The Amazing Race Asia 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
The Amazing Race Asia 2
The Amazing Race Asia logo
Tayangan 22 November 2007
14 Februari 2008
Penggambaran Julai 2007[1]
Bilangan episod 13
Pasukan menang Collin & Adrian
Benua dilawati 4
Negara dilawati 10
Bandar dilawati 20
Jarak perjalanan 51,534 kilometer
(32,023 batu)
Bilangan pusingan 12
Kronologi musim
Sebelum The Amazing Race Asia 1
Kemudian The Amazing Race Asia 3

The Amazing Race Asia 2 merupakan musim kedua daripada rancangan reality The Amazing Race Asia. Rancangan ini memaparkan sepuluh pasukan yang terdiri daripada 2 orang peserta yang saling berhubungan, dalam perlumbaan keliling dunia untuk memenangi AS$100,000.

Permohonan terakhir diterima pada 13 April 2007 (dua minggu selepas tarikh tutup yang asal). Bagi musim ini, penduduk Jepun turut dibuka peluangnya selepas tidak berpeluang menyertainya dalam Musim 1. Temubual terakhir dijalankan lebih kurang pada April atau Mei 2007. Penggambaran diambil pada Jun atau Julai 2007.[2][3]

Sekali lagi, Allan Wu mengacarakan perlumbaan ini. Dia juga memberi ulasan yang perlumbaan kali ini akan pergi "sangat jauh buat kali ini", dan lebih banyak peluang untuk peserta memandu sendiri. Dia juga mengatakan yang tidak semua peserta akan berada dalam penerbangan yang sama dan juga beberapa peraturan baru dikenakan.[4]

Dari temubual Channel NewsAsia pada 1 Oktober 2007, Allan mengatakan yang pasukan kali mempunyai banyak perbezaan masa daftar masuk ke Perhentian dan juag peserta sangat berdaya saing serta berdedikasi hinggakan sanggup berbuat sesuatu yang drastik untuk mara.

Musim kali ini pertama kali ditayangkan pada 22 November 2007 pukul 9 malam waktu Malaysia.


Keputusan[sunting | sunting sumber]

Pasukan berikut menyertai Perlumbaan kali ini, dengan hubungan antara ahli pasukan ketika penggambaran.[5] Kedudukan mereka disenaraikan seperti berikut:

Pasukan Hubungan Kedudukan (melalui pusingan) Sekatan yang dilakukan
1 2 3 4 53 6 7 8 9 10 11 12
Singapura Adrian & Collin Rakan Gim 7 5 2 2 2 2 2 2+ 1 1 2 1 Adrian 6, Collin 6
Malaysia Vanessa & Pamela Adik Beradik 1 4 7 6 4 3 5 4^ 3 3 3 2 Vanessa 6, Pamela 6
Filipina Rovilson & Marc Rakan Baik 2 1 1 1 1 1 1 1+ 2 2> 1 3 Rovilson 6, Marc 6
Malaysia Ann & Diane Ibu Penari 3 3 3 4 6 4 3 3^ 4 4< 4 Ann 6, Diane 5
Thailand Paula & Natasha Rakan Lama 6 2 4 3 5 5 4 5~ 5 5 Paula 5, Natasha 5
Filipina Terri & Henry Berkahwin 13 Tahun 9 9 5 7 3>4 6 6 6~ Terri 3, Henry 5
Jepun Daichi & Sawaka Adik Beradik 8 8 6 5 7 Daichi 3, Sawaka 2
Hong Kong Sophie & Aurelia Bekas Teman Serumah 5 7 8 82 Sophie 1, Aurelia 12
Indonesia Brett & Kinaryosih Berpacaran Dua Tahun 4 6 91 Brett 1, Kinaryosih 1
Hong Kong Edwin & Monica Berpacaran 10 Tahun 10 10 Edwin 1, Monica 0

Nota 1: Brett dan Kinaryosih tidak mampu menamatkan Lencongan, memandangkan mereka tiba selepas waktu operasi. Semua pasukan lain telah mendaftar masuk, maka mereka diberitahu untuk terus ke Perhentian lalu disingkirkan daripada perlumbaan.
Nota 2: Sophie dan Aurelia tidak dapat melakukan Sekatan dalam Pusingan 5, memandangkan mereka tiba di Okere Falls selepas waktu operasi dan terlalu jauh ketinggalan lalu Allan Wu tiba di lokasi mereka dan mereka disingkirkan sebelum memulakan tugasan tersebut.
Nota 3: Pusingan 5 merupakan pusingan berganda dan ditayangkan dalam dua episod.
Nota 4: Terri & Henry menggunakan Tangguh kepada Rovilson & Marc tetapi mereka telah lama melepasi kawasan itu lalu gagal untuk menerima penangguhan itu.

