Wikipedia:Wikipedia bukanlah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari WP:BUKAN)
Lompat ke: pandu arah, cari

Wikipedia merupakan satu ensiklopedia atas talian, dan disebabkan ia boleh disunting oleh sesiapa pun, ia boleh juga dianggap sebagai satu komuniti atas talian. Oleh itu, perlu dijelaskan di sini beberapakan perkara yang bukan merupakan Wikipedia.

Ensiklopedia Wikipedia bukanlah[sunting sumber]

Sebuah ensiklopedia bercetak[sunting sumber]

Ini bermakna rencana-rencana di dalam Wikipedia boleh memasukkan gambar-gambar dan pautan-pautan yang berkenaan. Ia tidak terhad kepada stail dan panjang rencana bercetak.

Sebuah kamus[sunting sumber]

Cubalah membuat rencana yang agak mendalam, bukan sekadar memberi erti atau sinonim sahaja. Masukan kamus sepatutnya diletakkan di projek Wiktionary.

Definisi ialah kenyatan ringkas dan padat yang menjelaskan maksud sesuatu konsep. Pada lazimnya, definisi diwujudkan dalam bentuk ayat penyata seperti dibawa:

Pemikiran magis ialah satu bentuk pemikiran yang sentiasa mengkaitkan peristiwa yang berlaku dengan kuasa ghaib.

Penulisan rencana wikipedia sebaik-baiknya dimulakan dengan pernyataan definisi. Ini adalah kerana sebagai sebuah ensiklopedia, wikipedia cenderung kepada gaya penulisan yang ekonomik, yakni ringkas dan padat. Tetapi, rencana wikipedia adalah tidak sempurna sekirannya definisi tidak disertai dengan penjelasan. Ini adalah kerana definisi yang diwujudkan untuk sesuatu konsep mungkin terlalu abstrak yang sukar difahami oleh pembaca. Dengan itu, demi pemahaman pembaca yang lebih baik, definisi sebaik-baiknya disertai dengan penjelasan.

Terdapat pelbagi cara untuk menjelaskan sesuatu konsep. Cara yang paling baik ialah menerusi pemberian contoh yang konkrit.Contohnya:

Pemikiran magis ialah satu bentuk pemikiran yang sentiasa mengkaitkan peristiwa yang berlaku dengan kuasa ghaib. Contohnya, seorang peniaga dikatakan berfikiran magis apabila beliau beryakinan bahawa kegagalan bisnesnya adalah disebabkan oleh perbuatan hantu.

Salah satu alasan bagi "definisi harus disertai dengan penjelasan" adalah supaya wikipedia berbeza dengan kamus. Kamus adalah karya yang memasukkan makna perkataan, dan tidak lebih daripada itu. Tetapi wikipedia merupakan ensiklopedia yang bisa memberikan maklumat yang lebih bersamping maksud sesutu konsep.

Tempat bersosial[sunting sumber]

"WP:PROMOSI" dilencongkan ke sini. Untuk laman lain berkenaan pengiklanan dan promosi, sila lihat Wikipedia:Pengiklanan.
"WP:SABUN" dilencongkan ke sini. Untuk WikiProjek lipur lara (opera sabun), sila lihat Wikipedia:WikiProjek Opera Sabun.

Wikipedia ialah ensiklopedia umum, dan bukan merupakan:

