Senarai episod BoBoiBoy Galaxy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

BoBoiBoy Galaxy ialah sebuah siri animasi sekuel yang diterbitkan oleh Animonsta Studios yang mengisahkan pengembaraan seorang adiwira Bumi, BoBoiBoy, dalam misinya untuk menyelamatkan robot berteknologi tinggi yang dikenali sebagai Power-Power Sphera dan pada masa yang sama mempertahankan galaksi.

Siri BoBoiBoy Galaxy turut diterbitkan dalam format gambar HDTV, dan dijadualkan bersiaran di TV3 mulai 25 November 2016, dan Disney Channel Asia mulai 26 Jun 2017. Slogan kata pilihan dalam siri ini iaitu "terbaik" masih digunakan dalam hampir setiap episod.

Musim 1 (2016-2018)[sunting | sunting sumber]

Episod Tajuk Tarikh siaran pertama
1 "BoBoiBoy Kembali!" 25 November 2016 (TV3)
14 Januari 2017 (MNCTV)
Cici Ko dan MotoBot telah terperangkap di angkasa lepas dari kumpulan pemburu Power Sphera. Anak-anak kapal Lanun Angkasa menuju ke kapal angkasa Cici Ko dan BoBoiBoy dan Gopal mengambil peluang itu untuk menjadi wira dengan mengalahkan pemburu Power Sphera itu.
2 "MotoBot!" 2 Disember 2016 (TV3)
21 Januari 2017 (MNCTV)
Adu Du dan Probe tiba di Bumi dan telah menculik Power Sphera MotoBot. Kemudian Cici Ko cuba mengesan lokasi MotoBot dengan pertolongan daripada Ochobot, BoBoiBoy dan Gopal untuk menyelamatkan MotoBot.
3 "Raksasa Gurunda" 9 Disember 2016 (TV3)
28 Januari 2017 (MNCTV)
Ahli kadet baru dalam TAPOPS, BoBoiBoy dan Gopal telah dihantar ke Planet Gurunda untuk memulakan misi mencari Power Sphera dengan pertolongan daripada dua rakan lama mereka.
4 "Gergasi Cattus" 16 Disember 2016 (TV3)
4 Februari 2017 (MNCTV)
BoBoiBoy dan rakan-rakannya meneruskan misi mereka dalam mencari Power Sphera di samping bertemu dengan penduduk asing di Planet Gurunda.
5 "Daun VS Lanun" 23 Disember 2016 (TV3)
11 Februari 2017 (MNCTV)
Selepas kembali ke Planet Bumi dari misi mereka di Planet Gurunda, BoBoiBoy dan rakan-rakannya tiba-tiba diserang oleh Lanun Angkasa, yang berniat untuk mencuri semua Power Sphera.
6 "Fang Penyelamat" 30 Disember 2016 (TV3)
18 Februari 2017 (MNCTV)
BoBoiBoy dan rakan-rakannya menaiki kapal angkasa Cici Ko dan menuju ke Stesen Angkasa TAPOPS. Mereka ditimpa masalah apabila berhenti di suatu tempat larangan dan terpaksa berlawan dengan Nyamuk Amok dengan pertolongan daripada seorang sahabat lama.
7 "Joe Ker tu?" 17 Mac 2017 (TV3)
1 April 2017 (MNCTV)
Cici Ko dan yang meneruskan perjalan mereka ke Stesen Angkasa TAPOPS. Namun, mereka telah menerima panggilan kecemasan dari HQ TAPOPS yang melaporkan bahawa stesen tersebut telah diserang, jadi mereka segera teleport ke sana dengan Kuasa Teleportasi Ochobot.
8 "Misi Dobi TAPOPS" 24 Mac 2017 (TV3)
8 April 2017 (MNCTV)
BoBoiBoy, Gopal dan Fang telah diberikan tugasan untuk menghantar tiga bungkusan dobi kepada penerima misteri di Planet Dargha'ya, sebuah planet yang berbahaya, tetapi kelihatan ada musuh yang telah bersedia untuk mensabotaj misi mereka.
9 "Pukauan Katakululu" 26 Mei 2017 (TV3)
3 Jun 2017 (MNCTV)
BoBoiBoy, Gopal dan Fang yang masih berada di Planet Dargha'ya cuba untuk mencari penerima bungkusan dobi itu untuk terus menyelesaikan misi. Bagaimanapun, misi mereka terganggu apabila Adu Du yang telah dipukau oleh seekor katak menyerang mereka.
10 "Ujian KENTAL" 1 Jun 2017 (TV3)
10 Jun 2017 (MNCTV)
Setelah kembali ke Stesen Angkasa TAPOPS, Tarung marah selepas mengetahui yang BoBoiBoy dan Gopal merupakan ahli TAPOPS. Dengan itu, Tarung memberikan mereka beberapa ujian untuk menentukan kelayakan menjadi ahli TAPOPS.
11 "Pertarungan Hangat" 8 Jun 2017 (TV3)
17 Jun 2017 (MNCTV)