  • Merah bermaksud pasukan tersebut disingkirkan.
  • Ungu bermaksud pasukan tersebut tiba di Perhentian pada pusingan tanpa penyingkiran.
  • Hijau bermaksud pasukan memenangi petunjuk Mara.
  • Warna dan simbol (+,^, dan ~) yang padan menunjukkan pasukan yang bekerjasama ketika pasukan bagi petunjuk Persimpangan.
  • > kuning bermaksud pasukan memilih untuk menggunakan Tangguh; < menunjukkan pasukan yang menerimanya. <> menunjukkan pusingan tersebut mempunyai Tangguh tetapi tidak digunakan.

Catatan[sunting | sunting sumber]

Am[sunting | sunting sumber]

  • Perlumbaan ini merangkumi 50,000 kilometer dalam masa 24 hari.[6]
  • Sophie berasal dari Singapura, walau bagaimanapun, dia mewakili Hong Kong.[1]
  • Adrian merupakan peserta pertama yang kecacatan pendengaran dalam sejarah – The Amazing Race. [7]
  • Henry Reed merupakan salah satu peserta bukan Asia dalam The Amazing Race Asia 2, dia merupakan pegawai tentera laut Amerika Syarikat, kini menetap di Filipina.[8] Seorang lagi peserta bukan Asia, Aurelia, yang berasal dari Perancis, kini menetap, dan mewakili, Hong Kong.[9]
  • Monica Lo mewakili Toronto, Kanada pada tahun 1997 dalam Pertandingan Ratu Cantik Cina Antarabangsa, yang turut dimenanginya.[10]
  • Marc Nelson merupakan pengacara rancangan sukan Filipina dalam Sports Unlimited di rangkaian ABS-CBN sementara rakan sepasukannya, Rovilson Fernandez, merupakan pengacara bagi rancangan sukan yang lain, Gameplan dan penyunting eksekutif majalah Maxim edisi Filipina.
  • Paula kini merupakan VJ di Channel V Thailand.
  • Pamela & Vanessa merupakan adik beradik (dan pengurus) kepada penyanyi Malaysia, Vince Chong.[11]
  • Kinaryosih (atau Kinar) merupakan pelakon wanita Indonesia. Dia muncul dalam beberapa iklan komersial TV dan filem Indonesia dan bertanding dalam pertandingan Seleb Dance dan pesaing Indiannya Nach Baliye. Dia juga bertanding dan menang dalam Fear Factor Indonesia.

Ketika perlumbaan[sunting | sunting sumber]

  • Untuk menampakkan perubahan dengan edisi AS, pasukan yang lambat tiba pada Pusingan bukan penyingkiran perlu berada di tempat pertama pada pusingan seterusnya atau dikenakan penalti 30 minit.
  • Sekatan dalam Pusingan 2 mempunyai persamaan ketara dengan Pusingan 11 Musim 5 AS. Kedua-duanya melakukan tugasan di wilayah Laguna, Filipina dan berkaitan kerbau. Walau bagaimanapun, dalam musim yang ini, tugasan tersebut adalah Sekatan manakala versi AS adalah Lencongan. Tambahan pula, objektif mereka berbeza.
  • Penyambut di Perhentian Pusingan 2 merupakan gabenor wilayah Laguna dan bekas setiausaha Kerajaan Tempatan dan Dalaman, Jose "Joey" Lina.
  • Dalam Pusingan 3, Brett & Kinaryosih di pangggil ke Perhentian walaupun tidak melakukan Lencongan lagi. Mereka memilih untuk melakukan panjatan tetapi Kinar tidak dapat melakukannya dan beralih kepada Waka, tetapi mendapati yang mereka sudahpun terlambat. Maka, pasukan penerbitan membawa mereka ke Perhentian lalu disingkirkan kerana pasukan lain telah lama daftar masuk.
  • Dalam Pusingan 3, Pamela & Vanessa terlibat dengan kemalangan kereta di New Zealand apabila mereka dilanggar kereta lain. Pihak yang lain mahu membawa polis dan enggan melepaskan mereka yang menyebabkan mereka terlewat lebih kurang setengah jam.
  • Sekatan dalam Pusingan 4 ada persamaan dengan Pusingan 10 Musim 5 versi AS. Kedua-keduanya mencari petunjuk yang tertanam di lubuk Lumpur panas Hell's Gate di Rotorua, New Zealand. Walau bagaimanapun, tugasan ini merupakan Sekatan sedangkan dalam Musim 5 versi AS, ia merupakan satu pilihan Lencongan. Satu lagi pilihannya ialah luncur air tetapi dalam musim yang ini, ia dikenakan sebagai tugasan tambahan.
  • Dalam Pusingan 4, Sophie & Aurelia meninggalkan Perhentian sebelumnya 7 jam selepas kumpulan lain. Maka, merteka tak mampu mengejar yang lain dan tidak sempat tiba awal untuk melalukan tugasan luncur air yang sudah tamat waktu operasi. Memandangkan kumpulan lain sudah lama mendaftar masuk, Allan Wu tiba ke lokasi mereka dan mereka disingkirkan serta-merta dari perlumbaan.

