Sukan Olimpik Musim Panas 1992

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Sukan Olimpik XXV
Hos BandarBarcelona, Catalonia, Sepanyol
Cogan kata"Kawan Sepanjang Hayat"
(Bahasa Inggeris: Friends For Life)
(Bahasa Catalonia: Amics Per Sempre)
(Bahasa Sepanyol: Amigos Para Siempre)
Negara169
Atlet9,356 orang (6,652 lelaki, 2,704 wanita)
Acara257 acara dalam 25 sukan
Pembukaan25 Julai 1992
Penutupan9 Ogos 1992
Dibuka oleh
Kawah Obor
Antonio Rebollo (pemanah paralimpik)
StadiumStadium Olimpik Montjuïc
Musim Panas
Musim Sejuk
Sukan Paralimpik Musim Panas 1992


Sukan Olimpik Musim Panas 1992 (Bahasa Inggeris: 1992 Summer Olympics, Bahasa Sepanyol: Juegos Olímpicos de Verano de 1992, Bahasa Catalan: Jocs Olímpics d'estiu de 1992), atau secara rasminya Sukan Olimpik XXV (Bahasa Inggeris: Games of the XXV Olympiad) dan dikenali juga sebagai Barcelona '92, merupakan sebuah acara pelbagai sukan yang telah dianjurkan di Barcelona, Sepanyol dari 25 Julai hingga 9 Ogos 1992. Temasya ini merupakan kali pertama dan kali yang terakhir (setakat ini) Sepanyol menganjurkan Sukan Olimpik. Bermula dari tahun 1994, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) telah membuat keputusan untuk menganjurkan Sukan Olimpik Musim Panas dan Musim Sejuk pada tahun yang berbeza, maka temasya ini juga merupakan kali terakhir kedua-dua acara sukan tersebut diadakan pada tahun yang sama.[2] Temasya ini juga merupakan Sukan Olimpik pertama yang dianjurkan selepas berakhirnya Perang Dingin serta merupakan edisi Sukan Olimpik pertama sejak 1972 yang tidak mengalami sebarang boikot dari negara pesertanya.[3] Afrika Selatan juga dibenarkan semula untuk menyertai Sukan Olimpik setelah dilarangkan daripada menyertai apa-apa jua pertandingan sukan antarabangsa selama 32 tahun akibat pengamalan polisi Aparteid di negara tersebut.[4] Pasukan Bersatu (yang terdiri daripada ahli negara Kesatuan Soviet) mendapat tempat pertama dalam jadual pingat tersebut dengan 45 buah pingat emas dan 112 buah pingat Olimpik.

Badminton dan besbol pertama kali dijadikan sebagai acara teras rasmi Sukan Olimpik. Kategori perempuan bagi judo dan kategori slalom bagi kanu juga pertama kali dipertandingkan dalam Sukan Olimpik. Pada Barcelona 1992, pemain-pemain NBA dibenarkan buat pertama kali untuk bertanding dalam Sukan Olimpik. Ekoran daripada keputusan tersebut, pasukan bola keranjang Amerika Syarikat dianggotai oleh pemain-pemain bola keranjang yang terbaik di dunia pada masa tersebut seperti Michael Jordan dan Magic Johnson.[5][6] Pasukan tersebut diberi gelaran "Dream Team" (Pasukan Impian) dan telah memenangi pingat emas dalam acara tersebut dengan perbezaan mata yang sangat besar (secara puratanya 44 mata).[7][8]

Pembidaan[sunting | sunting sumber]

Barcelona merupakan bandar yang kedua terbesar di Sepanyol dan merupakan pusat pentadbiran Catalonia serta tempat asal presiden IOC pada masa tersebut, Juan Antonio Samaranch. Bandar tersebut juga pernah menganjurkan Piala Dunia FIFA 1982. Barcelona turut pernah membida untuk Sukan Olimpik Musim Panas 1936. Barcelona dipilih sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 1992 pada 17 Oktober 1986 semasa Sesi IOC ke-91 yang dianjurkan di Lausanne, Switzerland.[9]

Keputusan Pembidaan Sukan Olimpik Musim Panas 1992[10]
Bandar Nama JOK Peringkat 1 Peringkat 2 Peringkat 3
Barcelona  Sepanyol 29 37 47
Paris  Perancis 19 20 23
Brisbane  Australia 11 9 10
Belgrade  Yugoslavia 13 11 5
Birmingham  United Kingdom 8 8
Amsterdam  Belanda 5

Pemasaran[sunting | sunting sumber]

Maskot[sunting | sunting sumber]

Maskot rasmi Sukan Olimpik 1992 ialah Cobi, seekor anjing gembala Catalonia yang dilakar dengan gaya Kubis. Maskot tersebut direka oleh Javier Mariscal dan diilhamkan oleh interpretasi Picasso atas lukisan "Las Meninas" yang merupakan karya Diego Velázquez. Namanya sebenarnya berasal dari singkatan Jawatankuasa Pengelola Barcelona 1992, COOB'92. Nama tersebut dipilih kerana mudah disebut oleh penutur bahasa lain.[11]

Pada asalnya, maskot tersebut menerima bantahan daripada orang ramai kerana tidak dapat menerima reka bentuknya yang berbeza dengan maskot Olimpik yang lain, yang dipengaruhi oleh "gaya Walt Disney". Namun, popularitinya kian berkembang dan akhirnya menjadi salah satu maskot Olimpik yang terpopular, sehinggalah mempunyai siri televisyen yang tersendiri.[12]

Temasya[sunting | sunting sumber]

Sukan[sunting | sunting sumber]

Acara Sukan Olimpik Musim Panas 1992

Acara demonstrasi:

