Setelah Terlafaznya Akad
| Setelah Terlafaznya Akad | |
|---|---|
| Genre | Drama Cinta Keluarga Konflik Komedi |
Berdasarkan daripada |
|
| Ditulis oleh |
|
| Pengarah | Michael Ang (musim 1–2) |
Dibintangi oleh |
|
| Lagu pembukaan | "Anta Permana" oleh Dato' Sri Siti Nurhaliza (musim 1–2) |
| Lagu penutup | "Anta Permana" oleh Dato' Sri Siti Nurhaliza (musim 1–2) |
| Negara asal | |
| Bahasa | Bahasa Malaysia |
| Bilangan musim | 2 |
| Bilangan episod | 48 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif |
|
| Penerbit | Michael Ang (musim 1–2) |
| Tempoh siaran | Isnin - Khamis 10:04 - 11:00 malam |
Syarikat penerbitan | Juita Viden |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Astro Ria (Slot MegaDrama) |
| Siaran asal | 17 Jun 2019 – 5 Julai 2022 |
| Status |
|
| Kronologi | |
| Mengikuti | |
| Diikuti oleh | |
Setelah Terlafaznya Akad ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019 arahan Michael Ang. Ia dibintangi oleh Kamal Adli dan Uqasha Senrose. Siri ini memulakan tayangan perdana pada 17 Jun 2019 hingga 1 Ogos 2019 bagi musim pertama.[1] Musim keduanya akan memulakan tayangan perdana pada 1 Jun 2022 hingga 5 Julai 2022 di Slot MegaDrama, Astro Ria.[2]
Ringkasan siri
[sunting | sunting sumber]| Siri | Episod | Tayangan asal | |||
|---|---|---|---|---|---|
| Tayangan pertama | Tayangan terakhir | ||||
| 1 | 28 | 17 Jun 2019 | 1 Ogos 2019 | ||
| 2 | 20 | 1 Jun 2022 | 5 Julai 2022 | ||
Musim 1 (2019)
[sunting | sunting sumber]Setelah bercerai dengan Hani, Hanan dipaksa berkahwin dengan Nawal atas ugutan ibunya, Wan Masitah. Nawal pula menerima sahaja pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar. Namun, hati Hanan tetap untuk bekas isterinya, Hani dan anaknya, Qalish walaupun perhubungan mereka ditentang oleh ibu Hanan dan ibu bapa Hani. Kerana terlalu ingin mendapatkan Hani, dalam tak sedar Nawal banyak berkorban dan terluka.
Usai melafazkan talak terhadap Nawal, barulah Hanan sedar yang dirinya amat memerlukan Nawal. Nawal yang tidak sempurna tetapi mampu melengkapkan hidup Hanan. Pada masa ini, Hanan bukan sahaja menceraikan Nawal tetapi dia turut melepaskan Hani dari cintanya. Dan bermulalah ekspedisi Hanan untuk meraih cinta dan kepercayaan Nawal terhadapnya.
Bagaimana Nawal pernah disakiti dengan tindak tanduk Hanan, begitulah perasaan Hanan apabila Nawal mula bersikap dingin dan degil. Bermacam cara Hanan memujuk Nawal sementelah bila Hanan mendapati Nawal mengandungkan zuriat mereka. Hanan menatang Nawal dan zuriat mereka seperti minyak yang penuh.
Musim 2 (2022)
[sunting | sunting sumber]Tiga tahun setelah lafaz kedua, rumah tangga Hanan dan Nawal bertambah bahagia dengan adanya Qadeeja. Namun perangai mengada Nawal dan sikap kedekut Hanan masih tidak berubah yang mengakibatkan perhubungan mereka terkesan dengan perangai masing-masing.
Nawal disahkan mengandung anak kedua. Dalam meniti kebahagiaan sebagai seorang isteri, Nawal tahu Ida sebenarnya ada hati pada suaminya tetapi Hanan selalu menidakkannya dengan mengatakan bahawa kononnya Nawal berperasaan cemburu tidak bertempat. Kehadiran Wahab pula mula merubah corak kehidupan perkahwinan mereka. Nawal difitnah mempunyai hubungan dengan Zaki sehinggakan Hanan percaya. Ini membuatkan Nawal lebih tertekan dan akhirnya dia keguguran, ditambah pula dengan peninggalan Tok Ma yang diserang sakit jantung.
Nawal berasa kecewa apabila Hanan tidak mempercayainya sehingga dia bertekad untuk memilih untuk membawa diri. Pada saat itu, Hairuddin muncul untuk memporak-perandakan lagi hubungan mereka. Mampukah mereka mempertahankan kebahagiaan mereka?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Kamal Adli sebagai Hanan (musim 1–2)[1][2]
- Uqasha Senrose sebagai Nawal (musim 1–2)[1][2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- 1 2 3 "Drama Setelah Terlafaznya Akad". My Infotaip. 17 Jun 2019. Dicapai pada 4 Ogos 2021.
- 1 2 3 "Drama Setelah Terlafaznya Akad 2". My Infotaip. 21 Mei 2022. Dicapai pada 20 Julai 2026.