Koko Ci

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Komander Koko Ci
Watak BoBoiBoy
Kemunculan pertama BoBoiBoy: The Movie (2016)
Kemunculan terakhir BoBoiBoy Galaxy (2018)
Disuarakan oleh Anas Abdul Aziz (Bahasa Melayu)
Informasi
Nama panggilanCici Ko
Komander, Komander Koko Ci, Komander Cici Ko
Komander Kuih Koci (BoBoiBoyGopal)
GelaranKoko Ci
SpesiesAlien Kubulus
JantinaLelaki
PekerjaanPembantu dan pencuci Kapal angkasa Tengkotak
Komander dalam TAPOPS
KeluargaTidak diketahui
KewarganegaraanAta Ta Tiga

Koko Ci, juga dikenali sebagai Cici Ko atau Komander Koko Ci dan Komander Cici Ko adalah komander dalam organisasi rahsia bernama TAPOPS (Tracker And Protector Of Power Spheras). Tugas utamanya adalah untuk mengesan semua Power Sphera yang berterabur di seluruh galaksi. Badan fizikalnya yang kecil memudahkannya untuk melakukan proses penyamaran sebagai seorang pembantu dan pencuci Kapal angkasa Tengkotak dalam BoBoiBoy: The Movie.