Negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia
![]() |
Rencana ini sebahagian daripada siri: Politik dan pemerintahan Malaysia |
![]() |
|
Portal Malaysia |
Malaysia ialah sebuah negara persekutuan yang terdiri daripada 13 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan. 11 negeri dan dua wilayah persekutuan terletak di Semenanjung Melayu manakala dua negeri dan satu wilayah persekutuan yang lain terletak di pulau Borneo.
Senarai negeri dan Wilayah Persekutuan[sunting | sunting sumber]
![]() |
Yang di-Pertuan Agong/Raja negeri-negeri Melayu[sunting | sunting sumber]
Nama |
Ibu negeri |
Bandar diraja |
Jumlah penduduk[1] |
Keluasan (km²)[2] |
Kepadatan penduduk[3] |
Awalan nombor plat |
Kod kawasan telefon |
Kotaraya terbesar |
Singkatan |
ISO |
FIPS |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() |
Johor Bahru | Bandar Maharani | 3,233,434 | 19,210 | 168 | J | 07 06 (Muar & Tangkak) |
Johor Bahru | JHR | MY-01 | MY01 |
![]() |
Alor Setar | Anak Bukit | 1,890,098 | 9,500 | 199 | K | 04 | Sungai Petani | KDH | MY-02 | MY02 |
![]() |
Kota Bharu | Kota Bharu | 1,459,994 | 15,099 | 97 | D | 09 | Kota Bharu | KTN | MY-03 | MY03 |
![]() |
Seremban | Seri Menanti | 997,071 | 6,686 | 149 | N | 06 | Seremban | NSN | MY-05 | MY05 |
![]() |
Kuantan | Pekan | 1,443,365 | 36,137 | 40 | C | 09 03 (Genting) 05 (Cameron) |
Kuantan | PHG | MY-06 | MY06 |
![]() |
Ipoh | Kuala Kangsar | 2,258,428 | 21,035 | 107 | A | 05 | Ipoh | PRK | MY-08 | MY07 |
![]() |
Kangar | Arau | 227,025 | 821 | 277 | R | 04 | Kangar | PLS | MY-09 | MY08 |
![]() |
Shah Alam | Klang | 5,411,324 | 8,104 | 668 | B | 03 | Shah Alam | SGR | MY-10 | MY12 |
![]() |
Kuala Terengganu | Kuala Terengganu | 1,015,776 | 13,035 | 78 | T | 09 | Kuala Terengganu | TRG | MY-11 | MY13 |
Wilayah Persekutuan[sunting | sunting sumber]
Nama |
Ibu negeri |
Jumlah penduduk[4] |
Keluasan (km²)[5] |
Kepadatan penduduk[6] |
Awalan nombor plat |
Kod kawasan telefon |
Kotaraya terbesar |
Singkatan |
ISO |
FIPS |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() |
Kuala Lumpur | 1,627,172 | 243 | 6696 | W (Dahulu)
V (Kini) |
03 | Lembah Klang | KUL | MY-14 | |
![]() |
Victoria | 85,272 | 91 | 937 | L | 087 | Victoria | LBN | MY-15 | MY15 |
![]() |
Putrajaya | 67,964 | 49 | 1387 | Putrajaya (Dahulu)
F (Kini) |
03 | – | PJY | MY-16 |
Yang di-Pertua Negeri[sunting | sunting sumber]
Nama |
Ibu negeri |
Jumlah penduduk[7] |
Keluasan (km²)[8] |
Kepadatan penduduk[9] |
Awalan nombor plat |
Kod kawasan telefon |
Kotaraya terbesar |
Singkatan |
ISO |
FIPS |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() |
Bandaraya Melaka | 788,706 | 1,664 | 474 | M | 06 | Bandar Melaka | MLK | MY-04 | MY04 |
![]() |
Georgetown | 1,520,143 | 1,048 | 1451 | P | 04 | Georgetown | PNG | MY-07 | MY09 |
![]() |
Kota Kinabalu | 3,120,040 | 73,631 | 42 | S | 087-089 | Kota Kinabalu | SBH | MY-12 | MY16 |
![]() |
Kuching | 2,420,009 | 124,450 | 19 | Q | 081-086 | Kuching | SWK | MY-13 | MY11 |
Tadbir urus[sunting | sunting sumber]
Sembilan negeri Melayu diketuai oleh seorang Raja turun-temurun selaku ketua negeri diiringi seorang Menteri Besar eksekutif sebagai ketua kerajaan yang bertanggungjawab politik. Raja-raja Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu bergelar Sultan. Ketua negeri terpilih Negeri Sembilan memegang satu-satunya gelaran Melayu Yang di-Pertuan Besar, manakala Raja Perlis sekadar bergelar Raja. Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara persekutuan dipilih (sebenarnya dikitarkan) di kalangan sembilan raja untuk sepenggal lima tahun. Bekas penempatan dan jajahan mahkota British iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak, setiap satunya diketuai seorang Gabenor pada nama lantikan persekutuan, iaitu Yang di-Pertua Negeri, diiringi Ketua Menteri sebagai ketua kerajaan eksekutif.
Setiap negeri bersistem perundangan ekadewan iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN). Ahli-ahli DUN diundi dari kawasan pengundian satu ahli yang ditetapkan berasaskan kependudukan. Ketua Menteri lantikan Ketua Negeri biasanya merupakan pemimpin parti majoriti peringkat negeri. Satu penggal di DUN adalah lima tahun, melainkan perhimpunan dibubarkan awal oleh ketua negeri atas nasihat Ketua Menteri. Biasanya, DUN di Semenanjung Malaysia dibubarkan sempena pembubaran parlimen persekutuan, agar pilihan raya negeri diadakan serentak dengan pilihan raya parlimen. Namun demikian, ketua negeri memegang kuasa budi bicara bagi membubarkan DUN.
Setiap negeri menghantar dua wakil ke Dewan Negara, iaitu dewan pertuanan parlimen persekutuan.
Sebagai sebuah negara persekutuan, kerja tadbir urus Malaysia diagih-agihkan antara kerajaan persekutuan dan negeri. Tanggungjawab tertentu kerajaan-kerajaan persekutuan dan negeri disenaraikan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Malaysia. Secara teori, mana-mana perihal yang tidak ditentukan dalam Jadual Kesembilan boleh digubal undang-undang di peringkat negeri. Namun, pakar undang-undang mengibaratkan hal sebegini sebagai (pauper's bequest) skop perihal yang begitu luas dalam Jadual Kesembilan. Mahkamah secara amnya mengutamakan tafsiran luas mengenai isi kandungan Jadual Kesembilan, maka mengurangkan bilangan hal-hal yang mungkin belum diliputi. Jadual Kesembilan jelas menyenaraikan hal-hal berikut yang boleh digubal oleh undang-undang negeri: pegangan tanah, agama Islam dan kerajaan tempatan.[10] Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa tambahan sebagai sebahagian terma-terma penyertaan Malaysia, seperti kawalan imigrasi.
Parlimen Malaysia dibenarkan menggubal undang-undang tanah, agama Islam dan kerajaan tempatan untuk memastikan keseragaman undang-undang antara semua negeri, ataupun atas permintaan DUN berkenaan. Undang-undang yang dipersoalkan juga mesti diluluskan oleh DUN, kecuali bagi perihal berkenaan undang-undang tanah tertentu. Perihal bukan Islam yang berada dalam skop negeri boleh juga digubal undang-undang di peringkat persektuan untuk tujuan mematuhi kewajipan perjanjian Malaysia.[11]
Wilayah-wilayah berkaitan[sunting | sunting sumber]
Singapura
- Republik Singapura ialah sebuah negeri di Malaysia sejak pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 sehingga berpisah dari Persekutuan pada 9 Ogos 1965. Sebelum penyertaan dalam Malaysia, Singapura merupakan sebahagian daripada Negeri-negeri Selat, kemudiannya diubah menjadi Jajahan Mahkota British.
Brunei
- Negara Brunei Darussalam pernah dipelawa untuk menyertai Persekutuan tetapi akhirnya menolaknya atas beberapa masalah, seperti taraf Sultan Brunei dalam Malaysia, pembahagian royalti minyak Brunei, serta tekanan dari pihak pembangkang yang mencetuskan Pemberontakan Brunei.
Kepulauan Cocos (Keeling)
- Kepulauan Cocos (Keeling) merupakan wilayah milik Australia yang pernah menjadi sebahagian daripada Negeri-negeri Selat.
Pulau Krismas
- Pulau Krismas merupakan wilayah milik Australia yang pernah menjadi sebahagian daripada Negeri-negeri Selat.
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
- Jata Malaysia
- Bendera negeri di Malaysia
- Daerah di Malaysia
- Negeri-negeri Selat
- Negeri-negeri Melayu Bersekutu
- Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
Catatan[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Laporan Kiraan Permulaan 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. iv. Dicapai pada 2011-01-24.
- ^ "Laporan Kiraan Permulaan 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. 27. Dicapai pada 2011-01-24.
- ^ "Laporan Kiraan Permulaan 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. 27. Dicapai pada 2011-01-24.
- ^ "Laporan Kiraan Permulaan 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. iv. Dicapai pada 2011-01-24.
- ^ "Laporan Kiraan Permulaan 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. 27. Dicapai pada 2011-01-24.
- ^ "Laporan Kiraan Permulaan 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. 27. Dicapai pada 2011-01-24.
- ^ "Laporan Kiraan Permulaan 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. iv. Dicapai pada 2011-01-24.
- ^ "Laporan Kiraan Permulaan 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. 27. Dicapai pada 2011-01-24.
- ^ "Laporan Kiraan Permulaan 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. 27. Dicapai pada 2011-01-24.
- ^ Wu, Min Aun & Hickling, R. H. (2003). Hickling's Malaysian Public Law, pp. 64–65. Petaling Jaya: Pearson Malaysia. ISBN 983-74-2518-0.
- ^ Wu & Hickling, pp. 65–66.
- ^ USAid Geocode
- ^ MaxMind GeoIP