Animonsta Studios
![]() | |
Animasi | |
Industri | Media dan Hiburan |
Ditubuhkan | 13 Julai 2007 |
Pengasas | Mohd Nizam Abd Razak Muhammad Anas Abdul Aziz Mohd Safwan Abd Karim Kee Yong Pin |
Ibu pejabat | Cyberjaya, Selangor, Malaysia |
Tokoh penting | Mohd Nizam Abd Razak (Pengasas Bersama & Pengarah Urusan) Mohd Safwan Abd Karim (Pengasas Bersama & Pengarah Eksekutif) Muhammad Anas Abdul Aziz (Pengasas Bersama & Pengarah Kreatif) Kee Yong Pin (Pengasas Bersama & Pengarah Operasi) |
Keluaran | Animasi CGI |
Laman web rasmi | monsta.com |
![]() | ||||||||||
Maklumat YouTube | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Saluran | ||||||||||
Tahun aktif | 2014 - kini | |||||||||
Pelanggan | 7.82 juta | |||||||||
Jumlah tontonan | 2.79 billion | |||||||||
Rangkaian | YouTube | |||||||||
| ||||||||||
Dikemaskini pada 9 April 2021 |
Animonsta Studios Sdn. Bhd. (atau Monsta sahaja) ialah sebuah syarikat animasi Malaysia yang mengembangkan kandungan kreatif untuk pasaran Malaysia dan antarabangsa. Nizam Razak, Anas Abdul Aziz, Safwan Karim dan Kee Yong Pin menubuhkan syarikat ini pada 15 September 2009 selepas mereka meninggalkan Les' Copaque Production.
Ibu pejabatnya terletak di Cyberjaya,[1] Animonsta menerima status MSC Malaysia pada 2011. Bermula 2014, syarikat ini juga dikenali sebagai Monsta. Logo Animonsta Studios memaparkan seekor raksasa kecil berwarna hijau sedang menggigit huruf O.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Animonsta Studios ditubuhkan untuk menghasilkan animasi yang membawa kandungan segar dengan nilai-nilai yang baik untuk pasaran universal. Produk mempunyai kandungan sejagat tetapi dengan sentuhan tempatan melalui, cerita yang menghiburkan dan watak-watak yang tidak dapat dilupakan. Anatara kepakaran mereka sebagai penerbit adalah filem cetera, siri TV, cenderamata dan produk berkaitan lain dalam perniagaan harta intelek.
Pengasas-pengasas Animonsta mempunyai pengalaman industri dalam mencipta filem animasi 3D dan animasi 'blockbuster'.[2] Dengan gabungan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh sebelumnya, mereka telah menubuhkan Animonsta Studios dengan tujuan untuk membawa kandungan sejagat dengan sentuhan tempatan untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.
Produk pertama mereka, BoBoiBoy adalah tentang pengembaraan BoBoiBoy dan rakan-rakannya yang menentang makhluk asing yang menyerang bumi untuk mendapatkan koko. Siri asal BoBoiBoy meliputi 3 musim yang berjumlah 52 episod. Ini diikuti oleh sebuah filem penuh BoBoiBoy: The Movie[3] yang disiarkan di pawagam, dan kemudiannya penjenamaan semula siri itu yang bertajuk BoBoiBoy Galaxy[4] yang memaparkan watak-watak yang sama tapi kini berusia remaja dalam skop antara-planet yang lebih luas. Walaupun sasaran francais ini adalah kanak-kanak dan remaja, isi kandungannya juga sesuai untuk tontonan bersama seisi keluarga.[5]
Sebuah filem susulan kepada BoBoiBoy: The Movie[6] serta juga sebuah siri animasi baharu bertajuk Mechamato telah diumumkan, di mana pelancaran kedua-dua projek ini dirancang dalam tahun 2019.[7]
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Siri televisyen[sunting | sunting sumber]
- BoBoiBoy (2011–2016)
- BoBoiBoy Galaxy (2016–kini)
- Fly With Yaya (2018–kini)
- Papa Pipi (2019–kini)
- Mechamato (2021–kini)
- BoBoiBoy & Pipi (2024–kini)
Filem[sunting | sunting sumber]
- BoBoiBoy: The Movie (Mac 2016)
- BoBoiBoy Movie 2 (Ogos 2019)
- Mechamato Movie (2022)
- BoBoiBoy Movie 3 (2023)
Akan datang[sunting | sunting sumber]
- BoBoiBoy B.I.G
- BoBoiBoy: Tahun Baru (30 Disember 2022)
- Kucing Bunting Perut Kelangkang (15 Mac 2023)
- Destinasi Terbaik
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Contact Us." Animonsta Studios. Dicapai pada 2 Jan, 2019. "L1-01,L1-02 & L1-03, CoPlace 3, Block 3740, Cyber 8, Persiaran APEC, 63000 Cyberjaya, Selangor, MALAYSIA."
- ^ "Boboiboy: The Movie hits RM10.5m mark, now among top 5 highest grossing local movies" New Straits Times. 17 March 2016. Dicapai pada 15 Jan 2019.
- ^ "BoBoiBoy: The Movie sasar kutip RM25j" Berita Harian. 2 Feb 2016. Dicapai pada 10 Feb 2016.
- ^ "Kenapa BoBoiBoy menjadi BoBoiBoy Galaxy, 13 rahsia didedahkan" The Vocket. 6 Dec 2016. Dicapai pada 6 Dec 2016.
- ^ "BoBoiBoy creator Nizam Razak and his Malaysian superhero Diarkibkan 2017-11-27 di Wayback Machine" Star2.com. 26 Jul 2017. Dicapai pada 10 Jan 2019.
- ^ "Monsta Reveals First Full-fledged ‘BoBoiBoy Movie 2’ Key Visual" Laman web rasmi Animonsta Studios. September 2018. Dicapai pada 10 Jan 2019.
- ^ "Monsta goes big with BoBoiBoy sequel and more" The New Straits Times. 1 October 2018. Dicapai pada 1 Jan 2019.