Battle B-Daman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Battle B-Daman
B-伝説 バトルビーダマン (Bī-Densetsu! Batoru Bīdaman)
Genre Pengembaraan, komedi, sukan


Manga
Pengarang Eiji Inuki
Penerbit Shogakukan
Demografi Shōnen
TV anime
Pengarah Mitsuo Hashimoto
Studio Nippon Animedia, Synergy Japan (FX komputer), Heewon Entertainment, Sonokong
Penyiaran Bendera JepunTV Tokyo
Bendera Korea SelatanKBS
Bendera Amerika SyarikatCartoon Network, G4
Bendera KanadaTeletoon, YTV
Bendera Republik ChinaCartoon Network
Bendera Hong Kong Nickeloden
Bendera Costa Rica Animax
Bendera FilipinaCartoon Network, QTV 11
Bendera MalaysiaAstro Ria, ntv7 , Astro Prima Astro Ceria
Bendera ThailandModern Nine TV
Portal Anime dan Manga

Battle B-Daman atau Battle B'Daman (B-伝説 バトルビーダマン Bī-Densetsu! Batoru Bīdaman?, "B-Legenda! Battle B-Daman") ialah sebuah siri anime dan manga karya Eiji Inuki yang disiarkan buat julung kali pada Januari 2004 di Jepun, menggantikan Beyblade di slot waktunya. Battle B-Daman juga disiarkan di Malaysia melalui saluran Astro Ceria (2007) , ntv7 (2008) , Astro Ria (2009) dan Astro Prima (2009).

Seperti mana Beyblade berasaskan permainan gasing, Battle B-Daman boleh disifatkan sebagai permainan guli yang didramatiskan.

[sunting] Plot

Battle B-Daman mengisahkan Yamato Daiwa dan mainan Cobalt Blade miliknya yang berlegenda. Dia bersama rakan-rakannya menggunakan sukan B-Daman untuk menentang kumpulan Shadow. Rancangan ini berlatarkan alam B-Daman World yang penduduknya terdiri daripada manusia, haiwan bersifat manusia, dan robot. Dengan menggunnakan B-Daman yang penuh lagenda, Yamato menyertai sebuah peraduan yang dianjurkan JBA untuk merebut gelaran juara B-Daman. Bagaimanapun, Yamato tetap terpaksa berlawan dengan kumpulan Shadow.

[sunting] Watak utama

Daiwa Yamato (大輪ヤマト?)
Watak utama siri ini yang pernah dibesarkan kucing liar sehingga berusia lima tahun apabila ibu angkatnya Mie menemuinya lalu menjaganya. Dia menggunakan B-Daman Cobalt Blade (yang kemudian dinaik taraf menjadi Cobalt Saber, Cobalt Saber Fire, Cobalt Blaster, dan Cobalt Blaster Drive Cannon). Nama Yamato bersempena nama lama negara Jepun.
Gray Michael Vincent (グレイ・マイケル・ビンセント?)
Seorang kawan Yamato yang gagah. Dia pernah menyertai kumpulan Shadow kerana ingin menyelamatkan adiknya Liena dari mereka. Dia menggunakan B-Daman Chrome Zephyr (yang kemudian dinaik taraf menjadi Chrome Raven, Chrome Raven Cyclone, Chrome Harrier dan Chrome Lancer).
Bull Borgnine (ブル・ボーグナイン?)
Bull mempunyai tiga keperibadian: satu yang tenang dan lurus, satu yang yakin dan satu lagi yang ganas apabila menggunakan B-Damannya.
Daiwa Mie (大輪ミエ?)
Ibu angkat Yamato yang menjaganya sejak berusia 17 tahun. Dia membuka restoran dalam bangunan berbentuk kucing.
Lienna Grace Vincent (リエナ・グレース・ビンセント?)
Adik kembar Gray yang ditawan oleh kumpulan Shadow lalu dijadikan seorang pemain B-Daman yang kuat.
Tsubakura Tsubame (燕ツバメ?)
Seorang pemain B-Daman yang kelihatan seperti gadis, tetapi sebenarnya lelaki.
Armada (アルマーダ?)
Mahaguru B-Daman lagenda yang berupa kucing gergasi.
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain