Ambiga Sreenevasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ambiga Sreenevasan (lahir 1956) merupakan Presiden Badan Peguam Malaysia sejak 2007.

Beliau merupakan seorang peguam kanan yang tegas berhubung hak asasi manusia untuk berhimpun. Perarakan hak asasi manusia yang dirancang oleh Badan Peguam dari Jalan Raja Laut ke Pasar Seni pada 10 Disember 2007 telah dibatalkan kerana tidak mahu memenuhi syarat polis yang memerlukan permit berhimpun. Polis Malaysia mengemukakan alasan Perkara 10(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang jelas menyatakan sebarang perhimpunan perlu mendapatkan kebenaran demi ketenteraman dan kesejahteraan awam.

Dato' Ambiga Sreenevasan merupakan individu yang cuba menegakkan dasar toleransi atau kebersamaan antara agama di Malaysia dan merupakan peguam bela dalam kes Lina Joy. Ambiga telah mempertikaikan undang-undang syariah di bawah "Bab Perkara Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan", dengan alasan bahawa Islam tidak berbeza dengan agama lain di bawah undang-undang Malaysia.[1]

Bertindak dalam kapasiti Presiden Majlis Peguam, Ambiga telah menerima satu memorandum kepada pembentukan satu Suruhanjaya Antara Agama, yang membuat 14 tuntutan dan salah satunya mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan dan mendakwa ia bercanggah dengan perlembagaan. Ambiga turut mengadakan forum mengenai artikel dalam perlembagaan yang berkaitan undang-undang syariah, walaupun mendapat bantahan daripada umat Islam. [2]

Pengerusi bersama Bersih 3.0[sunting | sunting sumber]

Pada 28 April 2012, Ambiga selaku pengerusi bersama Bersih 3.0 telah mengadakan Perhimpunan Bersih 2012 di Dataran Merdeka. Tetapi PDRM dan DBKL mendapat perintah mahkamah menghalang peserta memasuki dataran. Sebaliknya mereka dihalang dengan kon dan kawad berduri di pelbagai simpang masuk ke Dataran Merdeka. Akibatnya para peserta terperangkap dan terpaksa berkumpul di sekitar Masjid Jamek, Dayabumi, Menara Kembar Petronas, Sogo, Masjid India dan sebagainya.


Pada 10 Mei 2012, privasi di rumah di ceroboh apabila sekumpulan pemuda yang mendakwa dari Ikhlas telah menyekat pintu pagar rumahnya di 67, Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara dan mendirikan gerai burger. Mereka menuntut Ambiga memohon maaf dan membayar gantirugi kepada peniaga kecil dari Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS)di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). Ambiga menempelak Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah dengan menyatakan bagaimana jika privasi rumah pemimpin politik diceroboh sama.Tindakan Ikhlas itu mendapat liputan dalam berita Ntv7.[3]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Pada 23 September 2011, Ambiga Sreenevasan menerima anugerah tertinggi Perancis, Chevalier de Legion d’Honneur daripada Duta Perancis ke Malaysia, Marc Barety.Anugerah itu diberikan kerana sumbangannya memperjuangkan hak asasi manusia dan usaha memelihara keluhuran undang-undang di Malaysia.Anugerah itu pernah diterima oleh Yang di-Pertuan Agong, Tan Sri Tony Fernandes dan aktres Michelle Yeoh.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Perarakan haram, baik cegah sebelum merebak, Oleh Manja Ismail
  2. Malays should know who Ambiga is, say analysts. June 26, 2011
  3. Buka gerai burger depan rumah Ambiga
  4. Iklan Top insideAmbiga terima anugerah tertinggi Perancis

Pautan luar[sunting | sunting sumber]