Sara Mack Lubis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sara Mack Lubih
Kelahiran
Sarah Hamidah Mazlen

1996 (umur 27–28)
WarganegaraMalaysia
PendidikanIjazah Sarjana Muda Undang-Undang
Pusat pendidikanUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia
PekerjaanPelakon, Wartawan, Peguam
Tahun aktif2020–kini
Ketinggian1.65 m (5 ka 5 in)
TelevisyenNenek Bongkok Tiga, Seribu Nina
SaudaraAbdul Samad Ismail, Nuraina Samad, Maeeva Amin

Sara Mack Lubis atau nama sebenarnya Sara Hamidah Mazlen [1] merupakan pelakon filem dan TV di Malaysia, berasal dari Kuala Lumpur.

Sara telah membintangi beberapa drama dan filem seperti Can You Love Me Most? (2020), Kabus (2022) dan Nenek Bongkok Tiga (2023).[2]

Selain sebagai pelakon, Sara juga pernah berkhidmat sebagai wartawan di portal Getaran dan The Vibes milik PETRA News Group[3] selain merupakan seorang peguam bela dan peguam cara.[4]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Sara dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1996 dan membesar di Petaling Jaya. Beliau mempunyai darah campuran Belanda, Mandailing, Parsi dan Jawa.[4]

Beliau merupakan cucu kepada tokoh kewartawanan 1940-an terkenal, Tan Sri A. Samad Ismail dan anak saudara kepada wartawan dan pengarang Datuk Nuraina Samad.

Beliau juga sepupu kepada pelakon Indonesia kelahiran Malaysia, Maeeva Amin.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sara terlibat dalam bidang lakonan sama ada dalam filem, TV mahupun kandungan pelantar over-the-top (OTT) oleh penerbit mandiri (indie) mahupun arus perdana sejak tahun 2020.

Sara memulakan kerjaya lakonannya dalam sebuah filem pendek Can You Love Me the Most? (2020) arahan Feisal Azizuddin.[5] Filem pendek yang mengangkat isu pemerdagangan manusia itu[6] kemudiannya memenangi Filem Pendek Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-32.[7][8]

Nama Sara mula meningkat naik apabila membintangi sebuah drama bersiri TV, Love in Lockdown (2022) yang diarahkan oleh Mai Fernandez.[9] Drama bersiri tersebut disiarkan pelantar penstriman Sooka sebagai drama bersiri original pertama platform tersebut.

Sara juga membintangi sebuah filem psychological-thriller berjudul Kabus (2022).[10] Filem tersebut disiarkan di Astro First pada tahun 2022,[11] dua tahun selepas penghasilannya kini tersedia di pelantar OTT Prime Video.[12] Sara memegang watak sebagai "Ayang" dalam filem tersebut.

Beliau memegang watak sebagai Malia dalam drama bersiri Nenek Bongkok Tiga, arahan Datuk Yusry Abdul Halim pada tahun 2023, bagi siaran Viu Malaysia [13]. Dalam drama bersiri bergenre seram tersebut, Sara bergandingan dengan beberapa pelakon tempatan lain seperti Meerqen, Hun Haqeem, Syafie Naswip, Sara Ali, Sherie Merlis dan Datin Sofea Jane.

Sara juga merupakan pelakon bagi beberapa drama bersiri lain seperti Seribu Nina (2022) siaran Viu Malaysia[14] dan Gamers Mangkuk (2023) yang merupakan drama bersiri Astro Originals.[15]

Selain filem dan drama bersiri, Sara juga kerap membintangi iklan-iklan bagi jenama seperti Twisties Malaysia[16], HEYHO [17] dan Seng Cars Group [18].

Sara juga membitangi muzik video bagi beberapa artis tempatan [19] seperti Syafiq Abdillah iaitu bagi lagu Kekal [20] dan Suara Hidup [21] serta Yang Asli oleh Margasatwa [22] .

Sara juga memegang watak sebagai Anggerik Dang Jelita/Dang Penawar dalam filem pendek/muzik video monoLoque iaitu Lagu Cinta [23], yang berkonsepkan sains fiksyen dan distopia [23].