  1. Tempat untuk berdakwah. Kami di Wikipedia sangat menghormati kebebasan untuk beragama dan beribadah. Jadi, anda mesti menghormati kebebasan orang lain untuk menganut kepercayaannya. Jika anda ingin menulis sebuah rencana yang berkaitan dengan unsur-unsur keagamaan, cubalah bersikap berkecuali. Jangan terlalu mengagung-agungkan agama sendiri dan jangan menghentam atau mencaci agama lain.
  2. Satu forum politik. Kami di Wikipedia menjunjung tinggi hak kebebasan untuk bersuara, tetapi sebuah ensiklopedia harus bersifat neutral dan informatif, serta bukan bersifat pujukan.
  3. Sebuah bilik sembang (chatroom). Wikipedia bukan tempat untuk bersembang atau chatting, halaman perbualan bukan disediakan untuk itu. Tujuannya untuk perbincangan perkara-perkara yang perlu atau bersangkut-paut dengan hal ehwal Wikipedia.
  4. Sebuah papan buletin untuk meletakkan mesej. Cubalah menulis rencana-rencana yang berguna dan janganlah menulis mesej-mesej yang merosakkan. Jika ingin mencuba-cuba, gunakan kotak pasir.
  5. Tempat meletakkan karangan peribadi. Wikipedia bukan merupakan jalan menyatakan pandangan anda terhadap sesuatu perkara, dan bukan juga tempat untuk menerbitkan hasil asli penyelidikan anda. Ia merupakan tempat untuk mengumpul maklumat dan fakta yang telah diketahui oleh manusia.
  6. Tempat meletakkan iklan. Janganlah meletakkan iklan sebuah produk di Wikipedia. Pengguna diperboleh menaruh pautan di halaman yang memperkatakan produk tersebut, tetapi janganlah berlebihan. Bersikap berkecualilah dan jangan mencaci produk lain. Sila ingat bahawa Wikipedia tidak menyokong mana-mana produk atau syarikat.
  7. Tempat menulis halaman peminat (fan page). Wikipedia ialah sebuah ensiklopedia serius, jadi hindarilah daripada menulis rencana yang memuji-muji idola kegemaran anda, terutamanya artis-artis ternama.

Portal web peribadi[sunting sumber]

Wikipedia tidak menyediakan tempat untuk:

  1. Membuat laman web peribadi. Ahli Wikipedia mempunyai laman pengguna sendiri. Tetapi ia hanya untuk pengenalan ringkas dan maklumat yang berkenaan Wikipedia, bukan biografi penuh anda.
  2. Menyimpan data peribadi. Perkakasan Wikipedia terbatas jumlahnya, jadi seelok-eloknya sumber-sumber yang tersedia hendaklah dijaga sebaik mungkin. Cuma muat naik fail-fail yang berkenaan sahaja di Wikimedia Commons. Fail-fail lain akan dihapuskan.

Portal pengetahuan umum[sunting sumber]

Wikipedia ialah ensiklopedia, dan bukan merupakan:

  1. Buku resepi masakan. Misalnya jika anda ingin menulis tentang nasi lemak, tulis mengenai asal-usulnya, apa ada di dalamnya dan jenis-jenis nasi lemak, tetapi janganlah memberi resepinya.
  2. Panduan pelancongan. Contohnya rencana mengenai Pelancongan di Kuala Lumpur patut bercerita mengenai Pasar Seni atau Tugu Negara, dan bukannya nombor telefon hotel kegemaran anda atau harga milo ais di Bangsar.
  3. Portal berita. Wikipedia merupakan sebuah ensiklopedia, jadi hindarilah daripada menyajikan berita-berita semasa yang terlalu banyak. Berita sebegitu boleh dipertimbangkan untuk dimasukkan ke Wikinews. Cuma berita utama yang boleh dijadikan ensiklopedia boleh dimasukkan. Lihat Hal Semasa untuk contoh.
  4. Biografi orang. Biografi boleh ditulis, tetapi cuma untuk orang-orang yang betul-betul penting dan terkenal sahaja.

Komuniti Wikipedia bukanlah[sunting sumber]

Tempat bergaduh[sunting sumber]

Jika anda tidak setuju dengan sesuatu rencana, ubahlah ia. Tetapi jika suntingan anda dipadamkan, janganlah cepat marah. Lihat etika Wikipedia (Wikiquette) untuk adab-adab di Wikipedia. Berbincanglah dan carilah jalan penyelesaian dengan baik.

Lihat juga[sunting sumber]