The Donkey King

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Donkey King
Fail:The Donkey King.jpeg
Poster pawagam
PengarahAziz Jindani
Penulis
Dibintangi
Disunting olehFaisal Shaikh
Muzik olehPelbagai pendendang
Shani Arshad (Muzik filem)
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehGeo Films
Pantera Film
Tarikh tayangan
  • 13 Oktober 2018 (2018-10-13)
Masa tayangan
105 minit[1]
NegaraPakistan
BahasaUrdu
Pecah panggungTemplat:PKRConvert[2][3][4]

The Donkey King atau sering disebut sebagai Donkey Raja (Urdu: دا ڈونکی كِنگ‎) (bahasa Melayu: Si Raja Himar) ialah sebuah filem komedi pawagam animasi komputer Pakistan yang tayang pada tahun 2018, diarahkan oleh Aziz Jindani. Filem ini menampilkan lakonan suara dari Jan Rambo, Ismail Tara, Hina Dilpazeer, Ghulam Mohiuddin, dan Jawed Sheikh. Wayang gambar ini ditayangkan di negara Pakistan pada tarikh 13 Oktober 2018 oleh Geo Films dan Studio Talisman.[5] Selepas berjaya di negara, filem ini merupakan wayang Pakistan pertama yang diasaskan alih suara dan sarikata ke dalam sepuluh bahasa bagi pelbagai tayangan pawagam antarabangsa, disebarkan ke seluruh dunia oleh Annalisa Zanierato, dari Filem Pantera.[2]

Sehingga kini, the donkey king merupakan filem animasi Pakistan dengan pendapatan paling tertinggi, dan juga salah satu filem Pakistan dengan pendapatan tertinggi secara kesemuanya.[6]

Ikhtisar[sunting | sunting sumber]

Mangu seekor keldai pekerja rendahan memiliki mimpi bagi menjadi pempengaruh dan orang kaya. Enciknya, Pehelwan Chacha mengingatkan Keponakannya bahawa impian tersebut sungguh melamapau. Walau bagaimanapun, arwah Ayah Changu di mimpinya sering menasihati agar jangan pantang. Wilayah tempat Mangu mencari kerjaya bagi kehidupan sehari-hari ialah wilayah yang dipimpin bangsawan oleh Panthera (Harimau, Singa, lainnya) yang hidup berdampingan bersama haiwan pemakan rumput.

Keadaan di Kerajaan Azadnagar terasa perit, banyak terjadi kekalutan dan tunjuk perasaan tetapi pihak Istana tak mau mendengarkan. Suatu ketika saat Mangu mengantarkan dobi pembelanja langganan kedai pencucian bajunya, tiba-tiba Mangu dihantar ke Istana dan berhadapan dengan kaunselor senior yang licik, Nyonya Fitna. Pada masa yang sama, Raja Badshah Khan yang sudah uzur mengatakan kepada kaunselornya bahawa Ia menginginkan tahta diwariskan pada anaknya yang egois dan cemerkap Shahzada Khan. Fitna yang sebenarnya ingin menghancurkan keluarga kerajaan pun memanipulasi haiwan-haiwan dengan diayahnya agar Raja yang baharu setidaknya bersedia mengasas keazaman 'demokrasi'. Shahzada yang besar kepala pun tidak mempedulikannya, kerana Ia yakin tidak akan ada yang berani memberontak kepadanya.

Nyonya Fitna dan kakitangannya kepayahan mencari figur yang sesuai. Kemudian Nyonya itu ingat kepada keldai lugu yang mungkin saja mudah membagarnya. Tanpa fikir panjang Mangu bersetuju melakukan kempen politik setelah mendapat galakkan dari arwah Ayahnya di dalam mimpi. Shahzada pun menerima saja cabaran dari mangu bagi bersaing mendapat tahta dengan cara-cara seperti melawak, semisal stand up-comedy dan bahkan duel rap. Sementara Fitna menyokong Mangu dengan kuasa media. Di hari terakhir kempen politik, pidato Mangu boleh memenangi hati kebanyakan haiwan-haiwan. Sejak menjadi Raja, Ras Kucing dienyahkan dari kerajaan dan Mangu mulai hidup mewah di Istana dan lupa pada janjinya. Sementara itu, Fitna tanpa diketahui siapapun telah berkongsi dengan pemburu bagi menangkap haiwan ketika mereka melancong ke sarkas bandar. Mangu tiba-tiba jatuh ke sebuah jel, tempat haiwan-haiwan ditangkap. Mangu pun menyadari kesalahannya dan berjanji akan menghukum Fitna dan rakan-rakannya. Saat tersudut Fitna jatuh dari cenuram ke laut. Mangu membolehkan semula Ras Kucing hidup di masyarakat dan kepimpinan Mangu dianggap sebagai dinasti baharu kerajaan mereka. Di akhir kisah, di dalam mimpi Changu bangga kepada anaknya yang berjaya merengkuh impiannua dan tidak pernah muncul kembali dalam mimpi.