Terkini, beliau membintangi muzik video "Bersama Dengan Rindu" nyanyian Diana Danielle [24]

Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]

Sara mendapat pendidikan awal di SJK (C) Puay Chai, Petaling Jaya dan pendidikan menengah di SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya.

Sara juga merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia [4] .

Selain sebagai pelakon, wartawan dan peguam, Sara juga aktif memperjuangkan nasib golongan terpinggir seperti miskin tegar dan gelandangan melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) HungerHurts.

Menyandang sebagai Pengarah bagi NGO tersebut, Sara bermatlamat membantu kemiskinan melalui bantuan material dan pendidikan.

“Sebenarnya pendidikan sangat signifikan untuk mengakhiri kemiskinan. Mungkin ramai tak tahu ada banyak murid yang berhenti sekolah semata-mata untuk pastikan ada makanan di atas meja mereka. Jika kita mahu mereka pergi sekolah, kita kena pastikan mereka ada sesuatu untuk dimakan.” [4] – Sara Mack Lubis, Utusan Malaysia (Pancaindera)

Selain aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, Sara juga mempunyai minat yang mendalam dalam bidang solekan dan menjadi jurusolek separuh masa. [25]

Sara mengikat tali pernikahan dengan jejaka bernama Imran Izam Shah pada Februari 2023.[26]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2022 Kabus Ayang Filem pertama

Drama Bersiri/TV[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran Catatan
2022 Love in Lockdown Hani
Seribu Nina Emmaline Viu Muncul pada Episod 7
2023 Nenek Bongkok Tiga Malia
Gamers Mangkuk Maya Astro Premier

Filem Pendek[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2020 Can You Love Me Most? Mia Menang kategori Filem Pendek Terbaik FFM32 [7].

Pencalonan Festival Filem Asia Jogja-Netpac ke-16. Pencalonan Festival Filem Antrabangsa Monterrey ke-17. Pencalonan Festival Filem Pendek Antarabangsa Vision

2021 Asrama Fatin Terbitan Sinema Awan Mendung dengan kerjasama Ruang Layar [27]Anugerah Pilihan Penonton 19th Mini Film Fest
2022 Benda Pelik Mek Filem pendek advertorial jenama Woods terbitan OhBulan! [28]
Ayahku Cina Sarah Filem pendek raya jenama Seng Cars Group [18]
Menantu Pilihan Sara Filem pendek raya jenama HEYHO [17]
2023 Ngompat Sara Anugerah Juri Cinemashort Asian Short Film Competition 2023 [29]
Tauhu Sumbat Mia Pencalonan 19th Mini Film Fest [30]
Lagu Cinta Dang Penawar Muzik video monoLoque

Videografi[sunting | sunting sumber]

Muzik Video[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Penyanyi Catatan
2020 “Sayang, Tolong Buatkan Abang Teh” Spooky Wet Dreams Muzik video pertama [31]
2021 “Yang Asli” Margasatwa
2022 “Kekal” Syafiq Abdillah
“Suara Hidup”
2023 “Lagu Cinta” MonoloQue
“Bersama Dengan Rindu” Diana Danielle

Iklan TV/Digital[sunting | sunting sumber]

Tahun Jenama/Produk
2021 IJM Land "Erti Raya"
MyDebit "Dating Berlagak"
2022 Twisties Kaya Butter Toast
Enchanteur Dashing
Seng Cars Raya
HEYHO Raya
Red Bull "Mara Kita Membara"
Benda Pelik x Woods
2023 Seng Cars Chinese New Year

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. Sara Mack Lubis di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
  2. Sara Mack Lubis di Viu Malaysia
  3. Sara Mack Lubis di Amazon
  4. Profil Penulis Getaran
  5. Profil Penulis The Vibes

