BERSIH

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

BERSIH ialah Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil.[1] BERSIH ditubuhkan dengan anggota komitinya dianggotai oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women’s Development Collective (WDC) dan Writers Alliance for Media Independence (WAMI).

BERSIH dilancarkan secara rasmi pada 23 November 2006 di lobi bangunan Parlimen Malaysia. Ia dihadiri oleh pemimpin parti politik, dan pihak bukan kerajaan, termasuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, presiden PKR, Sivarasa Rasiah - timbalan presiden PKR, Setiausaha Am DAP - Lim Guan Eng, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP dan MP bagi Seputeh Teresa Kok, timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa, ketua pemuda PAS - Salahudin Ayub, Setiausaha Am PSM S. Arutchelvan, Kongres Persatuan Pekerja Malaysia - Syed Shahir Syed Mohamud, esekutif direktor WDC - Maria Chin Abdullah dan esekutif direktor SUARAM - Yap Swee Seng.

BERSIH telah menganjurkan perhimpunan 100,000 orang di Dataran Merdeka pada hari Sabtu, 10 Oktober 2007 jam 3.00 petang. 26 badan bukan kerajaan (NGO) dan parti pembangkang turut serta. Pemimpin yang terlibat ialah Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Abdul Hadi Awang bagi menyerahkan memorandum kepada wakil Istana Negara.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman enggan memberi permit perhimpunan ini bagi mengelak kejadian tidak dingini. Tetapi ramai pengulas mendakwa bahawa sebab yang diberi oleh Polis dan Kerajaan ialah alasan sahaja. [perlu rujukan] Mereka mendakwa bahawa sebab benar atas tidak bagi permit merupakan UMNO dan parti komponen Barisan National menakut akan hilang pemegang kuasa sekiranya pilihan raya jadi adil dan bersih dalam masa depan. Pengulas tersebut menegaskan sebagai bukti bahawa kebanyakan kejadian yang kacau rakyat (terutama pengguna jalanraya) pada hari sabtu itu, jadi kerana tindakan Polis, tidak kerana tindakan penyokong Bersih atau penunjuk perasaan yang menyertai perhimpunan.[petikan diperlukan]

Koyak gambar pengerusi SPR[sunting | sunting sumber]

Tindakan sekumpulan ahli Bersih yang mengoyak gambar pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang tidak senang dengan kenyataan memihak yang dikeluarkan oleh beliau sebagai tidak beretika Malaysia. Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu mereka yang tidak berpuas hati dengan SPR supaya melantik peguam handal dan berhujahlah di mahkamah. Jika tidak, tindakan undang-undang lebih sesuai untuk mereka.

Sebelum ini Bersih menganggap kaedah dakwat pencelup jari sebagai perubahan kosmetik semata-mata. Bersih mahu pemantau dari negara luar seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dilantik dalam pilihan raya umum Malaysia 2008 ini.[2]

Jawatankuasa pemandu[sunting | sunting sumber]

Jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 adalah seperti berikut:[3]

  • Dato' Ambiga Sreenevasan, Pengerusi
  • Andrew Khoo
  • Arumugam K.
  • Farouk Musa
  • Maria Chin Abdullah
  • Haris Ibrahim
  • Liau Koh Fah
  • Richard Y W Yeoh
  • Toh Kin Woon
  • Wong Chin Huat
  • Yeoh Yang Poh
  • Zaid Kamaruddin

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]