Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Juara Lagu 1995 ialah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu" bagi tahun 1995. Malam pertandingan ini telah diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Anugerah ini telah diacarakan oleh Azwan Ali, Fauziah Ahmad Daud dan Iwan (Sinaran Pasport Kegemilangan). Anugerah kali ini juga telah melakukan lintas lansung di beberapa buah bandar lain antaranya Alor Setar, Kuching dan Kuala Terengganu bersama Maya, Syajirin dan Mamat (Exist).
Kategori Balada [sunting]
- "Cinta Beralih Arah" : Aishah
- "Di Persimpangan Dilema" : Nora
- "Lamunan Terhenti" : Aris Ariwatan
- "Di Pintu Mahligai" : Kumpulan Iklim
Kategori Pop Rock [sunting]
- "Seribu Impian" : Casey (Aubrey Suwito / Tessh R. S)
- "Meniti Hari" : Amy Mastura
- "Di Bayang Awan" : Awie
- "Kau dan Aku" : Kumpulan Kool - menggantikan Ning Baizura
Kategori Irama Malaysia [sunting]
- "Cinta Dangdut" : Masleena (menggantikan Ayati Tasrip)
- "Manis Masa Bercinta" : Haida
- "Diari Y.B." : N.D. Lala
- "Joget Senandung Dua" : Rosiah Chik
- Juara Keseluruhan: "Cinta Beralih Arah" - (Aishah / Jari / Habsah Hassan)
- Juara Kategori:
- Irama Malaysia: "Diari Y.B." - N.D. Lala
- Balada: "Cinta Beralih Arah" - Aishah
- Pop Rock: "Kau dan Aku" - Kumpulan Kool
- Persembahan Terbaik: Aishah - "Cinta Beralih Arah"
Persembahan selingan [sunting]
Persembahan selingan kali ini memaparkan bakat lakonan, tarian dan nyanyian Aznil yang lincah diiringi kumpulan yang digelar "The Gambit". Mereka mengembalikan imbauan AJL sempena sedekad Anugerah Juara Lagu dengan menunjukkan bagaimana dia merosakkan persembahan lagu-lagu AJL yang terbaik. Antaranya adalah dari persembahan "Janji Manismu". Aznil merampas beg daripada "Aishah" dan mengeluarkan benda dari dalam beg tersebut dan benda itu adalah barang dapur seperti kuali, lesung batu dan mesin pengisar! Penutup persembahan tersebut adalah Aznil menyanyikan lagunya yang bertajuk "Kaulah Bintang" sebagai dedikasi kepada pejuang seni muzik.
- Dua lagu tidak dinyanyikan oleh penyanyi asal pada anugerah kali ini iaitu "Cinta Dangdut" (Ayati Tasrip) dan "Kau dan Aku" (Ning Baizura).
- Rosiah Chik merupakan penyanyi veteran pertama yang bertanding masuk dalam Anugerah Juara Lagu.
- N.D. Lala dan Aishah saling bantu-membantu dalam prop persembahan masing-masing.
|
|
|
|
|
|
| 1980-an |
|
|
| 1990-an |
|
|
| 2000-an |
|
|
| 2010-an |
|
|
|
Perhatian: Tahun merujuk kepada tahun kelayakan, bukan tahun acara diadakan.
|
|