Senarai Jonin Konoha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Jonin, '上忍' {Ninja atasan) secara amnya ialah ninja yang berpengalaman dengan kemahiran ninja individu yang tinggi dan berkhidmat sebagai kaptain ketenteraan. Mereka biasanya ditugaskan dengan misi pangkat-A dan Jonin yang benar-benar berpengalaman mungkin akan ditugaskan dengan misi pangkat-S (sangat berisiko dan sukar untuk dilaksanakan). Mereka juga boleh ditugaskan untuk menjalani misi keseorangan. Kadang kala mereka boleh diamanahkan sebagai guru untuk pasukan Genin tiga orang. Masih belum dijelaskan perkara-perkara yang perlu dilalui untuk seseorang menjadi Jonin. Adalah diketahui bahawa kebanyakan Jonin boleh menggunakan sekurang-kurangnya jurus yang melibatkan dua elemen.


Jonin[sunting | sunting sumber]

Aburame Shibi[sunting | sunting sumber]

Merupakan ayah kepada Aburame Shino. Semasa Konoha diserang oleh Sunagakure dan Otogakure, dia menggunakan serangganya untuk mengeluarkan racun patung Kankuro daripada badan anaknya. Dia mengendong sebuah labu sayong bagi tujuan yang masih belum diketahui tetapi dianggap bahawa labu sayong tersebut merupakan 'rumah' bagi serangga kikaichu.

Akimichi Choza[sunting | sunting sumber]

Choza.jpg

Ialah ayah kepada Akimichi Choji. Seperti anaknya, dia pernah menjadi sebahagian daripada kumpulan bertiga Ino-Shiko-Cho bersama-sama dengan Nara Shikaku dan Yamanaka Inoichi. Choza juga gemar makan dalam kuantiti yang besar.

Dan[sunting | sunting sumber]

Dan001.jpg

Mendiang Dan merupakan bapa saudara kepada Shizune dan teman lelaki Tsunade. Oleh sebab adik perempuannya mati semasa musuh menyerang masuk ke dalam Konoha, Dan bercita-cita untuk menjadi lebih kuat agar dapat melindungi orang yang tersayang. Maka, dia beraspirasi untuk menjadi Hokage. Namun demikian, dia terkorban dalam pertarungan walaupun Tsunade cuba sedaya-upaya untuk menyelamatkannya. Kematiannya mengakibatkan Tsunade menghidap hemofobia dan meninggalkan Konoha dengan Shizune.

Bertahun-tahun selepas kejadian tersebut, Orochimaru cuba mendapatkan bantuan Tsunade untuk memulihkan tangannya yang telah dijampi oleh Hokage Ketiga (Orochimaru tidak boleh menggunakan jurus dalam keadaan sedemikian). Sebagai balasan, Orochimaru berjanji akan menghidupkan semula Dan dan adik lelaki Tsunade.

Maito Gai[sunting | sunting sumber]

Lihat artikel utama Maito Gai Gai adalah jonin andalan konoha yang keahliannya taijutsu, murid Gai adalah Rock Lee, Ten-ten, dan Neji Hyuga. Murid kesayangan Gai adalah Lees secara masa lalu keduanya hampir sama.

Hatake Kakashi[sunting | sunting sumber]

Lihat artikel utama Hatake Kakashi


Hatake Sakumo[sunting | sunting sumber]

Sakumo Got Back.jpg

Juga dikenali sebagai '木ノ葉の白い牙, Konoha no Shiroi Kiba' (Taring Putih Konoha) bersempena dengan '白光チャクラ刀, Hakkō Chakura To' (Pedang Chakra Cahaya Putih) yang digunakannya. Merupakan ayah kepada Hatake Kakashi. Sakumo ialah musuh kepada anak lelaki Chiyo. Mengikut kata-kata Hokage Keempat Sakumo pernah dihormati sebagaimana Tiga Lagenda disegani kini. Tetapi, Sakumo mendapat malu apabila menggagalkan suatu misi yang mengakibatkan kerugian besar kepada Konoha. Walaupun Sakumo tahu betapa pentingnya kejayaan misi tersebut, dia memilih untuk menyelamatkan rakan-rakan seperjuangannya lalu menyebabkan kegagalan misi. Sakumo kemudiannya membunuh diri dan mengakibatkan Kakashi memegang teguh kepada kod Ninja. Sakumo meninggalkan pedangnya kepada Kakashi yang menggunakan chakra untuk menghasilkan jaluran cahaya putih apabila dihayun. Pedang tersebut dibelah dua dalam suatu pertarungan antara Kakashi dengan ninja Iwagakure.

