Wan Aishah binti Wan Ariffin
| Wan Aishah binti Wan Ariffin | |
|---|---|
Kulit album Aishah |
|
| Latar belakang | |
| Nama lahir | Wan Aishah binti Wan Ariffin |
| Kelahiran | Negeri Sembilan, Malaysia |
| Genre | Pop |
| Pekerjaan | Penyanyi, ahli politik |
| Instrumen | Vokal |
| Tahun aktif | 1980-an - kini |
| Label | Sony Music Entertainment Malaysia |
| Kegiatan berkait | Malek Ridzuan, Kumpulan Fan Club |
Wan Aishah binti Wan Ariffin (atau lebih dikenali sebagai Aishah) merupakan penyanyi yang berasal dari Negeri Sembilan dan menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand. Album nyanyian Aishah bersama Fan Club iaitu Sensation telah menaikkan namanya sebagai penyanyi wanita pertama Malaysia yang berjaya ke peringkat antarabangsa. Meskipun kini beliau tidak lagi bersama Fan Club, namun Aishah masih aktif menyanyi secara solo. Beliau juga aktif berpolitik bersama parti pilihannya, PAS dan bertanding untuk kerusi Parlimen di Jempol pada Pilihan raya umum Malaysia 2013.[1]
Isi kandungan |
Kerjaya Seni [sunting]
Permulaan [sunting]
Pada 1983, Aishah memenangi satu pertandingan talentime di Kuala Lumpur. Nasibnya begitu baik kerana terus ditawarkan menjadi artis syarikat rakaman Life Records dan muncul dengan dua lagu bersama Malek Ridzuan dalam album Jilid 5 kepunyaan Malek. Lagu yang popular ialah "Mawar Putih Mawar Merah".
Walau bagaimanapun, Aishah ketika ini menggunakan nama Natasa Aminah kerana takut dimarahi ayahnya kerana menyanyi. Ayahnya seorang yang sangat mementingkan pendidikan anak mereka. Walau bagaimanapun, apabila rahsia itu terbongkar, nama Aminah terus lenyap dalam senarai penyanyi tanah air. Peminat langsung tidak mempedulikan 'kehilangannya'. Natasha tidak sempat merakamkan album solo kerana tidak lama selepas itu, dia terbang ke New Zealand untuk menyambung pengajian dalam jurusan Sains Politik di Universiti Auckland. Bagaimanapun atas beberapa faktor, dia hanya lulus dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak.
Di New Zealand, Aishah terus mencari peluang menyanyi. Pada 1986, dia memberanikan diri memasuki satu lagi talentime, "Telequest" dan mendapat tempat ketiga. Walaupun tidak menjadi johan, dia tetap terharu kerana Aishah satu-satunya peserta Melayu ketika itu. Selepas pertandingan itu, Aishah membuat pita demo sendiri dan di bawa ke sana ke mari untuk mencuba nasibnya.
Kebetulan ketika itu, sebuah band, Soul On Ice, sedang mencari vokalis pengganti. Mereka berjaya mengesan bakat Aishah lalu mempelawanya menyertai band itu. Bagi Aishah, peluang menyertai Soul On Ice sesuatu yang menarik walaupun dia juga ditawarkan memasuki sebuah lagi kumpulan yang cukup popular ketika di negara itu iaitu Peking Man. Walau bagaimanapun, beliau menolak tawaran Peking Man kerana bekas vokalisnya, Margaret Urlich mempunyai imej yang hebat dan beliau enggan dibayangi populariti Margaret kerana beliau mahu membina identiti sendiri.
Selain Aishah, Soul On Ice juga dianggotai Paul Moss (gitar), Malcolm Smith (keyboard), Dave Larsen (dram) dan Glenn Peters (bass). Apabila menyertai CBS New Zealand, Soul On Ice akhirnya menukarkan namanya menjadi The Fan Club. Bersama kumpulan itu, Aishah sempat merakamkan dua album - Sensation dan Respect The Beat.
Maka, pada tahun 1988, tiba-tiba industri hiburan sejagat digegarkan dengan kejayaan anak Malaysia - Aishah - bersama kumpulannya dari New Zealand, The Fan Club. Aishah and Fan Club bukan saja popular di New Zealand, Australia dan Malaysia, malah berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat.
Kemuncak Solo [sunting]
Kemunculan album solo studio pertamanya Aishah adalah pada tahun 1990. "Aishah" terbitan Adnan Abu Hassan memuatkan 10 lagu termasuk satu instrumental Camar Yang Pulang. Malah, untuk membuktikan kehebatannya mendendangkan lagu Melayu, Aishah menampilkan dua lagu berirama Melayu asli - Bahtera Merdeka dan Syurga Di Telapak Kaki Ibu - dalam album itu. Hasilnya didapati memang luar biasa.
Album ini turut mengangkat nama dan muzik yang dibawa Adnan Abu Hassan dalam arus industri muzik tempatan pada masa itu. Semua sembilan lagu dalam akbum itu hebat, namun Janji Manismu, ciptaan Adam Ahmad dan lirik oleh Aishah paling mendapat tempat di hati pendengar.
Lagu itu dinobatkan Juara Lagu 1990 anjuran TV3 dengan mengalahkan "Suci Dalam Debu", Iklim dan "Sejati", Awie.
Fenomena Aishah berterusan apabila meraih kejayaan sebagai Artis Paling Popular dan Artis Wanita Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular anjuran Salem, Berita Harian dan RTM. Aishah turut memenangi anugerah Penghibur TV Terbaik dalam Anugerah Seri Angkasa anjuran RTM.
Mengikuti kejayaan itu, muncul pula album keduanya, Aishah II terbitan Adnan Abu Hassan pada 1991 yang meletup dengan lagu "Kemaafan Dendam Yang Terindah" dan "Fatwa Pujangga". Tahun yang sama, Aishah muncul dalam filem Syakila bersama Rahim Maarof dan Kuza. Walaupun berbakat sebagai pelakon, itulah sahaja satu-satunya lakonan Aishah dalam filem.
Seterusnya Aishah tampil pula dengan album Aishah III - Asia Sedunia (1992). Lagu yang popular masa ni "Selanjur Bercinta". Malangnya, tahun itu juga Aishah dan anggota The Fan Club mengumumkan pembubaran mereka kerana masalah dalaman.
Album Wajah membuktikan Aishah masih hebat apabila lagu Cinta Beralih Arah (ciptaan Jari dan lirik Habsah Hassan) menjadi Juara Lagu 1995. Lagu itu turut memenangi kategori Balada. Aishah pula menerima anugerah Persembahan Terbaik melalui lagu itu.
Pada tahun itu, Aishah menerima pengiktirafan Persembahan Vokal (Wanita) Terbaik Dalam Album dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) 1995.
Penglibatan dalam PAS [sunting]
Aishah kini mula tampil di pentas ceramah Parti Islam SeMalaysia PAS. Beliau yang sebelum ini merupakan orang kuat UMNO[2] sebelum ini mengakui sudah berubah. Beliau memilih PAS kerana Islam dan ingin berdakwah melalui PAS kerana mendakwa parti ini mempertahankan agama Islam.[3][4]
Beliau meluahkan kebimbangan terhadap UMNO dan Barisan Nasional yang dilihat tidak menjamin akidah anak-anak masa hadapan disamping mendakwa gejala penyelewengan rasuah yang berleluasa. Beliau juga menyeru ibu–ibu agar celik IT didalam membesarkan anak-anak. Beliau turut melahirkan rasa kecewa terhadap Ketua Wanita UMNO kerana menganggap Menteri Kebajikan dan Masyarakat itu tidak amanah dalam menjalankan tugas.[5]
Beliau bertanding dalam pilihan raya umum Malaysia 2013 untuk kerusi Parlimen di Jempol.[1]
Album [sunting]
Album Studio (Solo) [sunting]
- Aishah (1990)
- Aishah II (1991)
- Aishah III: Asia Sedunia (1992)
- Klasik (1993)
- Wajah (1995)
- Memori Klasik (1996)
- Tiada Duka Untuk Apa (1997)
- Tiada Akhirnya (1998)
- Pulanglah Perantau (2000)
- Kurnia (2006)
- Anak (2010)
Penampilan Khas [sunting]
- Jilid 5 (1984) album Malek Ridhuan
Album Kompilasi [sunting]
- Merenung Bulan (1996)
- Memori Klasik (1996)
- No 1 Pop & Klasik (2003)
- Keunggulan (2006)
The Fan Club [sunting]
Single [sunting]
| Tahun | Judul Lagu | Kedudukan Tertinggi Carta | Album | |||
|---|---|---|---|---|---|---|
| Era | Muzik.fm | Baik Banget | Muzik-muzik | |||
| 1984 | "Mawar Putih Mawar Merah" duet bersama Malek Riduan |
— | — | — | — | Jilid 5 |
| 1990 | "Janji Manismu" | — | — | — | 1 | Aishah |
| "Kau Yang Istimewa" | — | — | — | — | ||
| "Camar Yang Pulang" | — | — | — | 2 | ||
| "Bahtera Merdeka" | — | — | — | — | ||
| 1991 | "Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu" | — | — | — | — | |
| "Pulanglah" | — | — | — | — | Non-album Single | |
| "Kemaafan Dendam Yang Terindah" | — | — | — | — | Aishah II | |
| "Kasih Kita" | — | — | — | — | ||
| "Fatwa Pujangga" | — | — | — | — | ||
| "Seloka Rindu" | — | — | — | — | ||
| 1992 | "Selanjur Bercinta" | — | — | — | — | Aishah III: Asia Sedunia |
| "Kau Sahabat, Kekasih dan Teman" | — | — | — | — | ||
| "Hanakage" | — | — | — | — | ||
| "Bayangan" | — | — | — | — | ||
| 1993 | "Doa" | — | — | — | — | Klasik |
| 1994 | "Ubekkan Denai" | — | — | — | — | |
| "Tari Silat Melayu" | — | — | — | — | ||
| "Joget Memikat Janji" duet bersama Ahmad Jais |
— | — | — | — | ||
| "Tari Tualang Tiga" | — | — | — | — | ||
| 1995 | "Kata dan Rupa" | — | — | — | 2 | Wajah |
| "Wajah" | — | — | — | — | ||
| "Cinta Beralih Arah" | — | — | — | 1 | ||
| "Panggilan Rindu" | — | — | — | 3 | ||
| 1996 | "Merenung Bulan" | — | — | — | 1 | Merenung Bulan |
| "Biarlah Aku Pergi" | — | — | — | — | ||
| "Kau Pergi Tanpa Pesan" | — | — | — | — | Memori Klasik | |
| 1997 | "Tiada Duka" | — | — | — | — | Tiada Duka Untuk Apa |
| "Antara Cinta dan Kasih" | — | — | — | 4 | ||
| "Untuk Apa" | — | — | — | — | ||
| 1998 | "Rela" | — | — | — | 5 | Tiada Akhirnya |
| "Tangisan Dalam Senyuman" | — | — | — | — | ||
| 1999 | "Cinta Di Hatiku" | — | — | — | — | |
| 2000 | "Pulanglah Perantau" | — | — | — | — | Pulanglah Perantau |
| "Cahaya Di Aidilfitri" | — | — | — | — | ||
| 2001 | "Senandung Sayang" duet bersama M. Nasir |
— | — | — | — | OST Putih |
| 2005 | "Tiada Lagi Tangisan" | — | — | — | 1 | Kurnia |
| 2006 | "Haruskah Ku Menyuarakan" | — | — | — | — | |
| "Melukut Di Tepi Gantang" | — | — | — | 8 | ||
| 2007 | "Kasihnya Balqis" | — | — | — | 5 | |
| 2008 | "Rindu Lukisan" ditampilkan oleh The Fabulous Cats |
— | — | — | — | Hyperkosmik |
| 2010 | "Anak" | — | — | — | — | Anak |
| 2011 | "Ayuhai Anak" | — | — | — | — | |
Album Lain [sunting]
- Sensation (1988) - bersama kumpulan Fan Club
