Separuh Akhir Muzik Muzik 20

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Separuh Akhir Muzik Muzik 20 ialah sebuah program televisyen yang ditayangkan di TV3 sebagai sebahagian daripada proses penentuan juara dalam program mingguan Muzik Muzik di mana ia diadakan selama tiga pusingan bagi menentukan lagu mana yang layak bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-20. Kesemua lagu yang dipertandingkan adalah lagu-lagu popular ciptaan tempatan sepanjang tahun 2005.

Senarai lagu Semi-Finalis Muzik Muzik 20[sunting | sunting sumber]

Buat pertama kali, Muzik Muzik menambah kuota lagu ke peringkat separuh akhir kepada 12 buah lagu bagi setiap kategori sempena sambutan 20 tahun AJL. Dengan cara ini lebih banyak lagu dapat diberi pendedahan dan penghargaan kepada umum. Namun begitu penambahan kuota ini diumum selepas senarai 10 buah lagu dihebahkan kepada media lalu menjadi topik panas apabila terdapat 3 buah lagu daripada 6 lagu tambahan (wildcard) itu layak ke AJL serta mendapat spekulasi campurtangan politik dalaman. Lebih malang lagi, khabar angin mengatakan 5 buah lagu bakal dipilih (menjadikan 15 lagu ke peringkat akhir) tidak menjadi kenyataan apabila penganjur hanya memilih 4 buah lagu sebagaimana kuota asal.

Sempena peringkat separuh akhir, TV3 juga membuka undian pilihan popular secara SMS di mana ia dimenangi oleh lagu "Tangisan Dalam Kerinduan" (Adnan Abu Hassan/Farah Anuar) . Namun, lagu itu gagal melangkah ke peringkat Anugerah Juara Lagu ke-20.

Kategori Irama Malaysia dan Etnik Kreatif (15 November)[sunting | sunting sumber]

Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Nota
"Semalakama" Pak Ngah Che'kem Zehra Zambri
"Ayuh Juragan" Noraniza Idris Ahmad Fedtri Yahya Noraniza Idris
"Taat" Rosli Selasih Tok Wan Rohana Jalil Wildcard SFMM
"Aduh Saliha" M. Nasir Rosli Khamis Mawi
"Binafsha" Trabye Waheeda Waheeda
"Dendang Sahutan" To'ki & Andy To'ki To'ki & Andy
"Benang Emas" Eddie Hamid Ku Seman Ku Hussein Achik & Nana
"Gurindam Sang Puteri" Pak Ngah Siso Syazliana
"Joget Manis Musim Bercinta" S. Atan Siso Nas Adila Wildcard SFMM
"Nurul Ain" Adnan Abu Hassan Faris Rayna Hairina
"Senang Tari" Farihin Abdul Fattah Ain & Alia Elkine Ning Baizura
"Goyang Habibi" Cat Farish Cat Farish Kumpulan Ruffedge

Kategori Balada (16 November)[sunting | sunting sumber]

Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Nota
"Awan Yang Terpilu" Lin Li Zhen Loloq Ning Baizura
"Wajah" Othman Mohamed Habsah Hassan Jaclyn Victor Wildcard SFMM
"Elegi Sepi" Azlan Abu Hassan Julfekar Azharina Azhar
"Gemilang" Aubrey Suwito Asmin Mudin Jaclyn Victor
"Dedebu Cinta" Azlan Abu Hassan Ishak Ahmad (Ucu) Misha Omar
"Tiada Lagi Tangisan" Adnan Abu Hassan Mohariz Yaakob Aishah Misha Omar merupakan penyanyi asal lagu ini.
"Tangisan Dalam Kerinduan" Adnan Abu Hassan Adnan Abu Hassan Farah Anuar Lagu Popular Pilihan SMS SFMM
"Tangisan Marhaenis" M. Nasir Loloq Hattan dan Dia Fadila
"Cinta Seorang Teman" Adnan Abu Hassan Faris Bob Yusrizan Wildcard SFMM
"Memori Bahagia" Adnan Abu Hassan Faris Sahri
"Langit Ketujuh" Azmeer (Master G) Marsha Sharifah Zarina
"Bila Rindu" Azan Addin Azan Addin Kumpulan Ruffedge

Kategori Pop Rock (17 November)[sunting | sunting sumber]

Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Nota
"Tak Tahu" Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim Adam Wildcard SFMM
"Kata" Hazami Hazami/Tris Zainol Abidin/Arab Hazami
"Gaia" Pacai Zainal Abidin Zainal Abidin
"Pop Ye Ye" V.E Zaf & Cham Kumpulan V.E
"Cinta Dewa Dewi" M. Nasir Loloq Kumpulan Spider
"Senyuman Ragamu" Eddie J. Herwan Eddie J. Herwan & Radhi Razali Kumpulan Gerhana Ska Cinta dan Radhi Razali
"Message Girl" Damien Mikail Damien Mikail Kumpulan V.E
"Wo" Audi Mok Shazee Ishak Zahid Baharuddin Wildcard SFMM
"Rahsia" Fathullah Fathullah Kumpulan Flop Poppy
"Milikku" Cat Farish Cat Farish Zahid Baharuddin
"Dayang Sayang Kamu" Cat Farish Cat Farish Dayang Nurfaizah menampilkan Cat Farish
"Kasihnya Laila" Mala Pak One Kumpulan Jinbara
  • Lagu yang ditebalkan adalah lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke-20.
  • Lagu yang bertanda 'Wildcard SFMM adalah lagu-lagu yang dimasukkan pada saat akhir untuk Separuh Akhir Muzik Muzik bagi merebut tempat ke Anugerah Juara Lagu.

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]