Anugerah Juara Lagu ke-35

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anugerah Juara Lagu
Ke-35
Tarikh14 Mac 2021
TempatAuditorium MBSA,
Shah Alam
TajaanMcDonald's
PengacaraAwal Ashaari
Haziq Hussni
Sherry Alhadad
Muaz Mohamed (karpet merah)
Sissy Imann (karpet merah)
PenerbitPrimeworks Studios
Ketua JuriDato' Mokhzani Ismail
PengarahAubrey Suwito
Tempoh Tayangan180 minit
Juara Lagu"Gila"
Nyanyian: Kaka Azraff, Loca B dan Noki K-Clique
Muzik: Ezra Kong
Lirik: Loca B, Noki K-Clique dan Ezra Kong
Sorotan
Persembahan TerbaikZizi Kirana ("Eh")
Vokal TerbaikErnie Zakri ("Gundah")

Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) merupakan konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang dikumandangkan dalam carta Muzik Muzik TV3 musim 2020. Program ini akan dihoskan oleh Awal Ashaari, Haziq Hussni dan Sherry Alhadad bagi slot utama, manakala Muaz Mohamed dan Sissy Imann akan mengendalikan segmen karpet merah dan 'Lounge AJL35'.[1] Lagu “Gila” ciptaan Noki, Loca B dan Ezra Kong telah diangkat sebagai pemenang Juara Lagu bagi edisi ke-35.

Separuh Akhir Muzik Muzik[sunting | sunting sumber]

Sebanyak 30 buah lagu telah layak ke peringkat separuh akhir hasil daripada undian peminat di Carta Mingguan dan dinilai oleh juri professional.[2] Bagi pentas akhir pertandingan Juara Lagu ke-34, sebanyak 12 lagu telah terpilih daripada tiga pusingan separuh akhir yang telah berlangsung pada 20, 21 November dan 15 Disember 2020.[3][4]

Krisis Penjurian[sunting | sunting sumber]

Peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 35 mencetuskan kontroversi apabila keputusan 12 lagu yang mara ke peringkat akhir tidak menepati ramalan peminat apabila dua lagu paling popular pada tahun 2020 iaitu Sakit (Yonnyboii/Zynakal) dan Sembah (Naim Daniel) tidak terpilih. Ketua juri, Azmeer dalam satu kenyatan menjelaskan pemilihan lagu ke peringkat akhir tidak mengambil kira nyanyian penyanyi mahupun populariti lagu,[5] bercanggah dengan kenyataan beliau dalam edisi sebelumnya apabila nyanyian dikatakan sebagai salah satu elemen penting penjurian.[6] Lagu Sembah pula dikatakan tidak layak kerana elemen penampilan muzik oleh gitaris Man Kidal dikatakan menenggelamkan vokal Naim.[7] Pertikaian ini juga menyebabkan wujud ura-ura yang mengatakan bahawa Sakit tidak layak ke final kerana masalah disiplin.[8] Selain mendapat kecaman warganet, beberapa artis senior seperti Dato Hattan,[9] Dato AC Mizal,[10] Joe Flizzow,[11] usahawan Dato Sri Vida,[12] dan ramai lagi meluahkan kekesalan atas ketidaktelusan penjurian AJL dan menyeru barisan juri AJL digantikan dengan pengkarya yang mewakili generasi muda dan bersifat telus. Warganet juga menyeru supaya penjurian AJL lebih bersifat telus, tanpa ada sebarang campur tangan produksi mahupun pilih kasih.[13] Sementara itu pengarah drama terkenal Shahrulezad Mohammedin pula menasihatkan artis supaya tidak bertanding jika merasakan penjurian adalah tidak adil.[14]

