Anugerah Juara Lagu ke-6

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anugerah Juara Lagu 1991)
Lompat ke: pandu arah, cari
Pengacara Juara Lagu 91

Anugerah Juara Lagu 1991 (Juara Lagu '91) merupakan pertandingan yang menampilkan lagu juara bulanan muzik-muzik yang dipertiandingkan untuk dinobatkan sebagai Juara Lagu bagi tahun 1991. Anugerah Juara Lagu 1991 telah berlangsung pada 29 Disember 1991 bertempat di PWTC, Kuala Lumpur. Siaran tersebut ditayangkan secara langsung melalui TV3 dan ditaja oleh SHARP. Seramai 3 orang artis solo dan 8 kumpulan rock telah berentap mempertaruhkan lagu dari penggubah masing-masing. Pada tahun ini, tema rock dipertaruhkan hampir kesemua peserta. Seramai 3 orang pengacara telah bergabung tenaga untuk menjayakan rancangan ini iaitu Azwan Ali, Melissa Saila dan Intan Rozila. Pengacaraan mereka disampaikan dengan sebuah cerita yang menggunakan tajuk lagu yang dipertandingkan sebagai jalan cerita.

Finalis [sunting]

Persembahan Selingan [sunting]

Persembahan pembukaan dimulakan dengan Aishah iaitu pemenang Juara Lagu tahun sebelumnya dengan nyanyian lagu Seloka Rindu serta diiringi tarian berwarna-warni. Bagi persembahan selingan ketika penjurian dijalankan, anugerah kali ini memperkenalkan persembahan nyanyian lagu asli dendangan Abdullah Chik, Azlina Aziz dan Ruhil. Konsep menyanyikan lagu asli diadakan untuk memperingatkan rentak lagu Irama Malaysia yang seakan-akan hilang dengan irama rock serta untuk secara tidak langsung memperkenalkan kategori Irama Malaysia dalam siri Juara Lagu akan datang.

Kemenangan [sunting]

  • Lirik Terbaik: M.Nasir - "Tiara"
  • Persembahan Terbaik:
  1. Shima - Setelah Aku Kau Miliki
  2. Kumpulan Damasutra - Umpama Mimpi Dalam Mimpi
  3. Kumpulan Kris - Tiara
  • Juara Lagu:
  1. Takdir dan Waktu ( Rahim Othman / Juwie / Kumpulan Mega )
  2. Setelah Aku Kau Miliki ( Shaari Amri / Shima )
  3. Tiara ( M.Nasir / Kumpulan Kris )