Tuan Anas Mikael

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tuan Anas Mikael
GenreDrama
Cinta
Komedi
PengarahRaja Ahmad Alauddin
Dibintangi oleh
Aaron Aziz
Zara Zya
Raja Ilya
Wan Sharmila
Shah Rezza
Ryzal Jaafar
Jalaluddin Hassan
Roy Azman
Lagu pembukaan"Not For Sale" nyanyian Stacy.
Lagu penutup"Not For Sale" nyanyian Stacy.
Syarikat penerbitan
Pena Creative Pictures
Penyiaran
Siaran asal9 November 2015
Kronologi
Diikuti olehTersuka Tanpa Sengaja

Drama Tuan Anas Mikael ialah sebuah drama televisyen yang ditayangkan di Astro Ria dan Astro Ria HD. Drama ini merupakan adaptasi novel Tuan Anas Mikael karya dari Syamnuriezal diangkat ke skrin TV oleh produksi Pena Creative Pictures. Dibintangi oleh Aaron Aziz,Zara Zya,Raja Ilya,Wan Sharmila,Shah Rezza,Ryzal Jaafar,Roy Azman dan Jalaluddin Hassan.Drama ini mendapat sentuhan pengarah berkaliber Raja Ahmad Alauddin

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Drama ini mengisahkan tentang Puan Sri Tengku Anansa (Ziela Jalil) yang telah memberikan tempoh selama tiga bulan untuk Tuan Anas Mikael (Aaron Aziz) mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana (Raja Ilya), cucu Tun Akhiruddin (Dato' Jalaluddin Hassan).

Ayu Maisarah (Zara Zya) yang mengantikan ibunya, Cik Su (Fazlina Ahmad Daud) sebagai tukang cuci di rumah Tuan Anas Mikael. Satu insiden di mana Ayu Maisarah tersalah cuci tangga menyebabkan Tuan Anas Mikael jatuh membuatkan Ayu Maisarah terpaksa menjadi tukang cuci kepada Tuan Anas Mikael.

Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi.

Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu.

Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.

Di Krabi, Tuan Anas akhirnya meluahkan rasa cinta pada Ayu. Ayu pula mentah-mentah menolak. Tapi akhirnya dia setuju juga untuk berlakon menjadi girlfriend Tuan Anas di depan mak Tuan Anas untuk mengelak daripada berkahwin dengan Safra Ariana.

Pelakon[sunting | sunting sumber]