Mikoyan MiG-35

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
MiG-35 Fulcrum-F
Mikoyan-Gurevich MiG-35 MAKS'2007 Pichugin.jpg
MiG-35 milik Rusia
Penerangan
Jenis Pesawat tempur udara pelbagai guna
Pengeluar Mikoyan
Variasi Mikoyan MiG-29
Krew 1 atau 2
Dimensi
Panjang 19 m (62 kaki 4 in)
Tinggi 6 m (19 kaki 8 in)
Panjang sayap 15 m (49 kaki 3 in)
Berat
Berat tanpa muatan 15,000 kg (33,069 paun)
Janakuasa
Enjin 2 kipas turbo lepas bakar Klimov RD-33MK
Tujahan maksimum 8,900 kg (19,620 paun) setiap enjin
Persenjataan
Meriam 1x 30 mm meriam GSh-30-1 dengan 250 tembakan seminit.
Prestasi
Kelajuan maksimum Mach 2.4 (2,556 km/j, 1,587 batu/j)
Jarak pemanduan 3700 km (2,387 batu) dengan tangki luaran 4800 km (3000 batu)
Altitud tertinggi 18,900 m (62,000 kaki)
Kadar panjat 320 m/s (63,360 kaki/min)

Mikoyan MiG-35 (bahasa Rusia: Микоян МиГ-35) yang juga dikenali dengan nama pengenalan NATO, Fulcrum F merupakan sebuah pesawat tempur pelbagai guna yang ditingkatkan prestasinya daripada variasi terdahulu MiG-29M/M2 dan MiG-29K/KUB. Pesawat ini diklasifikasikan sebagai pesawat udara tempur generasi ke-4.5. MiG-35 dikelaskan sebagai pesawat udara berat-sederhana kerana kemampuan untuk belepas dengan berat maksimumnya meningkat sebanyak 30% di mana melebihi ukuran klasifikasi sebelum ini.

MiG-35 telah dipamerkan secara rasmi ketika Menteri Pertahanan Rusia, Sergey Ivanov melawat Loji Bangunan Mesin Lukhovitsky "MAPO-MIG".[1] MiG-35 telah dipertingkat dengan sistem avionik dan persenjataan yang jauh lebih baik berbanding variasi terdahulunya, radar Jujukan Pengimbas Elektronik Aktif (AESA) baharu dan rekaan unik Sistem Pengesan Optikal (OLS), memberi kelebihan kepada pesawat ini selain sistem pintasan kawalan-darat (CGI) serta mampu membawa pelbagai misi secara individu.

Pesawat ini dijual dengan 2 variasi iaitu MiG-35 (1 tempat duduk) dan MiG-35D (tempat duduk berkembar).

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Perubahan ketara radar Jujukan Pengimbas Elektronik Aktif (AESA) Phazotron Zhuk-AE, enjin RD-33MK dan Sistem Pengesan Optikal (OLS) baharu.[2][3][4] Selain itu, peranti elektronik analog dalam kokpit dikurangkan.

Enjin[sunting | sunting sumber]

Enjin RD-33MK "Morskaya Osa" (bahasa Rusia: Морская Оса) yang bermaksud "penyengat laut" telah diubahsuai. Ini merupakan versi terbaru RD-33 dan mempunyai 7% lebih kuasa jika dibandingkan model prototaip disebabkan penggunaan teknologi moden dalam sirip penyejuk di mana menghasilkan tujahan sebanyak 9,000 kg. Enjin baharu ini juga kurang mengeluarkan asap dan dimuatkan dengan nozel tujahan vektor bagi meningkatkan keberkesanan pertempuran sehingga 15%.[5][6]

Kokpit[sunting | sunting sumber]

Peranti elektronik analog dikurangkan dan digantikan dengan 3 paparan hablur cecair (LCD) sama saiz, paparan pelbagai fungsi (MDF) dan paparan tambahan untuk OLS (bahagian belakang kokpit MiG-35D mempunyai 4 LCD).

Penderia[sunting | sunting sumber]

Pengubahsuaian baharu termasuk radar Jujukan Pengimbas Elektronik Aktif (AESA) Phazotron Zhuk-AE boleh golek dan optronik kompleks yang terdiri daripada reka bentuk OLS baharu bagi menggantikan penderia inframerah jejak dan cari (IRST) terdahulu, OLS tambahan di bawah tempat masuk udara di sebelah kanan dan sepasang pengesan pemancaran laser yang terletak di hujung sebelah atas setiap sayap.

Radar AESA baharu menawarkan jarak frekuensi operasi yang lebih luas serta mampu menipu radar musuh dan berkebolehan untuk menghadapi serangan serentak. Penggabungan teknologi angkasa lepas iaitu OLS dengan topi keledar yang mempunyai sistem sasaran terbina dalam menghasilkan titik sasaran udara mahupun darat yang lebih tepat.

Perbezaan utama daripada penderia IRST terdahulu ialah pemasangan peranti baharu yang bukan sahaja menyediakan jarak operasi yang lebih baik malah menawarkan paparan bersuis sama ada pandangan inframerah, mod TV atau gabungan kedua-duanya sekali. OLS di bahagian atas muncung berfungsi sebagai IRST manakala OLS di bawah tempat masuk udara di sebelah kanan berfungsi sebagai penanda sasaran serangan darat (ground strike designator).

Pesawat setanding[sunting | sunting sumber]

Asal Pesawat udara
Rusia Rusia Sukhoi Su-37
Amerika Syarikat Amerika Syarikat F/A-18E/F Super Hornet
Perancis Perancis Dassault Rafale
Eropah Negara-negara Eropah iaitu Itali, Jerman, Sepanyol dan United Kingdom Eurofighter Typhoon

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]