Seribu Rindu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagi novel adaptasi drama ini, lihat Seribu Rindu (novel).
Seribu Rindu
Genre
PenciptaRaja Azidah
Ditulis olehSiti Solehah
Raja Azidah
Anina Sahal
Eja Lorena
Shida Zali
Amin Shakib
PengarahZamri Zakaria
Dibintangi oleh
Azira Shafinaz
Zul Ariffin
Lagu pembukaan"Jutaan Purnama" oleh Alyah
Lagu penutup"Jutaan Purnama" oleh Alyah
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutifDato' Sadupal Singh
Vareen Kaur
PenerbitDato' Sri Jaspal S. Korotana
Tempoh siaran41 minit
Syarikat penerbitan
Orangetree Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal12 November 2018 – 19 Disember 2018
Kronologi
MengikutiVila Ghazara
Diikuti olehPujaan Hati Kanda

Seribu Rindu merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2018 dibintangi oleh Azira Shafinaz dan Zul Ariffin.[1][2] Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 bermula 12 November 2018 hingga 19 Disember 2018 menggantikan Vila Ghazara. Drama ini juga telah diadaptasikan sebagai sebuah novel dengan tajuk yang sama karya Hani Fazuha terbitan Karya Seni.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan percintaan tiga segi antara Zul Ariffin (Irfan), Maisarah (Azira Syafinaz) dan Dr. Ariel (Fadlan Hazim). Cinta Maisarah dan Airel yang telah bersemai sejak zaman universiti lagi terhalang apabila, bapa Airel, Datuk Muiz merancang mahu menyatukan Ariel dan Damia, anak Datuk Sri Johari rakan perniagannya. Maisarah merasakan dirinya dipermainkan. Airel pula mempersoalkan tindakan ayahnya yang langsung tidak berbincang dengannya. Damia juga mempersoalkan perkara yang sama kepada DS Johari dia mahu mencari calon suami yang sealiran dengan kerjaya dia.

Maisarah kecewa lalu pulang ke kampung dan meluahkan rasa sedihnya kepada Tokma dan Irfan. Irfan rakan baiknya sejak kecil merupakan seorang Chef. Irfan sering berulang alik belajar memasak bersama Tokma, nenek kepada Maisara. Tidak mahu kehilangan Maisarah yang terus bersedih, Irfan membuat keputusan untuk melamar Maisarah di saat hubungan Maisarah dan Airel berantakan. Maisarah terkejut kerana dia tidak pernah menyangka Irfan yang sudah dianggap abang telah lama menaruh perasaannya.

Akhirnya, Maisarah menerima lamaran Irfan setelah membuat solat istikharah. Airel kecewa dengan keputusan Maisarah. Dia sakit hati kerana sebelum ini Maisarah sering menafikan dia juga sukakan Irfan dan mengatakan mereka sekadar kawan baik sahaja.

Sepanjang perkahwinan mereka, Irfan menjaga Maisarah bagai seorang permaisuri. Semua permintaan Maisarah akan dituruti. Suatu hari ketika ingin membeli makanan yang diidamkan oleh Maisarah yang sedang hamil, Irfan ditimpa kemalangan dan disahkan lumpuh. Walaubagaimanapun, Irfan masih boleh dirawat dengan penjagaan rapi oleh doktor pakar di hospital.

Konflik tercetus, apabila Airel adalah doktor yang bertanggungjawab bagi membantu proses penyembuhan Irfan. Irfan merasakan masih ada sisa cinta di hati Maisarah buat Airel. Irfan mula menjauhkan diri kerana beranggapan Maisarah hanya bersimpati dengan keadaanya yang lumpuh. Adakah Maisarah akan kembali dibuai perasaan cintanya terhadap Airel atau tetap memilih Irfan yang setia?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Seribu Rindu (TV3) My Infotaip (11 November 2018). Dicapai pada 11 November 2018.
  2. ^ Budiey (16 November 2018). Zul Ariffin pilihan kedua Azira Shafinaz dalam Seribu Rindu Senasi Selebriti. Dicapai pada 18 Februari 2019.
  3. ^ Tak sangka ada unsur komedi Harian Metro. Dicapai pada 28 Februari 2019.
  4. ^ Azira ada sasaran Harian Metro. Dicapai pada 28 Februari 2019.
TV3: Slot Akasia, Isnin–Jumaat, 7:00 Petang
Sebelumnya Seribu Rindu Berikutnya
Vila Ghazara Pujaan Hati Kanda