Lakonan suara[sunting | sunting sumber]

Pelakon suara bahasa Urdu[sunting | sunting sumber]

Pelakon suara bahasa Inggeris[sunting | sunting sumber]

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Tarikh tayangan filem diisytiharkan pada 13 Oktober 2018, meski tayangan rasmi digesakan 1 hari lebih cepat dari rancangan di seluruh Pakistan, dan ditayangkan sesuai dengan jadual di bandar Karachi, Pawagam Nueplex.[7][8][9]

Setakat 2020, Si Raja Himar telah dikeluarkan pada 10 negara di peringkat antarabangsa dengan alih suara tempatan.[6] Si Raja Himar berjaya menjadi wayang Pakistan pertama yang tayang di Korea Selatan pada 28 Ogos 2019,[10] dan Sepanyol pada 4 Oktober 2019,[11] di negara itu filem dialih suara menjadi 3 bahasa tempatan – Sepanyol, Catalonia dan Basque – yang ditayangkan dengan tajuk berbeza El Rey Burro, El Rei Ruc and Asto Erregea di 50 pawagam negeri itu.[12] Filem ini juga dikeluarkan di Rusia pada 5 Disember dengan alih suara Rusia[13] dan 100 pawagam sederum di Turkiye pada 20 Disember dengan alih suara bahasa tempatan.[14] Filem juga dijadualkan tayang di Colombia pada 9 Januari 2020.[15] Peru pada 13 Februari 2020.[16]Terakhir di China pada 19 November 2021.[17]

Media Pangkalan[sunting | sunting sumber]

Si Raja Himar juga tayang di saluran TV antarabangsa 3 hari lamanya pada Hari Raya Aidilfitri, pada bulan Mei 2020 di Geo Entertainment dan Geo News. Filem itu berjaya menjadi tayangan televisyen dari Pakistan dengan penengok antarabangsa terbanyak.[18][6]

Media Berdigit[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Jun 2020, Janson Media memuat naik pratonton bagi Si Raja Himar yang mana mereka mengisytiharkan bahawa filem ini cawis dalam bentuk penstriman pada 3 Julai; di United Kingdom, Kanada dan Amerika Syarikat. Filem ini cawis dalam strimtalian di Amazon Prime Video dengan alih suara bahasa Inggeris.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Donkey King (2D) @ ME Cinemas. Retrieved 24 October 2018.
  2. ^ a b "EXCLUSIVE: THE DONKEY KING'S INTERNATIONAL BUSINESS SO FAR!". EntertainmentPK.com. 6 January 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 March 2020. Dicapai pada 30 January 2020.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan bogeo tidak disediakan
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan bointl tidak disediakan
  5. ^ "The Donkey King trailer conveys a strong message". The News. 25 September 2018. Dicapai pada 14 October 2018.
  6. ^ a b c d "'The Donkey King' English version releases in US and UK on Amazon Prime Video". Daily Times. 6 July 2020. Dicapai pada 6 July 2020.
  7. ^ "The Donkey King Day One Business Pakistan: Breaks Record". EntertainmentPK.com. 13 October 2018. Dicapai pada 14 October 2018.
  8. ^ "Here's what your favourite celebrities have to say about The Donkey King". Geo News. 13 October 2018. Dicapai pada 14 October 2018.
  9. ^ Muhammad Nasir (13 October 2018). "Donkey King: Massive response to premiere in Karachi". The News. Dicapai pada 14 October 2018.
  10. ^ "The Donkey King Set To Conquer South Korea". EntertainmentPK.com. 19 August 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 August 2019. Dicapai pada 22 August 2019.
  11. ^ "Exclusive: Donkey King Making its Way to Spain!". EntertainmentPK.com. 21 September 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 September 2019. Dicapai pada 21 September 2019.
  12. ^ "The Donkey King is ready to be the first Pakistani film to release in Spain". Dawn Images. 22 September 2019. Dicapai pada 23 September 2019.
  13. ^ "'The Donkey King' set to dazzle audiences in Russia". Geo News. 1 December 2019. Dicapai pada 4 December 2019.
  14. ^ "The Donkey King to be released in Turkey in local language". Daily Pakistan. 20 December 2019. Dicapai pada 30 January 2020.
  15. ^ Shabbir, Buraq (January 2020). "The Donkey King to release in Colombia on January 9". The News. Dicapai pada March 9, 2020.
  16. ^ Nasir, Mohammad (February 15, 2020). "Donkey King now being screened in Peru". The News. Dicapai pada March 9, 2020.
  17. ^ INP (22 November 2021). "Donkey King becomes best-performing Pak film with record box office in China". The Nation. Dicapai pada 5 December 2021.
  18. ^ "'The Donkey King' is the most watched television premiere in the history of Pakistan!". Daily Times. 3 June 2020. Dicapai pada 6 July 2020.