BoBoiBoy Galaxy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
BoBoiBoy Galaxy
GenreAdiwira, Aksi, Kembara, Cereka sains
PenciptaMohd Nizam Abd Razak
Ditulis olehNizam Razak
Anas Abdul Aziz
PengarahDzubir Mohammed Zakaria
Yap Ee Jean
Pelakon suara
Nur Fathiah Diaz, Nur Sarah Alisya Zainal Rashid, Muhammad Abdurrahman Solahuddin, Yap Ee Jean, Dzubir Mohammed Zakaria, Wong Wai Kay, Anas Abdul Aziz, Nizam Razak
Lagu pembukaan"Dunia Baru", ditulis dan digubah oleh Sam Bunkface
Diterbit dan dipersembahkan oleh Bunkface
Lagu penutup"Di Bawah Langit Yang Sama", ditulis dan digubah oleh Iksan Skuter
Diterbit dan dipersembahkan oleh D'Masiv
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
Bilangan musim1
Bilangan episod24 (Senarai episod)
Penerbitan
PenerbitNizam Razak
PenyuntingDzubir Mohammed Zakaria
Tempoh siaran21-23 minit
Syarikat pengedaran
Primeworks Studios (Media Prima)
Penyiaran
Saluran asalMalaysia TV3
Indonesia MNCTV
Disney Channel Asia
Indonesia GTV
Siaran asalFeb 3, 2017
Pautan luar
Tapak sesawang penerbitan

BoBoiBoy Galaxy ialah siri animasi Malaysia yang diterbitkan oleh Animonsta Studios. Ia merupakan kesinambungan siri asal BoBoiBoy selepas tamatnya tiga musim dan filem BoBoiBoy: The Movie (2016). BoBoiBoy Galaxy lebih tertumpu kepada pengembaraan berdasarkan jalan cerita dengan arka cerita yang berbeza setiap beberapa episod.

Ia mula menyiarkan musim pertamanya bermula dari November 2016 hingga Julai 2018. Musim pertama ini akan diikuti oleh filem kedua BoBoiBoy Movie 2 (2019) yang dijadualkan ditayangkan pada 8 Ogos 2019.

Plot[sunting | sunting sumber]

BoBoiBoy Galaxy merupakan sebuah kisah tentang Power Sphera, robot-robot yang dicipta untuk memberikan kuasa hebat kepada pemiliknya. Namun, projek Power Sphera akhirnya dianggap sebagai projek yang berbahaya dan dibatalkan, dan banyak Power Sphera melarikan diri dan bersembunyi di serata pelusuk galaksi. Mengidamkan kuasa mereka, ramai mahkluk asing jahat cuba mencari dan menangkap Power Sphera untuk kepentingan mereka sendiri.

Untuk mengelakkan Power-Power Sphera daripada jatuh ke tangan yang salah, seorang wira muda dari Bumi, BoBoiBoy, dan kawan-kawannya ditugaskan untuk menjejaki dan melindungi Power Sphera yang bertaburan di seluruh galaksi dengan bantuan organisasi antara-galaksi, T.A.P.O.P.S.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Nizam Razak, pencipta BoBoiBoy, berkata bahawa idea penukaran jalan cerita datang pada 2014 apabila beliau berada di Jepun. Beliau berasa kagum dengan kepelbagaian barangan Pokémon. Kemudian, beliau mendapat idea untuk mempelbagaikan Power Sphera. Mereka mula membuat siri ini selepas tamatnya siri BoBoiBoy pada pertengahan 2016 dan menukar jalan cerita untuk menjadi lebih aktif di mana BoBoiBoy akan mengembara sekitar galaksi berbanding menunggu musuh datang ke Bumi. Latar dalam siri ini bertambah satu hingga dua tahun dari siri BoBoiBoy tetapi jalan ceritanya masih sesuai untuk semua peringkat umur. Animonsta Studios bercadang untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 300 episod, dengan filem muncul setiap dua tahun.[1]

Animonsta Studios telah mengumumkan BoBoiBoy Galaxy secara tidak rasmi pada tahun 2013, di mana mereka mengeluarkan gambar poster BoBoiBoy Galaxy dengan apa yang dipercayai adalah pakaian baru untuk BoBoiBoy Blaze dan BoBoiBoy Ais. Pihak Animonsta kemudiannya mendedahkan perancangan mereka untuk BoBoiBoy Galaxy di laman web mereka[2].

Animonsta Studios kemudian membuat pengumuman secara rasmi di akaun Facebook mereka, di mana BoBoiBoy Galaxy akan mula disiarkan pada Jun 2016.[3] Selepas BoBoiBoy: The Movie, mereka mengeluarkan pengumuman baru yang lebih terperinci: jalan ceritanya akan memaparkan wira-wira muda itu mengembara ke seluruh galaksi untuk mencari Power Sphera, dan mengambil tempat 2 hingga 3 tahun selepas BoBoiBoy: The Movie. Animonsta juga akan mengeluarkan komik dahulu sebelum siri animasi. Mereka juga mengumumkan bahawa produksi akan bermula tak lama selepas itu dan mereka menjangkakan kumpulan episod pertama akan ditayangkan antara September sehingga Disember 2016.[4]

Pada Julai 2016, mereka akhirnya mengumumkan bahawa BoBoiBoy Galaxy akan disiarkan pada cuti sekolah akhir tahun di TV3 di Malaysia manakala tayangan perdana di MNCTV di Indonesia adalah pada Januari 2017.[5]

Sejarah penyiaran[sunting | sunting sumber]

Musim 1[sunting | sunting sumber]

Musim pertama mempunyai 24 episod. Episod pertama telah disiarkan pada 25 November 2016, dengan episod baru dikeluarkan setiap hari Jumaat pada pukul 5 petang di TV3. Enam episod pertama telah disiarkan secara berturut-turut. Ia ditayangkan di Disney Channel Asia pada 7 Julai 2017, MNCTV Indonesia pada 14 Januari 2017, Disney Channel Asia pada 7 Julai 2017, dan pada 3 Februari 2017 di saluran YouTube rasmi Monsta. Episod terakhir musim pertama disiarkan pada 21 Jun 2018 di Malaysia, dan 23 Jun 2018 di Indonesia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]