Sukan Paralimpik Musim Panas 1984

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sukan Paralimpik VII
Bandar tuan rumahBandar Raya New York, New York, Amerika Syarikat
Stoke Mandeville, United Kingdom
Penyertaan negara45 (USA)
41 (GBR)
Penyertaan atlet1,800 (USA)
1,100 (GBR)
Acara~300 dalm 15 acara (USA)
603 dalam 10 acara (GBR)
Upacara pembukaan17 Jun (USA)
22 Julai (GBR)
Upacara penutupan30 Jun (USA)
1 Ogos (GBR)
Pembukaan dirasmikan olehPresiden Ronald Reagan (USA)
Charles, Putera Wales (GBR)
Stadium utamaKompleks Olahraga Mitchel (USA)
Stadium Stoke Mandeville (GBR)

Sukan Paralimpik Musim Panas 1984 (nama rasmi bahasa Inggeris: 1984 International Games for the Disabled) ialah acara Sukan Paralimpik ketujuh yang diadakan. Temasya ini dianjurkan di dua tempat berbeza: di Stoke Mandeville, United Kingdom bagi atlet berkerusi roda dengan kecacatan saraf tunjang, dan Kompleks Olahraga Mitchel serta Universiti Hofstra di Long Island, New York, Amerika Syarikat bagi atlet berkerusi roda akibat palsi serebrum, atlet beranggota palsu dan atlet dengan kecacatan lain (seperti hilang upaya penglihatan). Stoke Mandeville menjadi bandar hos pendahulu Sukan Paralimpik, Sukan Stoke Mandeville sejak 1948, dengan acara kesembilan di Rom pada 1960 diangkat sebagai pengajuran Sukan Paralimpik pertama.[1]

Bersama-sama Sukan Olimpik Musim Panas 1984, Kesatuan Soviet serta negara-negara komunis kecuali China, Jerman Timur, Hungary, Poland and Yugoslavia memboikot temasya ini.[2] Pihak Soviet tidak menyertai Sukan Paralimpik pada ketika itu, dengan menyatakan bahawa Soviet tidak memiliki orang cacat, dan hanya memasuki Paralimpik buat julung kalinya pada kejohanan seterusnya (1988) ketika Perestroika.[3]

Ini ialah kali terakhir Sukan Paralimpik diadakan di tempat berbeza dengan Sukan Olimpik, dengan edisi-edisi seterusnya memperlihatkan Sukan Olimpik dan Paralimpik dianjurkan di tempat yang sama.

Acara sukan[sunting | sunting sumber]

Atlet-atlet temasya ini dibahagikan kepada lima kategori: amputasi, palsi serebrum, kecacatan penglihatan, kerusi roda, dan les autres (atlet yang mempunyai kecacatan fizikal lain yang tidak dibenarkan untuk bertanding dalam edisi yang sebelumnnya).[4]

Jadual pingat[sunting | sunting sumber]

Bahrain, China, Jordan , Trinidad dan Tobago telah memenangi pingat pertama mereka dalam Sukan Paralimpik 1984 manakala Luxembourg memenangi pingat emas yang pertama.

KedudukanNegaraEmasPerakGangsaJumlah
1Flag of the United States.svg Amerika Syarikat *137131129397
2Flag of the United Kingdom (3-5).svg Great Britain *107112112331
3Flag of Canada (Pantone).svg Kanada 878269238
4Flag of Sweden.svg Sweden 834334160
5Flag of Germany.svg Jerman Barat 817675232
6Flag of France.svg Perancis 716946186
7Flag of the Netherlands.svg Belanda 555228135
8Flag of Australia.svg Australia 495451154
9Flag of Poland.svg Poland 463921106
10Flag of Norway.svg Norway 30303090
11Flag of Denmark.svg Denmark 30131659
12Flag of Spain.svg Sepanyol 22101244
13Flag of Belgium (civil).svg Belgium 21231458
14Flag of Ireland.svg Ireland 20153166
15Flag of Finland.svg Finland 18142759
16Flag of Switzerland.svg Switzerland 18131243
17Flag of Austria.svg Austria 14201044
18Flag of Hungary.svg Hungary 1213328
19Flag of Israel.svg Israel 11211244
20Flag of Yugoslavia (1946-1992).svg Yugoslavia 11101132
21Flag of Italy.svg Itali 9191442
22Flag of Japan.svg Jepun 97824
23Flag of New Zealand.svg New Zealand 810725
24Flag of Brazil.svg Brazil 717428
25Flag of Mexico.svg Mexico 6141737
26Flag of Portugal.svg Portugal 43714
27Flag of Hong Kong.svg Hong Kong 35917
28Flag of the People's Republic of China.svg China 212822
29Flag of Trinidad and Tobago.svg Trinidad dan Tobago 2013
30Flag of Luxembourg.svg Luxembourg 1416
31Flag of Kuwait.svg Kuwait 1348
32Flag of Myanmar.svg Burma 1214
33Flag of Egypt.svg Mesir 1157
34Flag of Kenya.svg Kenya 1113
35Flag of East Germany.svg Jerman Timur 0314
36Flag of Iceland.svg Iceland 02810
37Flag of India.svg India 0224
Flag of South Korea.svg Korea Selatan 0224
39Flag of Zimbabwe.svg Zimbabwe 0123
Flag of Jordan.svg Jordan 0123
41Flag of the Bahamas.svg Bahamas 0112
Flag of Indonesia.svg Indonesia 0112
43Flag of Bahrain.svg Bahrain 0022
Jumlah (43 negara)9789518512780

Penyertaan[sunting | sunting sumber]

Sukan Paralimpik 1984 merupakan kali pertama Bahrain, China, Jerman Barat, Kepulauan Faroe, Jordan, Liechtenstein, Papua New Guinea, Thailand, Trinidad dan Tobago dan Venezuela menyertai Sukan Paralimpik manakala India dan Portugal menyertai semula Sukan Paralimpik setelah berhenti menghantar atlet ke acara sukan tersebut selama 12 tahun.[5]

Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan yang menyertai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2012 – The Paralympics come home", BBC, 4 Julai 2008
  2. ^ Bailey, Steve (2008). Athlete First: A history of the paralympic movement. John Wiley & Sons. m/s. 35–26. ISBN 9780470058244.
  3. ^ Phillips, Sarah D. (2009). "'There Are No Invalids in the USSR!': A Missing Soviet Chapter in the New Disability History". Disability Studies Quarterly. Ohio State University Libraries; Society for Disability Studies. 29 (3). Dicapai pada 21 Julai 2019.
  4. ^ "Stoke Mandeville & New York 1984". Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa. 2008. Dicapai pada August 6, 2008.
  5. ^ "Medal Standings – New York / Stoke Mandevile 1984 Paralympic Games". Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa. 2008. Dicapai pada August 8, 2008.
Didahului oleh
Arnhem
Sukan Paralimpik Musim Panas
New YorkStoke Mandeville

Sukan Paralimpik Musim Panas VII (1984)
Diikuti oleh:
Seoul