Aman Graseka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Aman Graseka
Kelahiran (1968-02-28) 28 Februari 1968 (umur 51)
Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, Malaysia
PekerjaanPelakon, pengarah
Tahun aktif1991–kini
PasanganMas Idayu (k. 1997; c. 2006)
Nurul Amrina Zamri (k. 2018)
AnakNur Dayini Asyiqah (lahir 1998)
Ibu bapaRaja Baharom Shah Raja Solah Shah

Aman Graseka (dilahirkan pada 28 Februari 1968) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau yang memulakan kerjaya lakonan pada tahun 1991 pernah meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Seri Angkasa pada tahun 1999 dan menerusi watak penulis novel dalam filem tersebut melayakkan beliau bertanding dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-12 [1].

Aman memulakan karier dengan memegang watak-watak kecil dan lagak ngeri sebelum diberi kepercayaan memegang watak utama dalam filem Cinta Kita pada tahun 1995 bergandingan dengan aktres popular Sofia Jane. . Sejak itu nama beliau popular sebagai pelakon lelaki yang berbakat.

Pada tahun 1999, beliau menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonannya sebagai trangender dalam telefilem Amy Anuar di Anugerah Seri Angkasa.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1997 beliau melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi dangdut Mas Idayu secara rahsia. Perkahwinan yang bertahan selama 10 tahun itu dirahsiakan daripada media dan peminat biarpun ramai yang bertanya. Mereka dikurniakan seorang cahayamata perempuan yang bernama Nur Dayini Asyiqah. [2]

Pada tahun 2018, Aman telah bernikah dengan pelakon dan juga seorang model Reena Areena setelah 10 tahun menduda. Pasangan ini telah diijabkabulkan dalam majlis ringkas di Masjid Al-Huda, Kampung Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah. Pasangan ini berkenalan ketika menjalani penggambaran drama bersiri, Papa Nak Menantu terbitan Zeel Production di Perlis, tahun 2017 dan mempunyai perbezaan usia 22 tahun [3]. Selain itu, pasangan ini juga dijangka menimang cahaya mata pertama mereka [4] [5].

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filemografi yang belum dikeluarkan Menunjukkan filemografi yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1995 Cinta Kita Arman
1998 Penyair Malam Farid
2014 Abang Long Fadil Pailang
2015 Kapsul Malik
2017 Hijabsta Ballet Shakiri
2019 Kron Profesor Daud
Sangkar Hassan

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 Arjuna Satria Aduka TV3
2013 Tanah Kubur (Musim 7) Wahid Astro Oasis Episod: "Anak Yatim"
Tanah Kubur (Musim 9) Amir Episod: "Pucuk Muda"
2015 Munajat Cinta Ayahanda
2016 7 Hari Mencintaiku Pak Samad TV3
2017 Kekasih Paksa Rela Kamal
Kerana Anisa Long Yahya
2018 Papa Nak Menantu Pak Saad
Cik Sempurna Papa
Budak Boys
Yes Sir Nak Pergi Mana Tuan Syed Hypp Sensasi
Seribu Rindu Husin TV3
2019 Cikgu, Papa Kirim Salam Rahman
Tuan Daniel Tengku Khalil

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1991 Mahligai Impian
1999 Amy Anuar
2017 Kayuhan Kasih Ayah Yatim TV3
2018 Tulus Cinta
Selirat Dharma
Rezeki Tanpa Alamat
2019 Telapak Waktu Pak Jamil

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tema menarik pikat Aman. harian metro. Dicapai pada 11 Oktober 2018.
  2. ^ Aman Graseka tercabar cinta wanita muda. berita harian. Dicapai pada 11 Disember 2018.
  3. ^ 'Kami tak nikah sorok-sorok'. berita harian. Dicapai pada 12 Januari 2019.
  4. ^ #Showbiz: Aman Graseka's 'bersanding' ceremony went smoothly, despite wife's pregnancy. new straits time. Dicapai pada 11 Januari 2019.
  5. ^ "Syukur Mampu Teruskan Majlis Walaupun Dia ..." - Aman Graseka Selamat Bersanding, Isteri Bunting Pelamin. gempak. Dicapai 10 Januari 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]