Selepas perlumbaan[sunting | sunting sumber]

  • Monica berkata dalam sebuah sidang akhbar tentang rancangan ini bahawa dia telah berpisah dengan Edwin dan menamatkan hubungan yang terjalin antara mereka setelah 10 tahun akibat sering bertelagah di dalam perlumbaan.[12][13]

Hadiah[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan hadiah bagi pasukan yang menduduki tempat pertama dalam pusingan tertentu:

  • Pusingan 1 – Telefon bimbit Nokia N95 dan N73.
  • Pusingan 2 – Kad Kredit bernilai $5000 oleh Bank Standard Chartered bagi setiap ahli pasukan.
  • Pusingan 3 – Bekalan setahun minyak oleh Caltex.
  • Pusingan 4 - Handycam Sony SR7 untuk setiap ahli pasukan.
  • Pusingan 7 - Kad Kredit bernilai $5000 oleh Bank Standard Chartered bagi setiap ahli pasukan.
  • Pusingan 8 - Handycam Sony SR7 untuk setiap ahli pasukan.
  • Pusingan 9 – Telefon bimbit Nokia N95 dan N73.
  • Pusingan 11 – Percutian safari ke Afrika Selatan sumbangan Caltex
  • Pusingan 12 – AS$100,000

Lokasi perlumbaan[sunting | sunting sumber]

Gfi-set01-airport.png Destinasi penerbangan   TAR-detour-icon.png Lencongan   TAR-roadblock-icon.png Sekatan   TAR-fastforward-icon.png Mara   TAR-yield-icon.png Tahan   TAR-pitstop-icon.png Perhentian

Pusingan 1 (Singapura → Filipina)[sunting | sunting sumber]

Lencongan buat kali ini ialah "Dare or Stair" (Keberanian atau Tangga). Dalam Keberanian, pasukan perlu mengambil lif ke puncak Menara Suntec 3 setinggi 45 tingkat dan menggunakana sistem tali dan takal, mereka perlu bergerak ke bangunan bersebelahan dalam keadaan tergantung setinggi 181m di atas tanah. Dalam Tangga, pasukan perlu memanjat tangga setinggi 45 tingkat ke puncak Menara 3, turun dan melakukan perkara yang sama di Menara 4 untuk menerima petunjuk yang seterusnya.

Tugasan Tambahan
  • [TT1] Pasukan akan menerima poskad yang menunjukkan ikon kebangsaan Singapura. Pasukan perlu mencari teksi tertentu dengan cenderahati seperti ditunjukkan dalam poskad mereka dan teksi tersebut akan memberikan petunjuk kepada mereka lalu membawa mereka ke lokasi seterusnya.
  • [TT2] Pasukan perlu menggunakan sistem GPS telefon Nokia N95 untuk memberi panduan kepada pemandu teksi untuk ke lokasi seterusnya, Suntec City.
  • [TT3] Setiap pasukan perlu memakan 8 telur balut (embrio itik yang sedang membesar) dari penjaja telur sebelum menerima petunjuk seterusnya daripada penjaja tersebut.

Pusingan 2 (Filipina)[sunting | sunting sumber]

  • Manila (Terminal Bas Green Star)
  • Pila, Laguna (Pusat Perbandaran Pila) >Roadblock ("Who has an animal instinct?")< (Sawah Padi)
  • Manila (Caltex Star-Mart) [TT]
  • Manila (Nuestra Señora de Guia Children's Center and Livelihood Program) >Detour (Heel or Wheel)<
  • Santa Cruz, Manila (Stesen LRT Carriedo)
  • Manila (Paco Park) >Pit Stop (Leg 2)<

Dalam Sekatan pertama bagi perlumbaan kali ini, salah seorang ahli pasukan perlu memilih kerbau dan kemudian mengarahnya sekitar sawah berlumpur membuat angka 8. Laluan mereka ditandakan dan pasukan perlu membawa kerbau pusing dan kembali ke tempat asal dalam arah yang betul untuk mendapatkan petunjuk seterusnya. Pasukan juga perlu diajar arahan kepada kerbau sebelum melakukannya untuk membantu mengawal kerbau itu. Jika pasukan memerlukan bantuan, mereka boleh memintanya tetapi mereka perlu kembali ke tempat asal. Dalam Lencongan kali ini, pasukan perlu memilih antara "Heel or Wheel" (Tumit atau Roda). Dalam Tumit, pasukan perlu 250 pasang kasut dari sebuah longgokan yang bercampur-aduk. Dalam Roda, pasukan perlu mengumpul dan memasang peralatan basikal daripada peralatan dan yang disediakan.

Tugasan Tambahan
  • [TT] Di stesen Star-Mart, pasukan perlu membawa 4 buah kotak yang berisi barangan derma ke dalam sebuah jip. Pasukan perlu menumpang jip tersebut untuk menghantar kotak tersebut ke Ermita Shrine sebelum menerima petunjuk seterusnya.

Pusingan 3 (Filipina → Republik Rakyat China → New Zealand)[sunting | sunting sumber]

Dalam Sekatan kali ini, salah seorang ahli pasukan perlu melakukan terjunan lelabah setinggi 40 meter dari atas Auckland Harbour Bridge. Dalam Lencongan pula, pasukan perlu memilih antara dua sukan; "Wall or Waka" (Tembok atau Waka). Dalam Tembo, pasukan perlu menuju ke Birkenhead War Memorial Leisure Centre iaitu setiap pasukan perlu memanjat tembok batu untuk mendapatkan bendera satu setiap seorang. Kemudian, salah satu ahli perlu memanjat lagi untuk mendapatkan petunjuk seterusnya. Dalam Waka, pasukan perlu menujuk ke Tasik Pupuke dan menadyung perahu tradisional waka sekitar tasik untuk mengutip tiga bendera dan kembali untuk mendapatkan petunjuk seterusnya.

Tugasan Tambahan;
  • [TT1] Di bangunan Standard Chartered Bank, pasukan perlu mengira matawang Hong Kong yang tersedia di atas meja yang bercampur aduk dengan duit syiling dan wang kertas. Mereka hanya akan mendapat petunjuk seterusnya apabila menunjukkan jumlah yang tepat kepada pekerja di sana.
  • [TT2] Di Perkampungan Bersejarah, pasukan perlu menggunakan kamera digital Sony Cybershot untuk mengambil gambar tiga objek yang mewakili tiga orang yang berbeza dalam budaya New Zealand. Apabila mereka sudah mengambilnya, mereka perlu menunjukkannya di Mahkamah Howick untuk disahkan sebelum menerima petunjuk seterusnya.
  • [TT3] Di Rumah Seram, pasukan perlu memasuki Asrama Jururawat lama, yang dikhabarkan berhantu dan dipenuhi dengan watak menakutkan, dan melengkapkan perjalanan di dalam rumah itu untuk menerima petunjuk seterusnya.

Pusingan 4 (New Zealand)[sunting | sunting sumber]

Dalam Sekatan kali ini, salah seorang ahli mesti memasuki kolam mandian lumpur Hell's Gate yang mengandungi sulfur berbau dan pada suhu 40°C. Apabila di dalam, pasukan perlu mencari batang paip untuk mendapatkan petunjuk yang seterusnya. Dalam Lencongan pula, pasukan perlu memilih "Flax or Sticks" (Flaks atau Kayu). Dalam Flaks, pasukan perlu menganyam cekak tradisional Māori yang dipanggil tipare daripada daun flaks dan meminta pengesahan daripada penunjuk ajar sebelum menerima petunjuk yang seterusnya. Dalam Kayu pula, pasukan perlu memahirkan diri dalam permainan kayu tradisional Māori yang dipanggil titi torea iaitu ahli pasukan perlu menghantar kayu berukir kepada yang lain dalam rentak tertentu. Sekiranya pasukan terjatuhkan batang kayu, mereka perlu melakukan semula.

Tugasan Tambahan;

  • [TT1] Pasukan perlu berhenti di stesen gas Caltex an mengisi tangki minyak mereka dalam perjalanan ke Rotorua. Pasukan perlu membayar bahan api mereka dengan menggunakan kad tunai Caltex sebelum menerima petunjuk seterusnya daripada penjaga stesen.
  • [TT2] Sebelum Sekatan, pasukan perlu melakukan luncur air di jeram yang sejuk untuk menerima petunjuk yang seterusnya.
  • [TT3] Di Tasik Tikitapu, pasukan perlu memandu Bot Agrojet, yang mempunyai 450-kuasa kuda. Salah seorang ahli perlu memandu mengelilingi pelampung manakala seorang lagi perlu memberikan arahan yang betul. Pasukan yang berjaya akan menerima petunjuk tetapi sekiranya mereka tidak berjaya, mereka perlu melakukannya sekali lagi.

Pusingan 5 (New Zealand → Jepun → Korea Selatan)[sunting | sunting sumber]

Dalam Lencongan pertama pusingan ini, pasukan perlu memilih "Catch It or Cart It" (Tangkap atau Bawa). Dalam Tangkap, pasukan perlu menangkap 40 ekor ikan emas dengan menggunakan penangguk yang dibuat dari kertas nasi yang sangat mudah hancur dalam air. Bagi Bawa, pasukan perlu mengesan kedai dobi dan mengambil yukata yang perlu disampaikan kepada alamat tertentu. Halangan yang pertama, salah seorang ahli pasukan perlu menyusuk kotak ais yang mengandungi suku kata. Jawapan yang betul akan memberikan salah satu nama bandar terbesar Jepun. Apabila ahli pasukan itu berjaya mendapatkan jawapannya, dia akan diberikan petunjuk seterusnya.

Dalam Lencongan Kedua, pasukan perlu memilih antara "Slither or Deliver" (Menyelinap atau Menghantar). Dalam Menyelinap, pasukan perlu ke Pasar Ikan Jugalchi dan mereka perlu mencari tangki ikan yang mengandungi sotong kurita. Setiap pasukan perlu mendapatkan syiling Korea yang berusia 100 tahun di dasar tangki itu untuk mendapatkan petunjuk seterusnya. Dalam Menghantar, pasukan perlu menghantar enam hidangan ke tiga alamat yang berbeza dan terdapat alamat bagi lokasi yang mengelirukan. Dalam Halangan kedua, pasukan perlu ke Taman Yongdusan dan mencari seorang penjaga pagar. Pasukan perlu menggunakan anak kunci yang diberi secara rawak dan membuka salah satu mangga yang ada sebelum penjaga itu menyerahkan petunjuk seterusnya. Pasukan perlu meneruskan semula jika mereka mematahkan anak kunci.

Tugasan Tambahan
  • [TT1] Di Bangunan Sony, pasukan perlu meyakinkan penduduk tempatan untuk menyanyi bersama lagu tradisional rakyat Jepun, "Sakura." Ketika yang seorang menyanyi dengan penduduk tempatan, seorang lagi ahli pasukan perlu merakamkannya dengan Sony HD Handycam.
  • [TT2] Sebelum Lencongan, pasukan perlu menggunakan gambar yang diambil menggunakan kamera digital Sony Cybershot sebagai rujukan untuk mencari gadis cosplay untuk menerima petunjuk seterusnya.
  • [TT3] Di Jongro Academy, setiap ahli pasukan perlu menggunakan teknik taekwondo untuk memecahkan tiga keping papan sebelum menerima petunjuk seterusnya dari guru taekwondo.

Pusingan 6 (Korea Selatan)[sunting | sunting sumber]

  • Anseong (Kebun Seoil) >Roadblock ("Who's Bean the Most Patient?")<
  • Suwon (Woncheon Resort) [TT]
  • Yongin (Perkampungan Rakyat Korea) >Detour (Too Ho or Too Heavy)<
  • Seoul (Plaza Keamanan – Taman Olimpik) >Pit Stop (Leg 6)<

Dalam Sekatan kali ini, salah seorang ahli pasukan perlu melihat 1,500 penutup tempayan yang mengandungi kacang soya yang diperam untuk mencari petunjuk mereka yang terletak di antara penutup-penutup itu. Salah satu penutup mengandungi petunjuk tambahan dengan bonus AS$ 50 daripada Standard Chartered, yang dimenangi Adrian dan Collin. Dalam Lencongan kali ini, pasukan perlu memilih antara "Too Ho or Too Heavy" (Terlalu Ho atau Terlalu Berat). Dalam Terlalu Ho, pasukan perlu memainkan permainan tradisiona Korea iaitu mereka perlu membaling tiga batang buluh ke dalam silinder yang terletak sejauh 4.5 m (15 kaki). Dalam Terlalu Berat, pasukan perlu menghantar 30 batang kayu api dengan menggunakan kaedah tradisional kepada seorang wanita yang berada di suatu tempat di dalam perkampungan itu sebelum menerima petunjuk seterusnya.

