Senarai projek pembangunan baharu Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Berikut adalah senarai projek pembangunan yang ada di negeri Sarawak mengikut kawasan daerah masing-masing, tidak kira sama ada masih dilaksanakan sepenuhnya ataupun masih dalam perancangan pembangunan secara menyeluruh, sepertimana yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan Sarawak atau pihak swasta / syarikat. Segala perancangan atau pelaksanaan projek-projek pembangunan di Sarawak mestilah disahkan projeknya dan wajar dipercayai, bagi mengelakkan terjadinya projek-projek sakit dan terbengkalai.

Kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa menitikberatkan kepentingan perancangan pelaksanaan projek secara telus dan pembangunan menyeluruh negeri bagi semua kawasan daerah atau semua kawasan bandar lain di negeri Sarawak. Aspek pembangunan infrastrukur awam, pembangunan bandar-bandar baharu, transformasi kawasan luar bandar, dan kemajuan sosioekonomi rakyat memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha memastikan Sarawak sentiasa lebih maju, lebih moden, kompleks, dan berdaya saing.

Ini selaras dengan visi utamanya untuk menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri yang berpendapatan tinggi, sekaligus berlandaskan teras-teras utama dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Logo rasmi negeri Sarawak
Bendera kerajaan negeri Sarawak. Sektor pembangunan negeri Sarawak sangat penting bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan kestabilan ekonomi negeri.

Kuching[sunting | sunting sumber]

  • Projek pembangunan menyeluruh kompleks bandar perumahan Darul Hana, di Petra Jaya, Kuching, Sarawak.
  • Projek pembangunan kawasan bandar komersial baharu Pine's Square dan pembinaan kompleks perumahan apartmen Sri Pertiwi, di Batu Kawah, Kuching, Sarawak. Ini juga termasuk projek pembangunan perumahan SÓL Estate Kuching & KENSHO Residence, pembinaan stesen minyak bersepadu Petroleum Sarawak (PETROS) Batu Kawah, dan projek membina bangunan Medan Niaga Batu Kawah yang baharu.
  • Projek membaikpulih dan menyelenggara sistem perparitan di kawasan Batu Kawah, Kota Sentosa, Petra Jaya, dan Batu Kitang.
  • Projek menaiktaraf dan menurap semula jalan-jalan bandar dan jalan persekutuan yang rosak dan berlubang di sekitar kawasan daerah Kuching dan kawasan Padawan.
  • Pelaksanaan projek pembinaan bangunan Persatuan Disleksia Sarawak (Dyslexia Association Sarawak (DASwk)), di Taman Desa Wira, Batu Kawah, Kuching, Sarawak.
  • Projek pembinaan jambatan pejalan kaki (walkway bridge) yang menghubungkan sepenuhnya antara Batu Kawah Riverbank Park dengan kawasan Kampung Rantau Panjang, Batu Kawah, Kuching, Sarawak.
  • Projek pembangunan kompleks kediaman berapartmen baharu Vivacity Symphony Suites dan projek pembinaan bangunan pencakar langit ikonik Menara Vivacity 2 (Vivacity 2 Tower) di kawasan Vivacity Megamall Complex, Jalan Wan Alwi, Kuching, Sarawak.[1]
  • Projek pembangunan perbandaran komersial dan perumahan moden The Northbank Township di kawasan Tabuan Jaya (Kuching–Samarahan), Kuching, Sarawak.
  • Projek pembinaan Jambatan Rambungan, Rambungan–Sampadi, Kuching, Sarawak.
  • Projek pembinaan bangunan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Sarawak (High Commission of the Republic of Singapore in Sarawak) di Kuching, Sarawak.
  • Pelaksanaan penuh sistem pengangkutan awam Sarawak, Autonomous Rapid Transit (ART), yang akan menghubungkan sepenuhnya antara kawasan Bandaraya Kuching dengan kawasan-kawasan lain di Sarawak, iaitu Bau, Kota Padawan, Samarahan, Serian, Gedong, Balai Ringin, Lachau, dan Simanggang.[2]
  • Pelaksanaan pembinaan kompleks bangunan media Sarawak Media Centre (Pusat Media Sarawak) di Petra Jaya, Kuching, Sarawak. Kompleks media milik TVS ini akan dibina berdekatan dengan Pusat Seni Persembahan di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lama. Ini selaras dengan usaha negeri Sarawak akan mempunyai bandar penyiaran dan media digital yang tersendiri selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Sarawak dalam mentransfomasikan dan mengutamakan ekonomi digital negeri.[3] Kompleks media ini merangkumi :
    • Kompleks Penyiaran TVS – Bangunan kompleks penyiaran dan media setinggi 20 tingkat ini akan dilengkapi dengan 9 buah studio baharu, serta kemudahan lain seperti pejabat Unit Hal Ehwal Berita TVS, pejabat Unit Penyiaran & Audio TVS, pejabat Unit Media Digital TVS, bilik Unit Siaran Luar (Live Telecasting), bilik mesyuarat maya (online conference room), bilik ruang temuduga, ruang istirehat, dan sebagainya.
    • Sebuah bangunan pusat penyiaran baharu setinggi 28 tingkat yang akan menempatkan tambahan 6 lagi stesen televisyen digital baharu milik Sarawak Media Group (SMG), yang juga disertakan ibu pejabat cawangan Astro dan ibu pejabat cawangan MYTV.
  • Pelaksanaan projek pembinaan jalan utama baharu dari persimpangan Jalan FAC (Matang, Kuching) menuju ke Tebingan Sungai Telaga Air, Telaga Air, Kuching. Jalan utama baharu sepanjang 4.6 kilometer tersebut secara langsung dapat memacu sosio-ekonomi masyarakat setempat, serta mengurangkan kesesakan lalu lintas terutamanya pada musim perayaan atau sambutan acara yang diadakan di kawasan tersebut.[4]