Ironinya, lagu Sakit merupakan lagu yang paling banyak distrim pada tahun 2020 dan diiktiraf oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) menerusi Carta RIM,[15] sekaligus tidak menafikan impak besar lagu tersebut yang sememangnya menjadi siulan ramai. Sementara itu, komposer dan penyanyi Hael Husaini terpaksa berdepan kecaman dan wasangka warganet apabila didakwa memborong kek lumut yang dijual oleh penerbit Muzik-Muzik yang mana hal ini menurut warganet telah menimbulkan konflik kepentingan ekoran tiga lagunya layak ke peringkat akhir dan seringkali menjadi pilihan juri sejak edisi ke-32.[16] Penerbit Muzik-Muzik, Nurhul Huda Khalid menegaskan pihak produksi tidak akan tunduk kepada kecaman warganet malah menegaskan barisan juri separuh akhir adalah yang terbaik,[17] biarpun diakui kontroversi penjurian AJL kali ini merupakan yang paling buruk sejak AJL ke-17[18]. Biarpun gagal, lirik lagu "Sakit" diangkat sebagai rujukan dalam kertas model peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2021 oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia sekaligus memberi tamparan hebat kepada jemaah juri yang tersilap menilainya [19].

Perjanjian perundangan "Aku Janji"[sunting | sunting sumber]

Pasukan produksi Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) mengharapkan pertandingan tersebut akan berlangsung tanpa sebarang kontroversi seperti tahun lalu (AJL34) serta mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku dan akan memastikan semua finalis mengikut garis panduan yang ditetapkan. Justeru, penganjuran AJL kali ini akan dikendalikan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat, dan finalis AJL35 diwajibkan menandatangani aku janji yang telah disediakan oleh Jabatan Perundangan syarikat agar tidak menonjolkan elemen yang boleh mencetuskan kontroversi dalam persembahan.[20][21]

Penajaan dan Kerjasama[sunting | sunting sumber]

Penaja Utama Penaja Bersama Rakan Penaja Rakan Media
  • Radio Rasmi
  • Rakan Digital
    • Oh Bulan!
    • Xtra.com.my
    • Senang Terhibur

Memandangkan AJL 35 berlangsung ketika Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-21, Media Prima mendapat kebenaran dan kerjasama daripada beberapa badan kerajaan dan swasta dalam mengelola acara berdasarkan "Standard Operation Procedure" yang telah ditetapkan

Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

Siaran TV & Strim Siaran Strim
Nama Peristiwa
Sissy Imann
Muaz Mohamed
Pengacara lounge AJL35
Aisha Retno
Daniesh Suffian
Danial Chuer
Persembahan medley finalis AJL35 di lounge AJL35
Yonnyboii
Naim Daniel
Ella Aminuddin
Pembukaan : "Gemilang"
Faizal Tahir
Jaclyn Victor
Siti Nordiana
Tuju
Pembukaan : "Baik Semula" (Covid-19 PSA)
Awal Ashaari
Sherry Alhadad
Haziq Hussni
Ucapan Alu-aluan
Hefny Sahad
Neeta Manishaa
Pengacara Segmen Belakang Pentas tajaan Celcom Xpax
Siti Nordiana Segmen Belakang Pentas: Tajaan program RMHC (McDonalds dan Media Prima)
Awal Ashaari
Sherry Alhadad
Haziq Hussni
Pengenalan lagu finalis 1
Zizi Kirana
Diiringi oleh pemuzik MK Ridzuan dan Darmas
Finalis 1 - "Eh"
Awal Ashaari
Sherry Alhadad
Haziq Hussni
Pengenalan lagu finalis 2
Kmy Kmo
Luca Sickta
Shiha Zikir
diiringi Fauziah Gambus, Mohar dan Alam Wakaka
Finalis 2 - "7 Nasihat"
Awal Ashaari
Sherry Alhadad
Haziq Hussni
Pengenalan penaja Sabella
Faizal Tahir Persembahan lagu iklan "Sabella"
Sherry Alhadad Pengenalan Peraduan Sejuta Sabella
Hefny Sahad
Neeta Manishaa
Pengacara Segmen Belakang Pentas
Ayie Elham dan Eric Fuzi (Floor 88) Segmen Belakang Pentas: Temubual dan candawara finalis
Awal Ashaari
Sherry Alhadad
Haziq Hussni
Pengenalan lagu finalis 3
Hael Husaini
Diiringi pemuzik Syahir Cherpen
Finalis 3 - "Hati"
Awal Ashaari
Haziq Hussni
Pengenalan lagu finalis 4
Azlan & The Typewriter
Disertai oleh Aidil Astillah
Finalis 4 - "Jangan Khianati Aku"
Hefny Sahad
Neeta Manishaa
Pengacara Segmen Belakang Pentas
Hael Husaini Segmen Belakang Pentas: Temubual dan candawara finalis
Awal Ashaari
Sherry Alhadad
Haziq Hussni
Pengenalan lagu finalis 5
Jamal Abdillah
Wany Hasrita
Finalis 5 - "Belenggu Rindu"
Awal Ashaari
Sherry Alhadad
Maklumat hadiah pertandingan dan Pengenalan lagu finalis 6
Amir Masdi Finalis 6 - "Kau Sakiti"
Hefny Sahad
Neeta Manishaa
Pengacara Segmen Belakang Pentas
Wany Hasrita Segmen Belakang Pentas: Temubual dan candawara finalis
Awal Ashaari
Sherry Alhadad
Haziq Hussni
Pengenalan lagu finalis 7
Aina Abdul Finalis 7 - "Semalam"
Sherry Alhadad
Haziq Hussni
Pengenalan segmen tajaan McDonald's Sehari Bersama Aina Abdul
Aina Abdul
Shahida Hassan
Segmen Tajaan - VT - Pemenang McDonalds's Sehari Bersama Aina Abdul
Awal Ashaari
Sherry Alhadad
Haziq Hussni
Segmen Tajaan Wowshop dan Pengenalan lagu finalis 8
Nabila Razali Finalis 8 - "Peluang Kedua"
Sissy Imann
Shiha Zikir
Segmen Belakang Pentas : Tajaan Sabella
Hefny Sahad
Neeta Manishaa
Pengacara Segmen Belakang Pentas
Hael Husaini Segmen Belakang Pentas: Temubual finalis
Awal Ashaari
Sherry Alhadad
Haziq Hussni
Mesej Perintah Kawalan Pergerakan/ Darurat dan Pengenalan lagu finalis 9
Floor 88
Disertai Harry Khalifah & Ropie Cecupak
Finalis 9 - "Hutang"
Awal Ashaari
Sherry Alhadad
Haziq Hussni
Pengenalan Jemaah Juri dan Pengenalan lagu finalis 10
Ernie Zakri Finalis 10 - "Gundah"
Hefny Sahad
Neeta Manishaa
Pengacara Segmen Belakang Pentas
Ernie Zakri Segmen Belakang Pentas: Temubual dan candawara finalis
Awal Ashaari
Sherry Alhadad
Haziq Hussni
Pengenalan lagu finalis 11
Aishah Finalis 11 - "Aku Bidadari Syurgamu"
Awal Ashaari
Sherry Alhadad
Haziq Hussni
Pengenalan lagu finalis 12
Kaka Azraff
Noki
Loca B
Finalis 12 - "Gila"
Hefny Sahad
Neeta Manishaa
Pengacara Segmen Belakang Pentas
Nabila Razali Segmen Belakang Pentas: Temubual dan candawara finalis
Awal Ashaari
Sherry Alhadad
Haziq Hussni
Pengenalan persembahan interlud
Misha Omar dan Akim & The Majistret Persembahan Interlud 1: "Sampai Bila x Potret"
Ziana Zain dan Hazama Azmi & The Penglipurlara Persembahan Interlud 2: "Relakan Jiwa x Madah Berhelah"
Dayang Nurfaizah dan Kugiran Hujan Persembahan Interlud 3: "Dayang Sayang Kamu x Aku Skandal"
Selingan Siaran Iklan
Pengumuman Pemenang Pengumuman Pemenang
Ezra Kong
Ahmad Ikhwan Lee (Noki)
Nabilah Hani Azali (Loca B)
Kaka Azraff
Ucapan dan Persembahan Penutup


Senarai finalis[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai finalis yang layak ke pentas AJL35, mengikut giliran persembahan.[22][23]

