Sara Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sara Ali
Kelahiran
Siti Sarah binti Hairi Ali

(1990-10-11) 11 Oktober 1990 (umur 33)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2011–kini

Siti Sarah Hairi Ali atau lebih terkenal sebagai Sara Ali (lahir 11 Oktober 1990) ialah seorang pelakon wanita Malaysia, berasal dari Batu Pahat, Johor.[1] Sara telah membintangi beberapa drama TV termasuk Wasiat (2011), Bukan Bidadari (2012), Luluhnya Sebuah Ikrar (2013), Rubberband (2015) dan Split TV Series (2018) serta telah membintangi beberapa filem termasuk Penunggu Istana dan Songlap (2011), Sesuatu Yang Tertinggal (2012) dan Kami Histeria (2014).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sara Ali memulakan kerjaya lakonan pada tahun 2011. Beliau ditawarkan berlakon dalam filem pertamanya, Penunggu Istana arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin, filem ini turut dibintangi oleh Amar Asyraf. Beliau juga pernah berlakon bersama Shaheizy Sam dan Syafie Naswip dalam filem Songlap arahan Fariza Azlina Isahak dan Effendee Mazlan.[2]

Beliau paling dikenali melalui watak sebagai Johana Hassan dalam drama Wasiat lakonan bersama Farid Kamil dan Beto Kusyairy.[3] Pada tahun 2012 sahaja, Sara berlakon dalam dua filem—Sesuatu Yang Tertinggal sebagai Mona dan Jangan Pandang-Pandang sebagai Yaya. Selain itu, beliau juga muncul dalam drama Bukan Bidadari lakonan Nad Zainal.

Beliau bersama Nad Zainal, Mila Jirin dan Diana Danielle, membintangi filem komedi muzikal seram, Kami Histeria arahan Shamyl Othman terbitan Redfilms yang ditayangkan pada 6 Februari 2014. Sara memegang watak sebagai Bad, salah seorang ahli kumpulan Histeria.[4]

Pada tahun yang sama, Sara membuat penampilan pentas teater sulungnya menerusi teater Lembu dan Mat Derih Kola Perlih hasil garapan Namron lakonan bersama Namron, Pekin Ibrahim dan Ameera Ramli. Setahun berikutnya, beliau muncul bersama Beto Kusyairy, Bil Azali dan Pian Kepoh dalam drama Rubber Band yang bersiaran di Slot Iris TV3. Beliau seterusnya memegang watak Nadia dalam filem pendek arahan Muzzamer Rahman bertajuk Nadia Ngidam Cili yang dikeluarkan pada 16 September 2015.[5]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada Oktober 2016, Sara Ali mengambil keputusan untuk menanggalkan tudung selepas 10 bulan.[6] Beliau berkata dalam temu ramah pada April 2017: "Keputusan saya mengenakan hijab tahun lalu tidak didorong oleh keputusan sendiri. Saya terikut-ikut dengan sebuah perniagaan yang bersifat keagamaan. Namun begitu, saya mengaku yang perubahan tersebut merupakan keputusan saya. Saya sendiri yang buat kesilapan, saya sendiri yang tak berfikir panjang sebelum mengenakan hijab. Selepas 10 bulan, saya kembali membuka hijab. Saya tak mahu jadi hipokrit, lebih-lebih lagi jika hal yang berkaitan agama. Saya akui, ini salah saya,".[7]

Beliau juga dikatakan pernah berkrisis dengan pelakon Fazura apabila pelakon itu membuat pendedahan mengenai hubungan dingin mereka dalam episod kedua Facing Up To Fazura terbitan E! Asia pada 21 Disember 2014.[8][9][10] Sara kemudiannya menyatakan beliau bernekad untuk tidak mahu meneruskan persahabatannya dengan Fazura.[11][12]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2011 Penunggu Istana Sara Filem pertama
Jalan Pintas Sarah
Klip 3GP Suria
Nur Kasih The Movie Juriah
Songlap Hawa
2012 Sesuatu Yang Tertinggal Mona
Jangan Pandang-Pandang Yaya
2013 Juvana Juriah
Sembunyi: Amukan Azazil Hanum
Kolumpo Dirinya sendiri Penampilan khas
2014 Kami Histeria Bad
2015 Nadia (Nadia Ngidam Cili) Nadia Filem pendek
2016 Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! Noreen
2022 Air Force The Movie: Selagi Bernyawa Natrah Hamzah
Seratus Sofea
Biko Sherry
2024 Legasi Wira Merah Pos-produksi
TBA Masterpicisan Nina Pos-produksi
Ayizah Ayizah

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2011 Waktu Rehat (Musim 2) G Disney Channel Episod: "Cinta Pertama"
Wasiat Johanna Hassan Astro Prima
2012 Bukan Bidadari Ayu TV3
2013 Cinta Kau Dan Aku Farisya TV1
Sahabat[13][14] Azie Astro Ria
Luluhnya Sebuah Ikrar Yati TV9
2014 Hanna Raudhah Hanna Raudhah TV2
Sambal Kerang Najwa Najwa
Maaf Jika Aku Tak Sempurna Melina TV3
Couture Cintaku Adibah TV1
Satu Hari Sabrina TV9
2015 Rubberband Jelita TV3
2017 Perempuan Paling Bahagia Nia Astro Oasis
Saka Sisters Laila Astro Warna
2018 Abang Lori Ohsem Zia Hypp Sensasi
Split TV Series Maryam Astro Citra
2019 Coffee for All
Devoted Intan Viu Penampilan khas
Pesan Pada Hati Yanna TV3
Sembil9n Manyang Astro Citra
2020 Tanya Sama Pokok Siti Astro Warna
2021 Lockdown Alin Astro Ria
2022 Murder By Moonlight Ameera Astro Citra
2023 Nenek Bongkok Tiga Alis Viu
TBA Untitled Murder By Moonlight Special Ameera Astro Citra

