Senarai ninja-ninja lain Konohagakure

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari ANBU)
Jump to navigation Jump to search

Berikut ialah senarai nama shinobi Konoha lain yang tidak tergolong dalam mana-mana pangkat Jonin, Chunin, Genin, Hokage atau pun pelajar Akademi. Walupun begitu, mereka masih dihormati dan menetap di Konoha sehingga kini.


Danzo[sunting | sunting sumber]

Danzo lebih bersikap militari daripada penduduk kampung lain di Konoha dan lebih gemar akan keganasan dan peperangan daripada ketenangan dan keamanan. Pada masa dahulu, Danzo bersaing dengan Sarutobi untuk mejawat gelaran Hokage Ketiga. Dia mengasaskan pusat latihan ANBU yang dikenali sebagai 'Akar'. Pusat ini telah dibubarkan. Danzo telah mencadangkan Sai agar ditempatkan dalam Pasukan 7.

Danzo nampaknya sedang menyokong Hokage terkini dan Konoha tetapi Yang Kelima tidak mempercayainya. Gerak hatinya dibuktikan tepat apabila Danzo menugaskan Sai untuk menghubungi Orochimaru dan bekerja di bawah arahannya tanpa diketahui oleh Tsunade. Yamato mempercayai bahawa Danzo cuba menguasai Konoha dengan bantuan Orochimaru. Pendapat ini kemudiannya disokong oleh sekeping sampul surat yang diserahkan oleh Danzo kepada Orochimaru; sampul tersebut mengandungi gambar dan maklumat berkenaan identiti sebenar anggota ANBU Konoha. Tetapi, semua langkah tersebut hany bertujuan untuk membolehkan Sai merapati Orochimaru agar berpeluang melaksanakan misi sebenarnya - membunuh Uchiha Sasuke.

Kekuatan sebenar Danzo belum diketahui tetapi kemahiran ninjanya mestilah berada di peringkat yang agak tinggi kerana mampu bersaing untuk gelaran Hokage. Niat sebenarnya terhadap Konoha juga merupakan satu misteri - dianggap Danzo sanggup mengambil alih Konoha melalui kekerasan kerana telah menghubungi Orochimaru. Sai juga pernah menyatakan bahawa Danzo merancang untuk menguasai Konoha dan membentuknya mengikut acuan sendiri (keinginan Danzo). Menurut Sai lagi, Danzo kemudiannya akan mengkhianati Orochimaru selepas rancangannya berjaya dan salah satu cara untuk menjayakan plan tersebut ialah membunuh Sasuke, bakal pengganti tubuh Orochimaru.

Danzo nampaknya tidak berapa menyenangi sikap Sai yang suka mendampingi Pasukan 7. Namun demikian, dia tidak membunuh Sai; Danzo hanya berkata, "Emosi melahirkan kebencian, dan kebencian melahirkan peperangan." Dia kemudiannya membenarkan Sai mengekalkan namanya dan bersahabat dengan ahli-ahli Pasukan 7. Sikap sebenarnya masih belum diketahui.

Mitokado Homura[sunting | sunting sumber]

Merupakan bekas rakan sepasukan Hokage Ketiga dan Utatane Koharu. Tidak seperti Yang Ketiga, dia tidak menyenangi Naruto. Dia dan Koharu mahu mengehadkan bilangan misi yang dilaksanakan oleh Naruto dan tempat-tempat yang dikunjunginya kerana bimbang Naruto akan akan menjadi mangsa Akatsuki.

Utatane Koharu[sunting | sunting sumber]

Koharu ialah bekas rakan sepasukan Hokage Ketiga dan Mitokado Homura. Seperti Homura, dia tidak menyenangi Naruto. Dia dan Homura mahu mengehadkan bilangan misi yang dilaksanakan oleh Naruto dan tempat-tempat yang dikunjunginya kerana bimbang Naruto akan akan menjadi mangsa Akatsuki. Dalam episod 200 anime, dia menggunakan satu jurus yang tidak bernama untuk mengesan dan mengeluarkan tag meletup di dalam dinding. Hubungannya dengan Tsunade juga tidak berapa baik. Dia tidak mudah berasa gentar dan berani menasihati Tsunade agar melakukan tugas sejajar dengan bidang kuasa seorang Hokage.

