Abdul Rahim bin Abu Bakar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berbahagia Datuk

Abdul Rahim bin Abu Bakar
Rahim bakar.jpg

Menteri Besar Pahang ke-10
Tempoh jawatan
19 Julai 1978 – 7 November 1981

Timbalan Menteri Tenaga, Pos dan Telekomunikasi
Tempoh jawatan
1984 – 1986

Ahli Parlimen
untuk Parlimen Kuantan
Tempoh jawatan
1982 – 1990

Lahir Beserah, Kuantan, Pahang
7 Februari 1943
Meninggal dunia 24 September 2009
Kuala Lumpur, Malaysia
Parti politik UMNO
Pasangan Rosnah Kamaruddin
Anak 4
Pekerjaan ADUN, Ahli Parlimen
Agama Islam

Datuk Abdul Rahim bin Abu Bakar, DSAP., SMP., AMN. (7 Feb 1943 - 24 September 2009) merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu, pernah menjadi Menteri Besar Pahang .Akhirnya pada 25 September 2009, beliau meninggal dunia akibat sakit jantung di rumahnya di Jalan U. Thant, Kuala Lumpur.[1].

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Datuk Abdul Rahim lahir di Beserah, Kuantan. Beliau juga adalah bekas pelajar SMK Sultan Abu Bakar yang mana di antaranya ialah Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis, Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman,Tan Sri Lim Ah Lek, Tan Sri Adam Kadir, Datuk Maznah Mazlan,Sudirman Arshad,Yasmin Yusuff,Azmi Ibrahim, Mohd Zuzaili Sameondan Datuk Jamal Abdul Nasir.

Beliau merupakan graduan jurusan ekonomi dari Universiti Malaya. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai empat anak iaitu Roslina, 37, Rosnita, 35, Mohd Rizal, 32, dan Rosazreen, 25 beserta empat cucu.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Selepas menamatkan pelajaran di Universiti Malaya, Abdul Rahim menjadi penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang pada 1966 dan sepanjang kerjaya pernah memegang beberapa jawatan termasuk pengerusi Majlis Perbandaran Kuantan, Penolong Setiausaha Kementerian Luar Bandar dan Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Ekonomi Pahang.[2] Selain daripada politik, beliau dikatakan berjaya di dalam bidang koperasi dan beliau juga merupakan pejuang bahasa Melayu yang gigih semasa beliau menjadi pengerusi Dewan Bahasa Pustaka selama 16 tahun.[3]

Politik[sunting | sunting sumber]

ADUN Beserah dan Menteri Besar Pahang[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjaya politiknya sebagai ADUN Beserah selepas memenangi kerusi berkenaan pada pilihan raya umum 1978. Kerjaya politik serta-merta meningkat secara mendadak apabila Perdana Menteri Malaysia ke-3, Tun Hussein Onn melantik beliau sebagai Menteri Besar Pahang ke-10 dari 19 Julai 1978 hingga 7 November 1981. Beliau menjadi Menteri Besar Pahang selama sepenggal sahaja (3 tahun) kerana 'krisis' dengan Sultan Pahang.[4] Beliau enggan meluluskan kawasan balak tambahan kepada pihak istana. Sebenarnya beliau konsisten mendaulatkan istitusi istana. Semua keputusan dibuat melalui keputusan mesyuarat exco. 'Krisis' beliau dimanipulasikan oleh ahli politik tertentu sehingga dicop sebagai 'ketua pendurhaka'. Lantaran itu beliau digelar "Hang Jebat Pahang".[5]

Beliau banyak membangunkan tanah di Pahang untuk kepentingan rakyat dan negeri semasa mengetuai Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP).Bandar Atabara kini dikenali sebagai Indera Mahkota. Abdul Rahim terlibat dalam rancangan mewujudkan bandar dan pusat perniagaan baru di seluruh Pahang antaranya di Chenor, Maran dan Bentong.

