Mesiu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Serbuk letupan)
Jump to navigation Jump to search
Mesiu dengan duit syiling A.S. (diameter 24 mm) sebagai perbandingan saiz.

Mesiu[1] [mĕ-siu], ubat bedil[2] atau serbuk letupan merupakan bahan letupan terawal yang pernah ditemui. Serbuk ini terdiri daripada campuran sulfur, S, arang (karbon, C) dan kalium nitrat atau saltpeter, KNO3. Sulfur dan arang berfungsi sebagai bahan api manakala kalium nitrat berfungsi sebagai agen pengoksidaan.[3][4] Serbuk ini banyak digunakan sebagai bahan dorong dalam senjata api, roket, bunga api dan digunakan sebagai bahan letupan dalam pelombongan dan kuari.

Bahan ini dicipta di China pada abad kesembilan dan menjadi meluas di Eurasia pada akhir abad ke-13.[5] Serbuk ini mula digunakan bagi tujuan peperangan pada sekitar tahun 1000 M.[6]

Bahan[sunting | sunting sumber]

Ia lazim diperbuat daripada bahan-bahan berikut:

  • garam nitrat, biasanya kalium nitrat, KNO3 yang membekalkan oksigen bagi tindak balas,
  • arang yang memberikan sumber karbon sebagai bahan api dalam tindak balas,
  • sulfur yang bertindak sebagai bahan api serta menurunkan suhu yang diperlukan untuk pembakaran lalu meningkatkan kadar pembakaran.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 'mesiu'. Pusat Rujukan Persuratan Melayu (ed. keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 28 Mac 2020.
  2. ^ 'ubat bedil'. Pusat Rujukan Persuratan Melayu (ed. keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 28 Mac 2020.
  3. ^ Agrawal 2010, m/s. 69.
  4. ^ Cressy 2013.
  5. ^ Buchanan 2006, m/s. 2.
  6. ^ Andrade 2016, m/s. 30.
Sumber utama
  • Agrawal, Jai Prakash (2010), High Energy Materials: Propellants, Explosives and Pyrotechnics, Wiley-VCH.
  • Andrade, Tonio (2016), The Gunpowder Age: China, Military Innovation, and the Rise of the West in World History, Princeton University Press, ISBN 978-0-691-13597-7.
  • Bachrach, David Stewart (2006), Buchanan, Brenda J. (penyunting), "Gunpowder, Explosives and the State: A Technological History", Technology and Culture, Aldershot: Ashgate, 49 (3): 785–86, doi:10.1353/tech.0.0051, ISBN 978-0-7546-5259-5.
  • Cressy, David (2013), Saltpeter: The Mother of Gunpowder, Oxford University Press.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Kategori berkenaan Mesiu di Wikimedia Commons