Giliran Tajuk Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Petikan Album Label Keputusan
1 "Eh" D. Navindran (Navigator)
Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil (Zizi Kirana)
Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil (Zizi Kirana)
Ahmad Abdul Rahman (Altimet/Mambang)
Zizi Kirana [24] Warner Music - Web TV Asia Persembahan Terbaik
2 "7 Nasihat" Syed Hakimi Alkhairid (Kmy Kmo)
Shameer Ashraf Shahruddin (Luca Sickta)
Shiha Zikir

(menggantikan Dato' Sri Siti Nurhaliza)
Kmy Kmo
Luca Sickta

"ManifestaSITI2020" [25] Universal Music- SNP Finalis
3 "Hati" Ezra Kong
Hael Husaini Razmi
Hael Husaini [26] Rocketfuel Entertainment
4 "Jangan Khianati Aku" Azlan Rosle (Dark) Kumpulan Azlan & Typewriter [27] Indigital Music
5 "Belenggu Rindu" Ezra Kong
Hael Husaini Razmi
Wany Hasrita
Jamal Abdillah
[28] Fantasia Music City Ketiga
6 "Kau Sakiti" Ezra Kong
Faizal Tahir
Michael Chan Wai Keong (Mike Chan)
Abdul Karim Radzali (Romeo)
Magdelene Lim (Mage)
Amir Masdi [29] Warner Music - Faithful Music Finalis
7 "Semalam" Nurul Aina Abdul Ghani (Aina Abdul) Aina Abdul [30] △ - Mekar Jaya Ent Naib Juara
8 "Peluang Kedua" Brendan Lim Sang Meng (MFMF)
Wee Zhen Yong(MFMF)
Justin Seow Seng Tack (MFMF)
Raja Muizuddin Shah Raja Ahmad Murad (MFMF)
Hael Husaini Razmi
Nabila Razali [31] Universal Music- Nabila Razali Entertainment Finalis
9 "Hutang" Zai Hamzah (Achoi) Zai Hamzah (Achoi) Kumpulan Floor 88 [32] Universal Music - Rusa Music
10 "Gundah" Sharon Anne Paul Abdullah (Sharon Paul)
Ernie Shahirah Zakri (Ernie Zakri)
Ernie Zakri [33] Rocketfuel Entertainment Vokal Terbaik
11 "Aku Bidadari Syurgamu" Mohamad Hafiz Yaziz (Ippo Hafiz) Siti Rosmizah Aishah

(menggantikan Dato' Sri Siti Nurhaliza)

"ManifestaSITI2020" [34] Universal Music- SNP Finalis
12 "Gila" Ezra Kong
Ahmad Ikhwan Aji (Noki)
Nabilah Hani Azali (Loca B)
Kaka Azraff
Noki
Loca B
[35] Warner Music - Black Hat Cat Juara

Keputusan[sunting | sunting sumber]

Jemaah Juri[sunting | sunting sumber]

Untuk merujuk senarai penuh juri-juri yang pernah dilantik sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai Jemaah Juri Anugerah Juara Lagu.

Fakta Ringkas[sunting | sunting sumber]