Tugasan Tambahan
  • [TT] Di Woncheon Resort, pasukan perlu mencari bot angsa yang bertanda untuk mereka kayuh ke pelampung di tengah tasik untuk mendapatkan petunjuk seterusnya.

Pusingan 7 (Korea Selatan → Jerman → Republik Czech)[sunting | sunting sumber]

Dalam Sekatan kali ini, salah seorang ahli perlu memakai sut besi penuh satria dan berjalan untuk mencari "gadis yang ditimpa masalah", yang berdiri di berandah menghadap Prince's Hotel. Apabila menemuinya, mereka perlu mengikat kunci kepada seutas tali yang akan ditukarkan dengan petunjuk seterusnya. Dalam Lencongan kali ini, pasukan perlu memilih antara Bow or Blow (Panah atau Tiup). Dalam Panah, setiap ahli pasukan perlu memanah ke sasaran berwarna merah kuning dengan anak panah tradisional. Dalam Tiup, pasukan perlu ke Rückl Crystal dan menggunakan peralatan untuk membuat rekaan bintang pada dasar sebilangan gelas.

Tugasan Tambahan
  • [TT1] Pasukan perlu mencari keseluruhan tugu atau patung di Jambatan Charles yang mempunyai lubang yang di dalamnya terletak petunjuk seterusnya.
  • [TT2] Di dataran di Beroun, pasukan perlu mencari orang yang memakai telefon bimbit Nokia N95 yang mempunyai gambar mereka. Kemudian, mereka akan dipaparkan sebuah video dari kampung halaman sebelum diberikan petunjuk seterusnya.

Pusingan 8 (Republik Czech)[sunting | sunting sumber]

  • Beroun (Stesen Kereta Api Beroun) ke Prague (Praha hlavní nádraží)
  • Prague (Menara Pemerhati Bukit Petřín)
  • Prague (Střelecký Island (Czech), Sungai Vltava)
  • Prague (Istana Prague) >Intersection<
  • Prague (Gelanggang Ais Letňany) >Detour (Snap or Roll)<
  • Prague (Kolam Renang Nombor 4) >Roadblock (Who Wants To Make A Splash?)<
  • Prague (Taman Vrtbovska) >Pit Stop (Leg 8)<

Dalam Lencongan kali ini, pasukan yang bergabung perlu memilih antara Snap or Roll (Bergambar atau Mengguling). Dalam Bergambar, pasukan perlu mengambil gambar tiga monumen bersejarah di Prague dan menghantar gambar tersebut sebagai bukti sebelum menerima petunjuk seterusnya. Dalam Mengguling, pasukan perlu mengenalpasti kedai bir dan mengambil dua buah tong bir berisi 50 liter (13 gelen) dan menggulingkannya ke Admiral Botel. Dalam Sekatan, pasukan perlu memanjat papan anjal setinggi 10 m dan terjun ke dalam kolam renang untuk menerima petunjuk seterusnya.

Tugasan Tambahan
  • [TT1] Ketika tiba di Bukit Petrin, pasukan perlu mengira bilangan anak tangga ke puncak menara. Mereka perlu menulis jawapan mereka pada papan htam, dan jika betul jawapannya, mereka akan menerima petunjuk seterusnya.
  • [TT1] Pasukan perlu mendayung perahu 140 darjah barat daya untuk menerima petunjuk seterusnya. Kompas turut diberikan.
  • [TT1] Di Gelanggang Ais Letňany, pasukan yang bergabung perlu melakukan 12 jaringan hoki ais untuk mendapatkan petunjuk seterusnya.

Pusingan 9 (Republik Czech → Hungary)[sunting | sunting sumber]

  • Prague (Praha hlavní nádraží) ke Budapest, Hungary Hungary (Stesen Kereta Api Keleti )
  • Budapest (Dataran Batthyány)
  • berhampiran Budapest (Ladang Magyar) >Detour (Pitch or Pull)<
  • Visegrád (Extreme Canopy) >Roadblock (Who wants to ready zoom up in a view?)<
  • Visegrád (Air Pancut Hercules di Istana Visegrád) [TT]
  • Visegrád (Menara Salamon) >Pit Stop (Leg 9)<

