Suami Tanpa Cinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suami Tanpa Cinta
GenreDrama
Komedi
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel Suami Tanpa Cinta karya Syamnuriezmil
PengarahMP Roslin
Dibintangi oleh
Shukri Yahaya
Janna Nick
Cristina Suzanne Stockstill
Mark Adam
Sarah Hildebrand
Lagu pembukaan"Mungkin Saja" nyanyian Janna Nick
Lagu penutup"Mungkin Saja" nyanyian Janna Nick
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod16
Penerbitan
Tempoh siaranIsnin - Khamis, 10 malam
Syarikat penerbitan
(Pena Creative Picture Sdn Bhd)
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Astro Ria HD (Slot MegaDrama)
Siaran asal4 April 2016 – 28 April 2016
Kronologi
MengikutiAku Bukan Bimbo
Diikuti olehDia Semanis Honey

Suami Tanpa Cinta ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2016 arahan MP Roslin. Dibintangi oleh Janna Nick, dan Shukri Yahaya . Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 4 April 2016 menggantikan Aku Bukan Bimbo. [1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Zaidan Iman (Aid) dan Ain Syifa berkawan sejak dari zaman sekolah. Demi menyelamatkan perniagaan keluarga, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin dan menggabungkan syarikat mereka.

Namun perkahwinan mereka bersyarat. Sekiranya jatuh talak ke atas ain, maka syarikat mereka akan jatuh ke tangan Ain Syifa dan Aid tiada lagi hak ke atas syarikat itu. Maka, Aid dan Ain masing-masing berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan rumahtangga mereka.

Ain cuba untuk menyayangi dan mencintai Aid, seperti mana Aid mencintainya. Namun kisah silam Ain membuatkan Ain mengunci dirinya dari mencintai Aid. Walau bagaimanapun, kehidupan mereka semakin hari semakin ceria dan bahagia. Mereka memang saling melengkapi antara satu sama lain. Pelbagai cara dilakukan oleh Aid untuk membuatkan Ain jatuh cinta padanya. Ain keliru dengan perasaannya sendiri. Aid sedar si isteri sudah mula mencintainya namun masih belum mampu untuk mengakui perasaan itu.

Kepercayaan mereka terhadap pasangan masing-masing membantu mereka dalam menangani godaan-godaan yang datang silih berganti. Namun, kebahagiaan mereka teruji dengan satu berita yang sampai ke pendengaran Ain. Ain mula sangsi dengan Aid yang sudah mula berahsia dengannya.

Keadaan semakin runcing apabila Ain lari meninggalkan Aid dengan satu nota kecil yang membuatkan Aid menjadi risau dan cuak. Dapatkah Aid mencari Ain ? Mampukah perkahwinan dengan suami tanpa cinta ini kekal sehingga ke jannah ? Dan apakah kebenaran di sebalik cerita yang didengar oleh ain itu ?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Suami Tanpa Cinta. MyInfoTaip. Dicapai 3 Ogos 2021.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Malam Throwbaek Drama 2017

  • Pelakon Paling Membantu -Mark Adam-Top 5