Hyuga Hizashi[sunting | sunting sumber]

Lihat artikel utama Hyuga Hizashi


Hyuga Neji[sunting | sunting sumber]

Lihat artikel utama Hyuga Neji


Nara Shikaku[sunting | sunting sumber]

Merupakan ayah kepada Nara Shikamaru. Seperti anaknya, dia pernah menjadi sebahagian daripada kumpulan Ino-Shika-Cho bersama-sama dengan Akimichi Choza dan Yamanaka Inoichi. Dia mendirikan rumah tangga dengan Nara Yoshino dan seperti yang dikatakan oleh anaknya, Shikaku telah dikongkong oleh isterinya. Sebagai ahli keluarga Nara, dia memelihara rusa yang tanduknya boleh digunakan dalam perubatan (ubat yang dihasilkan boleh menghentikan kesan negatif setelah mengambil pil tiga warna keluarga Akimichi). Dia berganding bahu dengan Inoichi dan Choza untuk mempertahankan Konoha daripada ancaman ninja Pasir dan Bunyi. Pada mulanya, dia digambarkan sebagai seorang pemabuk. Dia juga merupakan pemain yang lebih baik daripada Asuma dalam catur, malah mampu menewaskan anaknya.

Sarutobi Asuma[sunting | sunting sumber]

Lihat artikel utama Sarutobi Asuma


Shizune[sunting | sunting sumber]

Merupakan pembantu Tsunade dan seorang ninja perubatan yang berbakat. Shizune agak rapat dengan Tsunade dan memperoleh kepercayaan penuh daripadanya. Shizune sering menggunakan jurus yang melibatkan racun [seperti 'Dokugiri, 毒霧' (Kabus Racun) dan 'Shikomishindan, 仕込針弾' (Jarum Racun)]. Tidak seperti Tsunade, Shizune agak rasional, praktikal dan tenang orangnya. Maka, dia selalu mengingatkan Tsunade tentang tabiat buruknya iaitu berjudi. Dia juga menjaga khinzir peliharaan Tsunade, Tonton.

Selepas kematian bapa saudaranya, Dan, Shizune meninggalkan Konoha bersama-sama dengan Tsunade sebagai muridnya. Apabila Orochimaru cuba mendapatkan bantuan Tsunade untuk memulihkan tangannya, Shizune cuba meyakinkan Tsunade untuk membunuhnya. Apabila semua kaedah untuk mengubah fikiran Tsunade tidak berjaya, Shizune cuba menggunakan cara keras untuk menghentikan Tsunade tetapi gagal. Shizune kemudiannya bertarung dengan Yakushi Kabuto dalam usaha melindungi Tsunade dan Uzumaki Naruto.

Apabila Tsunade menjadi Hokage Kelima, Shizune mengetuai sebuah pasukan yang terdiri daripada Shiranui Genma, Namiashi Raido dan Tatami Iwashi. Apabila Genma dan Raido ditewaskan oleh Bunyi Empat, Shizune memulihkan kecederaan mereka. Selepas itu, Shizune dilihat mengetuai pasukan perubatan memulihkan kecederaan Hyuga Neji.

Dalam Bahagian Kedua, Shizune melahirkan rasa bimbang terhadap keputusan Tsunade untuk membiarkan Naruto menjalankan misi dan melaporkan hal ini kepada orang atasan. Shizune berasa was-was terhadap kebijaksanaan Tsunade tetapi dia mula meyakini keputusan Tsunade dengan masa.

Uchiha Fugaku[sunting | sunting sumber]

Lihat artikel utama Uchiha Fugaku


Uchiha Mikoto[sunting | sunting sumber]

Lihat artikel utama Uchiha Mikoto


Yamanaka Inoichi[sunting | sunting sumber]

Merupakan ayah kepada Yamanaka Ino. Seperti anaknya, dia pernah menjadi sebahagian daripada kumpulan Ino-Shika-Cho bersama-sama dengan Nara Shikaku dan Akimichi Choza. Dia sering disindir kerana melahirkan seorang anak perempuan dan bukannya lelaki.

Yamato[sunting | sunting sumber]

Lihat artikel utama (Yamato)

Salah Seorang dari kumpulan 7 (Hatake Kakashi)(Uzumaki Naruto)(Haruno Sakura)&(Sai),(Dari Bahagian Kedua) Dan Merupakan Satu-satu nya seorang ninja dari Dunia Ninja (Naruto) yang mempunyai kuasa Jurus kayu (Mokuton)Dari Hokage Pertama(Harashima).