Dalam Lencongan kali ini, pasukan perlu memilih antara Pitch or Pull (Campak atau Tarik). Dalam Campak, pasukan perlu memasukkan selonggok jerami ke dalam pedati keldai dan menunggangnya dengan pacuan pedati oleh penduduk tempatan ke ladang berdekatan. Dalam Tarik, pasukan perlu mengambil susu kambing sebanyak 200ml (7 oz). Kemudian, mereka perlu memasukkan kambing ke dalam kandang dan menguncinya sebelum menerima petunjuk seterusnya. Dalam Sekatan pula, salah seorang ahli perlu melakukan beberapa pusingan flying fox sambil menambah nombor yang tercatat di setiap menara yang jumlahnya ialah 1,000. Ahli pasukan yang tidak mendapat jawapan yang betul perlu melakukan semula tugasan dan jika pasukan lain sedang menunggu, ahli tersebut perlu beratur dan menunggu giliran sehingga pasukan tersebut habis melakukannya.

Tugasan Tambahan
  • [TT] Selepas menyelesaikan Sekatan, pasukan perlu mencari mercu tanda yang tercetak pada not 1000 Ft iaitu Air Pancut Hercules, lalu mereka perlu menuju ke air pancut tersebut yang terletak di Istana Visegrád.

Pusingan 10 (Hungary)[sunting | sunting sumber]

Dalam Mara kali ini, pasukan perlu mengira palang pagar pada Jambatan Erzsébet dan dengan bilangan tersebut, ia digunakan untuk membuka peti keselamatan dengan 4 digit tersebut dan pasukan pertama yang dapat membukanya akan dapat anugerah Mara. Dalam Sekatan kali ini, salah seorang ahli pasukan perlu membawa tanglung dan mencari di dalam terowong gelap yang mengelirukan di istana Buda untuk mencari beberapa buah peti. Walau bagaimanapun, hanya satu sahaja peti yang mengandungi petunjuk seterusnya. Dalam Lencongan kali ini, pasukan perlu memilih antara "Say It or Play It" (Sebut atau Main). Dalam Sebut, pasukan perlu menyebut dengan betul (dalam loghat tempatan) nama-nama 14 pemimpin Hungary, satu cabaran yang membelitkan lidah. Dalam Main, pasukan perlu menyelesaikan Kiub Rubik (salah satu ciptaan Hungary) tetapi telah diberikan pilihan untuk menyelesaikan sisi demi sisi (mendapatkan satu warna yang sama bagi satu sisi) bagi semua keenam-enam sisi, berselang-seli bagi ahli pasukan.

Tugasan Tambahan
  • [TT] Di Pulau Margaret Island, perlu menaiki beca merentasi pulau dan mencari tempat persemadian St. Margaret. Di sana, mereka perlu mendapatkan patung lembut berupa arnab, iaitu lambang pulau itu, dan kembalikannya kepada orang yang berada di tempat mereka ambil beca tersebut.

Pusingan 11 (Hungary → Afrika Selatan)[sunting | sunting sumber]

Dalam Sekatan kali ini, salah satu ahli pasukan perlu menghabiskan lapan pusingan sekitar litar lumba Killarney dengan kereta lumba dengan 450 kuasa kuda. Selepas empat pusingan, mereka perlu memasuki kawasan hentian bagi pemeriksaan. Jika pasukan ahli pasukan dapat melakukannya dalam masa tujuh minit, dia boleh keluar dengan segera dan menghabiskan tugasan; jika tidak, denda selama lima minit dikenakan. Dalam Lencongan pula, pasukan perlu memilih "In One End or Out The Other" (Satu Hujung atau Hujung Lagi Satu). Untuk Satu Hujung, pasukan perlu menyediakan 100 kg (220 lbs) makanan dan menyuapkannya kepada gajah. Hanya selepas gajah habis menjamahnya, barulah mereka memperoleh petunjuk seterusnya. Dalam Hujung Lagi Satu, pasukan perlu membersihkan najis gajah ke kawasan bertanda dengan peralatan yang disediakan.

Tugasan Tambahan
  • [TT1] Di puncak Signal Hill, pasukan perlu mencari kotak petunjuk yang betul untuk mendapatkan petunjuk seterusnya.
  • [TT2] Pasukan perlu mendapatkan peralatan mengecat dari kenderaan Standard Chartered di Khayelitsha dan mengecat kawasan yang bertanda di Pusat Komuniti Intyatyambo. Pasukan perlu menyerahkan cek bernilai R34,500 (lebih kurang AS$5,000), sumbangan Standard Chartered, kepada penjaga pusat penjagaan di situ.
  • [TT3] Apabila tiba di Taman Simpanan Aquila, pasukan perlu mengambil petunjuk seterusnya dalam kandang cheetah.