Penyertaan[sunting | sunting sumber]

Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan yang menyertai

Jadual pingat[sunting | sunting sumber]

KedudukanNegaraEmasPerakGangsaJumlah
1 Pasukan Bersatu453829112
2 Amerika Syarikat373437108
3 Jerman33212882
4 China16221654
5 Cuba1461131
6 Sepanyol*137222
7 Korea Selatan1251229
8 Hungary1112730
9 Perancis851629
10 Australia791127
Jumlah (10 negara)196159169524

Legasi[sunting | sunting sumber]

Penganjuran Sukan Olimpik di Barcelona telah memberi impak yang sangat besar kepada bandaraya tersebut. Temasya ini telah mengembangkan prasarana, meningkat kualiti hidup penduduk serta menjadikan bandar tersebut sebagai pusat pelaburan dan pelancongan.[13] Kini, Barcelona telah menjadi bandar yang paling banyak dikunjungi di Eropah selepas Paris, London dan Rom.[14][15]

Setelah memenangi hak penganjuran, Barcelona telah melakukan transformasi urban secara besar-besaran untuk mengindahkan bandar tersebut.[13] Pantai Barcelona telah diindahkan dan dibuka kepada pelancong dan penduduk buat kali yang pertama.[16] Sempena penganjuran Sukan Olimpik 1992, pusat sukan yang baharu telah diwujudkan, hotel-hotel yang sedia ada diperbaharui manakala hotel baharu telah dibina, jalan keliling baharu yang dibina telah mengurangkan kesesakan jalan raya dan Lapangan Terbang Barcelona telah dimodenkan dan diperluaskan.[17]

Projek-projek tersebut telah menyebabkan limpahan kos bagi penganjuran Barcelona 1992 mencecah 266%.[18] Walau bagaimanapun, projek-projek tersebut telah memberikan manfaat yang sangat besar terhadap bandar tersebut dan pendekatan Barcelona (digelar juga sebagai "Barcelona Model") telah dicontohi oleh bandar-bandar tuan rumah Sukan Olimpik yang lain.[19][20]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Factsheet - Opening Ceremony of the Games of the Olympiad" (PDF) (Siaran akhbar). International Olympic Committee. 9 October 2014. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 14 August 2016. Dicapai pada 22 December 2018.
  2. ^ "Albertville 1992". www.olympic.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 January 2014. Dicapai pada 12 March 2010.
  3. ^ "Barcelona 1992 Summer Olympics | Olympic Videos, Photos, News". Olympic.org. Dicapai pada 4 December 2011.
  4. ^ Wren, Christopher S. (7 November 1991). "OLYMPICS; an Era Ends, Another Begins: South Africa to Go to Olympics". The New York Times.
  5. ^ McCallum, Jack (2013). Dream Team: How Michael, Magic, Larry, Charles, and the Greatest Team of All Time Conquered the World and Changed the Game of Basketball Forever. Random House Publishing Group. m/s. 313. ISBN 9780345520494. Dicapai pada 31 July 2020.
  6. ^ "This Day in Sports: The Dream Team Takes Gold in Barcelona". ESPN. August 8, 2010. Retrieved May 5, 2012.
  7. ^ "The Original Dream Team". nba.com. Diarkibkan daripada yang asal pada May 20, 2012. Dicapai pada 12 Ogos 2010.
  8. ^ "Games of the XXVth Olympiad -- 1992". USA Basketball.
  9. ^ Miller, Judith (18 October 1986). "Barcelona gets 1992 Summer Olympics" (Archives). The New York Times.
  10. ^ "Past Olympic Host City Election Results". Diarkibkan daripada yang asal pada 30 June 2011.
  11. ^ "Summer Games Mascots - Barcelona 1992". Olympic.org. IOC. Dicapai pada 15 October 2015.
  12. ^ i Duran, Jordi Busquet, and Jordi Farré. "Acceptació i apropiació social de la mascota olímpica de Barcelona'92." Temes de Disseny 7 (1992): 36-43.
  13. ^ a b Brunet, Ferran (2005). "The economic impact of the Barcelona Olympic Games, 1986–2004" (PDF). Autonomous University of Barcelona. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 July 2009.
  14. ^ Payne, Bob (6 August 2008). "The Olympics Effect". MSNBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 September 2008.
  15. ^ Bremner, Caroline (11 October 2007). "Top 150 City Destinations: London Leads the Way". Euromonitor International. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 September 2009.
  16. ^ Jordan, Guifré (21 Julai 2017). "Barcelona 25 years on from 1992 Olympics: a city still glittering a little too much?". Catalan News. Dicapai pada 2 Oktober 2021.
  17. ^ Beard, Matthew (22 March 2011). "Lessons of Barcelona: 1992 Games provided model for London... and few warnings". London Evening Standard. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 April 2011. Dicapai pada 31 March 2011.
  18. ^ Flyvbjerg, Bent; Stewart, Allison; Budzier, Alexander (2016). The Oxford Olympics Study 2016: Cost and Cost Overrun at the Games. Oxford: Saïd Business School Working Papers (Oxford: University of Oxford). m/s. 18–20. SSRN 2804554.
  19. ^ "Lessons of Barcelona: 1992 Games provided model for London... and few warnings". Evening Standard. 12 April 2012. Dicapai pada 2 Oktober 2021.
  20. ^ Montaner, Josep Maria (2012). "The Barcelona Model reviewed" (PDF). Transfer: journal of contemporary culture. 7: 48–53. ISSN 1886-2349.
Didahului oleh
Seoul
Sukan Olimpik Musim Panas
Barcelona

Sukan Olimpik XXV (1992)
Diikuti oleh:
Atlanta