  • Biarpun tidak sampai setahun dilancarkan sejak mula dimuatnaik pada 31 Julai 2020 di akaun YouTube rasmi Black Hat Cat Records, lagu 'Gila' menjadi lagu baru yang terpantas memenangi AJL sejak "Takdir Dan Waktu" (1991) nyanyian Kumpulan Mega yang dilancarkan 2 bulan sebelum malam kemuncak AJL.
  • Lagu ‘Gila’ merupakan lagu kedua dari genre Hip Hop yang diangkat sebagai Juara Lagu selepas ‘Apa Khabar’ oleh Joe Flizzow dan SonaOne pada AJL 29 (2014).
  • Kemenangan “Gila” menjadikan Kaka Azraff, Noki dan Loca B sebagai penyanyi trio pertama memenangi AJL.
  • Loca B juga mencipta sejarah apabila menjadi rapper wanita pertama memenangi AJL.
  • Edisi AJL kali ini menampilkan ramai muka baharu yang pertama kali bertanding iaitu Zizi Kirana, Kmy Kmo, Luca Sickta, Amir Masdi, Nabila Razali, Kumpulan Floor 88, Noki dan Loca B.
  • Edisi kali ini merupakan penampilan pertama Dato' Jamal Abdillah dalam pentas akhir AJL sejak AJL14 (1999).
  • Hanya dua (2) band/kumpulan yang berjaya ke pentas akhir AJL kali ini iaitu Kumpulan Floor 88 dan Kumpulan Azlan & The Typewriter.
  • Terdapat dua (2) penyanyi gantian untuk edisi kali ini iaitu Shiha Zikir dan Aishah yang menggantikan Dato' Sri Siti Nurhaliza untuk lagu “7 Nasihat” dan “Aku Bidadari Syurgamu”.
  • Dato' Jamal Abdillah dan Aishah merupakan artis senior yang menyertai AJL kali ini. Dato' Jamal Abdillah pertama kali menyertai semasa AJL 1 (1986) menerusi lagu “Perjalananku” dan “Cinta Yang Terbiar” namun beliau tidak dapat menghadiri ke acara tersebut dan digantikan oleh penyanyi lain manakala Aishah pula pertama kali menyertai semasa AJL 5 (1990) menerusi lagu “Janji Manismu” dan seterusnya menjadi juara lagu tahun tersebut.
  • 'Eh' dendangan Zizi Kirana merupakan lagu keenam dalam sejarah AJL yang terlebih dahulu dipersembahkan dalam segmen selingan pada edisi AJL sebelumnya. Semasa AJL34, lagu 'Eh' dipersembahkan oleh artis undangan untuk segmen buka panggung bersama Koir Kebangsaan Malaysia.
  • Para penonton berasa kurang berpuas hati dengan kualiti visual dan audio AJL35. Dilaporkan krew-krew edisi kali ini terdiri daripada muka-muka baharu kerana tenaga kerja yang berpengalaman dalam edisi sebelum ini tidak lagi bersama Media Prima.
  • Ezra Kong selaku komposer / penulis lirik berjaya meraih gelaran ketiga pemenang AJL 35 menerusi 'Gila' selepas menjuarai AJL 32 (Jampi) dan AJL 33 (Haram). Beliau hanya perlu menang sekali lagi untuk menyamai rekod M. Nasir selaku komposer dengan kemenangan terbanyak.
  • Ezra Kong mengulangi sejarah Francisca Peter dan Manan Ngah yang telah memenangi dua (2) anugerah utama pada AJL 1 (1986),iaitu lagu terbaik bagi lagu "Sekadar Di Pinggiran" dan tempat kedua bagi lagu "Aku Kehilanganmu" dan M. Nasir di AJL 9 (1994), ("Tanya Sama Itu Hud Hud" & "Bonda"). Ezra Kong mendapat tempat ketiga bagi lagu "Belenggu Rindu" ciptaan bersama Hael Husaini, dendangan Dato' Jamal Abdillah dan Wany Hasrita. Dan tempat pertama bagi lagu "Gila" ciptaan bersama Noki dan Loca B, nyanyian Kaka Azraff, Noki dan Loca B.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "AJL35: Tiga Hos Janji Gempak". Farihad Shalla Mahmud (dalam bahasa Melayu). Berita Harian. Dicapai pada 13 Januari 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "SFMM35: Jom Semak Senarai Terbaru Giliran Persembahan Jumaat, Sabtu & Ahad Ini". Padin (dalam bahasa Melayu). XTRA. Dicapai pada 16 Disember 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "Bakal Diadakan 3 Hari Berturut-turut, Ini Senarai Penuh 30 Lagu Bersaing di Separuh Akhir Muzik Muzik 35". Padin (dalam bahasa Melayu). XTRA. Dicapai pada 16 Disember 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Episod Tiga Separuh Akhir Muzik Muzik 35 15 Disember Ini". Sudirman Mohd Tahir (dalam bahasa Melayu). Harian Metro. Dicapai pada 16 Disember 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ https://www.hmetro.com.my/rap/2020/12/653629/ajl-pertandingan-untuk-lagu-bukan-nyanyian-%E2%80%93%C2%A0azmeer