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Alamak 7 Hari Lagi Huda TV3 Telefilem pertama
Senyuman Di Kuala Lumpur Nazira Astro Prima
Tasbih Yang Terlerai TV9
2013 Lara Qaseh Lara TV3
2014 Biskut-biskut Cinta Khirul Bariah TV2
Hak Wanda TV3
Seligar Sara TV2
Menghitung Rahmat Tuhan Mardiah TV9
Apa Guna Berjanji Hashimah TV2
Oh My English!: Villa Isabellaaa! Astro TVIQ
2015 Cintaku Tertinggal Di Mostar Ili TV3
Rock Kampung Alia TV2
Minah Gangster Alina / Alin Astro Ria
Hantu Kubur Astro Prima
1 Hari Putih
2017 Beringin Nisa Astro Citra
2018 Esok Untuk Kita Khalisya NTV7
Realiti Ramadan Mike Julia
Abah Dira Astro Citra
2019 Sesalan Terakhir Natasha TV3
Peraturan Fatin Astro Citra
Aku Penghiburmu Cikgu Shikin TV2
2020 Ghairah Ara Astro Citra
Di Penghujung Fatamorgana TV2
2021 Hello Suria Suria Awesome TV
Mangkuk Tingkat Mak Teh Sarah filem pendek iklan Saji
Sumpahan Orang Putih (S.O.P) Kaseh Astro Citra
Penunggu Soldorm

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak
2014 Lembu Dan Mat Derih Kola Perlih Wati
2020 Puspita Amanda

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2011
Festival Filem Malaysia ke-24
Pelakon Harapan Wanita Terbaik Nur Kasih The Movie Tercalon
2012
Festival Filem Malaysia ke-25
Pelakon Wanita Terbaik Songlap Tercalon
Anugerah Skrin 2012
Pelakon Wanita Terbaik Filem Tercalon
2015
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014[15]
Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-27
Pelakon Wanita Terbaik Kami Histeria Tercalon
Anugerah Skrin 2015
Pelakon Wanita Terbaik Drama Hak Menang
2019
Anugerah Telenovela
Pelakon Wanita Popular Split TV Series Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rasdan Ahmad (9 Februari 2014). Sara Ali buang ‘diva’ Utusan Malaysia. Diperoleh pada 31 Disember 2014.
  2. ^ Wahiduzzaman (19 Disember 2011). Songlap, sebuah filem Melayu berbeza mSTAR Online. Diperoleh pada 4 Januari 2012.
  3. ^ Shazryn Mohd Faizal (27 Julai 2011). Wasiat adaptasi telenovela asing Utusan Malaysia. Diperoleh pada 4 Januari 2012.
  4. ^ 'Kami Histeria' Komedi Seram Luar Biasa Diarkibkan 2018-06-18 di Wayback Machine mSTAR Online (14 Februari 2014). Dicapai pada 6 Januari 2015.
  5. ^ Derrick Ect (7 September 2015). "There's a film omnibus". Daily Seni. Dicapai pada 8 September 2015.
  6. ^ Ariffudin Ishak (11 April 2017). "Sara Ali Selama Ini Bertudung Bukan Kerelaan Hati". mStar Online. Dicapai pada 12 April 2017.
  7. ^ "Sara Ali akui tanggal tudung sejak Oktober tahun lalu". Astro Awani. 11 April 2017. Dicapai pada 12 April 2017.
  8. ^ "'Dia Bukan Tuhan' – Sara Ali Bengang Dengan Fazura". Oh Bulan!. 26 Disember 2014. Dicapai pada 2 Januari 2015.
  9. ^ Zaidi Mohamad (25 Disember 2014). "Hubungan kami tak okey - Sara Ali". Berita Harian. Dicapai pada 2 Januari 2015.
  10. ^ "Hubungan Dingin, Sara Ali Kata Fazura Bukan Tuhan!". My News Hub. 24 Disember 2014. Dicapai pada 2 Januari 2015.
  11. ^ Mohd Al Qayum Azizi (25 Disember 2014). "Akui Hubungan Renggang, Sara Ali Tidak Akan Berbaik Dengan Fazura". mStar Online. Dicapai pada 2 Januari 2015.
  12. ^ "Sara Ali tidak mahu berbaik semula dengan Fazura". Agenda Daily. 26 Disember 2014. Dicapai pada 2 Januari 2015.
  13. ^ Siti Athirah Dzulkifly (15 September 2013). Liyana, Izzue, Syukri & Sharif Jadi Sahabat Utusan Online. Diperoleh pada 15 September 2013.
  14. ^ Haryati Karim (16 September 2013). Sahabat kisah tujuh remaja Kosmo! Online. Diperoleh pada 16 September 2013.
  15. ^ Budiey (February 18, 2015). "Senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014". Sensasi Selebriti.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]