Alexander Graham Bell

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar
Alexander Graham Bell
Alexander Graham Bell.jpg
Portrait of Alexander Graham Bell c. 1910
Lahir 3 Mac 1847
Edinburgh, Scotland.
Meninggal 2 Ogos 1922 (umur 75)
Beinn Bhreagh, Nova Scotia, Kanada
Punca kematian Pernicious anemia
Pendidikan Universiti Edinburgh
Universiti Toronto
Pekerjaan Pencipta, Saintis
Terkenal kerana Mencipta telefon
Suami/isteri Mabel Hubbard
(kahwin 1877-1922)
Anak (4) Dua anak lelaki mati ketika bayi, dua anak perempuan
Ibu/Bapa Alexander Melville Bell
Eliza Grace Symonds Bell
Saudara-mara Gardiner Greene Hubbard (bapa mertua)
Gilbert Hovey Grosvenor (menantu lelaki)
Melville Bell Grosvenor (cucu lelaki)

Alexander Graham Bell (3 Mac 1847 - 2 Ogos 1922) ialah seorang saintis, pencipta dan pembawa pembaharuan. Sungguhpun paling dikenali kerana mencipta telefon, Bell juga digelar "bapa orang-orang pekak".[1] Bapa, datuk dan adik beliau semua pernah dikaitkan dengan kerja-kerja berkaitan pengicapan dan perbualan, manakala ibu dan isteri beliau kedua-duanya pekak, maka mempengaruhi kerja-kerja Bell secara mendalam.[2]Kajian Bell mengenai pendengaran dan pertuturan turut mendorong beliau bereksperimen dengan peranti pendengaran yang akhirnya memuncak dengan kejayaan Bell dikurniakan paten A.S. pertama untuk ciptaan telefon pada tahun 1876.[3]

Banyak lagi ciptaan lain dalam hayat Bell termasuk kajian perintisan dalam hidrofoil dan aeronautik. Pada tahun 1888, Alexander Graham Bell merupakan salah seorang ahli-ahli pengasas Persatuan National Geographic.[4] Dalam gambaran, Bell menganggap ciptaan beliau yang paling terkenal itu sebagai satu gangguan dalam kajian sebetulnya selaku saintis dan enggan melibatkan telefon dalam kajian beliau.[5] Sewaktu Bell meninggal dunia, semua telefon di seluruh Amerika Syarikat "berhenti berdering selama seminit untuk menunjukkan rasa hormat terhadap lelaki yang kepingin memudahkan komunikasi mewujudkan telefon."[6]

[sunting] Ciptaan pertama

Semasa kanak-kanak, Alexander Graham Bell menunjukkan sifat ingin tahu semulajadi terhadap duniannya, mengumpul contoh botani dan melakukan ujikaji pada usia muda. Sahabat baiknya adalah Ben Herdman, jiran yang keluarganya mengendali kilang mengisar tepung, tempat banyak penjelajahan. Aleck yang muda bertanya apa yang perlu dilakukannya dikilang tersebut. Dia diberitahu bahawa gandum perlu dikupas melalui proses yang memenatkan dan pada usia 12, Bell membina peranti buatan sendiri yang menggabung dayung berputar dengan set berus paku, mencipta mesin pengupas yang digunakan secara berterusan selama beberapa tahun.[7] John Herdman memberikan peluang kepada mereka untuk memulakan kajian di dalam sebuah bengkel yang kecil sebagai ganjaran.[7]

Sejak awal lagi, Bell menunjukkan sifat sensitif dan bakat bagi seni, syair dan muzik dengan galakan ibunya. Tanpa latihan rasmi, dia menguasai piano dan menjadi pemain piano keluarganya.[8] Sungguhpun pada kebiasaannya senyap dan pendiam, dia mengemari mengajuk dan "helah suara" menyamai ventriloquism yang menghibur pelawat keluarganya.[8] Bell juga amat terasa keadaan ibunya yang semakin pekak, (ibunya mula kehilangan pendengaran semasa dia berusia 12 tahun) dan belajar bahasa jari manual agar dia boleh duduk disamping ibunya dan mengetuk secara diam-diam perbualan sekitar ruang tamu keluarga.[9] Dia turut membangunkan teknik untuk bertutur dalam ton jelas "modulated" terus pada dahi ibunya dari mana ibunya mampu mendengar perkataannya dengan agak jelas.[10] Keasyikan Bell dangan kehilangan pendengaran ibunya mendorong dia mengkaji akustik.

Keluarganya telah lama berkecimpung dengan mengajar ("elocution"): datuknya, Alexander Bell, di London, bapa saudaranya di Dublin, dan bapanya, di Edinburgh, kesemuanya "elocutionists". Bapanya menerbitkan pelbagai karya berkenaan tajuk tersebut, beberapa darinya masih dikenali ramai, terutama The Standard Elocutionist (1860)[8] Mackay 1997, , yang muncul di Edinburgh pada 1868. The Standard Elocutionist muncul dalam 168 edisi British dan dijual lebih suku juta di Amerika Syarikat sahaja. Dalam treatise ini, bapanya menjelaskan kaedahnya mengajar orang yang bisu dan pekak ("deaf-mute") (sebagaimana mereka dikenali semasa itu) untuk menghasilkan perkataan dan membaca pergerakan bibir orang lain bagi menafsir erti. Bapa Aleck mengajar dia dan adiknya bukan sahaja menulis "Visible Speech" tetapi turut mengenal pasti sebarang simbol dan bunyi yang mengiringinya.[11] Aleck menjadi begitu mahir sehinggakan dia menjadi sebahagian pertunjukkan awam bapanya dan mengkagumkan penonton dengan keupayaannya menafsir bahasa Latin, bahasa Gaelic dan malah simbol Sanskrit.[11]

[sunting] Rujukan

  1. Gray 2006, p. 229.
  2. Bruce 1990, p. 419.
  3. Black 1997, p. 18. Quote: "He thought he could harness the new electronic technology by creating a machine with a transmitter and receiver that would send sounds telegraphically to help people hear."
  4. National Geographic Magazine
  5. MacLeod 1999, p. 19.
  6. Dunn 1990, p. 41.
  7. 7.0 7.1 Bruce 1990, p. 16.
  8. 8.0 8.1 8.2 Gray 2006, p. 8.
  9. Gray 2006, p. 9.
  10. Mackay 1997, p.25.
  11. 11.0 11.1 Petrie 1975, p. 7.