Curi-Curi Cinta
Curi-Curi Cinta | |
---|---|
Genre | Drama Keluarga Cinta Konflik Komedi |
Berdasarkan daripada | Curi-Curi Cinta karya Siti Rosmizah |
Pencipta | Siti Rosmizah Semail |
Pengarah | YM Raja Ahmad Alauddin |
Dibintangi oleh | Zahirah MacWilson Aiman Hakim Ridza Fauziah Nawi Talha Harith Uyaina Arshad Ku Fridah Laila Nasir Adam Lee Melanie Tan Izzue Islam Haneesya Hanee Farisha Irwayu |
Lagu pembukaan | Terlalu Memuja - Wany Hasrita |
Lagu penutup | Syurga Di Telapak Kaki Ibu - Aishah |
Negara asal | ![]() |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan episod | 28 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Muhammad Haiqal Mazelan Muhammad Haziq Mazelan Farizullah Othman |
Penerbit | Siti Rosmizah Semail Mazelan Zainol Abidin Farizullah Othman (bersama) Rehal Nuhanis (bersama) |
Tempoh siaran | Isnin - Khamis 10.00 malam |
Syarikat penerbitan | SR One Sdn Bhd Dear Creative Media Sdn Bhd (bersama) |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria (Slot MegaDrama) |
Siaran asal | 29 April 2019 – 13 Jun 2019 |
Status | Tamat |
Kronologi | |
Mengikuti | Patah Sayap Bertongkat Paruh |
Diikuti oleh | Setelah Terlafaznya Akad |
Curi-Curi Cinta adalah sebuah drama yang ditayangkan di Slot MegaDrama Astro Ria mulai April 2019. Drama ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama karya penulis popular, Siti Rosmizah yang merupakan penulis novel bestseller, 7 Hari Mencintaiku dan Lafazkan Kalimah Cintamu yang masing-masing diadaptasi ke drama.[1].
Drama ini dibintangi oleh Zahirah MacWilson, Aiman Hakim Ridza, Fauziah Nawi dan Talha Harith
Isi kandungan
Sinopsis[sunting | sunting sumber]
Kisah Intan Raihana (Zahirah MacWilson) dilahirkan dalam keluarga yang susah. Intan malu dengan keadaan keluarganya, apatah lagi ibunya, Puan Asmah (Fauziah Nawi), seorang yang buta disebabkan sebuah kemalangan maut. Ayahnya meninggal dunia akibat kemalangan tersebut, dia pula membenci abangnya, Iskandar (Talha Harith) yang didakwanya sebagai punca kemalangan tersebut.
Terpaut dengan kekayaan Daniel Hakim (Aiman Hakim Ridza), Intan merancang untuk memikat Daniel apatah lagi bila mengetahui Daniel adalah kekasih sepupunya, Fariza (Uyaina Arshad). Intan sanggup melakukan pelbagai cara untuk merampas Daniel Hakim daripada Fariza. Namun begitu, hati Daniel Hakim sudahpun terkunci untuk Fariza.
Daniel akhirnya diperangkap dan terpaksa disatukan dengan Intan. Daniel rasa tertipu pada perkahwinan mereka dan mahu membalas dendam. Dia mula mengatur rancangan untuk memberi pengajaran kepada Intan. Perbuatan Daniel itu telah menghancurkan impian Intan selama ini. Disitulah Intan mula sedar dan berubah setelah diuji dengan banyak dugaan.
Apabila Intan disahkan mengandung, perasaan sayang mula berputik. Namun ego membatasi segalanya. Hati Intan telah mati untuk Daniel lalu meninggalkan Daniel. Daniel terus mencari Intan untuk memujuk Intan kembali.
Pelakon[sunting | sunting sumber]
- Aiman Hakim Ridza sebagai Daniel Hakim
- Zahirah MacWilson sebagai Intan Raihana
- Fauziah Nawi sebagai Puan Asmah
- Talha Harith sebagai Iskandar
- Uyaina Arshad sebagai Fariza
- Ku Fridah sebagai Mak Long Sapiah
- Laila Nasir sebagai Mak Long Sapiah (menggantikan Ku Fridah mulai episod 10)
- Adam Lee sebagai Badrul
- Melanie Tan sebagai Peggy
- Izzue Islam sebagai Suratman Suparjo
- Haneesya Hanee sebagai Tina
- Azri Sabri sebagai Ramli
- Farisha Irwayu sebagai Pn Sri Haida
- Pablo Amirul sebagai Adli
Sambutan[sunting | sunting sumber]
Penarafan[sunting | sunting sumber]
Curi-Curi Cinta mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya memperoleh 7.5 juta jumlah tontonan sekali gus menjadikan ia drama bersiri nombor satu pada tahun 2019 menurut sumber dari Astro Awani[2] Dengan menjadikan Hari Raya Aidilfitri sebagai satu tempoh yang kompetitif, Curi-Curi Cinta juga berjaya meletakkan ia di kedudukan tontonan tertinggi semasa musim perayaan itu. Di platform digital pula, drama ini juga berjaya mengumpul 11 juta tontonan dengan 3.2 juta pada waktu puncak.
Muzik dan runut bunyi[sunting | sunting sumber]
- "Bisa Aja" - Faizal Tahir
- "Terlalu Memuja" - Wany Hasrita
- "Pulang" - Insomniacks
- "Tetap Kamu" - Amylea feat. Megat
- "Pudar" - Indah Ruhaila
- "Jauh" - Aziz Harun
- "Hatiku Milikmu" - Siti Nordiana
- "Demi Tuhan, Aku Ikhlas - Amarda Band feat. Ifan Seventeen
- "Tiada Dirimu" - Shila Amzah
- "Takkan Terlerai" - Syamel feat. Ernie Zakri
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Curi-curi Cinta". MyInfotaip. 29 April 2019.
- ^ "Drama 'Curi-Curi Cinta' pecah rekod dengan 7.5 juta tontonan". Astro Awani. 28 Jun 2019.
Pautan Luar[sunting | sunting sumber]
Astro Ria: Slot MegaDrama, Isnin–Khamis, 10:00 Malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Curi-Curi Cinta | Berikutnya |
Patah Sayap Bertongkat Paruh | Setelah Terlafaznya Akad |