Yuhi Kurenai[sunting | sunting sumber]

Lihat artikel utama Yuhi Kurenai

Tokubetsu Jonin[sunting | sunting sumber]

Ebisu[sunting | sunting sumber]

Merupakan pakar dalam melatih ninja elit secara peribadi seperti yang dinyatakan oleh Hatake Kakashi. Dia ialah guru Konohamaru dan tidak berapa menyenangi sikap Konohamaru yang menyanjungi Uzumaki Naruto kerana Ebisu melihat Naruto sebagai 'bekas' yang menyimpan semangat Kyubi. Naruto pula menggelar Ebisu sebagai 'si gatal' kerana pernah ditewaskan oleh 'Hāremu no Jutsu, ハーレムの術' (Teknik Haram) dan 'Oiroke no Jutsu, おいろけの術' (Teknik Seksi).

Kemudian nanti, setelah direkomenkan oleh Kakashi sebagai seorang guru yang berpengalaman, Ebisu memulakan latihan selama sebulan dengan Naruto sebagai persediaan menghadapi Ujian Chunin. Pada masa inilah Ebisu menyedari bahawa Naruto bukanlah setakat 'bekas' yang diisi dengan semangat Kyubi tetapi seorang ninja Konoha yang berkaliber. Tetapi, Ebisu tidak dapat menamatkan latihannya dengan Naruto kerana Jiraiya menyeru seekor katak yang besar yang menghempap Ebisu.

Dalam Bahagian Kedua, Ebisu bertanggungjawab memimpin pasukan Genin yang terdiri daripada Konohamaru, Udon dan Moegi.

Gekko Hayate[sunting | sunting sumber]

GekkouHayate.PNG

Merupakan pemeriksa dan pengadil bagi bahagian ketiga Ujian Chunin. Dari segi luaran, Hayate kelihatan tidak berapa sihat kerana menghidap penyakit batuk yang agak kronik dan mempunyai karung hitam di bawah matanya. Baki pernah mengatakan bahawa Hayate adalah seorang ninja yang berbakat sebelum membunuhnya.

Hayate menyedari kebenaran di sebalik rancangan rahsia Otogakure (Kampung Bunyi) dan Sunagakure (Kampung Pasir) setelah mencuri dengar perbualan antara Baki dengan Yakushi Kabuto.

Teman wanita Hayate, Uzuki Yugao telah bersumpah untuk membalas dendam atas kematian Hayate. Tetapi, perkara ini sukar untuk dilaksanakan kerana Baki kini merupakan sekutu Konoha.


Inuzuka Tsume[sunting | sunting sumber]

Merupakan ibu kepada Inuzuka Kiba dan Inuzuka Hana. Tsume agak lasak orangnya tetapi amat menyayangi keluarganya. Semasa Konoha diserang musuh, Tsume mempertahankan kampungnya bersama-sama dengan anjingnya Kuromaru.

Mitarashi Anko[sunting | sunting sumber]

Merupakan pengadil bagi bahagian kedua Ujian Chunin. Dia memaklumkan calon-calon ujian tentang hal tersebut setelah muncul dengan bisingnya di hadapan Morino Ibiki.

Semasa ujian berlangsung, Anko bersemuka dengan Orochimaru dan dibongkarkan bahawa Orochimaru pernah menjadi gurunya. Anko, bersama-sama dengan sembilan kanak-kanak yang lain, telah ditandakan dengan 'Tanda Sumpahan Syurga'. Hanya Anko yang berjaya meneruskan hidup. Orochimaru tidak mahu mengambil Anko sebagai orang bawahannya kerana mempercayai Anko tidak berhati kejam dan tidak mampu menggunakan kuasa tanda sumpahan. Di dalam Rimba Maut, Orochimaru membangunkan tanda sumpahan Anko dan menyebabkan Anko tidak dapat meneruskan pertarungan. Anko juga mengetahui beberapa jurus rahsia yang dipelajari daripada Orochimaru seperti 'Sōjasōsai no Jutsu, 双蛇相殺の術' (Kematian Hakiki Ular Berkembar). Dia boleh menyeru ular seperti Orochimaru.


Morino Ibiki[sunting | sunting sumber]

Merupakan pengadil dan pemeriksa bagi bahagian pertama Ujian Chunin. Ibiki sering merujuk Uzumaki Naruto sebagai 'budak yang menarik'. Hal ini mungkin kerana Naruto tidak mudah gentar apabila menghadapi apa-apa dugaan. Naruto juga merupakan satu-satunya calon yang berjaya lulus bahagian pertama dengan sehelai kertas jawapan kosong.

