Sukan Paralimpik Musim Panas 2032

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Sukan Paralimpik XVIV
Paralympic flag (2019).svg
Bandar tuan rumahBrisbane, Australia
Upacara pembukaan24 Ogos
Upacara penutupan5 September
Stadium utamaThe Gabba

Sukan Paralimpik Musim Panas 2032 atau secara rasminya Sukan Paralimpik Musim Panas ke-19, juga dikenali sebagai Brisbane 2032, merupakan sebuah acara sukan antarabangsa yang akan dianjurkan dari 24 Ogos hingga 5 September 2032 di Brisbane, Queensland, Australia.[1]

Temasya ini merupakan kali kedua Australia mengadakan Sukan Paralimpik Musim Panas selepas Sydney 2000. Selain itu, negara Australia juga akan menjadi negara keempat yang menganjur Sukan Paralimpik sebanyak dua kali selepas United Kingdom, Jepun dan Amerika Syarikat. Temasya ini turut merupakan kali kedua Sukan Paralimpik dianjurkan di Hemisfera Selatan.

Pembidaan[sunting | sunting sumber]

Sebagai persetujuan antara IOC dengan IPC, tuan rumah Sukan Olimpik 2024 juga perlu menganjurkan Sukan Paralimpik 2024.[2]

Tanpa mengalami persaingan daripada calon yang lain, Brisbane telah diumumkan sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2032 pada mesyuarat IOC sesi ke-138 yang berlangsung pada 21 Julai 2021 di Tokyo, Jepun.[3] Seperti yang dinyatakan dalam Agenda Olimpik 2020, undian tuan rumah tersebut diadakan dalam bentuk referendum dalam kalangan 80 wakil IOC. Menurut Perbadanan Penyiaran Australia, 72 orang wakil menyokong, 5 orang membantah dan 3 orang lagi yang tidak mengundi.[4]

Pemilihan tuan rumah Sukan Olimpik 2032
Bandar Nama NOC Setuju Bantah Tidak mengundi
Brisbane Australia Australia 72 5 3

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Brisbane to host 2032 Olympics, Paralympics". nationalpost (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 July 2021.
  2. ^ "Paralympics 2012: London to host 'first truly global Games'". BBC Sport. Dicapai pada 1 August 2012.
  3. ^ "Brisbane elected Host City of Olympic Games and Paralympic Games 2032" (Siaran akhbar). IOC. 21 Julai 2021. Dicapai pada 2 Ogos 2021.
  4. ^ "Brisbane announced as 2032 Olympic Games host city at IOC meeting in Tokyo". Perbadanan Penyiaran Australia. 21 Julai 2021. Dicapai pada 22 Julai 2021.