Bayangan Maut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bayangan Maut
Poster keluaran tayangan
PengarahYusof Haslam
PenulisYusof Haslam
Lakon layarYusof Haslam
Dihasilkan olehYusof Haslam
Dibintangi
Disunting olehSalehan Samsudin
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
1 Januari 1991
Masa tayangan
108 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM1.1 juta

Bayangan Maut[1] (juga dikenali sebagai The Shadow of Death untuk pasaran antarabangsa) ialah filem aksi Malaysia tahun 1991 dan dibintangi oleh Noorkumalasari serta Yusof Haslam yang juga selaku pengarah filem ini. Filem ini ditayangkan pada 1 Januari 1991 dan ia merupakan filem sulung arahan Yusof terbitan Skop Productions. Ia juga merupakan satu daripada tiga filem terakhir lakonan A. Rahim sebelum meninggal dunia pada 1992. Bayangan Maut menerima dua anugerah di Festival Filem Malaysia ke-9 bagi kategori Suntingan Terbaik dan Anugerah Khas Juri dan penyertaan di Festival Filem Antarabangsa Pyongyang ke-3 di Pyongyang, Korea Utara.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

ASP Razlan, Inspektor Farah, Detektif Inspektor Razif dan Sally merupakan anggota Unit Task Force Polis Diraja Malaysia diketuai oleh Superintenden Mansor, diberi tugas untuk menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dan penyeludupan senjata api antarabangsa yang diketuai oleh Taji Samprit. Razlan seorang duda melamar Farah demi kebahagiaan anaknya tetapi Farah belum memberi kata putus. Farah juga menghadapi masalah dengan adiknya Ella, seorang penyanyi rock yang menyebabkan adiknya keluar dari rumah dan tinggal bersama Eddie, seorang anak hartawan. Hubungan Farah dan Razlan semakin erat. Mereka merancang untuk berkahwin sebaik saja kes yang dikendalikan selesai. Mereka berdua menjadi sasaran kecelakaan tidak diduga yang berlaku sebelum Razlan dan Farah berkahwin.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

  • Noorkumalasari sebagai Inspektor Farah
  • Yusof Haslam sebagai ASP Razlan, Seorang duda dan ketua Strike Team dibawah Supt Mansor
  • Sabree Fadzil sebagai Detektif Inspektor Razif
  • Ella sebagai Ella, Adik Inspektor Farah yang tidak menyukai kakaknya dan teman wanita Eddie
  • Faizal Hussein sebagai Eddie, teman lelaki Ella dan anak kepada Farid
  • A. Galak sebagai Taji Samprit, Ketua sindiket dadah

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

  • Salbiah Maisarah sebagai Detektif Inspektor Linda
  • Norshuhaiba Kamaruddin sebagai Sharina, anak ASP Razlan
  • A. Rahim sebagai Jinggo, orang kanan Taji Samprit
  • Sidi Oraza sebagai Pengawal peribadi Taji Samprit
  • Kuswadinata sebagai Pengawal peribadi Taji Samprit
  • DSP Roslan Ahmad sebagai Superintenden Mansor
  • Ishak Raja Etam sebagai Anggota Polis
  • Noorizan sebagai Ibu Inspektor Farah dan Ella
  • Mahyon Ismail sebagai Ibu ASP Razlan
  • Osman Zailani sebagai Farid, Ayah Eddie

Pelakon undangan[sunting | sunting sumber]

Penyanyi jemputan[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Bayangan Maut merupakan filem sulung terbitan Skop Productions dan juga merupakan arahan pertama Datuk Yusof Haslam yang turut berlakon dalam filem ini. Filem ini merupakan percubaan sulung Ratu Rock Malaysia, Ella dalam bidang lakonan, Ella melakonkan watak diri sendiri sebagai adik kepada Inspektor Farah lakonan Noorkumalasari. Sebelum ditawarkan kepada Ella, watak tersebut sebenarnya dicadangkan untuk Sheila Rusly yang ketika itu lebih dikenali sebagai pelakon komedi. Filem ini membuat penggambaran di Kuala Lumpur, Genting Highlands dan Pulau Pangkor, Perak

Filem Bayangan Maut juga ialah satu daripada tiga filem terakhir yang dibintangi oleh A. Rahim sebelum kematiannya pada 20 April 1992 akibat serangan jantung dan filem ini juga merupakan filem terakhir yang dibintangi oleh Noorizan sebelum kematiannya pada 15 Mei 1992 akibat penyakit darah tinggi.

Dalam satu temubual oleh Siar dan Sinar FM pada 2022 menceritakan, filem sulungnya bermula modalkan wang simpanan milik beliau dan pinjaman dari Finas untuk Kos penggambaran dan promosi meskipun kurang yakin filem popular atau sebaliknya namun dorongan isteri Fatimah 'Fetty' Ismail (kini datin) menyakinkan beliau bahawa boleh mencapai impian.

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Bayangan Maut ditayangkan pada 1991.[2] Filemkita.com, sebuah pangkalan data filem Melayu telah menyatakan Bayangan Maut meraih jualan tiket sebanyak 1.1 juta.[2] Ia kemudian diikuti oleh kesinambungan lanjutannya, Pemburu Bayang.

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Festival Filem Malaysia ke-9 Suntingan Terbaik Salehan Samsudin Menang
Anugerah Khas Juri Yusof Haslam Menang
Festival Filem Antarabangsa Pyongyang ke-3 Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bayangan Maut Movieo.
  2. ^ a b Bayangan Maut Diarkibkan 2016-11-05 di Wayback Machine FilemKita.com. Diperoleh pada 1 September 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]