Wadi Annuar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ustaz

Wadi Annuar
Ustaz Wadi di Pasir Puteh, Kelantan
Pengetua Akademi Darul Ilmi
Memegang jawatan
2018
Pengerusi Pertubuhan Khidmat Ummah (NGO)
Memegang jawatan
2021
CEO Dakwah Global Sdn. Bhd.
Memegang jawatan
2022
Ikon Dakwah
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Dalam jawatan
2021–2022
Pengetua Maahad Tahfiz Al-Annuar
Dalam jawatan
2015–2018
Butiran peribadi
LahirMohammad Wadi Annuar bin Ayub
(1983-09-20) 20 September 1983 (umur 40)
Sungai Petani, Kedah
PendidikanAl Fatah Islamic Institute, Syria (Kelulusan Bidang Syariah & Bahasa Arab)
PekerjaanGuru, pendakwah bebas
Laman web rasmihttps://ustazwadiannuar.com

Mohamad Wadi Annuar Bin Ayub atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Wadi Annuar (Bahasa Arab dan Tulisan Jawi: محمد وادي انوار), lahir pada 20 September 1983 bersamaan 12 Zulhijjah 1403H di Kota Kuala Muda, Kedah) merupakan seorang penceramah bebas yang aktif dalam kegiatan dakwah dan juga kebajikan sesama muslim.Beliau terkenal dengan syarahan-syarahan agama Islam berkaitan akhir zaman dan sirah para sahabat nabi.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

2016 - 2018[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2016 Ustaz Wadi Annuar mengambil inisiatif untuk membuka sebuah sekolah tahfiz bertempat di Taman Ria, Sungai petani, Kedah yang bernama Maahad Tahfiz al-Annuar yang kemudiannya menjadi Akademi Darul Ilmi.

2018 - Kini[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2018 beliau membuka sebuah pusat pengajian Tahfiz baru bagi menggantikan Maahad Tahfiz al-Annuar di Kg. Che Bema, Sungai Petani, Kedah. Pusat pengajian tahfiz ini diberi nama Akademi Darul Ifta yang kemudiannya ditukar kepada Akademi Darul Ilmi. Beliau menjadi pengetua dan salah seorang tenaga pengajar di sini.

Selepas tiga tahun menjadi pengetua Akademi Darul Ilmi, pada tahun 2021 beliau mula mengorak langkah bagi membantu kebajikan masyarakat di sekitar Kuala Muda, Kedah. Bagi melaksanakan tujuan ini, beliau telah mengasaskan sebuah NGO yang berasaskan bantuan kemasyarakatan yang diberi nama Pertubuhan Khidmat Ummah, beliau menjawat jawatan sebagai pengerusi sekaligus pengasas kepada NGO ini.

Pada tahun 2022 pula beliau mengasaskan Dakwah Global Sdn. Bhd, sebuah organisasi yang ditubuhkan bagi melancarkan urusan dakwah beliau. Syarikat ini bertanggungjawab menguruskan semua aktiviti dakwah yang beliau lakukan.

Pemegang Tauliah[sunting | sunting sumber]

Kategori Tauliah Negeri
Ceramah Umum Kedah
Ceramah Umum Pulau Pinang
Ceramah Umum Perak
Ceramah Umum Selangor
Ceramah Umum Sarawak
Ceramah Umum Wilayah persekutuan
Tauliah Khas Sabah

Penglibatan[sunting | sunting sumber]

Ustaz Wadi Annuar antara ustaz jemputan dalam rancangan siaran televisyen di Malaysia dan juga jemputan ceramah di luar negara.

Televisyen

Tahun Rancangan Episod - Tajuk Saluran TV
2016 Al-Kuliyyah Sebagai Panelis Jemputan

Episod 17 - Ashabul Kahfi (Bahagian 1) Episod 18 - Ashabul Kahfi (Bahagian 2)

TV3
2020 Al-Kuliyyah Sebagai Panelis Jemputan

Episod 2 - Manusia Pertama

TV3
2022 Semusim Di Barzakh Sebagai Panelis Jemputan TV Al-Hijrah
2022 Figura Akhir Zaman Sebagai Panelis Jemputan - 29 Episod RTM
2022 Akhir Dunia Sebagai Panelis Jemputan - 10 Episod Astro Oasis
2022 Riwayat Akhir Zaman Sebagai Panelis Jemputan - 9 Episod TV Al-Hijrah
2022 Akademi Daie Muda Yadim Sebagai Juri ADMY (Pentas Akhir) TV Al-Hijrah

Ceramah Luar Negara

Tahun Ceramah / Kembara Negara / Negeri
2022 Pelayaran Islamik 42.0 Singapura
2022 Tausiyah & Lawatan ke universiti Oxford United Kingdom
2022 Hijrah Membina Umat Menuju Wawasan Thailand
2022 Keluargaku, Perjuanganku Brunei
2022 Pelayaran Islamik 40.0 Vietnam
2017 Mekar Australia Australia
2016 Tausiyah & Lawatan ke universiti Hokkaido Jepun

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Ustaz Wadi Annuar (2019). Andai Umat Ini Seperti Umar Al-Khattab. Malaysia: PTS Publishing House. ISBN 978-967-481-297-3.

Pautan UWA[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar & Rujukan[sunting | sunting sumber]