Bau & Lundu[sunting | sunting sumber]

  • Projek pembangunan bandar komersial baharu Bandar Baru Opar (Opar New Township), di Opar, Bau, Sarawak.[5] [6] [7] Bandar baru ini merangkumi :
    • 34 unit kedai komersial moden dua tingkat (untuk semua jenis kedai komersial seperti Domino's Pizza, CCK Local, Eco Shop, Eco Bakery, Taka Patisserie, butik pakaian harian, restoran, dan sebagainya).
    • 15 unit kedai mini baharu (untuk kegunaan kedai-kedai 24 jam seperti Maybank ATM, BSN ATM, TM Kiosk, FamilyMart, 7 Eleven, KK Mart, dan sebagainya).
    • Dua buah bangunan pejabat komersial moden (modern commercial office building) setinggi 10 tingkat.
    • Pembinaan 6 buah blok bangunan kediaman bertingkat (modern serviced apartment building) setinggi 12 tingkat.
    • Sebuah bangunan moden tujuh tingkat bangunan Institut Koperasi Malaysia (Cawangan Bau & Lundu) yang baharu. Akan dibina di kawasan Bandar Baru Opar, Bau, Sarawak.[8]
    • Sebuah bangunan dua tingkat Medan Niaga Opar yang baharu.
    • Sebuah bangunan moden tujuh tingkat bangunan Pejabat Pentadbiran Opar (Opar Administrative Office) yang baharu.
    • Sebuah bangunan dewan baharu Dewan Persidangan Opar (Opar Conference Hall) (hanya dapat menampung 3,000 tetamu sahaja, sesuai digunakan untuk pelbagai jenis acara, majlis, seminar, dan pameran).
    • Sebuah taman rekreasi komuniti yang baharu (berkeluasan 8.5 ekar tanah). Juga disediakan adalah 2 buah monumen ikonik yang akan dibina kelak.
  • Projek pembangunan kompleks perumahan mesra rakyat Skim Perumahan SPEKTRA (SPS) Sibuluh, di kawasan Batu 5, Sibuluh, Bau, Sarawak.[9] Projek ini merangkumi:
    • 70 buah rumah teres dua tingkat (SPEKTRA Permata).
    • 48 buah rumah teres satu tingkat (SPEKTRA Mutiara).
    • Sebuah bangunan tiga tingkat Pejabat Rukun Tetangga (RT) Cawangan SPEKTRA Sibuluh, Bau, Sarawak. Juga dilengkapi 2 bilik mesyuarat, 1 bilik internet komuniti, dan 1 bilik pejabat pengurusan Rukun Tetangga.
    • Dua buah gelanggang bola keranjang (basketball courts).
    • Dua buah gelanggang badminton (badminton courts).
  • Projek pembinaan bandar percutian ROXY Tasik Biru Resort City, di kawasan Bandar Bau, Bau, Sarawak. Ini termasuklah pembinaan ROXY Hotel & Suites Tasik Biru dan LePaPa Hypermarket Bau.
  • Projek pembangunan Pusat Kebudayaan Bidayuh (Bidayuh Cultural Centre) di Jalan Lama Jambusan, Bau, Sarawak.
  • Pembinaan bandar komersial baharu Bau Golden Square, di Bandar Bau, Bau, Sarawak.
  • Projek pembangunan Tebingan Siniawan (Siniawan Waterfront), Siniawan, Bau.[10]
  • Projek pembangunan Skim Pembesaran Kampung (SPK) Kampung Peninjau Baru & Kampung Siniawan Baru, di Siniawan, Bau.
  • Projek pembinaan residensi peranginan baharu The ROXY Beach Apartment di Jalan Seacom, Sematan, Lundu, Sarawak. Sebanyak 186 unit bilik apartmen juga disediakan. Sebuah bangunan hotel tiga tingkat dan sebuah dewan banquet berkapasiti 800 orang juga akan dibina.
  • Pelaksanaan projek memperluaskan liputan internet berkelajuan tinggi (high speed internet coverages) di seluruh kawasan daerah Bau dan seluruh kawasan daerah Lundu. Ini merangkumi liputan jaringan internet 4G dan 5G secara menyeluruh.