Sebagai ketua bagi Pasukan Penyeksaan dan Soal Siasat ANBU Konoha, Ibiki merupakan orang yang paling sesuai mereka ujian bahagian pertama tersebut. Malah, dia digelar sadis oleh beberapa orang. Ibiki berkebolehan menyeksa seseorang tanpa perlu menggunakan kekerasan. Dia mendalami psikologi manusia dan mampu mengawal minda dan fikiran seseorang.

Kepala Ibiki dipenuhi dengan dengan kesan-kesan kebakaran, bekas-bekas lubang menandakan kepalanya pernah ditebuk dan parut-parut lain. Hal ini membuktikan Ibiki sendiri pernah melalui siri penyeksaan yang kejam dan menggambarkan keupayaannya untuk menghadapi seksaan azab tanpa membocorkan rahsia Konoha kepada pihak musuh.


Namiashi Raido[sunting | sunting sumber]

Mempunyai parut yang besar di pipi kanannya. Dia berkhidmat sebagai pembantu Hokage Ketiga semasa Ujian Chunin berlangsung. Dia kemudiannya diletakkan dalam pasukan yang sama dengan Shizune, Shiranui Genma dan Tatami Iwashi. Dia dan Genma berhadapan dengan Bunyi Empat yang mengiringi Uchiha Sasuke kepada Orochimaru. Bunyi Empat terpaksa mengaktifkan tanda sumpahan mereka untuk mengalahkan Raido dan Genma. Raido cedera parah dalam perlawanan tersebut tetapi sempat diselamatkan oleh Shizune.

Raido kemudiannya membantu Niju Shotai yang dipimpin oleh Sarutobi Asuma untuk menewaskan Hidan dan Kakuzu. Selepas Yamashiro Aoba menggunakan sejenis jurus untuk menghasilkan sekawan burung gagak, Raido menyembunyikan dirinya dengan kain hitam antara burung tersebut untuk menyerang hendap pihak lawan. Walaupun taktik ini gagal, Shikamaru berjaya mempelajari sesuatu fakta yang mustahak berkenaan Kakuzu.

Shiranui Genma[sunting | sunting sumber]

Genma mengambil alih tempat Gekko Hayate sebagai pengadil pertarungan utama dalam Ujian Chunin selepas Hayate dibunuh.

Apabila rancangan Orochimaru untuk menyerang Konoha bermula, Genma bertarung dengan Baki. Kemudian, dia ditempatkan dalam sebuah pasukan yang diketuai oleh Shizune bersama-sama dengan Namiashi Raido dan Tatami Iwashi. Dia dan Raido berhadapan dengan Bunyi Empat yang mengiringi Uchiha Sasuke kepada Orochimaru. Mereka berdua dijumpai oleh Shizune. Raido cedera parah manakala Genma berada di gerbang maut. Tetapi, Shizune berjaya menyelamatkan mereka dan membawa mereka balik ke hospital Konoha.

Yamashiro Aoba[sunting | sunting sumber]

Aoba.jpg

Selepas kepulangan Uchiha Itachi ke Konoha, Aoba meluru masuk ke dalam bilik Hatake Kakashi dan mengumumkan perkara tersebut tanpa melihat orang di dalam bilik itu. Malangnya, Uchiha Sasuke turut berada di sana dan berlari keluar dengan marahnya. Jonin lain di dalam bilik hanya mampu merenungnya dengan diam. Kurenai memanggilnya bodoh dalam diam-diam.

Dalam manga bab 327, Aoba membantu Niju Shotai di bawah pimpinan Sarutobi Asuma menentang Hidan dan Kakuzu. Dia memperlihatkan jurus yang menghasilkan sekawan burung gagak untuk mengaburkan penglihatan pihak lawan. Burung-burung tersebut akan lesap apabila diserang dan digunakan untuk menyembunyikan gerak-geri Namiashi Raido bagi serangan seterusnya.


Sumber-sumber[sunting | sunting sumber]

  • Buku Data Rasmi Pertama (秘伝・臨の書キャラクターオフィシャルデータBOOK Buku Watak Rasmi?)
  • Buku Data Rasmi Kedua (秘伝・闘の書キャラクターオフィシャルデータBOOK Hiden: Tō no Sho Character Buku Watak Rasmi?)
  • Buku Data Mini Hero Jump ke-2 (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi?)
  • Buku panduan anime dan manga Naruto (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi?)
  • Diambil secara terus daripada babak manga dan episod anime Naruto.