- Respect the Beat (1989) - bersama kumpulan Fan Club
Anugerah [sunting]
Anugerah Industri Muzik [sunting]
| Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| Tahun | Kategori | Karya Tercalon | Album / Material | Keputusan | Tewas Kepada |
| 1995 (AIM2) | Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) | Klasik | Menang | ||
| Album Tradisional Terbaik | Dicalonkan | M. Nasir - Canggung Mendonan | |||
| 1996 (AIM3) | Album Pop Terbaik | Wajah | Menang | ||
| Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) | Dicalonkan | Ziana Zain - Setia Ku Di Sini | |||
| Lagu Terbaik | Cinta Beralih Arah | Dicalonkan | Nora, Sheila Majid & Johan Nawawi - Jentayu | ||
| Album Terbaik | Dicalonkan | Search - Gema Di Timur Jauh | |||
| 1999 (AIM6) | Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) | Tiada Akhirnya | Dicalonkan | Siti Nurhaliza - Adiwarna | |
| 2001 (AIM8) | Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) | Pulanglah Perantau | Dicalonkan | Siti Nurhaliza - Sahmura | |
| 2007 (AIM14) | Album Pop Terbaik | Kurnia | Dicalonkan | Siti Nurhaliza - Transkripsi | |
| Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) | Dicalonkan | Jaclyn Victor - Inilah Jac | |||
Anugerah Juara Lagu [sunting]
| Anugerah Juara Lagu (AJL) | ||||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| Tahun | Lagu | Album | Pencipta Lagu | Penulis Lirik | Kategori | Keputusan |
| 1990 | Janji Manismu | Aishah | Adam Ahmad | Wan Aishah | Terbuka | Menang |
| 1995 | Cinta Beralih Arah | Wajah | Jari | Habsah Hassan | Balada | Menang |
| Persembahan Terbaik | Menang | |||||
| Juara Lagu | Menang | |||||
| 2007 | Kasihnya Balkis | Adnan Abu Hassan | Moharis Yaakup | Etnik Kreatif | Dicalonkan | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian [sunting]
| Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Kategori | Keputusan | |
| 1990 | Penyanyi Wanita Popular | Menang | |
| Artis Paling Popular | Menang | ||
| 1991 | Penyanyi Wanita Popular | Menang | |
| 1992 | Penyanyi Wanita Popular | Menang | |
| 1995 | Penyanyi Wanita Popular | Dicalonkan | |
| 1996 | Penyanyi Wanita Popular | Dicalonkan | |
| 2011 | Anugerah Seri Perak | Dicalonkan | |
Lain-Lain Pengiktirafan [sunting]
- Pemenang Juara Lagu 1990 - Janji Manismu
- Pemenang Juara Lagu 1995 - Cinta Beralih Arah
- Vokal Wanita Terbaik Anugerah Industri Muzik 1995
- Album Pop Terbaik Anugerah Industri Muzik 1996 - Album Wajah
Rujukan [sunting]
- ↑ 1.0 1.1 Muhammad Faizal dan Hazayani Zakaria. "Lebih 1,000 iringi calon di Kapar, Aishah serah borang di Jempol", 20 Apr 2013. Dicapai pada 20 April 2013.
- ↑ Stephanie Sta Maria. "Aishah sings a different tune", 17 April 2013. Dicapai pada 22 April 2013.
- ↑ Mus, Sabah. "Aisyah: Saya Pilih PAS kerana Islam" SabahDaily, Kuala Lumpur, 21 Julai 2012. Dicapai 20 Februari 2013.
- ↑ Sapinah Ab Ghani "Peminat Hormati Keputusan Aishah", Sinar, Kuala Lumpur, 13 Oktober 2012. Dicapai pada 20 Februari 2013.
- ↑ TVpas,hd. "Saya Jumpa Datuk Bukan Nak Minta Lembu", Youtube, 5 April 2012. Dicapai pada 20 Februari 2013.
|
||||||||||||||