Sukan Olimpik Musim Panas 2032

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian


Sukan Olimpik XXXV
Olympic rings without rims.svg
Bandar tuan rumahBrisbane, Australia
Upacara pembukaan23 Julai
Upacara penutupan8 Ogos
Stadium utamaThe Gabba
TBC →

Sukan Olimpik 2032 (nama rasmi: Sukan Olimpik XXXV) atau juga dikenali sebagai Brisbane 2032 merupakan temasya sukan yang dijaduakan akan berlangsung di Brisbane, Queensland, Australia dari 23 Julai hingga 8 Ogos 2032.

Temasya sukan ini merupakan kali ketiga Sukan Olimpik diadakan di negara Australia, selepas Sukan Olimpik 1956 di Melbourne dan Sukan Olimpik 2000 di Sydney. Temasya sukan ini turut merupakan kali kedua temasya sukan tersebut diadakan pada musim sejuk di bahagian Hemisfera Selatan, selepas Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Brisbane sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2032 pada 21 Julai 2021, dua hari sebelum Sukan Olimpik 2020 berlangsung.[1] Brisbane telah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pertama yang dipilih dalam sistem pembidaan baharu yang ditentukan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC). [2] Kejayaan Brisbane itu sudah dijangka selepas menjadi calon tunggal yang menawarkan diri menjadi tuan rumah 2032 selain mendapat sokongan padu 15 ahli Lembaga Eksekutif IOC, sebulan lalu.[3]

Proses pembidaan[sunting | sunting sumber]

Sistem pembidaan yang baharu telah diluluskan pada mesyuarat IOC sesi ke-134 yang diadakan di Lausanne, Switzerland.[4] Perubahan ini selaras dengan Agenda Olimpik 2020 yang diperkenalkan pada Disember 2014. [5] Sistem pembidaan yang baharu ini telah diperkenalkan untuk mengatasi masalah kekurangan bandar yang membida disebabkan kos penganjuran dan pembidaan yang tinggi serta masalah rasuah dan melobi yang berlaku dalam proses pembidaan tuan rumah sebelum ini.[6]

IOC juga melakukan beberapa pindaan terhadap Piagam Olimpik seperti menghapuskan tempoh masa (tujuh tahun) pemilihan tuan rumah baharu dan membenarkan beberapa bandar, kawasan dan negara untuk menganjur bersama.[4]

Suruhanjaya Pemilihan Tuan Rumah[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai ahli Suruhanjaya Pemilihan Tuan Rumah bagi Sukan Olimpik Musim Panas(bahasa Inggeris: Future Host Summer Commission) yang berperanan untuk menyelia proses pemilihan calon dan mencadang calon tuan rumah yang sesuai untuk Sukan Olimpik Musim Panas:[6][7]

Ahli IOC (6) Ahli Lain (4)
  • Norway Kristin Kloster Aasen (pengerusi)
  • Kanada Dick Pound
  • Republik Rakyat China Li Lingwei
  • Filipina Mikee Cojuangco-Jaworski
  • Republik Dominika Luis Mejía Oviedo
  • Tanjung Verde Filomena Fortes
  • New Zealand Sarah Walker (Atlet)
  • Itali Francesco Ricci Bitti (ASOIF)
  • Kenya Paul Tergat (NOC)
  • Brazil Andrew Parsons (IPC)

Sistem pemilihan tuan rumah baharu[sunting | sunting sumber]

Proses pemilihan yang baharu ini bermula apabila sesebuah NOC mengadakan pertukaran tidak formal (Informal Exchange) dengan IOC dan meneroka keberangkalian untuk mengajur Sukan Olimpik di negara tersebut.[6] Negara tersebut tidak tertakluk kepada apa-apa jua janji atau kewajipan untuk meneruskan proses pembidaan. NOC tersebut boleh menyertai Pihak Berminat (Interested Party) dan mengadakan Dialog Berterusan (Continuous Dialogue) dengan pihak IOC.[8] Dalam peringkat ini, pihak NOC negara tersebut akan membangunkan konsep dan rangka masa untuk Sukan Olimpik yang tidak tertakluk kepada mana-mana edisi temasya sukan tersebut yang spesifik. Lembaga Eksekutif IOC akan menilai usul ahli-ahli negara Pihak Berminat dan seterusnya mencadangkan satu atau lebih daripada satu Calon Pilihan (Preferred Host).[9] Calon-calon tersebut akan terus memperhaluskan usul mereka dan setelah penilaian dan pengunjungan dilakukan oleh pihak IOC, panel mesyuarat IOC akan memilih tuan rumah Sukan Olimpik untuk edisi tersebut daripada calon-calon yang dicadangkan melalui undian.

Pemilihan Tuan Rumah[sunting | sunting sumber]

Tanpa mengalami persaingan daripada calon yang lain, Brisbane telah diumumkan sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2032 pada mesyuarat IOC sesi ke-138 yang berlangsung pada 21 Julai 2021 di Tokyo, Jepun.[1] Seperti yang dinyatakan dalam Agenda Olimpik 2020, undian tuan rumah tersebut diadakan dalam bentuk referendum dalam kalangan 80 wakil IOC. Menurut Perbadanan Penyiaran Australia, 72 orang wakil menyokong, 5 orang membantah dan 3 orang lagi yang tidak mengundi.[10]

Pemilihan tuan rumah Sukan Olimpik 2032
Bandar Nama NOC Setuju Bantah Tidak mengundi
Brisbane Australia Australia 72 5 3

Pembangunan dan persediaan[sunting | sunting sumber]

Setelah dinobatkan sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2032, bandaraya Brisbane mempunyai 11 tahun untuk membuat persediaan sebelum penganjuran temasya sukan tersebut. Menurut IOC, anggaran kos untuk penganjuran temasya sukan tersebut ialah kira-kira 4.45 bilion ASD (RM13.8 bilion, pada 2 Ogos 2021).[11]

Garis masa[sunting | sunting sumber]

  • 23 Julai 2021: Jawatankuasa Olimpik Australia (AOC) dan Sukan Komanwel Australia (CGA) menghantar laporan "Sport - Powering Australia's Future (10+10)" yang mencadangkan model pelaburan sukan yang baharu yang boleh dilaksanakan di Australia sepuluh tahun sebelum dan selepas Sukan Olimpik 2032. [12][13]
  • 7 Ogos 2021: Datuk Bandar Brisbane, Adrian Schrinner, menyertai forum "Sustainable Recovery Tokyo Forum", juga dikenali sebagai "Re StaRT", bersama dengan empat datuk bandar tuan rumah Olimpik yang lain di Tokyo, Jepun. Beliau dan empat datuk bandar yang lain telah mentandatangani Deklarasi Pemulihan Lestari Tokyo di forum tersebut.[14][15]
  • 9 Ogos 2021: World Netball telah mengumumkan niatnya untuk memasukkan bola jaring ke dalam senarai program sukan Brisbane 2032.[16]
  • 9 September 2021: Ahli politik Australia, Ted O'Brien telah dilantik sebagai utusan khas Perdana Menteri bagi Sukan Olimpik dan Paralimpik 2032.[17]
  • 9 September 2021: IOC telah memanjangkan hak penyiaran bagi Televisyen Pusat China (CCTV) sehingga 2032.[18]
  • 15 September 2021: Bronte Barratt, pemenang empat pingat Olimpik dalam acara renang, telah dipilih oleh AOC sebagai wakil atlet yang pertama dalam Jawatankuasa Pengelola Sukan Olimpik dan Paralimpik 2032.[19]
  • 7 Oktober 2021: Ketua Menteri Queensland, Annastacia Palaszczuk, melantik sendiri sebagai Menteri Olimpik. Beliau akan mengetuai pasukan kementerian yang menguruskan hal berkaitan Sukan Olimpik 2032.[20]
  • 7 Oktober 2021: Ahli Jawatankuasa Koordinasi IOC bagi Brisbane 2032 telah diumumkan. Jawatankuasa tersebut akan diketuai oleh Kirsty Coventry, seorang atlet renang Zimbabwe yang pernah memenangi dua pingat emas dalam Sukan Olimpik.[21]

Projek pembinaan dan naik taraf tempat penganjuran[sunting | sunting sumber]

Hampir semua bangunan yang akan menganjur acara sukan semasa Sukan Olimpik 2032 merupakan bangunan yang sedia ada atau sedang dinaik taraf. Kebanyakan tempat penganjuran acara sukan terletak di dalam Zon Brisbane, seperti Brisbane Live yang sedang dibina di Jalan Roma akan menganjurkan acara berenang dan polo air. Sebuah stesen kereta api juga akan dibina di kawasan tersebut. Anggaran kos projek-projek pembinaan ini adalah sebanyak $A2 billion dan projek tersebut dijangka akan disiap bina pada tahun 2024.[22]

Stadium Olimpik utama, The Gabba, atau dikenali secara rasminya sebagai Brisbane Cricket Ground, akan dinaik taraf untuk meningkatkan kapasiti tempat duduknya.[23]

Tempat[sunting | sunting sumber]

Sebanyak 84% lokasi penganjuran sukan terdiri daripada prasarana sukan yang sedia ada ataupun struktur sementara yang dibina khas untuk temasya tersebut.[11] Berikut merupakan tempat penganjuran sukan bagi Sukan Olimpik 2032:[24]

Zon Brisbane[sunting | sunting sumber]

Tempat Kapasiti Acara Kluster Status
The Gabba 50,000 Olahraga (Balapan dan Padang), Upacara Perasmian dan Penutupan Sungai Brisbane Sedia ada (Dinaik taraf)
Brisbane Convention & Exhibition Centre 6,000 (Dewan 1)

6,500 (Dewan 2)

6,000 (Dewan 4)

Badminton

Lawan Pedang

Tae Kwon Do

Ping Pong

Sungai Brisbane Sedia ada
South Bank Piazza 4,500 Bola Keranjang 3v3 Sungai Brisbane Sedia ada
South Bank Cultural Forecourt 4,000 Memanah Sungai Brisbane Sedia ada
Brisbane Live Arena 15,000 Aquatik (Renang dan Polo Air) Sungai Brisbane Dirancang (Baharu)
Lang Park 52,000 Bola Sepak (Pusingan akhir)

Ragbi

Sungai Brisbane Sedia ada
Brisbane Showgrounds 15,000 Ekuestrian Herston Sedia ada
Victoria Park 25,000 Berbasikal (BMX Freestyle)

Ekuestrian (Merentas desa)

Herston Sementara
Ballymore Stadium 10,000 (Pitch 1)

5,000 (Pitch 2)

Hoki Padang Herston Sedia ada
Brisbane City Indoor Sports Centre 12,000 Bola Keranjang Coorparoo Dirancang (Baharu)
Sleeman Centre 10,000 (Chandler Indoor Sports Centre)

5,000 (Anna Meares Velodrome)

4,300 (Brisbane Aquatics Centre)

2,000 (Brisbane International Shooting Centre)

Gimnastik

Lumba Basikal (Balapan dan Lumba BMX)

Aquatik (Terjun, Renang Artistik, Polo Air-Pusingan Awal)

Menembak

Chandler Sedia ada (Dinaik taraf)
Brisbane Entertainment Centre 11,000 Bola Baling Bahagian utara Brisbane Sedia ada
Moreton Bay Indoor Sports Centre 7,000 Tinju Bahagian utara Brisbane Sedia ada
Manly Boat Harbour 10,000 Melayar Bahagian timur Brisbane Sementara
Redland Whitewater Centre 8,000 Kanu (Slalom) Bahagian timur Brisbane Dirancang (Baharu)
Queensland Tennis Centre 5,500 Tenis Bahagian selatan Brisbane Sedia ada
Wyaralong Flatwater Centre 14,000 Kanu (Pecut)

