Zaitun manis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zaitun manis
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Eudikot
Klad: Asterid
Order: Lamiales
Keluarga: Oleaceae
Genus: Osmanthus
Spesies:
O. fragrans
Nama binomial
Osmanthus fragrans
Sinonim[1][2]
  • Notelaea posua D.Don
  • Olea acuminata Wall. ex G.Don
  • Olea buchananii Lamb. ex D.Don
  • Olea fragrans Thunb.
  • Olea ovalis Miq.
  • Olea posua Buch.-Ham. ex D.Don [tak sah]
  • Osmanthus acuminatus (Wall. ex G.Don) Nakai
  • Osmanthus asiaticus Nakai
  • Osmanthus aurantiacus (Makino) Nakai
  • Osmanthus intermedius Nakai
  • Osmanthus latifolius (Makino) Koidz.
  • Osmanthus longibracteatus H.T.Chang
  • Osmanthus macrocarpus P.Y.Pai

Zaitun manis (Osmanthus fragrans; Inggeris: sweet olive, fragrans olive; Cina: 桂花, guìhuā; Jepun: 木犀, mokusei)[3][4] ialah suatu spesies tumbuhan Asia yang tempatan dari Himalaya merentasi China Selatan (Guizhou, Sichuan dan Yunnan) ke Taiwan, selatan Jepun dan Asia Tenggara iaitu seselatan jauh Kemboja dan Thailand.[5][6][7][8]

Di China, ia menjadi "bunga kota" bagi kota Hangzhou, Zhejiang; Suzhou, Jiangsu; dan Guilin, Guangxi. Di Jepun pula ia ialah "pohon kota" di Kitanagoya, Wilayah Aichi dan Beppu, Wilayah Ōita, dan "pohon bandar" di Yoshitomi, Wilayah Fukuoka.

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Ia ialah renek malar hijau atau pohon kecil yang tumbuh sampai 3–12 m (9.8–39.4 ka) tinggi. Daunnya 7–15 cm (2.8–5.9 in) panjang dan 2.6–5 cm (1.0–2.0 in) lebar dengan birai bergerigi penuh atau halus. Bunganya putih, kuning pucat, kuning atau kuning jingga, kecil, sekitar 1 cm (0.39 in) panjang, dengan sari bunga bercuping empat 5 mm (0.20 in) garis pusat, dan mempunyai haruman yang kuat; ia dikeluarkan dalam  gugusan kecil pada lewat musim luruh dan musim bunga. Buahnya pula pepauh hitam ungu 10–15 mm (0.39–0.59 in) panjang yang mengandungi benih tunggal berkulit keras; ia matang pada musim bunga iaitu sekitar enam bulan selepas berbunga.[5][6][9][10]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Dalam masakan China, bunganya boleh diseduhkan dengan daun teh hitam atau hijau untuk membuat teh osmanthus (桂花茶, guìhuāchá). Bunganya turut dipakai untuk mengeluarkan jem haruman osmanthus (桂花酱, guìhuājiàng), kek osmanthus (桂花糕, guìhuāgāo), pau, sup, dan wain osmanthus (桂花酒, guìhuājiǔ). Jem osmanthus dijadikan ramuan sejenis kuah yang disebut chátāng (茶汤), yang mana dibuat daripada tepung betari dan sekoi yang diadun dengan air didihan. Hidangan ini dikaitkan dengan bandar utara Tianjin, sungguhpun ia turut ditemukan di Beijing.