Padawan[sunting | sunting sumber]

  • Pelaksanaan menyeluruh projek pembangunan bandar baharu Landeh City Township (Bandar Baru Landeh) di Landeh, Kota Padawan, Kuching, Sarawak. Bandar baharu ini akan dilaksanakan pembinaannya di satu kawasan tapak baharu yang terletak berhampiran dengan empat kawasan penempatan yang ada di Landeh, iaitu Taman Central Landeh, Landeh Heights (Phase 1 & Phase 2), Central Emerald Landeh, dan Taman Sri Permai Landeh. Projek pembangunan ini akan dilaksanakan sepenuhnya mulai awal tahun 2024.[11] [12] [13]

Siburan[sunting | sunting sumber]

Samarahan[sunting | sunting sumber]

  • Projek pembangunan bandar metropolitan bersepadu Arden City, di kawasan Kota Samarahan, Samarahan, Sarawak. Terletak berhampiran dengan Kompleks Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan.
  • Projek pembinaan Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Samarahan, Sarawak.
  • Projek pembinaan bangunan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia (Australian High Commission Office) yang baharu di Kota Samarahan, Samarahan, Sarawak.
  • Projek pembinaan Depo Rapid Transit Autonomi (Autonomous Rapid Transit Depo) Rembus, yang merupakan depo utama Autonomous Rapid Transit (ART) di Kota Samarahan. Projek ini akan diselenggarakan oleh Sarawak Metro dan Hock Seng Lee Berhad (HSL).

Sebuyau[sunting | sunting sumber]

  • Pelaksanaan projek menaiktaraf dan menyelenggara tiga buah bangunan dewan kampung komuniti di Sebuyau, Sarawak. Ini termasuklah projek menaiktaraf Dewan Pembangunan Sebuyau, projek menaiktaraf Dewan Kampung Stika Sebuyau, dan projek menaiktaraf Dewan Kampung Sungai Tambai, Sebuyau. Ini merupakan projek pembangunan baharu hasil daripada sumber peruntukan bagi seluruh kawasan daerah Sebuyau untuk tahun 2023.[14]

Serian[sunting | sunting sumber]

  • Projek pembinaan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Serian.