  6. ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/02/528664/saya-tak-cakap-suara-sufian-kemek
  7. ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/12/765903/bukan-tak-bagus
  8. ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/12/766802/bhplus
  9. ^ https://mykmu.net/2020/12/16/ajl35-hattan-kecewa-senarai-lagu-juri-perlu-fikir-luar-kotak/
  10. ^ https://ohbulan.com/bagi-orang-baru-mengadili-lagu-zaman-kini-dato-ac-mizal
  11. ^ https://www.youtube.com/watch?v=WkWJOXEnh0k
  12. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2020/12/17/datuk-vida-tumpang-sekaki-sound-juri-sfmm35-anggap-juri-039old-school039-tak-pandai-pilih-lagu-masuk-ajl35---sebagai-mantan-penaja-saya-nak-tahu-benchmark-pemilihan
  13. ^ https://murai.my/2020/94428/ajl-35-juara-boikot-tukar-juri-main-kroni-antara-luahan-kecewa-peminat-ajl/
  14. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2020/12/19/jangan-bertanding-kalau-rasa-juri-akan-berlaku-tak-adil---shahrulezad-nasihat-betulkan-niat-buat-lagu-bukan-sebab-nak-masuk-ajl
  15. ^ https://www.instagram.com/p/CJ47fcgJu8X/
  16. ^ https://www.utusan.com.my/gaya/hiburan/2021/01/ajl-35-saya-pun-tak-puas-hati-hael-husaini/
  17. ^ https://www.hmetro.com.my/rap/2020/12/655191/azmeer-juri-sfmm35-antara-yang-terbaik
  18. ^ https://murai.my/2020/94428/ajl-35-juara-boikot-tukar-juri-main-kroni-antara-luahan-kecewa-peminat-ajl/
  19. ^ https://www.kosmo.com.my/2021/11/18/lagu-jadi-bahan-rujukan-spm-yonnyboii-rasa-macam-mimpi/
  20. ^ "AJL35 Tak Akan Ada Kontroversi". Ridzuan Abdul Rahman (dalam bahasa Melayu). Harian Metro. Dicapai pada 13 Januari 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
  21. ^ "AJL35: 12 Finalis Tandatangan Aku Janji". Farihad Shalla Mahmud (dalam bahasa Melayu). Berita Harian. Dicapai pada 13 Januari 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
  22. ^ "Tiga Lagu Hael Mara ke AJL35". Fatin Farhana Ariffin (dalam bahasa Melayu). Berita Harian. Dicapai pada 16 Disember 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  23. ^ "Senarai Penuh 12 Finalis Anugerah Juara Lagu 35". Padin (dalam bahasa Melayu). XTRA. Dicapai pada 16 Disember 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  24. ^ https://music.apple.com/us/album/eh/1482753864?i=1482753865
  25. ^ https://music.apple.com/my/album/manifestasiti2020/1521304037
  26. ^ https://music.apple.com/my/album/hati/1488777532?i=1488777533
  27. ^ https://music.apple.com/us/album/jangan-khianati-aku-single/1479521439
  28. ^ https://music.apple.com/us/album/belenggu-rindu-single/1478427337
  29. ^ https://music.apple.com/my/album/kau-sakiti/1472721580?i=1472721582
  30. ^ https://music.apple.com/my/album/semalam/1499444431?i=1499444434
  31. ^ https://music.apple.com/my/album/peluang-kedua/1508489013?i=1508489327
  32. ^ https://music.apple.com/my/album/hutang-single/1535177071
  33. ^ https://music.apple.com/us/album/gundah/1489712572?i=1489712573
  34. ^ https://music.apple.com/my/album/manifestasiti2020/1521304037
  35. ^ https://music.apple.com/us/album/gila/1524703595?i=1524703776