Pusingan 12 (Afrika Selatan → Singapura)[sunting | sunting sumber]

  • Cape Town (District Six Museum) >Detour (Search or Assemble)< (Victoria & Alfred Waterfront) [TT1]
  • Cape Town (Green Point Common) [TT2]
  • Cape Town (Atlantis Dunes) [TT3]
  • Cape Town (Cape Point) [TT4]
  • Flight: Cape Town (Lapangan Terbang Antarabangsa Cape Town) to Singapore Singapura (Lapangan Terbang Antarabangsa Changi)
  • Singapore (berhampiran Sungai Singapura – Tapak Pendaratan Raffles)
  • Singapore (Sentosa – Pantai Tanjong) >Roadblock (Who can flag their worldly knowledge?)<
  • Singapore (Chinese Gardens) >Pit Stop (Finish Line)< (Finish Line)

Dalam Lencongan terakhir, peserta perlu memilih antara "Search or Assemble" (Cari atau Gabung). Dalam Cari, pasukan perlu ke Petak Kikis untuk mencari tiga batu yang berwarna kuning dengan titik merah yang berada antara ribuan batu galian. Mereka akan menukarkan tiga batu tersebut dengan petunjuk seterusnya. Bagi Gabung, pasukan perlu memerhatikan satu contoh pemasangan radio. Apabila pasukan berjaya menyiapkannya dengan peralatan yang disediakan, mereka akan mendapat petunjuk seterusnya. Bagi Sekatan terakhir pula, salah satu ahli pasukan perlu mengambil bendera 10 negara berbeza yang dilawati mereka dalam Perlumbaan kali ini dan menyusunnya dalam susunan yang betul untuk mendapatkan petunjuk yang menyatakan garisan penamat.

Tugasan Tambahan
  • [TT1] Di Muzium, mereka perlu mencari komputer riba Sony VAIO dan memasukan nama jalan District Six sebagai kata laluan. Apabila kata laluan diterima, petunjuk akan meminta mereka membaca salah satu perenggan dari penanda yang direka sebelum menerima petunjuk seterusnya.
  • [TT2] Pasukan perlu ke tempat utama bagi Piala Dunia FIFA 2010 dan melakukan tiga jaringan terhadap satu penjaga gol.
  • [TT3] Di gubuk pasir, pasukan perlu menaiki motor quad bike dan berjalan berjalan melalui laluan bertanda dan mencari petunjuk seterusnya di laluan tersebut dengan 18 kawasan bertanda bersama satu baldi. Di bawah salah satu baldi tersebut mempunyai petunjuk seterusnya manakala yang lain terisi jam pasir yang perlu digunakan oleh pasukan untuk menunggu sebelum menyambung pencarian.
  • [TT4] Di Cape Point, selepas menaiki ke puncak, mereka harus meneka negara yang menjadi destinasi terakhir mereka - Singapura.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Hey good-looking, let's race". Dicapai 2007-09-28. 
  2. ^ The Amazing Race Asia Season 2
  3. ^ THE AMAZING RACE ASIA (Season 2) - APPLICATION PROCEDURE AND ELIGIBILITY REQUIREMENTS
  4. ^ "Conversation with an amazing TV host". Dicapai 2007-08-28. 
  5. ^ "Amazing Race Asia returns". Dicapai 2007-10-06. 
  6. ^ "The Second Amazing Race Asia Begins!". Dicapai 2007-11-16. 
  7. ^ "S'pore team has show's first hearing-impaired contestant". Dicapai 2007-09-28. 
  8. ^ "Henry & Terri Bio". Dicapai 2007-10-13. 
  9. ^ "Sophie & Aurelia Bio". Dicapai 2007-10-19. 
  10. ^ "Edwin & Monica Bio". Dicapai 2007-11-12. 
  11. ^ "Our femme fatales - Four gutsy ladies make up the two Malaysian teams". Dicapai 2007-10-19. 
  12. ^ "盧淑儀玩遊戲變甩拖". Ming Pao (dalam bahasa Chinese). Yahoo! News. 2007-11-02. Diarkibkan daripada asal pada 2007-11-04. Dicapai 2007-11-30.  Check date values in: |date= (bantuan)
  13. ^ "華姐盧淑儀與男友分手". Sing Tao Daily (dalam bahasa Chinese). Yahoo! News. 2007-11-02. Diarkibkan daripada asal pada 2007-11-04. Dicapai 2007-11-30.  Check date values in: |date= (bantuan)