Pergi ke kandungan

Sefuroksim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sefuroksim
Formula rangka sefuroksim
Model bebola dan batang molekul sefuroksim
Data klinikal
Nama dagangZinacef, Ceftin, dan lain-lain
AHFS/Drugs.comMonograph
MedlinePlusa601206
Data lesen
Kategori
kehamilan
  • B
Kaedah
pemberian
Intraotot, Intravena, melalui mulut
Kelas ubatAntibiotik (sefalosporin generasi ke-2)
Status perundangan
Status perundangan
  • AU: S4 (Preskripsi sahaja)
  • Rx sahaja
Data farmakokinetik
Bioketersediaan37% apabila perut kosong, sehingga 52% apabila diambil selepas makan
Penyingkiran separuh hayat80 minit
PerkumuhanMelalui air kencing, 66–100% tidak berubah
Pengecam
  • (6R,7R)-3-{[(Aminocarbonyl)oxy]methyl}-7-{[(2Z)-2-(2-furyl)-2-(methoxyimino)acetyl]amino}-8-oxo-5-thia-1-azabicyclo[4.2.0]oct-2-ene-2-carboxylic acid
CompTox Dashboard (EPA)
ECHA InfoCard100.054.127 Sunting ini di Wikidata
Data kimia dan fizikal
FormulaC16H16N4O8S
Jisim molar424.38 g·mol−1
Model 3D (JSmol)
  • O=C2N1/C(=C(\CS[C@@H]1[C@@H]2NC(=O)C(=N\OC)\c3occc3)COC(=O)N)C(=O)O
  • InChI=1S/C16H16N4O8S/c1-26-19-9(8-3-2-4-27-8)12(21)18-10-13(22)20-11(15(23)24)7(5-28-16(17)25)6-29-14(10)20/h2-4,10,14H,5-6H2,1H3,(H2,17,25)(H,18,21)(H,23,24)/b19-9+/t10-,14-/m1/s1 ☑Y
  • Key:JFPVXVDWJQMJEE-SWWZKJRFSA-N ☑Y
  (verify)

Sefuroksim, antaranya dijual di bawah jenama Zinacef, merupakan sebuah antibiotik yang digunakan untuk merawat dan mencegah beberapa jenis jangkitan bakteria,[1] yang termasuk radang peparu, meningitis, otitis media, sepsis, jangkitan saluran kencing dan penyakit Lyme.[2] Ia digunakan melalui mulut atau suntikan ke dalam vena atau otot.[2]

Kesan sampingan umum termasuklah loya, cirit-birit, tindak balas alahan, dan sakit di tapak suntikan.[2] Kesan sampingan yang serius mungkin termasuk jangkitan Clostridium difficile, anafilaksis dan sindrom Stevens-Johnson.[2] Penggunaan semasa mengandung dan penyusuan bayi dipercayai selamat.[3] Ubat ini merupakan sefalosporin generasi kedua dan berfungsi dengan mengganggu keupayaan bakteria untuk membuat dinding sel yang mengakibatkan kematiannya.[2]

Sefuroksim telah dipatenkan pada tahun 1971, dan diluluskan untuk kegunaan perubatan pada tahun 1977.[4] Ia berada dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia.[5] Ia boleh didapati sebagai ubat generik.[1] Seminggu rawatan dengan ubatan tersebut yang diambil melalui gastrousus menelan kos NHS kira-kira £18 pada 2019 di United Kingdom.[1] Di Amerika Syarikat, kos borong bagi jumlah dos seminggu ini ialah kira-kira memakan kos sekitar AS$8.50.[6] Pada 2017, ia merupakan ubat ke-342 yang paling kerap dipreskrib di Amerika Syarikat, dengan lebih daripada 800 ribu preskriban setahun.[7]

  1. 1 2 3 British national formulary : BNF 76 (ed. 76). Pharmaceutical Press. 2018. m/s. 518. ISBN 9780857113382.
  2. 1 2 3 4 5 "Cefuroxime Sodium Monograph for Professionals". Drugs.com. American Society of Health-System Pharmacists. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 March 2019. Dicapai pada 22 March 2019.
  3. "Cefuroxime Use During Pregnancy". Drugs.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 March 2019. Dicapai pada 3 March 2019.
  4. Fischer, Jnos; Ganellin, C. Robin (2006). Analogue-based Drug Discovery. John Wiley & Sons. m/s. 493. ISBN 9783527607495. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 March 2019. Dicapai pada 2 March 2019.
  5. World Health Organization (2019). World Health Organization model list of essential medicines: 21st list 2019. Geneva: World Health Organization. hdl:10665/325771. WHO/MVP/EMP/IAU/2019.06. License: CC BY-NC-SA 3.0 IGO.
  6. "NADAC as of 2019-02-27". Centers for Medicare and Medicaid Services. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 March 2019. Dicapai pada 3 March 2019.
  7. "Cefuroxime - Drug Usage Statistics". ClinCalc. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 June 2020. Dicapai pada 11 April 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • "Cefuroxime". Drug Information Portal. U.S. National Library of Medicine.