Anugerah Juara Lagu ke-23

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Anugerah Juara Lagu ke-23
TV3
Tarikh 18 Januari 2009
Tempat Stadium Putra Bukit Jalil
Pengacara Faizal Ismail
Cheryl Samad
Ally Iskandar
Juara Lagu Lagu Untukmu
nyanyian Meet Uncle Hussain
(gubahan: Taja dan Tass/
lirik: Taja, Tass dan Lan)
 < 2007 Anugerah Juara Lagu 2009 > 

Anugerah Juara Lagu ke-23 2008 (AJL 23) adalah sebuah anugerah terbitan TV3 yang bakal mempertandingkan lagu-lagu pencalonan Muzik-muzik yang disaringkan untuk membariskan 14 buah lagu terbaik ciptaan penggubah Malaysia pada tahun 2008 sebelum dinobatkan sebagai "Juara Lagu" yang ke-23. Lagu-lagu yang dibawa ke peringkat akhir ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Etnik Kreatif, Balada dan Pop Rock.

Malam anugerah gilang-gemilang ini diadakan pada 18 Januari 2009 di Stadium Putra Bukit Jalil pada jam 9 malam dan seperti biasa, dibawakan secara langsung melalui penyiar rasmi TV3. Tema Anugerah Juara Lagu 2008 ialah "Illuminasi Muzik". Pengacara yang mengendalikan malam anugerah ini ialah Faizal Ismail, Ally Iskandar dan Cheryl Samad.

"Lagu Untukmu" ciptaan dan dendangan kumpulan Meet Uncle Hussain dinobatkan sebagai Juara Lagu ke-23. Di samping itu, Faizal Tahir melakukan hatrik pada malam yang sama iaitu menggondol anugerah Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik dan Juara Kategori Balada untuk persembahan lagu Sampai Syurga.

Saringan separuh akhir[sunting | sunting sumber]

Saringan pada peringkat separuh akhir mempertandingkan 12 lagu bagi kategori Balada dan Pop Rock manakala 10 lagu bagi kategori Etnik Kreatif bagi kelayakan ke peringkat akhir. Kategori Etnik Kreatif dilangsungkan pada 28 November 2008 manakala kategori Balada adalah pada 5 Disember dan kategori Pop Rock adalah pada 12 Disember 2008. Peringkat separuh akhir ini akan diacarakan bersama oleh Cheryl Samad dan Faizal Ismail dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.[1]

Format pemarkahan bagi saringan separuh akhir berdasarkan markah persembahan pada malam tersebut dengan markah penilaian lagu yang dibuat sebelum persembahan bagi mendapat markah keseluruhan. Bagi yang mendapat markah tertinggi, mereka adalah layak untuk ke peringkat akhir dan akan melakukan persembahan bagi merebut gelaran tertinggi iaitu "Juara Lagu".

Berikut merupakan lagu-lagu yang dipertandingkan dalam Separuh Akhir Muzik Muzik 2008 (nama pemenang diwarnai emas):

Etnik Kreatif

# Lagu Artis Komposer Lirik
1 Doa Dalam Lagu Mawi & Heliza Ajai Loloq
2 Lambaian Fazli Zainal Sang Dewi Ahmad Fedtri Yahya
3 Dusta Berkalang Aiman Hafiz Hamidun Ahmad Fedtri Yahya
4 Persoalan Cinta Farahwahida Julfekar Ku Seman/Izza Rosley
5 Songo Amy Search Edrie Hashim Ahmad Farid
6 Panas Ifa Raziah Cat Farish Cat Farish/Adeeb
7 Pujangga Merindu Syura Raden Sri Hairul Anuar Harun
8 Jarak Rindu Azfar M. Nasir Seth
9 Puteri Tarian Kasih Anis Aneesa Adnan Abu Hassan Faris
10 Mengharap Sinar Dior Dior/Khairafik Dior

Balada

# Lagu Artis Komposer Lirik
1 Sampai Syurga Faizal Tahir Audi Mok Faizal Tahir
2 Bila Nak Saksi Spider Tam Spider Loloq
3 Dingin* Ziana Zain Azlan Abu Hassan Azalea
4 Sejauh Ini Dina Sharon Paul Ahmad Fedtri Yahya
5 Teman Terulung Anuar Zain Azalea Azalea
6 Hanya Di Mercu Ayu Aubrey Suwito Habsah Hassan
7 Ada Untukmu Nubhan Zetty Abie Abdullah
8 Tanpa 6ixth Sense Gjie Wan
9 Bila Terasa Rindu Dafi Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim
10 Cinta Terhalang Bob Sharon Paul Shimy
11 Cuba Faizal Tahir Audi Mok Faizal Tahir
12 Lagu Kita Aizat Aizat Aizat

Pop Rock

# Lagu Artis Komposer Lirik
1 Kalis Rindu Elyana Aidit Alfian Ad Samad
2 Mila Bila Cinta Mila Audi Mok Ad Samad
3 Separuh Masa The Lima Edry Abd Halim Edry Abdul Halim
4 Bukti Fiq Tony Iskandar Loloq
5 Cinta Si Rama-Rama Hattan Edrie Hashim Edrie Hashim
6 Lagu Untukmu Meet Uncle Hussain Taja, Tass, Lan Taja, Tass
7 Yang Pernah Estranged Estranged Estranged
8 Mabuk Spider Tam Spider Loloq
9 Bukan Di Sini** Sofaz Sofaz Sofaz
10 Aku Lebih Tahu Mila Ajai Loloq
11 Aku Stacy Stacy Intan Norul Azlin Intan Norul Azlin, Layla Ismail
12 Rimas The Fabulous Cats Cat Farish Roxy Tail


^*  Lagu Dingin asalnya tidak berjaya dari Kategori Balada di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik, tetapi layak ke AJL 2008 secara mengejut pada saat-saat akhir di separuh akhir Pop Rock.[2]

^**  Tempat yang diambil lagu "Bukan Di Sini" asalnya diberi kepada lagu "Ku Merindu" ciptaan dan lirik Datuk Syed Elias Syed Ahmad yang dirakam oleh Ella dan Syed Fadhley Shah, tetapi dimaklumkan bahawa Ella terpaksa menarik diri gara-gara terpaksa berdepan dengan "komitmen" lain yang ditetapkan terdahulu pada hari pertandingan.[3]

Acara[sunting | sunting sumber]

Pembukaan[sunting | sunting sumber]

Malam acara dilaporkan dihadiri 15,000 orang penonton di Stadium Putra.[4] Tepat pukul 9 malam, bermulanya siaran langsung di TV3 yang dimulakan dengan kata-kata pembuka oleh suara latar, persembahan hip-hop oleh kumpulan One Nation Emcees mengumumkan senarai lagu yang bertanding bergaya rap.

Ally Iskandar, Cheryl Samad dan Faizal Ismail muncul di pentas untuk ucapan pembukaan mereka. Di tengah-tengah keceriaan ucapan, mereka sempat meluangkan masa untuk meratapi kesengsaraan yang dialami penduduk Gaza, yang terdiri daripada bersunyi selama seminit dan rayuan kepada penonton untuk menghulurkan derma kepada Tabung NSTP untuk Gaza.

Pertandingan[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah kesemua 14 persembahan lagu yang dipertandingkan mengikut urutan:

Urutan
Lagu
Kategori
Persembahan
Gubahan
Lirik
Catatan
1 Bukan Di Sini Pop Rock Sofaz Sofaz Sofaz
2 Lagu Kita Balada Aizat Aizat Aizat Ketika membuat persembahan, pada jaket di bahagian dada kanan Aizat kelihatan lencana yang tertera perkataan "WAR".
3 Dusta Berkalang Etnik Kreatif Aiman Hafiz Hamidun Ahmad Fedtri Yahya
4 Cuba Balada Faizal Tahir Audi Mok Faizal Tahir Ini merupakan kemunculan sulung Faizal di pentas AJL, setelah gagal di edisi tahun sebelumnya akibat dilarang muncul secara langsung di kaca TV awal tahun lepas.
5 Yang Pernah Pop Rock Estranged Estranged Estranged Keempat-empat ahli kumpulan ini muncul di pentas dalam kurungan kertas putih. Richael Lawrence Gimbang muncul lebih awal untuk memulakan nyanyian; tiga ahli lain pula memecah keluar ketika pertengahan lagu.
6 Hanya Di Mercu Balada Ayu Aubrey Suwito Habsah Hassan Inilah penampilan pertama Ayu di pentas AJL semenjak menjuarai pertandingan One in a Million (musim kedua) pada tahun 2008.
7 Doa Dalam Lagu Etnik Kreatif Zahid dan Heliza Ajai Loloq Penyanyi asal ialah Mawi dan Heliza. Mawi tidak dapat hadir kerana berbulan madu bersama Ekin di Korea.[5]
8 Sampai Syurga Balada Faizal Tahir Audi Mok Faizal Tahir Dalam penampilan keduanya, Faizal membuka persembahan dengan adegan solekan dan persalinan dengan disertai kumpulan koir di pertengahan pertunjukan.
9 Bila Nak Saksi Balada Spider Tam Spider Loloq
10 Aku Stacy Pop Rock Stacy Intan Norul Azlin Intan Norul Azlin dan Laila Ismail
11 Dingin Balada Ziana Zain Azlan Abu Hassan Azalea Inilah kemunculan ketujuh Ziana di pentas AJL, yang kali terakhir muncul pada tahun 2002 dengan lagu Menadah Gerimis menang bagi kategori balada.
12 Lagu Untukmu Pop Rock Meet Uncle Hussain Taja dan Tass Taja, Tass dan Lan Dalam penampilan pertama mereka di pentas AJL, kesemua ahli MUH bersolekkan badut di separuh muka.
13 Persoalan Cinta Etnik Kreatif Farawahida Julfekar dan Ku Seman Izza Rosley Persembahan ini diberati unsur-unsur kebudayaan Cina, yang disebutkan kali pertama unsur kecinaan ditampilkan dalam sejarah AJL.
14 Kalis Rindu Pop Rock Elyana Aidit Alfian AD Samad Elyana menjadi penyanyi pertama yang menyanyi secara duduk sepanjang persembahan. Elyana beraksi duduk di atas tangga setinggi 2 meter sambil diiringi komposer lagunya. Dikhabarkan, ketika bertanding Elyana masih belum pulih rawatan tradisional setelah dikhuatiri terkena buatan orang.

Interlud atau persembahan selingan yang dipersembah memaparkan artis yang pernah muncul dalam juara lagu. Persembahan dilakukan secara tiga orang penyanyi kanak-kanak yang dicungkil dari rancangan Idola Kecil, membuka lagu untuk tiga orang penyanyi asal masing-masing, diserikan penari latar. Wada membuka lagu "Gemilang" untuk Jaclyn Victor; Haqiem memulakan "Gadis Melayu" sebelum disambung oleh Jamal Abdillah; Hafiz pula berlagu "Andalusia" untuk M. Nasir; diakhiri dengan ketiga-tiga penyanyi kanak-kanak membuka lagu "Isabella" (Search) sebelum diiringi semua artis jemputan dan penari yang menyanyi bersama.

Keputusan[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai pemenang lengkap dan hadiah masing-masing (mengikut urutan pengumuman):

Penyanyi (trofi dan wang tunai RM10,000 setiap satu)
  • Persembahan Terbaik: Faizal Tahir ("Sampai Syurga")
  • Vokal Terbaik: Faizal Tahir ("Sampai Syurga")
Kategori (trofi dan wang tunai RM12,000 setiap satu)
Juara Lagu (trofi dan wang tunai RM25,000)
"Lagu Untukmu" (Meet Uncle Hussain / Taja / Tass / Lan)

Seperti yang biasa dilakukan Juara-Juara Lagu sebelum ini, kumpulan Meet Uncle Hussain memikul tanggungjawab mendendangkan semula "Lagu Untukmu" selaku Juara Lagu sebagai penutup tirai malam penanugerahan.

Kritikan[sunting | sunting sumber]

AJL 23 menghadapi kritikan apabila dituduh mengamalkan sikap pilih kasih apabila tiga lagu kategori Balada dari Ayu dan Faizal Tahir, dua artis lepasan rancangan realiti One in a Million di 8TV yang dinaungi Media Prima bersama TV3, layak ke AJL sedangkan lagu Dingin oleh Ziana Zain yang dikatakan lebih bagus berbanding lagu-lagu tersebut dalam kategori yang sama gagal pula. Walaupun begitu, lagu Dingin dilayakkan di saat akhir pada malam separuh akhir kategori Pop Rock, setelah didapati "berada di tangga ke-14 terbaik di kalangan semua lagu di separuh akhir, lebih baik berbanding calon lagu Pop Rock yang lain," berasaskan keputusan pengadil.[6]

Jelas Ketua Pegawai Eksekutif TV3 Dato' Amrin Awaluddin mengenai perihal ini, "Kami memang amat peka dan sensitif terhadap perkara-perkara seperti ini. Jika dikatakan pihak AJL mengamalkan kronism, lagu Shila, “Memori Tercipta” tidak berjaya pula ke peringkat akhir AJL23 walaupun ia popular. Ini kerana bagi panel juri, lagu tersebut tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.[7] Andai kami tidak telus, sudah pasti lagu itu juga melepasi senarai peserta akhir. Berdasarkan ulasan daripada juri profesional yang terbabit dalam penjurian pada peringkat separuh akhir Muzik Muzik, dua lagu nyanyian Faizal selain Ayu adalah antara sentuhan yang menerima markah terbaik daripada mereka".[8]

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Faizal Tahir merupakan artis lelaki pertama dan artis kelima selepas Amy Mastura, Siti Nurhaliza, Noraniza Idris dan Jaclyn Victor yang layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu dengan 2 lagu dalam satu kategori. Namun ia sebenarnya merupakan penyertaan 2 buah lagu dalam satu kategori yang sama ke peringkat akhir buat kali kedua untuk Faizal, cuma bezanya tahun lalu beliau diwakili oleh penyanyi gantian (Fiq & Bob) atas masalah penggantungan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
  • Farawahida, Heliza, Aiman adalah antara finalis muda yang pertama kali beraksi dalam kategori Irama Malaysia & Etnik Kreatif.
  • 4 buah band layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 2008 sekali lagi memecah sejarah pembabitan band ke AJL seperti tahun sebelumnya kecuali (1998, 1999, 2000, 2005). Mereka turut terlibat secara langsung dalam penulisan lagu dan lirik.
  • Azlan Abu Hassan merupakan komposer yang paling konsisten dalam sejarah pembabitan beliau dalam sejarah AJL apabila layak ke peringkat akhir AJL buat kali ke-6 berturut-turut sejak tahun 2003. Sebelum itu Azlan pernah bertanding pada tahun 1999 dan 2001.
  • Ziana Zain merupakah artis paling senior beraksi di pentas AJL kali ini untuk kali ke-7 (AJL 1992, 1996, 1997, 1998, 1999, 2002). Ini penyertaan pertama Ziana setelah mencecah usia 40 tahun.
  • Stacy pula merupakan artis paling muda beraksi (18 tahun).
  • Rekaan set pentas untuk AJL 23 adalah lebih kurang sama dengan rekaan set pada AJL 22, tahun lepas

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Norliza Mohamad Zakaria (2008-11-26). "AJL23: Dominasi penyanyi realiti". Utusan Malaysia. 
  2. Serimah Mohd Sallehuddin (2008-12-15). "Terkejut Dingin ke final AJL". Berita Harian. Diperoleh pada 2008-12-20. 
  3. Rudy Imran Shamsudin. "Shah kecewa, tarik diri". Harian Metro. Diperoleh pada 2009-01-23. 
  4. "AJL23 gempak habis!". mStar. 2009-01-19. Diperoleh pada 2009-01-24. 
  5. "Mawi, Ekin enggan terlalu terdedah". Utusan Malaysia. 2008-01-13. Diperoleh pada 2009-01-16. 
  6. Radin Sri Ghazali (2009-01-09). "Why 'Dingin'". New Straits Times. Diperoleh pada 2009-01-16. 
  7. Wahida Asrani (2009-01-07). "Debaran AJL23 bermula, bakal tampilkan tema Iluminasi Muzik". mSTAR. Diperoleh pada 2009-01-16. 
  8. Zul Husni Abdul Hamid (2009-01-09). "Penjurian sangat sensitif". Berita Harian. Diperoleh pada 2009-01-16. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]