Ahli Parlimen dan Kabinet[sunting | sunting sumber]

Kemudian menjadi Anggota Parlimen Kuantan setelah memenangi kerusi Parlimen kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1982. Beliau menewaskan calon DAP, Lim Pan Chiang. Abdul Rahim pernah dipilih beberapa kali sebagai Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO mulai tahun 1980 tetapi gagal mempertahankan kedudukannya sebagai anggota MT pada pemilihan 1996. Beliau pernah dilantik Timbalan Menteri Tenaga, Pos dan Telekomunikasi pada 1984 selama dua tahun .

Abdul Rahim kecewa tanah LKPP di pulau Tioman dijual kepada Berjaya Resort. Begitu juga tanah LKPP di antara Kuantan-Segamat dijual menjadi ladang IOI. Modus operandinya hampir sama.[6]

Tugas-tugas lain[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjadi pengerusi MARA dari 16 Oktober 1982 hingga 16 Julai 1984. Menurut Datuk Abdul Jabbar Ibrahim, bekas Timbalan Menteri Besar Pahang, di antara kejayaan besar di dalam bidang koperasi, Allahyarham ialah 'menyelamatkan' Koperasi Shamelin yang ketika itu berdepan bebanan hutang sehingga mampu pula memberi dividen yang mana Allahyarham merupakan Pengerusi Shamelin Holding Sdn. Bhd. dan Koperasi Shamelin Berhad sejak 1991 sehingga kini.[7]

Pejuang bahasa[sunting | sunting sumber]

Beliau dilantik menjadi Pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1986.Menurut Datuk Johan Jaafar, pengerusi Media Prima, beliau meninggalkan jawatan berkenaan pada tahun 2002 menjadikan beliau pengerusi terlama di dalam sejarah DBP iaitu selama 16 tahun. Rencana dan cerita berkaitan Nadrah yang Datuk Johan terbitkan di atas sokongan beliau Februari hingga Mei 1989 menjadikan Dewan Masyarakat, sebuah majalah terbitan DBP, menjadi jualan hangat di kalangan Melayu.[3] Semasa Datuk Rahim masuk ke dalam DBP, Datuk Johan masih lagi menjadi pegawai muda organisasi berkenaan. Pada masa itu Selain itu Abdul Rahim menjadi Yang Dipertua Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) mulai Januari 2009.Di sektor swasta, beliau menjadi Pengerusi Shamelin Holding Sdn. Bhd. dan Koperasi Shamelin Berhad sejak 1991-2009.[8] Beliau berjaya melangsaikan hutang koperasi berkenaan sehingga mampu pula memberi dividen. Beliau adalah antara orang yang terlibat dalam penubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) .

Pemodenan Puzat Pungutan Zakat[sunting | sunting sumber]

Beliau juga merupakan pencetus idea pemodenan bagaimana kutipan zakat dilakukan dengan menubuhkan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan pada tahun 1990. Dengan adanya PPZ, pusat yang sebelum ini kutipan zakat adalah di dalam keadaan bercelaru berubah menjadi pusat integrasi pungutan zakat berkomputer yang pertama di seluruh dunia. Sebelum adanya PPZ, kutipan zakat berjumlah hanya RM5 juta setahun, kemudian selepas wujudnya PPZ, kutipan zakat meningkat menjadi RM150 juta setahun dan kejayaan PPZ ini direplikasi di negeri-negeri lain di Malaysia.[3]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 24 September 2009, beliau meninggal dunia di Jalan U-Thant,Kuala Lumpur akibat serangan jantung . Antara yang hadir di majlis pengkebumiannya ialah ahli politik Pahang seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob . Lain-lain ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed dan Dr Rais Yatim. Jenazah dibawa ke Masjid Kampung Pandan, Ampang untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas, Ampang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Pahang
18 Julai 19786 November 1981
Penyandang Kemudian
Muhamad Bin Jusoh Hj Abdul Rashid Bin Hj Abdul Rahman