BoBoiBoy, Yaya, Ying dan Gopal dihantar oleh Cici Ko dan Tarung ke Planet Volkania untuk menjalankan Ujian Kental. Di sana, mereka perlu kalahkan Pasukan A dan dapatkan Power Sphera yang terletak di puncak gunung berapi.
12 "Si Penceroboh Panto" 15 Jun 2017 (TV3)
24 Jun 2017 (MNCTV)
Seorang pencuri alien bernama Panto telah datang ke TAPOPS mencuri Power-Power Sphera berharga.
13 "Sarkas Kegelapan" 22 Jun 2017 (TV3)
1 Julai 2017 (MNCTV)
BoBoiBoy dan kawan-kawannya pergi ke Planet Sarkas untuk mendapatkan semula Power-Power berharga yang dicuri tempoh hari. Kemudian mereka berhadapan dengan seorang clawndiator teragung, Jugglenaut.
14 "Kemunculan Halilintar" 1 Disember 2017 (TV3)
29 Disember 2017 (MNCTV)
BoBoiBoy dan rakan-rakannya berhadapan dengan Jugglenaut dan berada di ambang kekalahan, tetapi pada masa yang sama tibanya bantuan dari seorang sahabat lama dan bangkitnya sebuah kuasa elemental baru.
15 "Perlumbaan Nova Prix" 8 Disember 2017 (TV3)
Laksamana Tarung memberikan arahan kepada BoBoiBoy dan rakan-rakannya untuk menyertai dan memenangi Perlumbaan Angkasa Nova Prix untuk mendapatkan Power Sphera bernama TrophyBot.
16 "Loopa Lupa?" 15 Disember 2017 (TV3)
BoBoiBoy dan rakan-rakannya pulang ke Bumi setelah Laksamana Tarung memberikan cuti kepada mereka.
17 "Gelora BoBoiBoy Air" 22 Disember 2017 (TV3)
Raksasa batu lava bernama Roktaroka datang ke Bumi untuk membalas dendam terhadap BoBoiBoy!
18 "Dendam A.B.A.M." 29 Disember 2017 (TV3)
6 Januari 2018 (MNCTV)
Cattus mula mengamuk di Stesen Angkasa TAPOPS apabila merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada keluarganya di Planet Gurunda, maka BoBoiBoy dan rakan-rakannya pergi ke sana untuk menyiasat.
19 "Pencetak Rompak" 24 Mei 2018 (TV3)
BoBoiBoy dan rakan-rakannya dalam perjalanan pulang ke Stesen Angkasa TAPOPS setelah berjaya menyelesaikan satu misi. Namun, dalam perjalanan pulang mereka menghadapi masalah dan terpaksa meminta bantuan di planet terdekat. Tanpa diduga mereka terpaksa berhadapan dengan alien penjenayah cetak rompak yang sangat dikehendaki TAPOPS.
20 "Manipulasi Emosi" 31 Mei 2018 (TV3)
26 Mei 2018 (MNCTV)
Selepas pulang ke Stesen Angkasa TAPOPS, sebuah Power Sphera bernama EmotiBot telah memanipulasi rakan-rakan BoBoiBoy dengan emosi. Keadaan menjadi semakin cemas apabila Tarung menjadi ganas disebabkan oleh emosi yang tidak dapat dikawal, apatah lagi dia hendak menggunakan kuasanya. Dapatkah BoBoiBoy dan rakan-rakannya menyelesaikan masalah ini?
21 "Jagara Si Jaga" 7 Jun 2018 (TV3)
2 Jun 2018 (MNCTV)
Disebabkan BoBoiBoy tidak berjaya dalam mendapatkan maklumat tentang kuasa cahaya, dia dan rakan-rakannya pergi ke Planet Junkberg untuk cuba meminta bantuan daripada DataBot. Tetapi, mereka perlu menjawab soalan-soalan kepandaian daripada Jagara supaya mereka boleh masuk ke dalam Kapal Arkib Angkasa.
22 "Misi Koloni Lanun" 14 Jun 2018 (TV3)
9 Jun 2018 (MNCTV)
TAPOPS telah menerima risikan daripada Kapten Kaizo bahawa Sunnova Station akan diserang oleh Lanun Angkasa, oleh itu BoBoiBoy dan kawan-kawannya ditugaskan untuk pergi ke Koloni Lanun Angkasa untuk menyertai Kapten Kaizo dalam operasi penyamaran.
23 "Ancaman Armada" 22 Jun 2018 (TV3)
16 Jun 2018 (MNCTV)
Kuasa Teleportasi milik Ochobot lebih menguntungkan bagi Kapten Vargoba daripada menyerang Sunnova Station. Oleh itu, ahli-ahli TAPOPS perlu menghalang Kapten Vargoba daripada mendapatkan apa yang diingininya, walau mereka perlu berjuang di Stesen TAPOPS sekalipun.
24 "Sinaran Penamat" 22 Jun 2018 (TV3)
23 Jun 2018 (MNCTV)
BoBoiBoy menggunakan kuasa elemental cahayanya untuk mengimbangi dengan kuasa magnet Kapten Vargoba yang hampir mustahil untuk dilemahkan.