Osmanthus turut dipakai dalam pembuatan beberapa pembasuh mulut tradional China, semacam tangyuan dengan sirap arak beras (桂花酒釀湯圓).[11]

Perubatan[sunting | sunting sumber]

Dalam perubatan tradisional Cina, teh osmanthus dijadikan teh herba untuk rawatan haid tak menentu.[12] Olehan bunga keringnya menunjukkan kesan antioksida yang bebas pengautan radikal dengan neuroperlindungan dalam cerakin in vitro.[13]

Perkaitan sosial[sunting | sunting sumber]

Melihat pada masa ia berbunga, zaitun manis dikaitrapatkan dengan Perayaan Pertengahan Musim Luruh orang Cina. Wain osmanthus menjadi pilihan tradisi selaku "wain penyatuan kembali" yang diminum oleh satu-satu keluarga, sedangkan teh dan manis-manis berperisa osmanthus turut dijamah. Dongeng China pula percaya yang zaitun manis ini tumbuh di Bulan dan ditebang tanpa henti oleh Wu Gang.[a] Beberapa versi percaya yang dia telah dipaksa untuk menebangnya setiap 1000 tahun agar tidak tumbuh melebat menaungi bulan tersebut, selain terpaksa memotongnya sentiasa hanya untuk melihat ia tumbuh kembali dalam bilangan yang sama setiap hari.[14]

Pada lewat empayar China, osmanthus turut dikaitkan dengan ujian diraja, yang diadakan pada 8 hari bulan kamari. Chengyu berbunyi "memetik osmanthus di Istana Kodok" (蟾宫折桂) ialah urai kata tersirat untuk "lulus dalam ujian",[15][16] memandangkan seseorang akan tersangkut hati bilamana dia berbau semanis osmanthus kemudiannya.[14] "Memantahkan ranting osmanthus lalu menunggang naga" pula ungkapan halus lain dalam keadaan ini untuk seks.[14]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wu Gang ialah suatu watak dalam kisah dongeng Cina yang mempunyai kebolehan luar biasa. Dia telah dibawa ke Bulan dan terpaksa menebang sepohon zaitun manis yang terlampau besar ukurannya atas suatu kesalahan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Plant List entry for Osmanthus fragrans var. aurantiacus".
  2. ^ "The Plant List entry for Osmanthus fragrans var. fragrans".
  3. ^ Aretha Luvi (18 Oktober 2021). Dera (penyunting). "Mengenal Zaitun Manis, Si Harum Semerbak yang Kaya Manfaat". Sariagri (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2022-11-18.
  4. ^ "Osmanthus fragrans Roxb". Flora Fauna Web. Lembaga Taman Negara Singapura. 2019. Dicapai pada 18 November 2022.
  5. ^ a b Flora of China: Osmanthus fragrans
  6. ^ a b Flora of Pakistan: Osmanthus fragrans
  7. ^ Kew World Checklist of Selected Plant Families, Osmanthus fragrans
  8. ^ Loureiro, João de. 1790. ora Cochinchinensis 1: 29, Osmanthus fragrans
  9. ^ Mitomori: Osmanthus fragrans (in Japanese; google translation)
  10. ^ Huxley, A., ed. (1992). New RHS Dictionary of Gardening. Macmillan ISBN 0-333-47494-5.
  11. ^ "Osmanthus Tong Yuan with Rice Wine Syrup 桂花酒釀湯圓".
  12. ^ Zhou S.,"Flower herbal tea used for treatment of menopathies"., Journal of Traditional Chinese Medicine 2008 28:3 (202–204)
  13. ^ Lee H.-H., Lin C.-T., Yang L.-L. "Neuroprotection and free radical scavenging effects of Osmanthus fragrans.", Journal of Biomedical Science 2007 14:6 (819–827)
  14. ^ a b c Eberhard, Wolfram (2013). Dictionary of Chinese Symbols: Hidden Symbols in Chinese Life and Thought. London: Routledge & Kegan Paul. m/s. 76. Dicapai pada 12 November 2013.
  15. ^ Brendon, Juliet & al. (1927). Kelly & Walsh (penyunting). The Moon Year: A Record of Chinese Customs and Festivals. Abingdon, 2011: Reprinted Routledge. m/s. 410. Dicapai pada 13 November 2013.CS1 maint: location (link)
  16. ^ Zdic. "蟾宫折桂". 2013. Dicapai pada 13 November 2013. (dalam bahasa Bahasa Cina)