Gelugor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gelugor
Gelugor is located in Malaysia
Gelugor
Gelugor
Koordinat: 5°25′00″N 100°19′00″E / 5.41667°N 100.31667°E / 5.41667; 100.31667
Negara Malaysia
Negeri Pulau Pinang
Ketinggian 4 m (13.1 ft)
Zon waktu MST (UTC+8)
 • Musim panas (DST) Tidak ditentukan (UTC)

Gelugor atau Glugor merupakan sebuah bandar universiti George Town di Pulau Pinang. Bandar ini dinamakan sempena "Asam Gelugor", sejenis pokok asam yang dikenali sebagai "Gu-Lu-Gok" oleh orang Hokkien tempatan. Kondo Twin Tower yang terkenal di Pulau Pinang turut terletak di Glugor ini berhampiran Penang Bridge saja.

Gelugor terdiri daripada beberapa kawasan kediaman dan komersil iaitu Taman Brown, Island Glades, Island Park, Minden Heights, Kampung Kastam, Taman Tun Sardon, Bukit Gambir, Bukit Gelugor, dan Sungai Gelugor (yang termasyhur kerana mempunyai Sekolah Melayu yang tertua di Malaysia).[perlu rujukan] Bandar ini berhampiran dengan beberapa mercu tanda negeri seperti Jambatan Pulau Pinang dan Universiti Sains Malaysia.

Gelugor adalah sebuah bandar dan kawasan perumahan utama dan mewah di Pulau Pinang, Malaysia. Pasaraya besar terkenal di sini ialah TESCO. TESCO laut Gelugor adalah TESCO yang pertama sekali didirikan di Pulau Pinang. TESCO extra juga telah dibina di USM Sungai Dua.

Jambatan Pulau Pinang juga boleh dikatakan jambatan sebelah Gelugor bagi sebahagian orang Pulau Pinang seperti di sebelah Perai. Sebuah sekolah menengah jenis kebangsaan dibuka di Glugor ini, iaitu Phor Tay dari George Town dulu, bes dalam Sungai Dua.

Institusi Pendidikan Guru di Pulau Pinang juga dibina di Gelugor. Glugor juga kaya dengan rumah tanah tiga tingkat.