luar rumah
Christian membaling telefon Mukhriz tidak membaling telefon
Newton bertumbuk dengan Christian di tempat letak kereta Nazreem bertumbuk dengan Mukhriz di luar kawasan perumahan
Ara sekeluarga menuju ke stesen keretapi Ara sekeluarga menuju ke stesen bas
Christian mencari Ara di stesen keretapi Mukhriz mencari Ara di stesen bas
Elizabeth nyaris dibunuh di dalam keretapi Raihana nyaris dibunuh di kawasan R&R
Leo melukis karikatur Ara di dalam keretapi Khairil melukis karikatur Ara di kedai makan R&R
Ara terlibat dalam kemalangan keretapi Ara terlibat dalam kemalangan jalan raya
Mary Ann dan adiknya tinggal di rumah setinggan Arianna dan adiknya tinggal di rumah teres
Christian menerima nashat Denise secara dekat Mukhriz menerima nasihat Azura melalui panggilan telefon
Don Marcelo mengadakan jamuan makan malam untuk Leo dan Ara di luar kediaman Dato’ Azizan mengadakan jamuan makan malam untuk Khairil dan Ara di dalam kediaman
Leo dan Ramon bertumbuk di luar rumah Khairil dan Reza bertumbuk di dalam rumah
Christian terjatuh dalam sungai Mukhriz terjatuh dalam gaung
Leo, Ara dan Ramon keluar pada sebelah malam Khairil, Ara dan Reza keluar pada sebelah petang
Meloy dibuli di dalam perkarangan sekolah Ucop dibuli di luar perkarangan sekolah
Christian pulang ke pangkuan neneknya yang membuat persiapan Hari Krismas Mukriz pulang ke pangkuan neneknya yang masih bersedih dengan kehilangannya
Mary Ann dan Meloy lari dari bapa tiri mereka di kawasan setinggan Ariana dan Ucop lari dari bapa tiri mereka di kawasan perumahan
Roberto menemani Mary Ann dan Meloy makan di restoran Borhan tidak menemani Arianna dan Ucop makan di restoran
Leo membuang karikatur Ara di luar rumah Khai membuang karikatur Ara di dalam laci meja
Francine terjumpa karikatur Ara di luar rumah Fatin terjumpa karikatur Ara di dalam laci meja
Ramon ceritakan tentang rahsia Leo dan syarat datuknya kepada Ara dalam keadaan tidak waras Reza ceritakan tentang rahsia Khai dan syarat datuknya kepada Ara dalam keadaan waras
Ara menampar Leo buat kali kedua Ara tidak menampar Khai buat kali kedua
Don Marcelo menumbuk Leo di luar rumah Dato' Azizan menumbuk Khai di dalam rumah
Mary Ann nyaris diperkosa di kelab malam Arianna nyaris diperkosa di lorong kaki lima
Ara dan Leo bertemu di stesen keretapi Ara dan Khai bertemu di stesen bas
Leo dipukul oleh seorang Khai dipukul oleh dua orang
Ramon ditumbuk oleh datuknya Reza ditampar oleh datuknya
Ramon melepak di kedai farmasi Reza melepak di rumah Dr. Luqman
Francine cuba memasukkan ubat tidur dalam jus lemonad Christian Fatin cuba memasukkan ubat tidur dalam jus oren Mukhriz
Christian tidak meminum jus lemonad, sebaliknya mencurahkannya ke arah Francine Mukhriz tidak meminum jus oren, sebaliknya mencurahkannya ke arah Fatin
Ramon dilanggar lari oleh Francine pada siang hari Reza dilanggar lari oleh Fatin pada waktu malam
Christian menjerit memanggil Ara Mukhriz tidak menjerit memanggil Ara
Christian menghubungi peguam bagi menggugurkan dakwaan jenayah yang difailkan ke atas Elizabeth Mukhriz tidak menghubungi peguam bagi menggugurkan dakwaan jenayah yang difailkan ke atas Raihana
