Pergi ke kandungan

Lapangan Terbang Frankfurt

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt

Flughafen Frankfurt am Main
Fail:Fraport.png
Logo Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt
Rumusan
Jenis lapangan terbangAwam
Pemilik/PengendaliFraport
DestinasiFrankfurt am Main
LokasiFlughafen (Frankfurt am Main)
Ketinggian AMSL328 kaki / 100 m
Koordinat50°2′4″N 8°34′17″E / 50.03444°N 8.57139°E / 50.03444; 8.57139Koordinat: 50°2′4″N 8°34′17″E / 50.03444°N 8.57139°E / 50.03444; 8.57139
Laman sesawanghttp://www.frankfurt-airport.com
Landasan
Arah Panjang Permukaan
m ft
07L/25R 4,000 13,123 Asphalt
07R/25L 4,000 13,123 Konkrit
181 4,000 13,123 Konkrit
Sumber: Airport User Regulations[1]
1 The opposite end of Runway 18, which if marked would be Runway 36, is unused.
Frankfurt Airport FAA diagram

Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt (IATA: FRAICAO: EDDF), atau dalam Bahasa Jerman sebagai Rhein-Main-Flughafen, Flughafen Frankfurt am Main or Frankfurt Airport, terletak berhampiran dengan Frankfurt am Main, Jerman. Ia merupakan Lapangan Terbang yang terbesar di Jerman dan antara merupakan hab terpenting bagi penerbangan antarabangsa di seluruh dunia. Ia diurus tadbir oleh Fraport AG. Dari tahun 1947 sehingga tahun 2005, terdapat Pangkalan Tentera Udara Amerika Syarikat di bahagian selatannya.

Lufthansa, syarikat penerbangan kebangsaan Jerman menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt sebagai hab utamanya. Namun begitu Lufthansa terpaksa membahagikan penerbangan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt dan Lapangan Terbang Antarabangsa Franz Josef Strauß Munich kerana keupayaan Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt telah mencapai tahap maksimum.

Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt menyediakan perkhidmatan destinasi penerbangan melebihi Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow London, dimana 265 adalah penerbangan tanpa henti. Tetapi dari segi trafik penumpang, Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt berada dikedudukan ketiga di belakang Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London dan Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle,Paris.

  • Trafik penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt dalam tahun 2005 adalah sebanyak 52,219,412, berbanding 67,915,389 di Lapangan Terbang Heathrow, London, dan 53,756,200 di Lapangan Terbang Charles de Gaulle.
  • Dari segi pergerakan kapal terbang, Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt berada di kedudukan kedua di Eropah dengan 490,147 pergerakan kapal terbang, berbanding Lapangan Terbang Charles de Gaulle (522,619) and Lapangan Terbang Heathrow (477,888).
  • Dari segi trafik kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt berada di kedudukan kedua di Eropah dengan pengendalian 1,963,141 Tan Metrik Kargo, berbanding Lapangan Terbang Charles de Gaulle (2,010,000 Tan Metrik ) and Lapangan Terbang Heathrow (1,389,591 Tan Metrik).

Walau bagaimanapun terdapat rancangan untuk memperbesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt dengan pembinaan Landasan ke-4 dan Terminal 3. Pengubahsuaian ke atas Terminal dan landasan, termasuk pembinaan sebuah hangar baru, bagi membolehkan Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt menyediakan perkhidmatan kepada kapal terbang Airbus A-380 telah dijalankan.

Pembinaan Landasan keempat dan Terminal 3 telah mengalami kelewatan kerana terdapat isu alam sekitar yang timbul. Namun begitu pihak Fraport AG optimis pembinaan landasan ke-4 dan Terminal 3 akan siap menjelang tahun 2010 bagi meningkatkan kapasiti Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt daripada 56 juta penumpang setahun kepada 81 juta penumpang setahun.

Struktur dan fungsi

[sunting | sunting sumber]

Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt menpunyai 2 Terminal utama yang dihubungkan melalui koridor, Aerotren dan bas.

Terminal 1

[sunting | sunting sumber]

Terminal 1 dibuka pada 14 Mac, 1972. Ia terbahagi kepada 3 balai utama. Balai A, B dan C. Lufthansa dan rakan sekutunya Star Alliance mendominasi keseluruhan Terminal 1.