Simunjan[sunting | sunting sumber]

  • Projek pembangunan kawasan perbandaran dan perumahan baharu Gedong Isthmus, Gedong, Simunjan, Sarawak. Projek ini akan menyediakan lebih banyak kemudahan yang berkualiti seperti kemudahan awam yang melibatkan penyediaan perkhidmatan pendidikan, kesihatan, komersial, dan kediaman.
  • Pelaksanaan projek rintis penanaman benih padi hibrid di kawasan Lubok Punggor, Gedong, Simunjan, Sarawak.
  • Pelaksanaan projek membina baharu dan menaiktaraf sepenuhnya bangunan Dewan Datuk Patinggi Ali di Gedong, Simunjan, Sarawak. Bangunan dewan baharu ini akan dilengkapi dengan fasiliti-fasiliti moden setanding seperti Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).[15]

Sri Aman[sunting | sunting sumber]

  • Pelaksanaan penuh projek mega penanaman benih padi hibrid di kawasan Tanjung Bijat di Simanggang, Sri Aman, Sarawak.
  • Pelaksanaan projek pembinaan Jalan Lingga–Sebuyau yang kini sedang giat dijalankan. Projek ini merupakan sebahagian projek di bawah Program Pembangunan Jalan Utama Kedua Sarawak yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Jalan baharu yang sejauh 29 kilometer ini akan menghubungkan antara kawasan Sebuyau (Pekan Sebuyau) ke kawasan Lingga (Pekan Lingga). Projek pembinaan jalan ini dijangka siap sepenuhnya pada awal Disember 2025.
  • Pelaksanaan projek membina jalan raya baharu Balau–Banting sepanjang 9.5 kilometer serta membina jambatan konkrit di Batang Klauh sepanjang 90 meter, yang menghubungkan antara kawasan Banting ke kawasan Balau (Bukit Balau), sekaligus menghubungkan Pekan Lingga (Lingga) dan juga Bandar Simanggang (Sri Aman). Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada bulan September 2024.

Betong[sunting | sunting sumber]

Sarikei[sunting | sunting sumber]

Bintangor[sunting | sunting sumber]

Kanowit[sunting | sunting sumber]

Belawai[sunting | sunting sumber]

  • Kerajaan Negeri Sarawak meluluskan pelaksanaan projek pembangunan Pantai Pelancongan Belawai, di Belawai, Sarawak. Projek pembangunan ini bertujuan mengembang dan merancakkan ekonomi sekitar Belawai itu dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2027. Ianya merangkumi semua kemudahan yang memberi manfaat kepada penduduk dan juga para pelancong yang berkunjung ke pantai Belawai.[16]

Daro[sunting | sunting sumber]

  • Pelaksanaan projek pembinaan tebingan sungai Daro (Daro Waterfront), dengan kos projek pembinaan sebanyak RM 35 juta.[17]
  • Melaksanakan projek pembinaan bangunan pasar tani baharu Medan Niaga Daro di Daro, Sarawak. Kos pembinaan untuk projek ini adalah sebanyak RM 15 juta.[18]
  • Projek pembinaan kompleks bandar baharu Bandar Baru Daro Fasa 2 (Daro New Township Phase 2). Projek pembinaan bandar baharu ini dilaksanakan sepenuhnya pada suku pertama tahun 2024.[19] Projek ini merangkumi :
    • Pembinaan pusat komersial baharu Daro (Daro Commercial Center), yang meliputi 40 unit kedai komersial tiga tingkat (3 storey shophouses) dan 24 unit kedai mini baharu (mini shops).
    • Pembinaan kompleks perumahan mampu milik di Daro, yang merangkumi 64 buah rumah satu tingkat dan 52 buah rumah teres dua tingkat.
    • Pembinaan bangunan baharu Dewan Persidangan Daro (Daro Conference Centre), yang akan memuatkan sehingga 4,000 tetamu sahaja. Digunakan sepenuhnya untuk semua acara-acara komuniti, majlis-majlis rasmi, pameran produk tempatan, dan sebagainya.
    • Pelaksanaan pembinaan bangunan Pusat Digital Komuniti Daro (Daro Community Digital Center) yang akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk kegunaan generasi muda, khususnya golongan pelajar dan komuniti belia di kawasan daerah Daro.
    • Projek pembinaan bangunan baharu Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Daro, yang akan dibina di dalam kawasan Bandar Baru Daro Fasa 2 (Daro New Township Phase 2).

Sibu[sunting | sunting sumber]

Mukah[sunting | sunting sumber]

  • Pelaksanaan pembinaan pusat komersial LePaPa Selangau, di kawasan Selangau, Mukah, Sarawak. Terletak berhampiran dengan stesen minyak PETRONAS Selangau, pusat komersial baharu ini merangkumi:
    • 24 unit kedai komersial 3 tingkat (untuk semua jenis kedai).
    • 18 unit kedai komersial 2 tingkat (dikhaskan untuk kedai-kedai makan, restoran, kedai serbaneka 24 jam, kedai produk hasil kraf, dan sebagainya).
    • 6 unit kedai mini (dikhaskan untuk pejabat pos kecil, TM Kiosk, Maybank ATM, vending machines, dan sebagainya).
    • Sebuah bangunan satu tingkat pasar raya besar LePaPa Selangau.
    • Kemudahan lain: Pondok Polis PDRM LePaPa Selangau, tempat meletak kenderaan (public parking space), pondok rehat, dan tandas awam.
  • Pelaksanaan projek pembinaan sekolah menengah baharu SMK Selangau di Selangau, Mukah, Sarawak. Terletak kira-kira tiga kilometer dari persimpangan Jalan Selangau–Bintulu, projek pembinaan sekolah menengah baharu SMK Selangau ini merangkumi pembinaan bangunan pentadbiran sekolah dan bangunan akademik dengan 18 bilik darjah, kantin, dewan makan berkapasiti 400 pelajar, dua blok flat apartmen guru Jenis F, dua blok bangunan asrama pelajar, dan pondok pengawal keselamatan.[20]

Kapit[sunting | sunting sumber]

  • Pelaksanaan projek pembangunan bandar baharu Song City Township di Song, Kapit, Sarawak. Kerajaan Negeri Sarawak telahpun meluluskan projek pembangunan bandar Song City Township, bagi memenuhi keperluan penduduk ekoran pembangunan yang sangat pesat di kawasan Song dan daerah Kapit secara umumnya.[21]
  • Pelaksanaan pembinaan stesen minyak berkonsepkan portable container system (PCS), di Simpang 4, Kampung Sawang, Jalan Lepong Balleh, Kapit, Sarawak. Ini merupakan projek stesen minyak PCS kedua milik koperasi di Sarawak serta diusahakan oleh Koperasi Sungai Kapit Berhad (KSKB).
  • Pelaksanaan pembinaan bangunan baharu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit yang membabitkan kos pembinaannya sebanyak RM 150 juta. Bangunan IPD baharu itu dicadang akan dibina kira-kira 4 kilometer (km) dari IPD yang sedia ada.

Bintulu[sunting | sunting sumber]

  • Projek pembinaan Bangunan Pentadbiran Baru Bintulu, di kawasan Jepak, Bintulu.
  • Projek pembinaan Jambatan Bintulu–Jepak, Bintulu.
  • Projek pembangunan bandar perumahan & pusat komersial baharu Jepak Jaya (Jepak Jaya City Township) di Jepak, Bintulu.
  • Pelaksanaan projek pembinaan jalan raya berkembar dari Jambatan Kemena ke Lapangan Terbang Bintulu.
  • Pelaksanaan pembinaan bangunan Pusat Transit Gelandangan (Homeless Transit Centre), terletak berhampiran dengan Jambatan Sungai Sebiew, Bintulu.
  • Melaksanakan projek pembinaan kompleks universiti tempatan Universiti Teknologi Petronas (UTP), di Bintulu, Sarawak.

Miri[sunting | sunting sumber]

Limbang[sunting | sunting sumber]

Lawas[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]