Mendayung

Bahagian selatan Brisbane Sedia ada (Dinaik taraf)
Ipswich Stadium 10,000 Pentatlon Moden Bahagian selatan Brisbane Dirancang (Baharu)

Zon Gold Coast[sunting | sunting sumber]

Tempat Kapasiti Acara Kluster Status
Gold Coast Convention & Exhibition Centre 6,000 (Arena)

5,000 (Dewan 3)

Angkat Berat, Bola Tampar (Pusingan Awal) Broadbeach Sedia ada
Broadbeach Park Stadium 12,000 Bola Tampar Pantai Broadbeach Sementara
Gold Coast Sports and Leisure Centre 12,000 Judo, Gusti Carrara Sedia ada
Royal Pines Resort 15,000 Golf Carrara Sedia ada
Southport Broadwater Parklands 5,000 Triatlon, Aquatik (Renang Maraton) Southport Sementara
Coomera Indoor Sports Centre 11,000 Bola Tampar Bahagian utara Bandar Gold Coast Sedia ada
Robina Stadium 27,400 Bola sepak (Pusingan Awal) Bahagian selatan Bandar Gold Coast Sedia ada

Zon Sunshine Coast[sunting | sunting sumber]

Tempat Kapasiti Acara Kluster Status
Sunshine Coast Stadium 20,000 Bola sepak (Pusingan Awal) Kawana Sedia ada (Dinaik taraf)
Sunshine Coast Indoor Sports Centre 6,000 Bola keranjang (Pusingan Awal) Kawana Dirancang (Baharu)
Alexandra Headland 5,000 Lumba Basikal (Jalan Raya)

Olaraga (Maraton, Lumba Jalan Kaki)

Melayar (Luncur Lelayang)

Sunshine Coast Sementara
Sunshine Coast Mountain Bike Centre 10,000 Lumba Basikal (Bukit) Sunshine Coast Sedia ada (Dinaik taraf)

Zon Serantau[sunting | sunting sumber]

Tempat-tempat pertandingan lain yang terletak di serantau Queensland, Melbourne dan Sydney:

Bandar Tempat Kapasiti Acara Status
Townsville North Queensland Stadium 25,000 Bola sepak (Pusingan Awal, Pusingan Suku Akhir) Sedia ada
Cairns Barlow Park 20,000 Bola sepak (Pusingan Awal, Pusingan Suku Akhir) Sedia ada (Dinaik taraf)
Toowoomba Toowoomba Sports Ground 15,000 Bola sepak (Pusingan Awal, Pusingan Suku Akhir) Sedia ada (Dinaik taraf)
Sydney Sydney Football Stadium 42,500 Bola sepak (Pusingan Awal, Pusingan Suku Akhir) Sedia ada (Dinaik taraf 2022)
Melbourne Melbourne Rectangular Stadium 30,050 Bola sepak (Pusingan Awal, Pusingan Suku Akhir) Sedia ada

Prasarana lain[sunting | sunting sumber]

Tempat Acara Kapasiti Status
Northshore Hamilton Kampung Olimpik Brisbane 14,000 Dirancang (Baharu)
Collyer Quays, Robina, Queensland Kampung Olimpik Gold Coast 2,600 Dirancang (Baharu)
Brisbane Convention & Exhibition Centre Pusat Akhbar Utama Sementara
Brisbane River Cluster Pusat Penyiaran Antarabangsa Sementara