Airlines and destinations from Concourse A
Syarikat penerbangan Destinasi
Adria Airways Ljubljana, Vienna
Austrian Airlines Vienna
Austrian Airlines dioperasi olehAustrian Arrows Innsbruck, Salzburg, Vienna
Croatia Airlines Dubrovnik, Split, Zagreb
LOT Polish Airlines Gdansk, Kraków, Poznan, Warsaw, Wroclaw
Lufthansa Abu Dhabi, Abuja, Accra, Addis Ababa, Alexandria, Algiers, Almaty, Amman, Amsterdam, Ashgabat, Asmara, Astana, Athens, Atlanta, Bahrain, Baku, Bangalore, Bangkok-Suvarnabhumi, Barcelona, Beijing, Beirut, Belgrade, Berlin-Tegel, Bilbao, Birmingham, Bologna, Boston, Bremen, Bristol, Brussel, Bucharest-Otopeni, Budapest, Buenos Aires-Ezeiza, Cairo, Calgary, Cape Town, Caracas, Casablanca, Chennai, Chicago-O'Hare, Copenhagen, Dallas/Fort Worth, Dammam, Delhi, Denver, Detroit, Doha, Dresden, Dubai, Dublin, Düsseldorf, Edinburgh, Ekaterinburg, Faro, Geneva, Gothenburg-Landvetter, Guangzhou, Hamburg, Hanover, Helsinki, Hong Kong, Houston-Intercontinental, Ho Chi Minh City, Hyderabad, Istanbul-Atatürk, Jakarta, Jeddah, Johannesburg, Kazan, Khartoum, Kiev-Boryspil, Kolkata, Kuala Lumpur, Kuwait, Lagos, Larnaca, Leipzig/Halle, Lisbon, London-Heathrow, Los Angeles, Luanda, Lyon, Madrid, Malabo, Manchester, Marseille, Mexico City, Miami, Milan-Linate, Milan-Malpensa, Minsk, Moscow-Domodedovo, Mumbai, Munich, Muscat, Nagoya-Centrair, Nanjing, New York-JFK, Newark, Nice, Nizhniy Novgorod, Nuremberg, Orlando, Oslo, Osaka-Kansai, Palma de Mallorca, Paris-Charles de Gaulle, Perm, Philadelphia, Portland (OR), Porto, Prague, Riga, Riyadh, Rome-Fiumicino, Rostov, St. Petersburg, Samara, San Francisco, Sanaa, São Paulo-Guarulhos, Seattle/Tacoma, Seoul-Incheon, Shanghai-Pudong, Singapore, Sofia, Split, Stockholm-Arlanda, Stuttgart, Tallinn, Tehran-Imam Khomeini, Tel Aviv, Tokyo-Narita, Toronto-Pearson, Tripoli, Tunis, Turin, Ufa, Vancouver, Venice, Verona, Vienna, Vilnius, Warsaw, Washington-Dulles, Zagreb, Zürich
Lufthansa Regional dioperasi oleh Air Dolomiti Turin, Verona
Lufthansa Regional dioperasi oleh Cirrus Airlines Katowice, Münster/Osnabrück
Lufthansa Regional dioperasi oleh Contact Air Hof/Plauen
Lufthansa Regional dioperasi oleh Eurowings Billund, Gdansk, Graz, Krakow, Leipzig/Halle, London-City, Marseille, Nuremberg, Stavanger, Stuttgart, Wroclaw
Lufthansa Regional dioperasi oleh Lufthansa CityLine Basel/Mulhouse, Bergen, Florence, Friedrichshafen, Krakow, Linz, London-City, Münster/Osnabrück, Paderborn/Lippstadt, Rzeszów, Stuttgart, Toulouse
dioperasi oleh PrivatAir Dubai [seasonal], Newark [seasonal], Pune
Luxair Luxembourg
Scandinavian Airlines System Copenhagen, Gothenburg-Landvetter, Oslo, Stockholm-Arlanda
Swiss International Air Lines Zürich
Airlines and destinations from Concourse B
Syarikat penerbangan Destinasi
Aegean Airlines Athens, Thessaloniki
Air Algérie Algiers
Air Canada Calgary, Montreal-Trudeau, Ottawa, Toronto-Pearson
Air China Beijing, Shanghai-Pudong
Air Malta Malta
Air Moldova Chiṣinău
Air Namibia Windhoek
Alitalia dioperasi oleh Alitalia Express Milan-Linate, Rome-Fiumicino
All Nippon Airways Tokyo-Narita
Bulgaria Air Sofia
Carpatair Timişoara
Condor Airlines Agadir, Anchorage [seasonal], Antalya, Antigua, Bridgetown, Burgas, Cancun, Colombo, Fairbanks, Grenada, Halifax, Havana, Holguin, Ibiza, La Palma, Lanzarote, Larnaca, Las Vegas, Mahé, Malé, Mauritius, Minorca, Mombasa, Montego Bay, Palma de Mallorca, Porlamar, Puerto Plata, Punta Cana, Recife, Rhodes, Samana, Salvador, San José (CR), Santo Domingo, Tangier, Tenerife-South, Thessaloniki, Tobago, Vancouver, Varadero, Whitehorse
Cyprus Airways Larnaca
EgyptAir Cairo
Kuwait Airways Kuwait
Libyan Airlines Tripoli
Lufthansa See Concourse A
Middle East Airlines Beirut
Qatar Airways Doha
Royal Air Maroc Casablanca
Royal Jordanian Amman
Singapore Airlines New York-JFK, Singapore
South African Airways Johannesburg
SriLankan Airlines Colombo
SunExpress Antalya
Syrian Arab Airlines Aleppo, Damascus
TAM Linhas Aéreas São Paulo-Guarulhos
TAP Portugal Funchal, Lisbon, Porto
TAROM Bucharest-Otopeni, Cluj-Napoca
Tunisair Djerba, Monastir, Tunis
Turkish Airlines Ankara, Istanbul-Atatürk, Izmir
United Airlines Chicago-O'Hare, San Francisco, Washington-Dulles
Vietnam Airlines Hanoi, Ho Chi Minh City
Airlines and destinations from Concourse C
Syarikat penerbangan Destinasi
Air India Chicago-O'Hare, Mumbai
American Airlines Chicago-O'Hare, Dallas/Fort Worth
Asiana Airlines Seoul-Incheon
Brussels Airlines Brussel
El Al Tel Aviv
Ethiopian Airlines Addis Ababa
Iran Air Tehran-Imam Khomeini
Lufthansa See Concourse A
Thai Airways International Bangkok-Suvarnabhumi

Terminal 2

[sunting | sunting sumber]

Terminal 2 dibuka pada 24 Oktober 1994. Ia terbahagi kepada 2 balai utama, Balai D dan E.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Airport User Regulations" (PDF). Fraport. m/s. p. 3. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-03-04. Dicapai pada 2008-12-31. Unknown parameter |acessdate= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); |pages= has extra text (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Laman Web Rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt