Anugerah Juara Lagu ke-21

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anugerah Juara Lagu
ke-21
Tarikh21 Januari 2007
TempatStadium Putra Bukit Jalil
PengacaraFara Fauzana
Cheryl Samad
Ally Iskandar
Tempoh Tayangan3 jam
Juara Lagu"Terlalu Istimewa"
  • ← 2005
  • 2007 →
Logo Anugerah Juara Lagu ke-21

Anugerah Juara Lagu ke-21 2006 (AJL 21) adalah sebuah anugerah terbitan TV3 yang mempertandingkan lagu-lagu pencalonan Muzik-muzik yang telah disaringkan untuk membariskan 12 buah lagu terbaik ciptaan penggubah Malaysia pada tahun 2006 sebelum dinobatkan sebagai "Juara Lagu" yang ke-21. Lagu-lagu yang dibawa ke peringkat akhir ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Irama Malaysia & Etnik Kreatif, Balada dan Pop Rock.

Anugerah Juara Lagu ke-21 ini telah dibawakan secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil pada 21 Januari 2007 jam 9 malam melalui penyiar rasmi TV3 dan Hot FM. Anugerah tersebut diacarakan oleh pengacara Muzik-muzik, Cheryl Samad, yang digandingkan bersama Ally Iskandar dan Fara Fauzana.

Acara tersebut telah dimulakan dengan tradisi berjalan melalui permaidani merah pada 8.30 malam yang diacarakan oleh Awal Ashaari dan Aishah Sinclair untuk membicarakan fesyen yang dipakai para personaliti yang hadir. Penaja utama, L’Oreal Paris turut mengadakan "Anugerah Glam L’Oreal Paris" untuk personaliti yang paling menyerlah pada malam tersebut.

Tema[sunting | sunting sumber]

Pengambilan tema "Rentak Kita Rentak Dunia" merupakan kesinambungan tema daripada AJL tahun lepas iaitu "Evolusi Muzik Berterusan". Pemilihan tema tersebut adalah kerana pihak AJL mahu menjadi landasan dalam usaha menggalakkan penciptaan lagu yang lebih selari dengan aliran muzik dunia dengan mengekalkan identiti tempatan.

Malahan, melalui lagu yang dipertandingkan, penggubah tempatan telah menunjukkan kekreatifan mereka dalam menggabungkan pelbagai melodi, ritma dan susunan muzik walaupun usaha mereka untuk menembusi pasaran dunia tidak berhasil. Dengan usaha pemilihan tema ini, pihak TV3 berharap agar muzik tempatan turut dapat dinikmati oleh orang luar negara dan pihak antarabangsa.

Tema fesyen "fusion" telah dipilih oleh pereka fesyen dalam membuat pakaian personaliti untuk diperagakan malam tersebut. Antara pereka fesyen yang terkenal yang hadir pada malam tersebut ialah Datuk Bernard Chandran dan Hatta Dolmat.

Finalis[sunting | sunting sumber]

Untuk melihat senarai semi-finalis untuk Juara Lagu ke - 21 , sila lihat Separuh Akhir Muzik Muzik 21.

Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.

Berikut adalah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL:

Kategori Tajuk Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Petikan Album Label Keputusan
Irama Malaysia
Etnik Kreatif
"Hantaran Hati" Nik Nizam Rosminah Tahir Bos Yusof
Rosiah Chik ₵ (digantikan oleh Aspalela Abdullah
"Hantaran Hati"[1] LIFE Records - Maestro Finalis
Pop Rock "Juwita Citra Terindah" Mohamad Nasir Mohamed (M. Nasir) M. Nasir "Sang Pencinta" [2] Warner Music - Luncai Emas Juara Kategori
Balada "Ku Seru" Mohd Faizal Maas (Ajai) Habsah Hassan
Shuhaimi Baba
Misha Omar "Runut Bunyi Filem Pontianak Harum Sundal Malam II" [3] Sony Music - Pesona Pictures Finalis
Irama Malaysia
Etnik Kreatif
"Zapin Cinta SMS" Anuar Dahalan Kumpulan Senario
Adibah Noor
"Senario 5" [4] Universal Music - Monkey Bone / Ambang Klasik
Pop Rock "Diari Seorang Lelaki" Raizan Zainal Abidin (Neves) Kumpulan Pretty Ugly "Rockaholic" [5] KRU Records - EMI
Balada "Mungkir Bahagia" Norkamal Hazami Ahmad Norkamal Hazami Ahmad
Rozita Abdul Rani
Hazami "Kata" [6] Warner Music Persembahan Terbaik
Irama Malaysia
Etnik Kreatif
"Candak" Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) Lokman Ghani (Lokgha) Syura Badron
(digantikan oleh Siti Nordiana)
"Syahda Berdendang" [7] Fantasia Music City Finalis
Pop Rock "Lagu Jiwa Lagu Cinta" Mohamad Nasir Mohamed (M. Nasir) Rosli Khamis (Loloq) Mawi
M. Nasir
"Yang Tercinta" [8] LIFE Records - Maestro
Balada "Terlalu Istimewa" Azlan Abu Hassan Adibah Noor Adibah Noor "Terlalu Istimewa" [9] Adibah Noor Entertainment / Sony Music Juara
Juara Kategori
Vokal Terbaik
Irama Malaysia
Etnik Kreatif
"Warkah Buat Laila" Ayub Ibrahim Habsah Hassan Zahid Baharuddin "Wo!" [10] LIFE Records - Maestro Juara Kategori
Pop Rock "Tak Tercapai Akalmu" Aidit Alfian Ahmad Shahadrian Abdul Samad (Ad Samad) Elyana "Bicara Mata Ini" [11] Fantasia Music City Finalis
Balada "Secebis Harapan" Zulkifli Mahat Noorhafsah Khamis Nora Ariffin "Samudera-26 Seleksi Terbaik" [12] Warner Music

Pemenang[sunting | sunting sumber]

  • Juara Lagu: "Terlalu Istimewa" (Adibah Noor/Azlan Abu Hassan/Adibah Noor)
  • Kategori:
    • Irama Malaysia dan Etnik Kreatif: "Warkah Buat Laila" (Zahid/Ayob Ibrahim/Habsah Hassan)
    • Balada: "Terlalu Istimewa" (Adibah Noor/Azlan Abu Hassan/Adibah Noor)
    • Pop Rock: "Juwita Citra Terindah" (M. Nasir)
  • Vokal Terbaik: Adibah Noor ("Terlalu Istimewa")
  • Persembahan Terbaik: Hazami ("Mungkir Bahagia")

Penjurian[sunting | sunting sumber]

Trofi Anugerah Juara Lagu.

Penjurian lagu yang dipertandingkan adalah meliputi tiga kriteria iaitu kekreatifan, keaslian dan kesannya terhadap pendengar. AJL kali ini memperlihatkan enam buah anugerah untuk diberi. Selain pemenang setiap kategori yang akan membawa pulang hadiah bernilai RM 12,000 dan trofi, anugerah lain turut dipertandingkan bagi Persembahan Vokal Terbaik (RM 10,000 dan trofi), Persembahan Terbaik (RM 10,000 dan trofi) dan tentunya Juara Lagu yang akan membawa pulang RM 25,000 dan trofi.

Pengadilan bagi pemenang kategori dan keseluruhan diadili oleh juri profesional dari industri muzik tempatan berdasarkan CD album mereka. Bagi Persembahan dan Persembahan Vokal Terbaik, pengadilan ditentukan pada malam tersebut juga melalui persembahan yang diadili oleh set juri yang lain pula.