Ara melawat ibunya di penjara Ara tidak melawat ibunya di penjara
Dona Valeria Valencia melawat Elizabeth di penjara Puan Sri Vee tidak melawat Raihana di penjara
Christian menghubungi peguam kenapa ibunya dipenjarakan Mukhriz tidak menghubungi peguam kenapa ibunya dipenjarakan
Rain berjumpa dengan Ara di penjara Rain berjumpa dengan Ara di kafe
Christian berjumpa dengan ibunya di penjara Mukhriz tidak berjumpa dengan ibunya di penjara
Mary Ann menghadiri ujibakat nyanyian Arianna menghadiri ujibakat lakonan
Christian bertutur bahasa Jerman ketika berurusan dengan klien Jerman Mukhriz bertutur bahasa Jepun ketika berurusan dengan pelancong Jepun
Christian dan Ara ditawan oleh lanun yang merampas kapal pelayaran Mukhriz dan Ara diculik oleh penjenayah yang merancang menculik pasangan suami isteri kaya
Christian dan Ara terkandas di pulau buat kali kedua Mukhriz dan Ara terperangkap di tengah-tengah hutan
Leo mencari Ara menaiki bot Khai mencari Ara menaiki kereta
Ara ditembak di dada Ara ditembak di bahu
Christian dan Ara berkahwin di gereja Mukhriz dan Ara berkahwin di masjid
Newton dan Shane melawat Ara di hospital Nazreem dan Shanie tidak melawat Ara di hospital
Newton dan Shane tidak menghadiri majlis perkahwinan Christian dan Ara Nazreem dan Shanie menghadiri majlis perkahwinan Mukhriz dan Ara
DVV meninggal akibat serangan jantung Puan Sri Vee berkerusi roda akibat angin ahmar

Muzik dan runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Lagu tema Cinta Tiada Ganti ialah "Jodoh Ku" hasil nukilan Adi Priyo (6ixth Sense) dan lirik ditulis oleh Manusia Putih dan dipersembahkan oleh Khai Bahar.[8] Selain itu, terdapat juga enam lagu lain yang dimuatkan dalam drama ini:

  1. "Redhakanlah" - Syeera Aziz (4:12)
  2. "Kata Cinta" - Afif Sola (3:41)
  3. "Anugerah" - Akim & The Majistret (3:51)
  4. "Sampai Ke Hari Tua" - Aizat Amdan (3:22)
  5. "Hilang" - Irfan Haris (3:40)
  6. "Hatiku Milikmu" - Siti Nordiana (4:01)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Riza Baharudin tidak mengarah drama ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Cinta Tiada Ganti Layan Drama Online (10 Julai 2018). Dicapai pada 15 Ogos 2018.
  2. ^ (12 Julai 2018). Cubaan cetus fenomena Harian Metro. Diperoleh pada 27 Julai 2018.
  3. ^ Ifqdar Rahman (12 Ogos 2018). Pelakon siri Cinta Tiada Ganti meninggal dunia sesak nafas Utusan Malaysia. Dicapai pada 29 September 2018.
  4. ^ Ardini Sophia Sina (2 Mac 2018). “Tak boleh 100 peratus” Harian Metro. Dicapai pada 20 Oktober 2018.
  5. ^ Amri Hassan (10 Ogos 2018). Bergandingan dengan Aedy Ashraf? Seronok! - Nelydia Senrose Astro Gempak. Dicapai pada 11 Oktober 2018.
  6. ^ Aida Rismariza Kamarudin (14 November 2018). Rendah diri senjata Khai Utusan Malaysia. Dicapai pada 22 November 2018.
  7. ^ Dramatis Cinta Tiada Ganti meninggal dunia Astro Awani (12 Ogos 2018). Dicapai pada 7 Oktober 2018.
  8. ^ Khadijah Ibrahim (11 Julai 2018). Jodohku, nyanyian Khai Bahar makin dapat sambutan Utusan Malaysia. Diperoleh pada 27 Julai 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Astro Prima: Slot Tiara, Isnin–Jumaat, 6:00 Petang
Sebelumnya Cinta Tiada Ganti Berikutnya
Monalisa Selafaz Cinta