Tushee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tushee
Nama lahirRohayatusshimah binti Mohamad Aris
Kelahiran (1975-09-20) 20 September 1975 (umur 48)
Kuala Lumpur, Malaysia
GenrePop, balada, dangdut
PekerjaanPenyanyi, pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif1990–kini
Syarikat rakaman
Suria Records

Rohayatusshimah Mohamad Aris atau lebih terkenal sebagai Tushee (lahir 20 September 1975) ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau terkenal menerusi lagu-lagu popularnya, termasuk "Amboi Malu" dan "Katakanlah Kepadaku".[1][2][3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Tushee memulakan kerjayanya dalam bidang muzik pada 1990 apabila beliau merakamkan album pertama Jeffary & Tushee ketika usianya baru 15 tahun dan pernah diangkat sebagai Juara Bintang Box Office dan Juara Bintang Radio 3 Shah Alam.[4]

Beliau muncul bersama album pertama, Di Sebalik Janji yang dikeluarkan pada 1994 di bawah Suria Records (SRC).[5][6] Album ini mendapat sentuhan daripada Ahmad Nawab yang berkhidmat sebagai penerbit album. Antara lagu yang dikeluarkan sebagai single ialah "Katakanlah Kepadaku" dan "Di Sebalik Janji". Menerusi album ini, Tushee dicalonkan bagi kategori Artis Baru Terbaik (Wanita) di Anugerah Industri Muzik ke-2 pada 1995.[7][8]

Album keduanya pula menyusul dengan tajuk Ku Rasa Apa Yang Kau Rasa yang dikeluarkan pada tahun yang sama. Beliau meninggalkan SRC pada 1997 dan menandatangani kontrak bersama Incitec Music, sekaligus muncul bersama album ketiga yang bertajuk Amboi Malu yang berkonsepkan disko dangdut.[7]

Tushee juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan,[9] dengan membintangi drama Semarang yang disiarkan di TV3. Sebagai pelakon baru ketika itu, beliau berlakon bersama nama-nama besar seperti Nasir Bilal Khan, Radhi Khalid, Wan Maimunah dan Azean Irdawaty. Persembahan beliau dalam Semarang melayakkan Tushee menerima pencalonan bagi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Skrin dan Bintang Popular 1997/98.

Selain bidang muzik dan lakonan, Tushee juga berbakat sebagai pengacara televisyen. Ini terbukti apabila beliau mengacarakan rancangan kuiz Simpan-Simpan dan beberapa rancangan TV lain.[10]

Pada tahun 2002, beliau muncul dengan album Disko Remix di bawah Musicland. Untuk album ini, beliau membuat kelainan dari segi konsep dan imej dengan memilih konsep disko remix.[11][12][13] Selepas perkahwinannya, beliau memutuskan untuk memperlahankan kerjaya seninya. Tushee kemudian berkata kepada Berita Harian pada 2018 bahawa meskipun lagu-lagunya disiarkan di radio, beliau memutuskan untuk tidak lagi merakamkan album atau lagu baharu.[4]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau telah berkahwin dengan Mohd Ra'ayim Jemakir dan dikurniakan dua anak, Muhammad Danish Adam dan Kay Isa Nur Dania.[14]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  • Jeffary & Tushee (1990)
  • Di Sebalik Janji (1994)
  • Ku Rasa Apa Yang Kau Rasa (1995)
  • Amboi Malu (1997)
  • Bukan Mudah Merawat Luka (2002)

Album adunan semula[sunting | sunting sumber]

  • Disko Remix (2002)

Single[sunting | sunting sumber]

  • "Amboi Malu"
  • "Katakankah Kepadaku"

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran TV
1998 Semarai TV3

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran TV
1997 Simpan-Simpan TV1

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
1995 Anugerah Industri Muzik ke-2 Artis Baru Terbaik (Wanita) Dirinya sendiri Tercalon
1998 Anugerah Skrin dan Bintang Popular 1997/98 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (4 Mac 2018). "Tushee lali dipersenda". Berita Minggu. Dicapai pada 17 Mei 2018.
  2. ^ Hardi Effendi Yaacob (25 Ogos 1999). "Tushee rela jadi suri rumah". Berita Harian. Dicapai pada 17 Mei 2018.
  3. ^ Fatin Farhana Ariffin (14 September 2014). "Tushee tak teringin lagi rakam lagu baharu". Berita Harian. Dicapai pada 17 Mei 2018.
  4. ^ a b Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (8 Mac 2018). "Bukan bedah, cuma suntik kolagen - Tushee". Berita Harian. Dicapai pada 3 Julai 2018.
  5. ^ "Penyanyi muda bersuara lantang". Berita Harian Singapura. 17 April 1994. m/s. 10.
  6. ^ Tuminah Sapawi (25 Mei 1994). "60s melody back in Tushee's debut album" [Melodi 60-an kembali dalam album sulung Tushee] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. m/s. 18.
  7. ^ a b "Tushee masih giat menyanyi". Utusan Malaysia. 11 Mac 2002. Dicapai pada 3 Julai 2017.
  8. ^ "Cinta Tushee belum pudar". Utusan Malaysia. 9 Jun 2002. Dicapai pada 3 Julai 2017.
  9. ^ "Tushee masih bertahan". Utusan Malaysia. 16 April 2002. Dicapai pada 3 Julai 2017.
  10. ^ "Tushee muncul sebagai pengacara". Utusan Malaysia. 30 Ogos 2000. Dicapai pada 3 Julai 2017.
  11. ^ Tengku Khalidah Tengku Bidin (31 Januari 2002). "Tushee - Album baru berkonsep dangdut". Utusan Malaysia. Dicapai pada 3 Julai 2017.
  12. ^ "Album Tushee bawa perubahan". Utusan Malaysia. 20 Mei 2002. Dicapai pada 3 Julai 2017.
  13. ^ Zul Husni Abdul Hamid (21 Januari 2002). "Tushee kembali aktif dengan rentak disko". Berita Harian. Dicapai pada 18 Oktober 2020.
  14. ^ Ramlah Zainal (10 Mac 2018). "Imbau kembali zaman kegemilangan". Harian Metro. Dicapai pada 19 Jun 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]