ANBU[sunting | sunting sumber]

Sai[sunting | sunting sumber]

Lihat artikel utama Sai (Naruto)

Yamato[sunting | sunting sumber]

Lihat artikel utama Yamato (Naruto)

Uzuki Yugao[sunting | sunting sumber]

Merupakan ahli pasukan ANBU Konoha dan teman wanita arwah Gekko Hayate. Dia pernah bersumpah untuk membela kematian Hayate yang dibunuh oleh Baki. Tetapi, adalah tidak diketahui jika Yugao meyedari identiti pembunuh Hayate. Mungkin juga keinginan untuk membunuh Baki kian pudar selepas Sunagakure bersekutu dengan Konoha.

Gaya pertuturannya dengan Hatake Kakashi memberi bayangan bahawa Kakashi pernah menjadi seniornya ketika dia berada dalam pasukan ANBU.

Haiwan[sunting | sunting sumber]

Akamaru[sunting | sunting sumber]

Akamaru ialah anjing peliharaan, teman dan sahabat baik Inuzuka Kiba. Akamaru mempunyai deria bau dan pendengaran yang amat baik menyebabkan dia cekap dalam tugas mengumpul dan berkongsi maklumat. Ia juga mampu mengesan chakra musuh dengan hidungnya. Maka, ia dapat mengagak kekuatan pihak lawan dan memberi amaran kepada Kiba agar berwaspada. Akamaru dan Kiba sentiasa menyerang bersama-sama dengan jurus 'Jūjin Bunshin, 獣人分身' (Klon Manusia-Haiwan) untuk mengelirukan pihak lawan. Mereka juga mampu mengendalikan jurus yang hebat seperti 'Jinjū Konbi Henge: Sōtōrō, 人獣混合変化' (Transformasi Gabungan Manusia dan Haiwan: Musang Kepala Berkembar).

Dalam Bahagian Kedua, Akamaru telah membesar beberapa kali ganda saiz asalnya. Kiba kini boleh menunggang di belakangnya. Apabila Naruto melahirkan rasa hairannya tentang pertambahan saiz Akamaru secara mendadak, Kiba mengatakan bahawa dia tidak perasan akan perubahan tersebut kerana sentiasa bersama-sama dengan Akamaru.

Haimaru Sankyodai[sunting | sunting sumber]

Bermaksud 'Kembar Tiga Haimaru'. Mereka ialah teman seperjuangan Inuzuka Hana. Bulu mereka berwarna kelabu.

Kuromaru[sunting | sunting sumber]

Kuromaru ialah anjing peliharaan dan teman kepada Inuzuka Tsume. Kuromaru mempunyai muka seperti musang dan tidak mempunyai mata kiri dan telinga kanan. Ia boleh bercakap dan berbulu hitam.

Tonton[sunting | sunting sumber]

Tonton.jpg

Merupakan khinzir peliharaan Tsunade dan sering dijaga oleh Shizune. Ia tidak bertutur dalam apa-apa bahasa yang difahami manusia tetapi masih dapat menyampaikan maksudnya kepada Tsunade dan Shizune. Hidung Tonton juga dapat mengesan jejak sesuatu objek.


Sumber-sumber[sunting | sunting sumber]

  • Buku Data Rasmi Pertama (秘伝・臨の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Rasmi Kedua (秘伝・闘の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Hiden: Tō no Sho Character Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Mini Hero Jump ke-2 (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Buku panduan anime dan manga Naruto (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Diambil secara terus daripada babak manga dan episod anime Naruto.