Berikut adalah barisan juri AJL21; - Ketua Juri: Azhar Borhan Panitia Lagu/Lirik:


Panitia Persembahan:

  • Hanizam Abdullah
  • Shaharuddin Mustaffa
  • Ning Baizura
  • Liza Hanim
  • Seelan Paul
  • Farisha Pawanteh
  • Anthony Firdauz Bujang.

Untuk merujuk senarai penuh juri-juri yang pernah dilantik sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai Jemaah Juri Anugerah Juara Lagu.

Krisis Penjurian Separuh Akhir Muzik Muzik 21[sunting | sunting sumber]

M. Nasir hampir menarik diri daripada bertanding dalam Separuh Akhir kategori Pop Rock ekoran kegagalan lagu "Nafas Cahaya" ciptaannya dan Rosli Khamis yang gagal mara ke peringkat akhir kategori Irama Malaysia seminggu sebelumnya, Nasir menyatakan ketidakpuasan hatinya ke atas mutu penjurian apatah lagi lagu tersebut tewas kepada lagu-lagu lain yang jauh lebih mudah penciptaannya [13]. Ramai peminat juga menyatakan rasa tidak puas hati gara-gara pemilihan 4 lagu kategori Pop Rock seolah tidak memihak kepada lagu-lagu berunsur R&B seperti "Caramu" (Nikki/Zahid) dan "Lemas" (Ruffedge) [14].

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Lagu "Hantaran Hati" pada asalnya adalah lagu gandingan Bob dan Allahyarhamah Rosiah Chik. Selepas Rosiah Chik meninggal dunia pada tahun 2006, Aspalela Abdullah telah diberi penghormatan untuk menggantikan tempat Rosiah Chik untuk membawakan lagu ini.
  • Bagi lagu "Zapin Cinta SMS", Adibah Noor dan setiap ahli kumpulan Senario memegang telefon bimbit yang menunjukkan mereka berSMS.
  • Elyana tidak memakai kasut ketika membuat persembahan "Tak Tercapai Akalmu" dengan konsep yang digelarnya "konsep suka hati".
  • Kumpulan Pretty Ugly adalah satu-satunya kumpulan kugiran yang bertanding di peringkat akhir kali ini.
  • Mawi dan M. Nasir telah mengenakan rambut palsu yang menarik minat dan mengejutkan ramai penonton.
  • Anugerah dimulakan dengan persembahan imbauan Juara Lagu yang pertama iaitu "Sekadar di Pinggiran" yang diberikan nafas baru gandingan bersama Francesca Peter, Man Kidal dan Kumpulan Quest dan disusun semula oleh penggubah Helen Yap.
  • Persembahan selingan menampilkan Ima (Bintang Mencari Bintang), Yassin, Joe Flizzow, Daly Ahli Fiqir, Akhbar, Ella, Noraniza Idris, Ruffedge, Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir (One In a Million).
  • Lagu "Candak" (Siti Nordiana) sebenarnya adalah milik penyanyi Syura.
  • Tahun ini menyaksikan pertama kalinya penampilan penyanyi bersuara lantang Adibah Noor, dan beliau terus cemerlang pada tahun pertama penglibatan beliau dalam sejarah Anugerah Juara Lagu selepas memenangi kategori vokal terbaik, juara kategori balada, dan juara lagu keseluruhan.
  • Ramli MS menyifatkan vokal Misha Omar ketika raptai layak berpotensi untuk memberi kemenangan Vokal Terbaik untuk penyanyi itu, namun ketika peringkat akhir Misha dikatakan tidak mencapai kualiti vokal seperti raptai.
  • Lagu nyanyian Misha Omar, Nafas Cahaya yang dicipta oleh M Nasir dan Loloq gagal mara ke peringkat akhir kategori Irama Malaysia dan Etnik Kreatif sedangkan lagu itu dikatakan amat berkualiti. 2 tahun selepas itu, pada Anugerah Industri Muzik ke 16 lagu Nafas Cahaya diangkat sebagai Lagu Terbaik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]