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Brisbane elected Host City of Olympic Games and Paralympic Games 2032" (Siaran akhbar). IOC. 21 Julai 2021. Dicapai pada 2 Ogos 2021.
  2. ^ Dunbar, Graham. "Brisbane set to be named 2032 Olympics host next month". Associated Press. 10 Jun 2021. Dicapai pada 10 Jun 2021.
  3. ^ "OLIMPIK: Brisbane tuan rumah 2032". Berita Harian. 21 Julai 2021. Dicapai pada 27 Julai 2021.
  4. ^ a b "Evolution of the revolution: IOC transforms future Olympic Games elections". (Siaran akhbar). IOC. 26 Jun 2019. Dicapai pada 2 Ogos 2021
  5. ^ "Olympic Agenda 2020". IOC. Dicapai pada 27 Julai 2021
  6. ^ a b c "The New Approach to Electing Olympic and Paralympic Host". (PDF) IOC. Dicapai pada 27 Julai 2021
  7. ^ "IOC Members Kristin Kloster Aasen and Octavian Morariu lead Future Host Commissions". (Siaran akhbar) IOC . 3 Oktober 2019. Dicapai pada 2 Ogos 2021.
  8. ^ "Future Host Commissions: Terms of Reference" (PDF). (Laporan)IOC. Lausanne, Switzerland. 3 Oktober 2019. Dicapai pada 2 Ogos 2021.
  9. ^ "Future Host Selection". IOC. Dicapai pada 27 Julai 2021.
  10. ^ "Brisbane announced as 2032 Olympic Games host city at IOC meeting in Tokyo". Perbadanan Penyiaran Australia. 21 Julai 2021. Dicapai pada 22 Julai 2021.
  11. ^ a b "IOC Future Host Commission Questionnaire Response - Final Submission - May 2021" (PDF). www.olympics.com. Dicapai pada 27 Julai 2021
  12. ^ Houston, Michael. "AOC and Commonwealth Games Australia unveil "10+10 vision" for Brisbane 2032" Inside the Games. 24 Julai 2021. Dicapai pada 5 Ogos 2021.
  13. ^ Sport - Powering Australia's Future (10+10) (PDF) AOC dan CGA. Dicapai pada 5 Ogos 2021.
  14. ^ "Tokyo governor passes on sustainable legacy of Tokyo Olympics" Arab News .7 Ogos 2021. Dicapai pada 8 Ogos 2021.
  15. ^ Berkeley, Geoff. "Olympic host cities vow to tackle climate change as Tokyo and Paris make declaration" Inside the Games. 8 Ogos 2021. Dicapai pada 8 Ogos 2021.
  16. ^ "World Netball Declares Intention To Build Case For Olympic Games Inclusion At Brisbane 2032". netball.sport. 9 Ogos 2021. Dicapai pada 1 Oktober 2021.
  17. ^ Mackay, Duncan (9 September 2021). "Australian Prime Minister appoints special envoy for Brisbane 2032". Inside the Games. Dicapai pada 1 Oktober 2021.
  18. ^ Iveson, Ali (9 September 2021). "IOC extends Chinese rights deal with CCTV to cover four Olympics up to Brisbane 2032". Inside the Games. Dicapai pada 1 Oktober 2021.
  19. ^ Mackay, Duncan (15 September 2021). "Australia picks first athlete representative for Brisbane 2032 Organising Committee". Inside the Games. Dicapai pada 1 Oktober 2021.
  20. ^ Gibbs, Nick (7 Oktober 2021). "Annastacia Palaszczuk announces her own appointment as Minister for the Olympics". 7news.com.au. Dicapai pada 10 Oktober 2021.
  21. ^ "Olympic champion Kirsty Coventry to chair IOC Coordination Commission for Brisbane 2032". olympics.com. 7 Oktober 2021. Dicapai pada 10 Oktober 2021.
  22. ^ "BRISBANE LIVE". BrisbaneDevelopment.com Dicapai pada 5 Ogos 2021.
  23. ^ Palmer, Dan. "Rebuilt Gabba proposed as focal venue of Brisbane 2032". Inside the Games. 20 April 2021. Dicapai pada 5 Ogos 2021.
  24. ^ Jawatankuasa Olimpik Australia. Brisbane 2032 Master Plan - Aerial Flythrough (Video). YouTube. 13 Julai 2021. Dicapai pada 27 Julai 2021