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Nama & Umur Sebenar Pelakon Drama Nenek Bongkok Tiga". SayaIday - Blog Santai Info Menarik (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-18.
  2. ^ "Sara Mack Lubis - Biography". IMDb (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-18.
  3. ^ "Sara Mack Lubis". Getaran. Dicapai pada 2023-09-18.
  4. ^ a b c d Wafa Aula (2023-05-14). "Sara Mack Lubis aura seorang bintang baru". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-09-18.
  5. ^ Azizuddin, Feisal; Lubis, Sara Mack; Rahim, Amir, Can You Love Me Most?, Feisk Productions, dicapai pada 2023-09-18
  6. ^ Symchuk, Adam (2022-11-14). "Short Film Review: Can You Love Me Most? (2022) by Feisal Azizuddin". Asian Movie Pulse (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-18.
  7. ^ a b Jefri, Najiy (2022-12-03). "Spilt Gravy dinobatkan Filem Terbaik FFM32, raih hadiah DKD RM500,000". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-18.
  8. ^ Festival Filem Malaysia 32 | Kategori Filem Pendek Terbaik - Can You Love Me Most?, dicapai pada 2023-09-18
  9. ^ Izwan Isa (16 Februari 2022). "Love In Lockdown Papar Kisah Pahit & Getir Barisan Hadapan Ketika Pandemik". Gempak. Dicapai pada 2023-09-18.
  10. ^ Azizuddin, Feisal; Lubis, Sara Mack; Zikry, Syazani (2022-02-12), Kabus, Feisk Productions, dicapai pada 2023-09-18
  11. ^ "Filem 'Psychological Thriller' 'Kabus' Sindir Siapa?". Getaran. 2022-02-15. Dicapai pada 2023-09-18.
  12. ^ "Prime Video: Kabus". www.primevideo.com. Dicapai pada 2023-09-18.
  13. ^ AZMI, MOHAMMAD SHAHEMY (2023-02-09). "Sara Mack Lubis patah gigi, pengalaman lucu jadi pelakon". Kosmo Digital. Dicapai pada 2023-09-18.
  14. ^ Adnan, Adriana; Kyle, Syafiq; Londoh, Marsha Milan (2022-05-19), Seribu Nina, Infinitus Entertainment Malaysia, Viu, dicapai pada 2023-09-18
  15. ^ "Drama Gamers Mangkuk". Myinfotaip (dalam bahasa Inggeris). 2023-05-23. Dicapai pada 2023-09-18.
  16. ^ New Twisties!, dicapai pada 2023-09-18
  17. ^ a b HEYHO Iklan Raya 2022 : Menantu Pilihan, dicapai pada 2023-09-18
  18. ^ a b Seng Cars Raya 2022 - Ayahku Cina, dicapai pada 2023-09-18
  19. ^ Chua, Dennis (6 Jun 2023). "New Straits Times". Dicapai pada 19 September 2023.
  20. ^ Syafiq Abdilah - Kekal (Official Music Video), dicapai pada 2023-09-18
  21. ^ Syafiq Abdilah - Suara Hidup (Official Music Video), dicapai pada 2023-09-18
  22. ^ Margasatwa - Yang Asli (Video Muzik Rasmi), dicapai pada 2023-09-18
  23. ^ a b monoloQue - Lagu Cinta ( Muzik Video Rasmi ), dicapai pada 2023-09-18
  24. ^ Diana Danielle - Bersama Dengan Rindu (Official Music Video), dicapai pada 2023-09-19
  25. ^ Bakar, Fath Abu (2023-02-13). "#GirlPower: Bukan Calang-Calang Pelakon! Sara Mack Lubis Juga Seorang Peguam, Hasrat Mahu Bantu Wanita Tertindas". REMAJA. Dicapai pada 2023-09-18.
  26. ^ Perlakon Cantik, Sara Mack Lubis Kini Milik Imran Izam Shah || Tahniah, dicapai pada 2023-09-20
  27. ^ ASRAMA - TRAILER, dicapai pada 2023-09-18
  28. ^ Benda Pelik, dicapai pada 2023-09-18
  29. ^ Cinemashort Asian Short Film Competition 2023 - Shortlist - mewatch (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada 2023-09-19
  30. ^ "Facebook". www.facebook.com. Dicapai pada 2023-09-19.
  31. ^ Spooky Wet Dreams - Sayang, Tolong Buatkan Abang Teh (Official Music Video), dicapai pada 2023-09-18