Bangsa Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Orang Jepun
日本人
Japanese people of all ages.jpg
Jumlah penduduk
Kira-kira 130 juta
Kawasan ramai penduduk
Bendera Jepun Jepun      127 juta
Populasi Nikkei yang penting di:
Bendera Brazil Brazil 1,400,000 [1]
Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat 1,200,000 [2]
Bendera Filipina Filipina 150,000
Bendera Republik Rakyat China China 99,000 [3]
Bendera Kanada Kanada 85,000 [4]
Bendera Peru Peru 81,000 [5]
Bendera United Kingdom United Kingdom 51,000 [6]
Bendera Jerman Jerman 34,000 [7]
Bendera Argentina Argentina 30,000 [8]
Bendera Australia Australia 27,000 [9]
Bendera Singapura Singapura 23,000 [10]
Bendera Mexico Mexico 20,000 [11]
Bendera Republik China Republik China 16,000 [12]
Bendera Korea Selatan Korea Selatan 15,000 [13]
Bahasa

Jepun

Agama

Shinto, Buddha, kelompok-kelompok sekular yang besar


Orang Jepun (日本人 Nihonjin, Nipponjin?) merupakan suku etnik yang dikenal pasti sebagai mengamalkan budaya atau berketurunan Jepun. Istilah ini juga merujuk kepada orang yang memegang kewarganegaraan Jepun. Di seluruh dunia terdapat kira-kira 130 juta orang berketurunan Jepun; antaranya, lebih kurang 127 juta orang merupakan penduduk negara Jepun. Orang berketurunan Jepun yang tinggal di negara lain digelar Nikkeijin (日系人?). Istilah "orang Jepun" juga digunakan dalam sesetengah konteks untuk merujuk kepada satu lokus suku kaum yang termasuk orang Yamato, Ainu, dan Ryukyu.

Budaya[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Budaya Jepun

Budaya Jepun telah banyak berevolusi selama bertahun-tahun, sejak budaya Jōmon asal negara tersebut sehinggalah budaya campuran masa kini yang menggabungkan pengaruh dari Asia, Eropah dan Amerika. Begitu juga, budaya Jepun mempengaruhi estetika negara-negara lain, dalam bidang-bidang dari lukisan impresionis hinggalah buku komik dan permainan video.

Bahasa[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Bahasa Jepun

Bahasa Jepun merupakan bahasa ibunda kebanyakan orang Jepun di dunia. Bahasa ini merupakan satu ahli famili bahasa Japonik yang sering dianggap sebagai bahasa terasing, meskipun juga berkaitan dengan bahasa Ryukyu di Okinawa. Bahasa Jepun ditulis dengan sistem tulisan tiga komponen yang berpuncakan aksara Cina. Orang Jepun di tanah air mereka menggunakan bahasa Jepun dalam interaksi harian. Kadar celik huruf bagi orang dewasa di Jepun mencecah 99%;[1] namun begitu, ini mungkin tidak mencerminkan kadar celik huruf yang tepat kerana kerumitan sistem tulisan Jepun.[2]

Agama[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Agama di Jepun

Kegamaan di Jepun merupakan gabungan elemen-elemen agama Buddha dan Shinto. Agama Shinto ialah agama politeistik yang tidak memepunyai kitab kanun agama dan merupakan agama tradisi Jepun. Shinto pernah merupakan salah satu faktor penting bagi hak untuk menaiki taktha kerabat diraja Jepun, dan dikodifikasi sebagai agama kebangsaan pada tahun 1868 (Shinto Kebangsaan dimansuhkan oleh pendudukan Amerika pada tahun 1945). Agama Buddha Mahayana tiba di Jepun pada abad keenam dan berevolusi menjadi pelbagai mazhab berlainan. Kini mazhab terbesar agama Buddha di Jepun ialah mazhab Jodo Shinshu yang diasaskan oleh Shinran.

Menurut CIA World Factbook, apabila ditanya mengenai agama mereka, kebanyakan orang Jepun (84%) menganut kedua-dua agama Shinto dan Buddha. Kepentingan keagamaan orang Jepun kebanyakannya lebih cenderung kepada mitos, tradisi dan kegiatan kejiranan berbanding sumber tunggal pedoman akhlak bagi hidup seseorang. Konfusianisme atau Taoisme kadang-kala dijadikan asas prinsip moral.

Kesusasteraan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kesusasteraan Jepun
Anak patung Momotarō,
watak sastera dan cerita rakyat Jepun.

Sesetengah genre kesusasteraan berasal daripada dan sering dikaitkan dengan masyarakat Jepun. Ini termasuklah haiku, tanka, dan I Novel, namun kebanyakan pengarang zaman sekarang tidak mengamalkan gaya-gaya sedemikian. Dalam sejarah, kebanyakan kerya-karya ini telah mencuba untuk menangkap atau mengekod nilai-nilai dan estetika budaya Jepun tradisional. Antara karya-karya sedemikian yang terkenal termasuk Cerita Genji oleh Murasaki Shikibu (1021) yang mengenai budaya diraja zaman Heian; Buku Lima Gelang oleh Miyamoto Musashi (1645) yang menceritakan strategi ketenteraan; Oku no Hosomichi oleh Matsuo Bashō (1691), sebuah travelog; dan esei Junichiro Tanizaki berjudul "Pujaan Bayangan" (1933) yang membandingkan budaya Timur dan Barat.

Berikutan pembukaan Jepun kepada dunia Barat pada tahun 1854, sesetengah karya yang memakai gaya sebegini ditulis dalam bahasa Inggeris oleh rakyat Jepun; termasuklah Bushido: The Soul of Japan oleh Nitobe Inazo (1900) yang membincangkan etika samurai, dan The Book of Tea oleh Okakura Kakuzo (1906) yang menangani implikasi falsafah upacara teh Jepun. Para pemerhati Barat juga sering cuba menilai masyarakt Jepun, dipulangkan dengan pelbagai hasil kajian; salah satu karya yang paling dikenali dan banyak kontroversi hasil daripada kajian sebegini ialah The Chrysanthemum and the Sword oleh Ruth Benedict (1946).

Pengarang Jepun abad ke-20 mencatat perubahan dalam masyarakat Jepun melalui karya mereka. Antara pengarang sedemikian yang terkenal termasuk Natsume Sōseki, Junichiro Tanizaki, Osamu Dazai, Yasunari Kawabata, Fumiko Enchi, Yukio Mishima, dan Ryotaro Shiba. Di Jpun masa kini pengarang masyhur seperti Ryu Murakami, Haruki Murakami, dan Banana Yoshimoto disanjung tinggi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. United States CIA factbook. Dicapai 2007-01-15.
  2. Galan, C. (2005). Learning to read and write in Japanese (kokugo and nihongo): a barrier to multilingualism? International journal of the sociology of language, Issue 175-176

Pautan luar[sunting | sunting sumber]